# SUKA GILER LAGU RAY PARKER JR NI WAKTU UMUR 17 TAHUN. LIRIK ADA TUKAR SIKIT
Tuesday, July 10, 2007
# SUKA GILER LAGU RAY PARKER JR NI WAKTU UMUR 17 TAHUN. LIRIK ADA TUKAR SIKIT
Tuesday, June 26, 2007
23rd JUN 2007 - REUNION DIA 87 - 90 +++
Monday, June 11, 2007
INA BERTUNANG
Tuesday, May 29, 2007
KE MELAKA
Friday, May 25, 2007
CUTI SEKOLAH PENGGAL PERTAMA
Monday, May 21, 2007
PUTRAJAYA CRUISE
Saturday, March 3, 2007
ABANG BIRTHDAY - 02 MAC 2003
To Abang....Selamat Ulang Tahun, Semoga Teguh Iman, Murah Rezeki, Sihat Berpanjangan, Dipermudahkan Allah segala urusan.....dan semoga kasih dan jodoh kita berpanjangan.
Ayang SAYANGGGGGG Abang....Muah Muah Muah 1000x....
Tuesday, January 23, 2007
WEEKEND DI TIARA BEACH RESORT, PD
Aran : Abah, nanti boleh tak Abah datang sekolah Aran mintak cuti dengan cikgu Aran. Aran nak gi Hotel ler...
Bukan tu aje, nak kuatkan lagi bodek dia, siap buka album gambar yang lama, waktu pergi Desa Water Park, then tunjuk kat Abah dia, tunjuk kat mak dia.
Aran : Mak cuba teka kat mana ni, best kan kalau dapat pergi sini. Jom lar mak.
Mak : Tanya ler Boss. (Sambil tersenyum dan berkata dalam hati - pandai nyer nak bodek orang)
Then 2 hari lepas tu, abang pun SMS, said nak bawak anak-anak gi WaterPark. Aku SMS balik "tak nak ler gi Desa WaterPark lagi kalau boleh, dah selalu sangat gi situ". Then abang said dia dah call Tiara Beach Resort for reservation, so bertolak on Friday, supaya anak-anak boleh main air puas-puas. sebab kalau check in on 12.00 noon Saturday, dapat main air kejap sangat.
So, pada hari Jumaat tu balik awal ler juga, compare tu hari biasa. Sampai rumah jer, abang yang dah memang balik awal, tengah asyik sibuk dgn handphone dia. Rupa-rupanya one of the Buruh Asing kat tempat kerja dia dah kena Fatal Accident. Alahai waktu gini ler pulak nak kena pun. So, by pukul 7 petang lepas kelam kabut berkemas apa yang patut, bertolak ke Kapar, Kelang. Gi tengok tempat kejadian. Waktu tu hujan ler pulak. Waktu ni Muhammad Hilman dah bising kelaparan. Mamat ni tak boleh lapar sikit. Lupa lak tu nak bawak bekal. Singgah Pekan Kapar Sembahyang Maghrib, then straight went to Hospital Tengku Ampuan Rahimah, abang pergi tengok mangsa yang nak buat post mortem, dan jumpa orang yang incharge waktu kejadian. Budak-budak dah tido dalam keta. Lepas tu pergi Mc D Sri Andalas beli Prosperity Burger and Mc Value meal, makan dalam kereta jer sementara tunggu abang wait for kawan dia bawa report. Bertolak ke PD dalam pukul 10+ malam, selamat sampai kat PD nearly 12 midnight. Before that singgah Lobi Resort, abang nak photocopy report dia, sebab dia kena turun KL balik uruskan hal kemalangan.
