AHAD, 27 JUN 2010
Gambo kat luar Toilet Sunway pun jadik, janji lighting cantikkkkk ...
Masih di hari yang sama ... selepas bershopping tak hengat kat Jalan TAR ... anak dara aku ni lah, nak carik baju lah pulak. Kak Long memang kaki shopping, tiap tiap bulan ada jer baju baru dia. Mengalahkan mak dia yang pergi kerja, duk la pusin pusin baju yang sama. Aku ikut kan jer, sebab pakai duit poket dia kan. Sanggup dia tak belanja beli benda lain, sebab kegilaan dia nak beli baju. Baru Form 3 tu ... aduhai.
Kalau aku cakap "Kak Long kan dah ada banyak baju", cepat je menjawab ..."Boring la mak, asyik pakai baju sama". Kau hengat kau Suri Cruise, yang pakai baju sekali jer, lepas tu tak nak ulang tayang pakai lagi. Hish ... sabo jer lah mak dia. Duit kau kan, suka ati lah. Selalu aku ingatkan dia, "belajar lah pandai pandai, pergi universiti lepas tu dapatkan kerja yang baik baik, dapat gaji beso beso, then masa tu kau nak beli apa pun beli lah" ... ada lagi aku sambung "Mak tak nak apa apa, tapi kalau kau nak belikan mak Beg LV ke, Channel ker, Gucci ker mak terima jer" ... hahahaha ...
Butik 'Cotton On' kat Sunway, aku suka lagi kat OU
Ini ler tujuan kami sampai Sunway Pyramid ni. Kita orang memang jarang datang sini, selalu selalu pun One Utama dengan The Curve jer. Memula tu ingat nak pergi outlet di Pavillion sebab dah dekat dengan Jalan TAR. Tapi Kak Long tak nak lak, dia kata sesak dengan orang. Ghuper nyer kat Sunway ni pun sesak jugak. Sesak serupa dengan zaman kegemilangan Globe Silk Store dulu... punyerlah ramai orang. Aku memula tu masuk gak, lastly surrender tak sanggup ... tunggu luar jer lah.
Wak Hilman macam Tom Cruise dalam TOP GUN
Masa kat dalam tu sekejap, sempat la jugak Wak Hilman ni bergaya dengan spek itam yang tengah display kat situ. Tak beli pun. Perasan hensem lah kejap tu ... hik hik hik. Lastly Hilman dengan Aran tak larat nak duk dalam. Siap Hilman cakap kat aku, "Man tak sukerlah ikut orang pompuan ni pergi shopping, punyer lah belek lama lama, lepas tu tak beli jugak" ... aku kata balik kat dia,"orang pompuan memang biasa lah gitu" ... lepas tu siap tambah lagi dia kata, "Hilman akan ikut gelfren Man gi shopping jer nanti, sebab Man nak jaga ati dia lah kan masa tu". Chewah chewah ... bagus punya statement masa depan kau bagi kat mak yer. Rasa nak jer aku tarik telinga dia masa tu ...
Jalan punya jalan masa tu dah pukul 3 petang, nak carik headphone Kak Long pulak lagi. Perut pun dah bunyikan irama rock dah waktu ni. Lalu la kat depan kedai ni, cakap dengan anak anak,"Eh! Jom try nak ... Ayam Penyet ni, selalu asyik dengar orang cerita jer, sedap ker benda ni"... JOM! heheheh ... korang pasal makan memang tak pernah menolak punyer, menarik jer semua.
Ini lah dia rupa Ayam Penyet nyer. Tersangatlah lembut dan sedap sekali. Ditambah pulak dengan Sup Buntut dia .. masuk pulak sambal belacan ke hapa tah ...Perghhhh ... sedap nyer. Sup Buntut tu sebeno nyer Sup Ekor Lembu. Makan dah tak pandang kiri kanan dah, kejap jer masuk perut dan kekenyangan. Sambal dia memang sedap, ambik sikit tak cukup ... pedas sehingga mengalir air idung ... hik hik hik ... tapi sedap sekali. Rasa nak pergi sekali lagi lepas ni.
Air Batu Campur yang marbelles ... tapi tak abis pun, sebab kenyang sangat. Tu lah, rambang mata, bila lapar semua nak oder dah tu tak abis. Ni nak cerita ni, gambar atas ni aku tertipu dengan Iqa, ingatkan dia nak ambik gambar aku laga kepala dengan Aran, sekali dia ambik gambar ABC ni, jadiler muka kita orang berdua kat belakang tu kelabu asap dan kecik jer. Ceh ... tipah tertipu jer. ABC ni lagi menarik rupenyer dari muka kita orang. Huwa!
Kenyang perut senang ati .. bukan main tersenyum panjang korang yer sebab kenyang makan Ayam Penyet. Nasib baik tak terpenyet ... hik hik hik. Mak kau ler yang kena penyet sebenonye. Tak per, demi anak anak yang disayangai, mak relakan ajer mak terpenyet dengan kehendak korang.
Ha! ... ini ler rupa Headphone gedabak yang Kak Long carik sejak lama dulu , baru hari tu sempat nak beli kan untuk dia. Pergi kat Digital Section level atas sekali di Sunway Pyramid tu. Memula tu tengok harga RM 49, uish ... mahe gak benda ni, sekali bila minta kurang terus dia kasik RM 29 hengget ... eh murah nyer kau kasik diskaun. Siap aku tanya dua kali, macam tak percaya. Rembat jer lah ... sebelum kau naik kan harga tu semula :) Yang seronok nyer anak anak aku ler, tak per nak, Mak redha ... hehehehehe