Semalam 10 Mei 2009, Ahad... Hari Ibu sedunia. Dan aku bahagia menjadi salah seorang daripadanya. Biarpun aku tak naik pentas untuk terima hadiah sebagai Ibu Mithali, tapi aku juga sebak, terharu dan bahagia semalam. Untuk pertama kalinya, anak anak ku memberikan Hadiah Hari Ibu, tanpa pertolongan dari Abah mereka. Semuanya mereka usahakan sendiri. Biarpun hadiah mereka tak semahal mana, tapi aku rasa ianya amat-amat berharga.
Siap print out gambar sorang-sorang then lekatkan kat Paper Bag yang comel tu. Siap tulis short poem lagi untuk mak. Rasa nak nangis...
Anak-anak mak ... Sesungguhnya mak amat bahagia mendapat anak macam Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran. Yang sanggup berkongsi susah payah, menangis dan ketawa bersama. Yang sanggup dengar leteran mak yang tak berhenti-henti, yang patuh dengan kata-kata mak, yang senang dipelihara dan tak banyak kerenah. Semoga kita sentiasa di bawah Rahmat dan Perlindungan NYA. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup kita, agar sentiasa di iringi kejayaan, kasih sayang, kebahagian, kedamaian dan keimanan. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk kita semua. Amin.
Mak sayang anak-anak mak, biar apa pun yang berlaku...TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PELUANG UNTUK MAK MENJADI IBU
PADA ANAK ANAK MAK YANG DIKASIHI