Sunday, July 31, 2011

OFFICE GATHERING SEBELUM PUASA


Muka-muka orang lapar ... hahahaha

Makan 'Time' lagi .... Hari Sabtu Malam Ahad kat rumah Mak Tok. Minggu lepas tu lak kat Opis. Kali ni bersempena ada orang nak berhenti dan ada orang nak sambut Birthday dan nak sambut puasa. Meriah .... kita orang buat style 'pot luck'. Sapa-sapa yang rajin tu boleh ler tunjuk skill masak. Bagi sapa-sapa yang malas 'macam aku' ni, kasik jer duit, kumpul 2-3 orang, jadikan satu group. Beli lah apa-apa yang patut. Aku and the geng hanya beli kuih koci dan muffin jer. Thanks ayang sebab tolong uruskan :)

Birthday orang bulan Julai, dari kiri Hau, Revathy dan Tan ...
sorang sekali siap pose depan kek yang sama.


Meraikan pemberhentian Miss Chong nak sambut study
& Niza yang pindah ke JB





Banyak juga makanan bila dah dikumpulkan. Ada group yang bawak mee kari, siap buat kuah kat opis. Ada yang bawak laksa, nasi lemak, nasi impit, pulut kuning, rendang daging, rendang ayam, rendang kerang. Ada yang bawak puding, rambutan, tembikai . Dan ada kek Tiramisu untuk orang yang nak berhenti dan sambut birthday .... memang meriah lah. . Lebih meriah bila dapat makan ramai-ramai. Hamparkan tikar, siap bersimpuh bersila bagai.





Waktu-waktu gini lah kita orang rasa rapat sekali dengan geng-geng opis, walaupun sebelum ni ada yang tak sekepala. Ada yang tak sebulu ... bila dah berkumpul macam gini, lupa langsung kisah tak sekepala dan sebulu tu. Ini lah bagusnyer kot makan beramai-ramai kan. Bila sampai bab makan, baik lah lupakan segala kisah sengketa dan duka.

1 MALAYSIA ;)


Nadia & Iqa (Alia take note...Iqa macam muka awak) ...budak praktikal


Orang-orang yang merewang

Kali ni 'Floor' opis aku jadi pilihan. Selalunyer buat makan-makan kat Pantry Head Office. Tetapi memandangkan Pantry dah diubahsuai sebahagian menjadi stor, maka dah jadi kecik ruang pantry. So tak ada pilihan, opis aku tempat yang paling lapang untuk buat makan-makan. Sebelum tengahari, bergilir-gilir member opis turun 'Floor' aku, ada yang hantar makanan, ada yang potong buah dan sayur, ada yang masak kuah mee kari. Ada yang tolong buat preparation. Tak ubah macam orang nak buat kenduri, jiran-jiran datang rumah me'rewang'. Gituleh ceritanyer ... beberapa hari sebelum nak sambut puasa.

Thursday, July 28, 2011

FAMILY GATHERING SEBELUM PUASA



Sibuk banget ... melayan kerenah anak-anak, fullfill tanggungjawab sebagai anak. Tapi yang paling best penuh dengan sessi makan makan. Acik sangat suker :) Hari Sabtu pepagi lagi bangun masak untuk anak-anak yang tak sekolah. Lepas tu 'rush' ke kedai, pergi beli serai dan paru. Nasib baik aku cepat, paru dah nak abis dah. Balik umah, makan dan keluar balik hantar Hilman ke Kelas Tambahan ... terus ke opis. Lepas balik dari opis singgah lak TESCO Kepong Village beli ayam 3 ekor. Balik umah jer, dah pukul 3.30 petang bukak periuk ... lapar beno acik ni, adalah balance nasi pagi tadi tinggal sikit, abis acik kasi korek semua nasi masuk pinggan semua. Jangan membazir kan tapi sebenonyer memang buruk lantak ... hehehe. Macam manalah nak kurus gini.




Sambil makan sambil rebus paru. Abis semua garpu dengan sudu kat dapur aku masuk sekali bagi paru tu empuk cepat. Ini petua ni, baik korang buat nanti, ker korang dah lama tahu ... hikhikhik. Lepas makan kerah anak dara aku yang dua orang tu kupas bawang dengan potong serai. Sambil aku bersihkan ayam dan blend serai, bawang dan lengkuas. Tiga trip sekali jalan, sampai jer trip ke tiga ... blender buat hal. Abis getah kat bawah tu reput. Iyalah pulak kan Blender zaman hadiah kawin dulu kala ... dah menjerit minta ditukar... hukhukhuk.



