Tuesday, January 23, 2007

WEEKEND DI TIARA BEACH RESORT, PD

Lama betul tak meng-update, sibuk bebeno seiring dengan Blogskin ni. Last Friday, 19hb Januari 2007 dah plan nak gi Port Dickson dengan abang 'sayang'. Dah Plan 2-3 hari before. Ini semua gara-gara Aran yang pandai sangat bodek abah dia. Gini ler lebih kurang dialog bodek dia.

Aran : Abah, nanti boleh tak Abah datang sekolah Aran mintak cuti dengan cikgu Aran. Aran nak gi Hotel ler...

Bukan tu aje, nak kuatkan lagi bodek dia, siap buka album gambar yang lama, waktu pergi Desa Water Park, then tunjuk kat Abah dia, tunjuk kat mak dia.

Aran : Mak cuba teka kat mana ni, best kan kalau dapat pergi sini. Jom lar mak.

Mak : Tanya ler Boss. (Sambil tersenyum dan berkata dalam hati - pandai nyer nak bodek orang)

Then 2 hari lepas tu, abang pun SMS, said nak bawak anak-anak gi WaterPark. Aku SMS balik "tak nak ler gi Desa WaterPark lagi kalau boleh, dah selalu sangat gi situ". Then abang said dia dah call Tiara Beach Resort for reservation, so bertolak on Friday, supaya anak-anak boleh main air puas-puas. sebab kalau check in on 12.00 noon Saturday, dapat main air kejap sangat.

So, pada hari Jumaat tu balik awal ler juga, compare tu hari biasa. Sampai rumah jer, abang yang dah memang balik awal, tengah asyik sibuk dgn handphone dia. Rupa-rupanya one of the Buruh Asing kat tempat kerja dia dah kena Fatal Accident. Alahai waktu gini ler pulak nak kena pun. So, by pukul 7 petang lepas kelam kabut berkemas apa yang patut, bertolak ke Kapar, Kelang. Gi tengok tempat kejadian. Waktu tu hujan ler pulak. Waktu ni Muhammad Hilman dah bising kelaparan. Mamat ni tak boleh lapar sikit. Lupa lak tu nak bawak bekal. Singgah Pekan Kapar Sembahyang Maghrib, then straight went to Hospital Tengku Ampuan Rahimah, abang pergi tengok mangsa yang nak buat post mortem, dan jumpa orang yang incharge waktu kejadian. Budak-budak dah tido dalam keta. Lepas tu pergi Mc D Sri Andalas beli Prosperity Burger and Mc Value meal, makan dalam kereta jer sementara tunggu abang wait for kawan dia bawa report. Bertolak ke PD dalam pukul 10+ malam, selamat sampai kat PD nearly 12 midnight. Before that singgah Lobi Resort, abang nak photocopy report dia, sebab dia kena turun KL balik uruskan hal kemalangan.

Not bad apartment dia, ada dua bilik, satu bilik tu katil master, satu bilik lagi single bed ada 2. Ada 2 toilet, master bedroom attach bathroom. Ruang tamu with meja makan 4 seater and mini bar with kitchen cabinet. Okay lah. So tengah malam tengok pool dia dari bilik, anak-anak dah teruja tak sabar nak tunggu siang. Aku penat sangat, lepas sembahyang Isyak, terus tido. Lagi kesian kat abang, macam tak boleh tido jer, risau pasal kemalangan dan nak jumpa orang TNB esok.




Saturday, 20th January 2007, bersamaan 1 Muharram. Selamat Tahun Baru Hijrah. Abang seawal kul 4.30 pagi dah bangun. Dia keluar awal nak balik KL sebab nak balik rumah kami dulu, ada kerja. Maka aku pun bangun awal ler jugak, ingat ker aku sorang je yang bangun, budak lelaki 2 orang tu pun bangun jugak. Tak sabar nak mandi pool. Bising betul kalau budak 2 orang ni dah bangun. Abang keluar about kul 5 pagi. Aku ingat nak puasa hari ni. So dengan sisa-sisa Mc D tu ler aku bersahur, ada sikit Nugget dan Fries. Okay gak. Abang sms about kul 6+ abang dah nak sampai umah dah, cepat jugak.


