Saturday, October 26, 2013

PEMBENTANGAN BAJET 2014 ; DARI PANDANGAN SEORANG AKU

Semalam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dah pun selamat membuat pembentangan untuk Bajet 2014. Dari pandangan seorang aku, rakyat marhaen ni ... tak ada apa yang istimewa sangat pun. BRIM aku tak layak ... gula naik harga ... GST dah mula diperkenalkan... tang bonus lak jauh sekali (aku bukan kakitangan kerajaan). Yang best sikit hanya dapat bantuan persekolahan anak-anak dan Baucer buku untuk pelajar IPT dan pra-universiti. Alhamdullilah. Kengkadang rasa terhimpit jugak, segala bantuan semua tak dapat (kecuali dua di atas), bayar potongan cukai tiap-tiap bulan bukan sikit pulak tu. Cepat benor LHDN balas surat kata aku tak ada lebihan. Agak sakit hati di situ. Dan lastly dah 2 tahun cukai terlebih bayar dan tak dapat potongan balik pun duit tu. Redha jer lah.  

Apa-apa pun hidup perlu diteruskan ... tak boleh lah nak bermewah-mewah sangat. Di kala anak-anak sedang membesar ni, banyak nak pakai duit. Masa kecik dulu tak rasa sangat, takat beli pampers dan susu jer plus bayar orang gaji. Susu pun murah tak harga bertengket-tengket macam sekarang ni. Dah besor ni lagi banyak belanja ... sebab anak-anak dah pandai demanding. Dah pandai melawa dan dah pandai memilih. Huhuhuhu .. dulu masa kecik dia orang ni terima jer mak pak dia kasik apa tanpa banyak songel kan. Nasib baik Kak Long dapat Elaun KPTM untuk 2 semester berturut-turut. Tapi duit makan pun kena juga disediakan. Kan dah tanggungjawab. Harapkan elaun nanti cepat sangat habisnyer. So kena lah simpan jugak untuk emergency masa di Kolej. Yang lagi tiga kena lah tanggung. Iqa pun dah nak habis sekolah.Tak lama lagi kalau ada rezeki nak sambung belajar lagi, duit lagi kan. Insya ALLAH ... rezeki anak-anak pasti ada. Jadi tenang-tenangkan lah diri ... bersabar dan senyum.

Semenjak dua menjak ni suka pulak dengan lagu ni, lebih-lebih lagi lepas Pembentangan Bajet 2014 ni. Sangat kena sekali. Hehehehe ... Jom layan.


Thursday, October 24, 2013

MRSM JOHOR BAHRU - KONVOKESYEN

11 OCTOBER 2013



Hari Graduasi My No. 2 - Iqa di MRSM Johor Bahru, ikutkan memang lah jauh jaraknya Tapi disebabkan beberapa faktor aku sangat teruja untuk menghadirinya. Antara faktornyer ... dah lah jarang jumpa dia sebab jauh sangat, so rindu sangat kat dia, faktor yang lain pulak ... Iqa nak ambik SPM tahun ni jadinyer kena lah bagi dorongan, sokongan serta semangat. Sekali dia tengok mak pak orang lain semua datang dan dia tak ada pulak orang nak datang, nanti sedih pulak. My No. 2 ni dah ler anak yang paling emosional sekali. Dan juga atas faktor memenuhi hajat Nenek Klang untuk menjenguk Iqa dan sekolahnya.

Aku dah lama tak hadir majlis 'Graduation' ni kan. Apa lagi anak sendiri. Last sekali masa anak-anak di Taska. Itu jer lah. Lama giler tu. Dan sekali dulu masa Graduation Mak Su, tapi itu pun tak dapat masuk gak, duk luar tengok skrin. Masa Kak Long, ibu bapa tak dijemput. Jadi segala peluang yang ada kena lah rebut. Rugi rasanya kalau tak hadir.