Tengok jam kat dapur baru pukul 4.30 ptg ... ada masa lagi. Ingat pukul 4.40 ptg baru nak keluar rumah hantar Hilman tuition kat Perfection. Tetiba Hilman dengan hensemnye (konon) masuk dapur, mak lagi 5 minit nak pukul 5 ptg, bila nak hantar Hilman? Alamak ! dah pukul 4.55. Rupa-rupanye jam kat dapur bateri nak kong daaa. Hambik, terus mak kau jadik Micheal 'Shoemaker' jap, sampai Kepong pukul 5.13...



Balik umah sambung mengoreng ayam masak serai. Tengah-tengah leka, sekali Iqa masuk dapur, mak dah pukul 7.oo, mak tak pergi ambik Hilman ker. Aik, aku tertipu lagi dengan jam kat dapur yang tunjuk 6.30. Cuaca pulak sekarang ni pukul 7 tak gelap lagi. Hilman tetiba call, tanya "Mak dah kat mana?" ... "Mak baru nak keluar rumah Man" kau tunggu ler. Gedebak-gedebuk sampai rumah semula dah kat pukul 8 malam. Ayam ada sikit lagi nak goreng. Paru belum pun goreng. Sambil goreng sambil bekejar solat. Nak suruh anak dara aku dua orang tu, macam tak konfiden jer acik ni hah. Dah ler benda tu meletup-letup, jangan harap lah budak dua orang ni nak dekat ... hmmm.





Kami ada majlis makan-makan kat rumah Mak Tok, aku dah janji dengan Mak Tok untuk goreng ayam. Majlis mula lepas Isyak... tak jemput orang lain pun, adik beradik, menantu dan anak cucu jer. Itu pun dah cukup meriuhkan. Kebetulan ada match Bola Sepak pulak antara Singapuran dan Malaysia. Hampir semua orang berkumpul depan TV ... punyerlah bising. Bising mengutuk pasukan sendiri sebab banyak benar bolosnya. Bising sebab Safee Sali score. Bising sebab banyak bebeno pemain import kat pasukan Singapura. Belum bising sebab padang sintetik yang digunakan buat Malaysia kalah 5 berbalas 3 kat Singapura. Serupa dalam stadium lak jadinyer terjerit-jerit. Hehehehe ... seronok betul bila dah berkumpul. Aku pukul 11 dan tak larat nak angkat mata, penat bebeno. Sori yer mak tok, sebab tak tolong kemas ... hehehe. Nasib baik ada bibik Wati. Terimakasih Wati, kau memang rajin tak macam aku ;)

Friday, July 22, 2011

DEMAM HARRY POTTER


Demam ... memang sangat-sangat demam. Anak-anak aku yang demam, aku gak jadi mangsa. Nak buat macammana, kena lah carik ubat. Duk merengek dari minggu lepas bercerita pasal Harry Potter, duk tanya hari-hari "Mak bila nak pergi tengok Harry Potter". Nak dibiarkan demam tak sampai ati lak. Biasalah mak-mak, setakat yang boleh nak jugak tunaikan hajat anak. Tengok anak suka dan bahagia, mak lagi lah bahagia.


Hari ini masa lunch hour, aku gigihkan jugak diri ke OU, Bandar Utama. Terjah GSC nak carik tiket untuk hari Ahad. Nak 'booked' lagi awal memang lah tak boleh. Kena awal 3 hari baru boleh beli. Parking pun carik kat Level 'Cinema' jer. Mana ada masa nak melilau berpusing carik tempat lain. Walaupun hari ni Jumaat tapi Lunch Hour aku tetap 1 Jam jer. Penuh gak parking, tapi aku gamble jer letak kat tempat bukan parking yang tak menyusahkan pengguna lain.



Ramai gak orang, ingatkan kaunter waktu gini clear. Adalah dalam 15 minit beratur. Nak beli 'online' tak reti acik ni haaa. Maklumlah takut salah dan tak berani nak ambil risiko. Aku memang macam gini. Tak maju-maju lagi bab-bab online atau e-dotdotdot. Takat pendaftaran syarikat dalam online reti lah aku.