So pagi sabtu tu, tinggal ler aku dan anak-anak. Semua sibuk lapar. We have our breakfast kat Cafe Resort, then balik bilik, tukar baju mandi then pergi pool. Dari pukul 8 pagi sampai ler pukul 12 tengahari. Dah naik hangit muka anak-anak ku. Yang memang dah hangit tak ler ketara sangat, Hehehe.... Naik bilik, mandi then semua orang terbungkang, tidur. Pukul 3 petang baru bangun. Solat, waktu tu perut dah lapar balik. Ingat nak tunggu abang balik dari KL, bila call abang baru nak turun PD balik. So beli ler Maggi Hot Cup sementara nak tunggu abang balik. Lepas solat Asar turun mandi lagi. About 5pm+ abang sampai. Kesian tengok muka abang, nampak sangat kepenatan. Kesian Aran jugak, sebab dia kecik, selalu kena tinggal dengan kakak dan abang dia. Bila dah boring tu dia pun start ler ajak naik basikal. So sewa basikal yang ada 2 seater tu. 10 Ringgit for 1/2 hour. Best jugak naik basikal, keliling resort yang besar tu, sebab lama dah tak naik basikal. Then pukul 7+ naik bilik. Lepas buka puasa, minum air dengan Maggi Hot Cup jer(Alhamdullilah, berjaya aku habiskan puasa hari ni). After solat maghrib keluar cari makan kat Batu 4 Port Dickson. Pergi satu kedai makan ni, jumpa dengan banyak motor besar, rupanya all the bikers makan kat situ jugak. Waktu ni, makanan tak sampai lagi, mata Aran dah tak boleh bukak dah. Dia sempat makan sikit jer. Lepas makan balik bilik. Semua orang tido. Tinggal aku dengan Kak Long tengok Cerekarama kat TV3 , best gak cerita ni, dah lama tak tengok Sofea Jean Hisham berlakun. Then tido about 12+

Ahad, 21 January 2007. Bangun lewat dari semalam. Lepas mandi dan bersiap, keluar resort cari breakfast kat luar. Pergi Pekan Batu 4 lagi. Makan nasi lemak, then bebudak minta abah dia beli pelampung ler, google ler, penutup kepala ler. Lepas tu singgah pantai berhampiran main ombak. Best sangat, sebab pagi pagi ni tak der orang dan air tengah pasang ditambah pulak dengan angin yang sepoi sepoi bahasa. Nyaman nyer......Then balik resort, tukar swim suit, mandi lagi kat pool. Tapi hari ni punya ler ramai orang. About pukul 12+ baru naik bilik. Waktu pukul 11+ tu , tiba-tiba jer kat pool dah susut orang. Ghupa-ghupa nyer semua orang nak check out before 12. Tapi kita orang keluar check out pukul 1 lebih. Lepas berkemas dan bersiap. Off to KL, sampai Seremban isi minyak, then abang suruh aku drive sebab dia penat dan nak tido. Bestnyer diberikan kepercayaan. Jarang dapat drive jauh-jauh ni. Sampai kat Nilai, hujan lebat sangat. Then lepas tol Sungai Besi, singgah Mc D Drive Thru kat Stesyen Minyak Petronas, beli Prosperity Burger lagi. Kita orang satu family memang suker banget dengan Prosperity yang datang setahun sekali ni. Tak jemu makan. Bak kata Kak Long, hari hari pun tak per. Then sampai rumah about pukul 3 petang. Sempat ler berkemas dan berehat untuk sambung kerja esok. Gitu ler cerita nyer










Terima Kasih a LOT to Abang, sebab bawak kita orang pergi bercuti. Semua orang happy. Tapi kesian kat abang, sebab banyak kerja. Kita orang Suker Banget....harap this coming Chinesse New Year dapat pergi mana-mana lagi. Chewah.....




Thursday, January 11, 2007

AKU DAN SELIPAR

Ingat nak update semalam. Rajin pulak semenjak dua menjak nih (hehehe), tapi susahnya nak masuk blogger. Ada problem kut, kabel mana lak yang putus semalam. Waktu lunch semalam gi Kedai Telekom Kepong, ingat nak bayar bil, punya ler ramai orang. Lepas ambik nombor, tengok kena tunggu dalam 50+ orang lagi. Dah ler kaunter bukak satu jer. Kaunter untuk benda lain punyalah penuh. Dia orang ni tak prihatin betul. Dah kaya kot telekom, tak nak kutip duit lagi. So malas ler nak melangut kat situ, buang masa jer. Dari buang masa kat situ, elok jugak pergi buang duit kat JJ Kepong depan Telekom tu. Teringat selipar kat opis dah putus, susah nak gi toilet dan solat. Sayang sangat selipar yang koyak tu, yang kelakar nyer sampai dah tali dia putus, sanggup aku stapler bagi sambung balik (hehehehehe...) My friend said kalau semua orang macam aku mahu tutup kilang selipar tu. Bayangkan aku dah pakai selipar tu 6 tahun +++. Lama ke tak lama le tu. Sempat ler bagi ucapan kat selipar tu, sebelum ditong sampahkan dia. Sob, sob, sob sedih nyer....
Sampai selipar pun aku sayang, apatah lagi orang yang rapat dengan aku...Pendek cerita...aku memang jenis yang SETIA...... :)