Rombongan kali ini aku adalah dengan Nenek Klang dan Cik Yah (mak cik anak-anak). Kesian nenek, dah nak masuk 2 tahun baru aku berkesempatan bawak dia disini. Itu pun aku tahu lepas Cik Yah berkata, "Mak teringin sangat nak tengok tempat Iqa sekolah", "Ish, boleh jer Mak, bulan depan memang nak pergi sana pun tengok Hari Graduasi Iqa, nanti mak dengan Cik Yah ikut ya", balas aku. Gitu lah lebih kurang dialog nyer. Selalu bawak Nenek Kuang ajer kan. So kali ni kita tukar-tukar pulak. 




Kami sampai di JB lebih kurang pukul 12 tengahari, tapi pergi makan-makan dulu then Check-In kat Amansari Residence dulu, sebab nak solat.Iqa kata majlis bermula pukul 3 petang. So adalah masa lagi. Masa kami sampai, murid baru berarak masuk. Then parking waktu tu dah penuh. So aku dan nenek turun dan masuk dewan dulu while others pusing carik parking. Masa masuk tu lah ada Banner kat atas tu. Sempat lagik ambik gambo, then belek muka sorang-sorang carik muka anak sendiri. Tak yah tunggu lama ... jumpa gak terselit kat satu sudut muka Iqa.




Senang jer nak carik muka Iqa sebab duk tepi sekali  ;) then ambik gambo penuh lak tu
Orang lain semua takat dada jer.




Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat. Siap ada Cokmar lagik. Memang kelas gitu. Sila abaikan ke'jakun'an aku, maklumlah dah lupa macam mana majlis graduasi. Majlis masa 'Graduation' sendiri kat ITM tahun 1991 dulu pun dah hampir luput dari ingatan. Tapi jelezzz sangat kut, sedangkan Majlis sekolah jer pun dia orang siap pakai jubah masa majlis graduasi ni. Masa aku dulu, Diploma jer pun :p tak ada jubah jubah . Dah lah masa tamat tingkatan 5 pun tak ada majlis ni. Tak aci tak aci. Ish ish ish. Tu ler sapa suruh study takat tu jer kan (malu malu malu) huhuhu





Majlis Graduasi kali pertama ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahzan Bin Atan, iaitu Mantan Pengetua MRSM Johor Bahru sendiri, beliau lebih dikenali oleh Ayahanda oleh seluruh murid, dan sangat disayangi oleh semua murid-murid. Teringat Iqa bercerita, yang semua orang nangis semasa majlis perpisahan dia dulu. Namun sekarang telah menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MRSM. Sangat teruja warga MRSM JB, sebab dia telah 'Save The Date' khas untuk Majlis di MRSM JB.. Walaupun MRSM lain turut menjemputnya. Lebih membanggakan lagi, MRSM JB telah menduduki tempat ke 22 dari seluruh MRSM di Malaysia, yang berjumlah 45 MRSM keseluruhannya. Dan ianya baru dibuka tak sampai 2 tahun. 



Batch Iqa adalah kumpulan yang pertama yang akan mengambil SPM di sekolah ini, dan sudah semestinya mereka menjadi 'Benchmark' untuk adik-adik 'junior' yang lain. SPM kali ini adalah peperiksaan utama pertama yang dijalankan di MRSM JB. Tahun ini tiada PMR di sekolah ini. Maklumlah tiada murid Tingkatan 3 ditempatkan disini. Tahun lepas masa baru buka hanya student Tingkatan 4 dan Tingkatan 1. Tahun ini baru lah ada Tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Kira Iqa dan kawan kawan Form 5 Batch 2013 patut bangga kerana menjadi Kumpulan 'Pioneer' disini. Suka sangat dewan ni, besar dan berhawa dingin. Sangat selesa. Alhamdullilah, disinilah nanti Iqa akan manghadiri Peperiksaan SPM nya hujung tahun ni.