So pagi sabtu tu, tinggal ler aku dan anak-anak. Semua sibuk lapar. We have our breakfast kat Cafe Resort, then balik bilik, tukar baju mandi then pergi pool. Dari pukul 8 pagi sampai ler pukul 12 tengahari. Dah naik hangit muka anak-anak ku. Yang memang dah hangit tak ler ketara sangat, Hehehe.... Naik bilik, mandi then semua orang terbungkang, tidur. Pukul 3 petang baru bangun. Solat, waktu tu perut dah lapar balik. Ingat nak tunggu abang balik dari KL, bila call abang baru nak turun PD balik. So beli ler Maggi Hot Cup sementara nak tunggu abang balik. Lepas solat Asar turun mandi lagi. About 5pm+ abang sampai. Kesian tengok muka abang, nampak sangat kepenatan. Kesian Aran jugak, sebab dia kecik, selalu kena tinggal dengan kakak dan abang dia. Bila dah boring tu dia pun start ler ajak naik basikal. So sewa basikal yang ada 2 seater tu. 10 Ringgit for 1/2 hour. Best jugak naik basikal, keliling resort yang besar tu, sebab lama dah tak naik basikal. Then pukul 7+ naik bilik. Lepas buka puasa, minum air dengan Maggi Hot Cup jer(Alhamdullilah, berjaya aku habiskan puasa hari ni). After solat maghrib keluar cari makan kat Batu 4 Port Dickson. Pergi satu kedai makan ni, jumpa dengan banyak motor besar, rupanya all the bikers makan kat situ jugak. Waktu ni, makanan tak sampai lagi, mata Aran dah tak boleh bukak dah. Dia sempat makan sikit jer. Lepas makan balik bilik. Semua orang tido. Tinggal aku dengan Kak Long tengok Cerekarama kat TV3 , best gak cerita ni, dah lama tak tengok Sofea Jean Hisham berlakun. Then tido about 12+
Ahad, 21 January 2007. Bangun lewat dari semalam. Lepas mandi dan bersiap, keluar resort cari breakfast kat luar. Pergi Pekan Batu 4 lagi. Makan nasi lemak, then bebudak minta abah dia beli pelampung ler, google ler, penutup kepala ler. Lepas tu singgah pantai berhampiran main ombak. Best sangat, sebab pagi pagi ni tak der orang dan air tengah pasang ditambah pulak dengan angin yang sepoi sepoi bahasa. Nyaman nyer......Then balik resort, tukar swim suit, mandi lagi kat pool. Tapi hari ni punya ler ramai orang. About pukul 12+ baru naik bilik. Waktu pukul 11+ tu , tiba-tiba jer kat pool dah susut orang. Ghupa-ghupa nyer semua orang nak check out before 12. Tapi kita orang keluar check out pukul 1 lebih. Lepas berkemas dan bersiap. Off to KL, sampai Seremban isi minyak, then abang suruh aku drive sebab dia penat dan nak tido. Bestnyer diberikan kepercayaan. Jarang dapat drive jauh-jauh ni. Sampai kat Nilai, hujan lebat sangat. Then lepas tol Sungai Besi, singgah Mc D Drive Thru kat Stesyen Minyak Petronas, beli Prosperity Burger lagi. Kita orang satu family memang suker banget dengan Prosperity yang datang setahun sekali ni. Tak jemu makan. Bak kata Kak Long, hari hari pun tak per. Then sampai rumah about pukul 3 petang. Sempat ler berkemas dan berehat untuk sambung kerja esok. Gitu ler cerita nyer
Terima Kasih a LOT to Abang, sebab bawak kita orang pergi bercuti. Semua orang happy. Tapi kesian kat abang, sebab banyak kerja. Kita orang Suker Banget....harap this coming Chinesse New Year dapat pergi mana-mana lagi. Chewah.....
Thursday, January 11, 2007
AKU DAN SELIPAR
Tuesday, January 9, 2007
HARI YANG PENUH DUGAAN
Sunday, January 7, 2007
SELAMAT HARI JADI MUHAMMAD FARHAN
Cuaca hari ni pun best jer, redup dan nyaman, tak nampak matahari langsung. Tapi yang tak best nyer, kain kat jemuran tak kering ler kalau gini cuaca dia. So sampai jer tengok orang dah ramai dari biasa...Suspen jugak takut tak da tempat nak lepak. Fuhhhh....nasib baik ada meja kosong lagi, tapi ada sikit kotor juga. Lepas bersih dan bentangkan saprah, baru ler keluarkan makanan. Cucuk lilin kat kek, tiup lilin, potong kek, makan KFC minum-minum, makan-makan. Then bebudak tu gi memain, Kak Long lak buat Homework, rajinnyer anak ku ni, kat taman pun bawak homework. Dah besar pun tak layak nak main games kat situ kan. Penat main, minum lagi, then sambung main lagi. Lepas tu makanan yang tak habis tu bagi makan ikan dan kura-kura kat pond yang ada kat situ. Caya ler tortoise tu pun makan KFC hehehe......jangan sakit perut dah ler. Tak pasal-pasal berdosa lak kita yer anak-anak.