Akhirnya, 7 tiket dalam genggaman. 5 dewasa dan 2 kanak-kanak. Walaupun Hilman dah lagi tinggi dari aku, tetap aku belikan tiket untuk kanak-kanak untuk dia. Ala masih belajar kat sekolah rendah tu kira kanak-kanak lah jugak kan kan kan. So, pay attention yer anakanda 'S' dan 'N' bukan nama sebenar. Sila freekan diri pada hari Ahad ni. Kalau tidak auntie suruh Lord Voldermort carik korang. Hmmmm .... apalah pulak nombor handphone si Voldermort ni.

Thursday, July 21, 2011

SUKAN SEKOLAH KUANG SESSI 2011



Acara wajib setiap tahun untuk dihadiri. Kali ni heran gak, kenapa yer semua sekolah di Selangor ni Acara Sukan Tahunan berlaku hampir serentak. Dan tidak lagi di awal tahun macam selalu, tapi di pertengahan tahun. Yang biasanyer sekolah lebih tumpukan pada peperiksaan besar yang bakal menjelma compare tu acara sukan dan ko-korikulam. Mungkin ada strategi kut, kita pun tak tahu kan. Kali ni sikit teruja sebab Hilman masuk pembarisan ... dah Darjah Enam baru nak masuk. Sebelum ni ... haram. Jadi tukang sorak tepi padang jer lah. Dah lah pertama kali, kena jadi ketua untuk rumah Jingga (Oren) lak tu.





Ni yang mak , kakak-kakak dan adik teruja nak tengok nih. Kali ni pecah rekod pergi sukan awal pagi. Kalau idak pukul 10 pun tak sampai lagi. Kami sampai pukul 8.15 macam gitu, sama jer dengan kehadiran VIP. Budget VVIP lah konon kan kita orang nih.







Pergi awal tu bukan hapa, sengaja nak tengok Hilman berarak. Kehadiran mak bapak yang datang tengok anak bersukan ni boleh tahan. Ramai jugak. Penuh lah kerusi-kerusi kat dalam khemah tu. Muka-muka yang dikenali pun ada jugak :)





Cuaca masa baru sampai tu sangat best ... redup jer dengan angin sepoi sepoi bahasa. Tengah-tengah berikrar bebudak tu tengah padang, tetiba hujan turun ... agak lebatlah jugak. Cian bebudak pembarisan yang tengah berkumpul kat tengah padang tu. Tapi agaknyer dia orang ni suker kut dapat main hujan ... hmmmm. Macam tak kisah jer kan kan kan Man ... ;) VIP pun kena berucap kat dalam Khemah jer. Nasib baik tempat duduk kita orang tu air tak cecah dan becak. Kesian jugak pada budak-budak kat Khemah sukan tu, dia orang tak ada kerusi, kena bersila, kalau hujan sure nak kena berdiri jer. Cian Aran :( Budak budak Pom-Pom pun kena performed dalam hujan.




Dekat sejam jugak lah hujan tu. Entah kenapa rasa tak bosan lak sukan kali ni. Suka sangat tengok kesungguhan guru-guru yang kehulu-kehilir untuk pastikan acara berjalan lancar. Dengan muka ceria masing-masing. Boleh gurau gurau lagi dengan anak-anak murid dan sesama sendiri. Terhiburlak tengok. Hilman dan Aran pun masuk acara hari ni. Hilman acara larik 4 x 100 meter. Aran pulak acara 4 x 25 meter dengan acara sukaneka, masuk air dalam botol.



Paling best adalah acara tarik tali. Best sangat. Bayangkanlah bebudak kecik Tahun 4, 5 dan 6 tu dengan muka bersungguh-sungguh dan garang macam Hulk Hogan nak masuk gelanggang. Habis dikerah semua tenaga menarik tali tu. Tak masuk cikgu cikgi yang kasi semangat giler-giler. Ada peserta yang sampai tergolek-golek, ada yang nangis-nangis sebab sakit badan @ kuciwa kalah pada pasukan yang lebih kuat. Nampak sangat team work dia orang, siap pujuk memujuk pada kawan yang jelas nampak kecewa. Aku yang duk tepi padang pun Emo tengok dia orang nih.