Keberangkatan balik Tetamu Kehormat



Akhirnya dapat jumpa Iqa ... sori lah sayang, mak sempat beli 'Bouquet of Cupcakes' jer tu pun di luar dewan. Mak tak beli jambangan bunga plastik, tapi mak beli jambangan 'cup-cakes' at least lepas ambik gambo boleh gak makan kek tu kan. Hehehehe ... Sempat jugak ambik gambar bersama nenek dan Cik Yah dalam dewan. Ramai kawan-kawan Iqa panggil dia 'Zirafah' sebab dia adalah murid perempuan yang paling tinggi di Tingkatan 5. Tapi kalau korang tengok gambar ni, korang tahu lah genetik tu dari mana kan. Sudah semestinya dari famili Abah. Buktinya ...  Cik Yah dia lagi tinggi dari dia, itu tak tengok Pak Cik dan Mak Cik Klang yang lain lagi.


Gambar Iqa dengan kawan-kawan dari kamera polaroid
Tinggi kan anak aku ... aku jer dah jadi kemetot sekarang




Meriah sungguh suasana di luar dewan selepas majlis. Belum lagi tengok barisan yang panjang kat dalam dewan, sebab ramai yang nak ambil foto studio yang menyediakan perkhidmatan selepas majlis graduasi. Tak per lah Iqa ... gambar gambar dalam kamera pun dah cukup ya. 



Nampak tak Kotak Printer HP hitam itu dan bertanda merah tertulis '1'
Itulah hadiah yang Iqa dapat semasa majlis makan malam untuk Tingkatan 5 minggu lepas.
Grand Prize rasanya ... Alhamdullilah.

Semua murid adalah dibenarkan balik bercuti selepas majlis. Murid-murid lain yang tak terlibat dengan majlis lagi awal dah balik. Balik bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Lima hari cuti ... sebelum kembali ke Maktab semula. Nenek dan Cik Yah sempat ambik kesempatan pergi jenguk Dorm Iqa. Memanglah macam 'Tongkang Pecah' keadaannya. Meja jer yang lawa sikit. Maklumlah semua dah berkemas nak balik.Seperti biasa Iqa akan berkemas 'last minute' punya. Main campak-campak jer semua dalam beg dan lemari. Dan Beg Biru Ikea tu memang jadi penyelamat, untuk barang-barang yang tak sempat kemas lalu "nampak-capai-campak" kan sahaja kat dalam beg biru itu.



Meja Iqa dan Adila, rakan sepergaduhan yang sangat akrab. Sebab masing-masing kuat menyakat dan kemudian baik balik. Macam adik beradik lah kiranya. Untuk Iqa ... semoga cemerlang dalam SPM 2013. Jadikan kata-kata kat white board Adila tu sebagai semangat untuk dapat 9A hendaknya. And mak nak wish "All the best to all of SPM Candidates Batch 2013 MRSM J.B." Semoga kalian cemerlang dan dapat mengharumkan nama MRSM JB seperti yang diharapkan. AMIN.

Tuesday, October 22, 2013

MUET

Hari ni Kak Long ada peperiksaan untuk Malaysia University English Test atau lebih dikenali sebagai MUET. Dia orang pertama bangun awal pagi hari ni, tapi biasalah Kak Long aku yang sorang ni, kalau tak duduk dalam bilik air lebih dari 30 minit itu bukan Kak Long Ana namanyer. Dah tahu nak periksa lagi duk lama-lama dalam bilik air tu. Kebetulan Fawwaz - BFF Kak Long, kawan sekelas masa di Sekolah Menengah dan Se 'Uitm' di Puncak Alam pun periksa di hari yang sama, waktu dan tempat yang sama. Kebetulan nombor angka giliran berturutan pulak tu.