Tuesday, January 9, 2007

HARI YANG PENUH DUGAAN

Starting by dengan 'Black Out' pagi-pagi buta. Nasib baik baju anak-anak dah siap gosok. Tinggal tudung jer. Capai jer ler tudung yang paling kurang kedut. Then Aran pulak buat hal. Barang-barang dia yang bawak pergi sekolah semua hilang tak tau letak mana, Pencil Case hilang, Botol Air hilang, Kopiah hilang...apa lagi mak dia pun start ler mumbling...Suruh dia pergi rumah Mak Tok cari...nasib baik Abang Man baik hati, jumpa ler juga botol air dengan pencil case. Masa teman kan dia makan, nampak air mata tergenang kat bawah mata. Aduh rasa menyesal lak marah dia, kesian anak aku, kecik-kecik lagi dah kena nagging dengan mak yer.
Then pergi kerja, sambung lagi tender yang nak kena hantar hari ni. Dah ler semalam sampai rumah kat pukul 11 malam. Sampai nak tanggal tangan siapkan tender. Sampai hari ni rasa sengal lagi. Then tiba masa nak hantar tender lak. Satu kotak besar + satu bungkusan kecik nak hantar kat BLT Putra Jaya. Keta pulak kena blok. Kena tunggu pulak dah ler orang nak cepat. Ingat ker okay dah, bertolak dari opis kul 10.20. Ingat dalam tak sampai satu jam leh sampai Putrajaya. Jumpa pulak jem yang tak bergerak masuk kat pintu tol sungai besi. Aduh, waktu tu dah kul 11.15...rupa-rupanya ada accident kat Serdang. Lori Catering langgar dengan satu lori, habis berserak pinggan kat atas lebuhraya (Radio cakap ler). Kena lak U-Turn kat tol, pusing balik, ikut seri kembangan. Dah ler first time lalu situ. Aduh dalam hati kata betul ke jalan yang aku ambik ni, kang sesat satu hal pulak. Tender kena sampai kul 12.00 tengahari. Dah jadi macam Amazing Race pulak. Tak jumpa signboard pulak, nak tunjuk arah. Dengan pekan Seri Kembangan yang jem. Tension giler. Lastly baru nampak signboard tulis Putrajaya. Tuhan jer yang tahu. lega....Pecut gila-gila lepas tu. Jangan kena Speed Trap udah ler. Sampai Putrajaya. Melilau cari Presint 9. Call orang then baru jumpa. Dapat ler hantar before 12.00. Selesai satu masalah.
Sampai opis, aduh kena marah dengan boss lak. Bad mood betul dia hari ni. Sebab nyer terlepas satu site visit kat Bandar Tun Razak. Tender dah beli, tapi tak gi site visit. Memang adventure betul hari ni. Dah silap sendiri, sonyap jer le...nak buat macam mana. Tapi really-really busy sangat sampai tak sedar ada site visit. Aduh...... dah ler. Jangan ler ada lagi benda yang tak best berlaku lepas ni. Akak dah lotih sangat-sangat. Dari semalam sampai saat ini :(
Satu jer yang best...kenangkan dah dapat cek jual rumah kat Bandar Baru Kundang ;)

Sunday, January 7, 2007

SELAMAT HARI JADI MUHAMMAD FARHAN

HAPPY 5TH BIRTHDAY PUTRA BONGSUKU...Suka giler dia, dari hujung tahun lepas dah buat countdown, hari-hari mintak handphone nak tengok tarikh birthday dia. So lastly the day has arrive...pagi-pagi lagi dah asyik mintak kek dengan abah dia. So tengahari tadi pergi the Store Sg Buloh, singgah Kings Confectionery beli small choc. cake and sandwich, then masuk supermarkat beli air, after that singgah KFC beli Variety Bucket. Then pergi Taman Tasik Perdana, buat small celebration for Aran Birthday. Selalu nyer gini ler me sambut birthday anak-anak. Tapi kali ni lain sikit sebab buat kat Taman, ala-ala garden weeding, birthday pun ada ala-ala garden gak...Muahahaha....jadi ler. Selalu ada Mak Tok and Tok Abah but this year dia orang gi berjalan-jalan ke Indonesia. So sambut jer lah kami anak beranak. Meriah jugak...hmmm