Apa-apa pun aku dengan anak-anak tak terasa pun berada kat sini dari pukul 8.15 pagi sampai pukul 3.30 petang. Lama giler tuh ... tapi sumpah tak terasa.




Ini adalah Sukan yang terakhir buat Hilman kat SK Kuang ni. Sebab tahun depan dah nak masuk Sekolah Menengah. Itu pun sebab nyer aku biarkan dia puas-puas menghayati tahun akhir sukan kat sini. Nak ajak balik pun tak sampai ati. Tahun depan tinggal lah Aran sorang sorang kat sini and No more acara sukaneka untuk budak kecik nih ;) Dah beso anak mak ...





Tuesday, July 12, 2011

EDISI CUTI CUTI MALAYSIA - EPISOD GAMBANG




Perjalanan ke Gambang sangat-sangat lancar, tiada kesesakan ... tiada roadblock ... tiada hujan. Tak pernah sampai ke sini pun kalau tak ikut Abang Ngah dan Kak Ngah entah bila nak sampai. Kami berkonvoi 3 kereta, tapi dua jalan dulu sebab Mak Tok dan Tok Abah nak attend kenduri kawin dulu. Tempat pertemuan dengan abang aku adalah kat McDonald sebelum masuk Tol kat Gombak. Sarapan pagi kat McD jer .... Lepas singgah makan ikan Patin kat Temerloh dan masuk balik Lebuhraya nak ke Kuantan kami Exit Tol Gambang lebih kurang pukul 2 petang macam gitu.


Sampai di Bukit Gambang Resort dalam pukul 2.30 macam tu, sedang elok gak tu sebab Check-In kat sini start pukul 3 petang. Sangat bersih dan sangat ramai jugak orang nak check-in. Nasib baik Kak Ngah aku dah buat 'booking' sebulan setengah lebih awal dari tarikh nak datang sini. Yang untungnyer 'book-awal' satu lagi sebab ikut package. Sewa apartment untuk 3 hari 2 malam dapat tiket percuma untuk masuk waterpark bagi 8 orang. Save budget banyak dah tu. Jadi nyer tak ada lah masalah sangat. Apartment dua bilik ... sangat selesa. Boleh lah untuk 3 keluarga. Kami sewa lagi 2 tilam extra.


Sebelum dan selepas ... aku memang pantang tengok benda bersepah ... hehehe... pantang tak tersusun jer selipar dan kasut, aku lah yang tukang susun. Budak-budak tahu apa, masuk apartment main campak jer kasut. Sampai lepas tu anak anak ini dah tahu, takut kena marah dengan Mak Lang, pandai jer masuk umah susun selipar elok-elok. Hari pertama kami tak pergi Water Park, sebab dah rugi ... sampai pun kat pukul 3, dan water park tutup pukul 6 petang.



Makanya memula sampai itu adalah sessi berborak, berinternet dan makan dan main-main air kat Swimming Pool apartment sahaja. Juga sessi main masak-masak, syukur aku bawak dapur gas kecik dan kuali serta bahan-bahan untuk dimasak. Begitu jugak dengan Kak Ngah. Mak Tok siap bawak rice cooker dengan lauk pauk yang agak banyaklah jugak. Niat memula nak carik makan malam kat Kuantan, terpaksa di tunda. Yang tak bestnyer kat sini, peti ais dia kecik lah sesangat ... terpaksa lah diutamakan bahan basah dulu nak masuk kat dalam tu. Air macam macam rasa yang kita orang bawak pun kena ikut turn masuk dalam peti ais.



Dan malam pertama disini, aktiviti kami main 'FunFair' just kat bawah Apartment kita orang jer. Tak yah nak jalan jauh-jauh. Tekan lif turun jer dah sampai. Banyak gak mainan dia. Anak dara aku dari memula tak moh main, terus jadi teruja. Paling tak boleh percaya, Kak Long yang tak adventure langsung tu pun nak jugak main game pusing pusing kat FunFair tu. Aked mainan pun just kat bawah Apartment kita orang jer. Bebudak ni lah yang paling HAPPY sekali, jap jap minta duit dengan mak pak nak main game. Layankan ajer lah ... dah percutian ni pun untuk dia orang jugak kan. Waktu ni rasa nak nyanyi lagu P.Ramlee "Berkorban apa saja ..."