Periksa nya di SMK Taman Ehsan Kepong, aku dah pesan awal-awal, kena pergi cepat sebab jalan sangat jem kalau menghala ke MRR2 pagi pagi gini. Nasib baik kawan dia semalam dah survey kat mana SMK Taman Ehsan tu, jadi tak adalah sesat. Fawwaz datang seawal pukul 6.40 pagi, Kak Long tak siap lagik. Aduyai! anak aku nih ... bila tanya ada pen pensil semua tak sebelum dia keluar pintu, waktu tu jugaklah dia capai apa yang ada. Huhuhuhu ... nasib baik hari ni 'Paper Speaking' jer. Tak yah nak tulis-tulis, tapi kena lah jugak nak sign meyaing kut.

Dah beso anak mak yer, dah kena ambik MUET dah :) tahun depan Iqa pulak. Nasib baik ler time masa aku belajar dulu tak ada benda benda MUET nih, Kalau tidak teruk gak, sebab aku punya English adalah tunggang langgang, kalau dia suruh nyanyi lagu omputeh tu boleh lah gak, walau diction entah kelaut mana tercampaknyer.




Aku call Kak Long tadi, masa tu pukul 7.15pagi - "Kak Long dah sampai ke?" Boleh dia jawap "Belum lagi, tengah tersangkut JEM, kat depan Court Mamooth Sri Damansara" Terkejut aku, lupa nak ajar jalan short cut pi Taman Ehsan, tapi dah terlambat, nanti bertambah sesat pulak.  Alamak! sempat ker anak aku nak sampai 7.30 nih. Dah ler nak daftar MUET ni sekali kena 101.00 hengget. Dia orang tak kasik masuk ker, boleh merayu ker. Aku pulak yang fikir macam-macam.

Aku call lagi pukul 8.15 pagi - dia tutup phone. Hohoho agaknyer dia tengah periksa kut. Alhamdullilah. Syukur dapat masuk. Then pukul 8.45 dia call aku, kata baru habis. Tadi sempat sampai pukul 7.30 pagi (Fawwaz kau cilok mencilok yer?) Tapi tak start awal pun coz ada orang lagi lambat, sebab kena tunggu orang lain, bila dah cukup satu group baru boleh masuk. According to Kak Long periksa dia macam satu discussion, dimana semua orang kena bercakap in English dan beri pendapat masing-masing. Dan kat situ hanya dia dan Fawwaz jer yang paling muda. Orang lain semua umur 20 tahun ke atas. Dia orang lagi terrer berdebat. Mak tak risau sangat, sebab tahu Kak Long boleh buat, walau pun tak pernah dengar dia speaking, tapi dia selalu buat presentation in english kat Kolej. Dan markah tak pernah menghampakan. Alhamdullilah. 

Tapi itu baru Stage 1, ada 3 Stage lagi nak pergi on this 23 November 2013. Semoga Kak Long berjaya dengan cemerlang hendaknya. AMIN

Monday, October 21, 2013

SEGMEN : LAGU FAVOURITE

Petang tadi masa balik dari office, bukak Klasik Nasional. Aku dah jadi suka pulak Klasik Nasional ni, mahu mahu lagi ada segmen ADILA (Aku Dia Dan Lagu) memang best betul rancangan ni. Suka dengar cerita-cerita yang dihantar oleh pendengar dan dibaca oleh Juruhebah yang sungguh sedap dan sangat-sangat pandai beremosi. Ada cerita lucu, ada cerita sedih dan ada jugak cerita yang boleh bawak pengajaran. Teringat masa sekolah-sekolah dulu, ada satu rancangan di radio namanye MEMORI. Lebih kurang sama dengan ADILA, tapi MEMORI diperdengarkan hari Sabtu malam Minggu, dari pukul 11.00 malam sampai pukul 2 pagi. Lagi lah syahdu, sebab malam sunyi dan tenang. Kalau dengar cerita-cerita kat Memori tu dan tak nangis memang tak sah. Huhuhuhu tapi selalu miss jugak sebab aku ni jenis tidur cepat.

