SELASA - 12 OGOS 2014
Selain dari keputusan SPM dan Matrik atau Asasi Sains ... Keputusan untuk kemasukan ke Unit Pusat Universiti hari ini adalah antara saat-saat yang sangat mendebarkan. Apalagi untuk anak sulong aku, lagilah terasa, sebab tak ada pengalaman. Pepagi lagi masa drive ke ofis dan dengar kat radio yang result akan keluar hari ni. Then Kak Long inform mungkin lepas pukul 12 tengahari.
Printscreen whatsapp ...
Dia pulak yang tak nak check dan suruh aku tolong dia check untuk keputusan UPU tu. Dan dan tu lah kredit tak ada lah pulak kan Kak Long, padahal sebelum ni memanjang jer kau minta kredit handphone dengan mak. Aku tahu dia suspen, aku pun turut suspen. Macam tengok action movie pulak seramnyer. Siap dia nasihatkan aku jangan sedih bagai... hehehe. Mak okay jer Kak Long, tak dapat IPTA ... IPTS kan berlambak, mintak jer PTPTN ke, MARA ke. Tak ada masalah. Tapi ... besarlah harapan dapat IPTA, tak yah keluar belanja banyak banyak kan.
Aku pulak tak sabar-sabar nak tahu keputusan dia , tak sabar tunggu pukul 12 tengahari. On the dot je aku pukul 12 memang tak buang masa dah, terus aku sms dan online untuk result UPU. Jeng, jeng , jeng ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PC di meja dan handphone di tangan lebih kurang masuk keputusannya. Alhamdullilah .... Syukur sangat. Dan akhirnya Kak Long berjaya dapat tempat di UniSZA dengan program yang sangat-sangat dia inginkan. Bila aku call dia and said TAHNIAH!!! dia boleh ingat aku nak kata "Tahniah ... Kak Long duk setahun lagi kat rumah sampai next pemilihan untuk ke IPTS." Mati-mati dia tak percaya dapat Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UniSZA. Sampai aku hantar gambar keputusan kat atas tu, baru dia yakin. Huhuhuhuhu.
Ke Terengganu lah untuk 5 tahun atau lebih selepas ini yer Kak Long. 2 tahun berturut-turut sebelum ni ke Johor Bahru. Sekarang akan ke Terengganu untuk Kak Long, dan tahun depan tak tahu kemana pulak arah tuju Iqa selepas Matriks.
TAHNIAH !!! sekali lagi Kak Long Farhanah. Terima kasih kerana membahagiakan mak dengan keputusan Kak Long. Kak Long tak pernah mengecewakan mak dalam bab bab pelajaran. Sangat-sangat kuat berusaha dan cuba untuk mendapatkan apa yang diinginkan bersungguh-sungguh. Mak nampak usaha kak long itu sedari dulu dan inilah ganjarannya.
Kak Long ... ini baru permulaan. Mak harap sangat Kak Long akan kuat dan cekal dalam mengharungi hidup sebagai Pelajar Perubatan sehingga berjaya menjadi seorang Doktor. Mak tahu pengajian ini bukan mudah. Kena ada semangat yang kental dan tidak putus asa. Dan mak tahu Kak Long boleh. Insya ALLAH.