Hari kedua ... pepagi lagi one team dah pergi makan free kat Cafe ... yang lain bersarapan kat rumah ajer. Masak nasik goreng, buat sandwich, rebus maggi, goreng nugget ... makan jajan yang masih banyak dalam stock. Kenyang dah .... dan another one team yang nak ke Water Park, memang dah nak jimat air kat Apartment. Team ni tak mandi pagi, buat apa nak mandi kalau jap lagi nak jumpa air kat tempat 'Happening' kan ;) termasuk lah aku. Hehehehe. Team yang nak ke Water Park keluar agak pagi. Pukul 9 pagi dah keluar, itu pun sebab tak tahan dengan rengekan budak-budak kecik yang tak sabo sabo nak pergi berendam.



Sampai terlompat Aiman dan Hilman tak sabar nak pergi 'Waterpark' ... hat tengah tu pun rasa nak lompat gak tapi tak terdaya nak bawak badan yang berat. Buat 'peace' jer lah. Kami naik 'TRAM' yang macam kat dalam Zoo tu, sorang sehinggit jer. Ingat kan memula tu jauh ler kan jarak 'Waterpark' dengan 'Apartment' tapi rupa-rupanya dekat jer, naik bukit turun bukit dah sampai ... tak puas nak duk lelama kat dalam TRAM tu. Tapi kalau nak jalan kaki naik bukit turun bukit tu agak berpoloh jugak lah.



Kita orang hengatkan kita orang dah cukup awal dah, tapi bila sampai kat tempat tiket ... hambik kau kena gak beratur berlingkar panjang. Tapi serbis bagus, cepat jer. Kat sini tiket tak mahal ler serupa Sunway Lagoon ... takat standard 'Desa Waterpark' jer. Yang bagusnyer kat sini tak perlu bawak duit banyak-banyak, semua urusniaga pakai Tag, yang dibeli masa memula masuk tu. So kalau kita beli Tag RM200 ... jadinyer masa nak beli makanan atau urusniaga dalam resort, dia orang just scan kat tag tangan tu jer dan nilai kat tag itu akan berkurang. Kalau tak cukup duit, kena tambah lah nilai kat Tag tangan di Kiosk yang tersedia dalam waterpark itu. Eh! korang paham ker nih ... hehehe




Gambar-gambar ini diambil semasa belum jumpa air lagi. Sepanjang jalan menuju tempat bermain. Sebab lepas tu kita orang punya kamera dan barang lain dah nak kena masuk 'locker'. Kita orang bawak diri dengan towel jer lepas tu. Jadi tak adalah banyak gambar bermain-main air. Kalau korang perasan, tak ada satu pun muka Kak Long kat sini, sebabnyer ... perempuan ini takut gelap muka dan badannya dan dia sangat tidak adventure. Tak suka panas dan peluh. Tak tahu macam mana nak kasik tahu dia, rugi besar tak mencuba semua game kat sini.



Yang terlebih kat sini adalah mak dia. Semua benda aku main, konon-konon nak temankan Aran lah kan. Wallah ... sampai 'Flying Carpet' tu pun aku naik. Suker giler sebab paling laju dan cepat sampai ke bawah kalahkan anak-anak aku. Bila budak tu kata, sapa paling berat dialah paling laju dan paling tinggi terbang. Terus rasa ... patut pun. Budak tu kata aku tak sign buku ker, sebab dia kata sapa 80KG ke atas nak naik benda ni kena sign takut terjadi perkara yang tak di ingini. Helllooo!!! akak baru 70kg jer dik ... sungguh terasa akak kat situ. Tapi aku peduli apa, sampai 2 kali aku naik 'Flying Carpet'. Hahahahaha ... kalau tidak naik lebih lagi, tapi tak larat nak panjat tangga ;) pesal lah dia orang tak sediakan eskelator ... hmmm



Sangat seronok duk kat dalam ni, tak sedar masa berlalu. Dari pukul 10 pagi sampai 5 petang ... makanan kat dalam ni pun sungguh sedap. Kerja kita orang main air .. makan .. main air .. makan. Rasa tak nak balik pun ada, susah betul nak pujuk bebudak ni balik. Asyik kejap lagi ... kejap lagi jer. Hmmm tak per lenkali kita datang lagi ek.