Klasik Nasional ... kelakar betul lah bila dikenangkan, dah jadi favorite channel aku pulak. Adakah aku memang sudah tua sampai tak boleh nak terima siaran ERA dan Hot FM lagik. Memang pun ... telinga ni dah tak boleh dengar lagu rancak-rancak lagi, nak kena dengar lagu slow dan tenang jer. Yang lagi best sekarang ni, aku dah start suka lagu Keroncong pulak tu. Hahahaha ... macam tak percaya. Dulu-dulu cukup menyampah dengar Keroncong. Kalau anak-anak aku dengar, memang masing-masing ambik earphone jer lah cucuk kat handphone masing-masing. Bernanah telinga dia orang kut. Paling best lagu Rafeah Buang yang ini ... aku siap boleh berkaraoke lagik masa dengar lagu ni, terer tu ... tetiba boleh hafal  lirik. Aduyai ... alamat apakah ini. Alamat dah tua lah kan, itu sebetulnya. 



Abah aku ler ni, hari tu dia naik kereta aku, dia siap pergi carik channel Klasik Nasional, lepas tu siap save lagikan. Lepas tu aku pulak selalu jer tertekan , Lepas tu macam ...Eh! sedap pulak lagu kat Channel ni. membuatkan aku teringat zaman kanak-kanak, remaja dan muda belia dulu. Best sungguh bila teringat zaman dulu-dulu, sebab rasa muda jer. Terima kasih abah sebab save kan Channel Klasik Nasional untuk Kak Cik. Tadi semasa balik dari opis Klasik Nasional ada pasang lagu feberet aku (ni cerita sebenonyer, kat atas tu dah melalut sampai mana tah) ... giler rindu dengan lagu ni. Macam .... ahhhhhhh bestnyer lagu ni, dan tanpa sedar memusing tombol nak kasik kuat volume. Nak tahu lagu apa ..... tajuk lagu 'Senja Berulang Senja'. Lagu ni adalah sajak ciptaan 'Zaihasra' punyalah minat lagu ni, sampai aku hafal nama penyajak tu. Penyanyi dia Arwah Sudirman Haji Arshad. Aku memang peminat fanatik Sudirman macam orang lain fanatik kat Elvis Presley ... eh ada kena mengena ker  :) :



Lepas tu terdengar pulak lagu ni, Hati Yang Rapuh by Rahimah Rahim. Teringat cerita Hati Bukan Kristal Tahun 1991 ... baru lepas grad. Teringat lagik ... teringat kat Lakunan Erma Fatima yang jadi Perempuan Simpanan A. Rahim, teringat kat Zaitun Sameon yang jadi perempuan lurus bendul teringat kat Julia Rais yang very the vogue (semua orang nak jadi Julia Rais masa ni dengan rambut kerinting maggi nyer) dan teringat juga kat Ridzuan Hashim yang memang hensem giler masa tu dan tak sangka jadi Ketua Gangstar yang botak licin sekarang ni. 




Udah-udah ler tu yer, kang tak pasal-pasal segala lagu aku letak kat sini. 
Al-Fatihah untuk Arwah Datuk Sudirman Haji Arshad 
serta Arwah Datin Rafeah Buang. Juga Arwah A. Rahim. 
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana. 
AMIN

Thursday, October 10, 2013

PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Awal tahun ni, hujung bulan Mac yang lalu Kak Long terpilih untuk ke PLKN Gambang bagi Siri 10/2013 Kumpulan ke 2. Kak Long pasrah bila tahu dapat PLKN. Dapat pun okay, tak dapat pun okay ... katanyer. Tapi dia prefer nak pergi. Sebab nak cuba sesuatu yang baru, setelah bergelumang dengan buku bertahun-tahun. 

Mengenali Kak Long macam "Eh! biar betul budak ni, boleh ker dia tahan nanti nih". Dah ler dia ni jenis tak suka panas, tak suka peluh, tak suka bersukan, tak suka aktiviti luar, tak suka perkara yang boleh mengelapkan muka (macam ler cerah sangat.. hehehe) dengan tak pernah berenggang dari rumah dan kemudahannya. Tak reti nak basuh baju sendiri, Memang macam tak percaya bila dia rela hati nak pergi.