Cuaca hari ni pun best jer, redup dan nyaman, tak nampak matahari langsung. Tapi yang tak best nyer, kain kat jemuran tak kering ler kalau gini cuaca dia. So sampai jer tengok orang dah ramai dari biasa...Suspen jugak takut tak da tempat nak lepak. Fuhhhh....nasib baik ada meja kosong lagi, tapi ada sikit kotor juga. Lepas bersih dan bentangkan saprah, baru ler keluarkan makanan. Cucuk lilin kat kek, tiup lilin, potong kek, makan KFC minum-minum, makan-makan. Then bebudak tu gi memain, Kak Long lak buat Homework, rajinnyer anak ku ni, kat taman pun bawak homework. Dah besar pun tak layak nak main games kat situ kan. Penat main, minum lagi, then sambung main lagi. Lepas tu makanan yang tak habis tu bagi makan ikan dan kura-kura kat pond yang ada kat situ. Caya ler tortoise tu pun makan KFC hehehe......jangan sakit perut dah ler. Tak pasal-pasal berdosa lak kita yer anak-anak.
Then sambung main lagi. Lalu pulak Motor Aiskrim...kenduri aiskrim ler. Lama jugak kat situ, dari kul 2+++ until 5+++. Waktu nak balik tu pun ramai orang lagi. Parking full, sampai nak keluar pun jem. Sampai umah. Birthday Boy pulak tak sabar-sabar nak bukak hadiah dia. Nyaris nak bawak pergi bukak kat taman tengahari tadi. Suka nyer dia.....Mak dan Abah pun lagi suka bila tengok anak-anak suker.....Itu lah kebahagian bagi mak dan abah.

Thursday, January 4, 2007

HARI PERTAMA SEKOLAH 2007

Tahun ni sekolah start on 3 Januari 2007. Hmmm, for Kak Long and Iqa tak der masalah sebab yuran dah settle semalam. Hari ni just pergi sekolah macam biasa. Oh ya, Kak Long first time pakai tudung pergi sekolah, terkial-kial jugak ler. Iqa macam biasa, control lawa jer. Abang Achim hantar budak dua orang ni to school as usual. By 8, pergi Takis Pekan Kuang, daftarkan Muhammad Farhan. Bukan main suka lagi anak bongsu ku ini, tak sabar-sabar nak gi sekolah. Dia baru 5 years, Ok lah tu, dah tak yah pakai pampers, dah pandai pergi toilet sendiri. Macam kakak and abang dia pun start gi sekolah umur 5 tahun. Same school, same place...Alhamdullilah takat ni dapat jugak membanggakan mak dan abah. But hari ni just sessi membayar yuran. Esok baru start belajar.
By 1.00 pm, hantar Muhammad Hilman lak pergi Sek. Keb Kuang. Tahun ni dapat masuk kelas 2A sebab good result last year. Harapan mak semoga anak mak terus cemerlang. Buktikan 'Benih yang baik, walau jatuh kat mana-mana pun mampu hidup dengan cemerlang' Sebenarnya, 2 years ago, frust giler sebab tak dapat setempatkan Hilman dengan kakak-kakak dia kat Sek. Bukit Rahman Putra, dia orang reject anak ku yang sorang ni. So mak pun cakap kat Man, 'Tak pe lah Man, Dia orang tak tahu betapa ruginya dia orang tak ambik Man, Buktikan Man, kat sekolah mana-mana pun Man boleh berjaya'. Iye lah, SK Kuang ni sekolah Kampung, compare to SK Bukit Rahman Putra, yang terpilih menjadi Best School in Selangor.
So semalam tak kerja ler, but bagus ler jugak. Dah settle semua perkara sekolah. Transport pun settle. Thanks a Lot to Tok Abah, sebab sudi jadi penghantar dan pengambil anak-anak ku and Mak Atok sebab sudi sediakan makan tengahari untuk anak-anak ku. Kalau tidak teruk jugak nak bayar Bas Sekolah...+ nak masak awal pagi untuk Lunch :)