Memula hantar dia ker Stadium Bandar Baru Selayang, tempat berkumpul. Kak Long relax jer, siap pakai baju kurung lagi macam nak sambut raya ... orang lain semua pakai seluar atau denim jer. Sungguh perempuan melayu terakhir betul kau Kak Long. hahahaha. Kami tak ada nangis-nangis pun, bukan nak pergi mencederakan diri, bukan tak jumpa lagi pun kan. Senyum-senyum sambil beri semangat kat dia. Alhamdullilah ! tak sangka dia boleh survive kat sana. Walaupun timbulnyer message begini selepas seminggu berada di Kem Gambang antara Kak Long (putih) dengan Iqa (hijau)




Dia tak banyak merungut dengan aku bila aku call dia, mungkin dia takut aku risau kut. Dengan adik dia macam macam dia cerita..... dan adiknyer di JB pulak siapa forward kat aku message kakak tersayang dia. Sepanjang Kak Long duk di Kem Gambang, aku sempat jenguk dia 3 kali. Kesian kat anak aku, dah la tak penah berpisah. Dari muka boleh lah dikatakan cerah ... dah jadi gelap dan kusam huhuhu. Tapi dia happy sangat-sangat kat sana. Yang paling tak tahan cuma 2 minggu pertama jer, lama-lama dah boleh terima semua keadaan, malahan rasa seronok pulak. Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang sekepala dan tak renti bercakap. Memang se spesis lah. Tapi Kak Long tak sempat abis sebab dah kena daftar diri kat UiTM Puncak Alam untuk Kursus Asasi Sains. Dah nak berpisah pulak, habis semua keluar air mata dan air hingus. Macam lah tak jumpa lagi kan, walhal semua duk area KL jer pun. 









PLKN banyak mengajar Kak Long erti kehidupan. Erti bercampur gaul dengan orang yang dia tak jangka berperangai bagaimana. Dapat masuk hutan yang sebelum ni dia tak rasa seronok, berkawad hampir setiap hari, bersukan (benda yang dia tak suka nak buat juga), sharing makan setray dan minum sebotol (pun dia tak pernah hadapi selama ni), makan maggi ramai-ramai dalam sebekas besar, merasakan bahawa biskut kering adalah yang tersedap di dunia. Memang banyak benda yang dia tak pernah hadap dia kena hadap. dan sewaktu di PLKN baru dia tahu keseronokannya. Belajar basuh baju sendiri dengan tangan. Kemas katil dan almari sentiasa, dan paling penting belajar erti setiakawan, ketawa dan menangis bersama. Belajar tentang pentingnya masa dan disiplin. Bagusnyer di PLKN penerapan terhadap agama sangat sangat penting. Bangun seawal pukul lima pagi untuk berjemaah di Surau untuk setiap 5 waktu. Juga mendengar ceramah-ceramah ugama dan menghadiri usrah yang sentiasa ada di Kem.

Katanyer "Hanya orang yang pernah pergi PLKN sahaja yang tahu betapa seronok dan bertuahnyer terpilih untuk datang ke PLKN". Yang tak suka tu adalah orang yang malas nak join aktiviti atau mementingkan diri sendiri. Just enjoy everything yang dia orang suruh buat - itu lah kata-kata Kak Long. Dan membuatkan Adik-adik macam bersemangat untuk pergi juga. Sehingga ke hari ini ikatan setiakawan tu tak pernah putus, hari hari bertegur sapa di Whatspp Group.

Dan sangat mengejutkan bila Iqa pun turut terpilih untuk kemasukan Siri 11/2014. Seronok giler dia bila dapat tahu dapat tawaran ke PLKN. Ada orang kata, kalau sorang dalam keluarga terpilih, adik beradik yang lain tak akan dapat peluang lagi. Tapi betul tak sangka lah. Sangat bersyukur.

Banner
Tahniah! Anda terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara Siri 11/2014.
NAMA:NUR HAZIQAH BINTI HASHIM
NO. KP:96030110XXXX
Penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.




HAKCIPTA TERPELIHARA © 2013 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA


Cuma kali ini tak sure lagi tawaran untuk Iqa adakah untuk Kemasukan I, II atau ke III. Harap-harapnya biarlah untuk Kemasukan I atau II sebab kalau ke III peluang untuk pergi adalah tipis, manalah tahu kalau ada rezeki nak kena sambung belajar pulak. Ada keluarga yang tak suka anak nya terpilih ke PLKN dan ada yang sebaliknya. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Bagi aku pulak, terima cabaran yang datang, jangan lari ... hadapi dengan semangat. Sebab kehidupan ini tak tahu macammana gelombangnya. Rasai semua dan pasti kita tahu pahit manis maung kehidupan. Pandai-pandai bawak diri dan jangan menyombong ...  kita boleh hidup walau diletak kan di mana mana ceruk sekali pun. Insya ALLAH

Wednesday, October 9, 2013

VIDEO TERBARU VLOGGER MAT LUTHFI PASAL KUCING

Siapa yang tak kenal Vlogger Mat Luthfi. Dan baru-baru ni dia telah memenangi 2 award tersohor kat Malaysia ni. 'WWWOW Of Tha Year 2013' dalam Anugerah DIGI dan satu lagi untuk Anugerah Viral Original Paling Popular di Anugerah Lawak Warna. Walaupun dia bukanlah artis, tapi cuma student yang sedang buat Master di Australia. Hari ni aku ternampak dia ada buat cerita baru ... kisah kucing. Dan yang paling menariknyer cerita dia sebijik macam cerita aku masa mula-mula dapat Barney dari En. Taz dan Puan Zya. Hehehee



Aku gelak bila tonton video ni, teringatkan diri sendiri. Punyalah aku over protective, tak nak kasik dia keluar rumah langsung. Tak mahu kasik dia bercampur kucing lain langsung. Kalau keluar pun aku kena duk sebelah dia. Dia kucing rumah ... aku jaga macam anak sendiri (sebab dah janji dengan tuan dia dulu). Yang aku perasan, entah mana-mana punya kucing TETIBA boleh duk melepak buat pot kat garage aku, sebab nak 'skodeng' Barney.


Cer teka, antara yang berempat ni siapa berjaya buntingkan Barney ... hehehe 


Bukan sekor jer tapi berekor-sekor. Kalau aku nampak memang ler kena halau, tapi lepas tu dia orang ni duk balik situ tunggu Barney keluar. Huhuhu ... maklumlah kucing aku ni versi anak dara jelita lagi cun melecun dan comel, kalau dalam versi manusia. Gitu lah lebih kurang.



Ini Barney, bukan gambar cilok kat iklan 
(sebenonyer nak kata comei kan Barney, macam kucing dalam iklan. Muahahahaha)

Tapi jaga punya jaga pun ter'mengandung' jugak. Punyalah frust masa tahu dia peknen. Aku tiap-tiap hari marah kat dia, tanya siapakah durjana yang buat dia bunting. Tapi of coz ler dia tak boleh nak jawapkan, dia cuma pandang jer mata aku yang tengah marah tu. Huhuhu.  Nak buat macammana kan, tak kan nak kasik gugur pulak. Berdosa's pulak. Ingat nak buang jer peranakan dia, tapi anak-anak marah, katanyer bior ler dia merasa menjadi seorang IBU. Iyolah tu anak-anak, esok-esok kalau beranak, mak kau ni lah jugak yang menambahkan lagi senarai kerja kat rumah yang tak penah nak abih. tu kan. Dan seperti biasa, mak ini kalah jugak dengan kehendak anak-anak nyer.


Ini pun Barney ... Kak Long sempat ambik guna Iphone dia masa main nyorok nyorok