Thursday, December 4, 2008

PESANAN

(Gambar waktu Hari Raya Aidil Fitri yang lalu - dari kanan Iman, Kak Long, Inas, Iqa, Farisha, Maisara dipeluk Aiman, Aisa, Farhan dan Fendi. Tiada dalam gambar Mak Su Farah dan Hilman - tengah makan kot)



Pesanan buat anak-anak mak dan anak-anak sedara mak serta maksu.....



Memang kita semua mudah tersilap mentafsir kehidupan ini

Kita selalu sangka

AKU PASTI BAHAGIA KALAU MENDAPAT ITU DAN INI

Hakikatnya ...

Apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga mendatangkan masalah untuk kita.


Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu

benar-benar membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama.

Semua benda ada baik dan buruknya.


Pesanan buat mak juga sebenarnya.... jumpa artikal menarik dalam paper hari ni. Renung renung kan lah.....

Tuesday, December 2, 2008

AWARD




Aku dapat AWARD. Heheheh .... tak penah penah tau aku dapat AWARD. Macam tak percaya dapat award. Jakun kan aku. Tima kacih Zia. Eheh, ehem... nak bagi ucapan leh


Terima kasih saya pada Allah yang maha Esa, Anak-anak dan keluarga. Tanpa nikmat dari NYA tak leh ler saya nak menulis kat Blog ni. Tanpa anak-anak dan keluarga pulak, tak der idea lah pulak nak cerita. Dan tak terhingga kepada orang yang bagi AWARD ni. ZIA....kalau zia tak bagi award kat Acik memang ler acik sampai bila-bila pun tak merasa, sebab tahu tak ada orang pun yang baca BLOG ni melainkan Zia dan anak-anak... + IXORA + KAK AZIE + NADDY...Huwa..huwa...huwa (sedih dan terharu lah pulak)


Semalam Kak Long complaint, dia kata tulisan dalam Blog Mak dia ni, besar besar macam mak dia, dia tak der mood nak baca. Baik lah sebagai Ibu yang prihatin dan baikhati (Hahahaha...) maka mak comelkanlah (macam kak long yang comel...comel ker?) tulisan ini. Khas untuk Kak Long tersayang. Iqa, mana gambar mak yang mak suruh edit kat 'PIKNIK' tu. Mak harapkan Iqa jer...maklum ler, mak buta IT sikit. Tak lah teror macam Auntie Zia. Tolong ek Iqa. Kalau tak der gambar dalam Blog ni tak meriah mak rasa.



WAH...tetiba aku rajin update blog (teringat kata kata Yan - Acik update blog setahun sekali) lagi ada hati nak suruh orang baca. Hahaha... kelakar sungguh statement mu itu.Pssstttt...Yan, kau baca ker Blog Acik ni. Hehehe....

Monday, December 1, 2008

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK





Nak cerita pasal hujung minggu yang sering dinanti-nanti untuk berehat panjang. Malangnya aku tak rehat pun. Hari sabtu dah ler kena kerja, dengan assingment ISO yang tak siap siap selagi orang SIRIM tak datang audit. Dengan kerja yang sedia ada yang perlu disiapkan. Oh ya, aku puasa hari sabtu tu sempena 1 Zulhijjah. Ingat nak puasa sampai 9 Zulhijjah (Disunatkan berpuasa dari 1 - 9 Zulhijjah). Pepagi nak sahur, tak tahu nak makan apa. Bangun dah ler kat hujung hujung nak masuk subuh. Buka lemari ingat adalah ler roti ker, tetengok tak ada. Iyalah cuti sekolah lah pulak, anak-anak kat umah memang kerja nya makan je lah kan, nasib baik ada MAGGI. Masak air rebus maggi pecah telur. Itu ler sahur aku, aku kalau puasa sunat pun mesti nak sahur. Pergi kerja ada meeting ISO sampai ler pukul 1.30 petang. Then sambung kerja sampai pukul 3.30 petang.

Berkejar balik umah, sebab petang ni nak tengok wayang cerita BOLT kat GSC-One Utama. Sampai umah terus amik air sembahyang then lepas solat asar bertolak ke One Utama dengan dua orang anak gadisku (chewah! skema sungguh ayat). Hilman dengan Aran dah masuk dulu dengan abah dia orang. Suspen jugak nak masuk, sebab abah anak-anak belikan satu tiket dewasa dan dua tiket kanak kanak, padahal budak pompuan 2 orang ni sama besar jer dengan mak dia. Phew... lepas. Bagus jugak kan buat macam ni nanti, boleh jimat. Sampai kat pintu nak masuk bilik panggung tengok ada meja dengan spek mata 3D, then ada MEMO... malas nak baca sebab dah lambat kan. Wayang start 5.10pm kita orang sampai 5.30pm hehehe. Yang nampak kat memo tu ada tulis RM200.00. Alamak nak pakai spek tu kena bayar dua ratus henget ker, tak yah ler. Tapi bila tengok bebetul baru tahu, kalau rosak kena bayar RM200, spek tu free jer. Semua nak masuk pun dah dapat. Gelabah jer akak ni. Masuk masuk jer cerita baru nak start. Jumpa ler dengan Aran dan Hilman yang duduk belakang kita orang. Aran handsome pakai spek 3D. Best jugak cerita dia, gambar macam dekat jer dengan hidung, macam leh pegang pegang. Cerita dia not bad lar, cerita kartun...release ler penat terkejar-kejar hari ni.


Then lepas tengok wayang, pergi bukak posa kat KEBAB KING dekat Old Wing. Iqa belanja, mak belanja kak long dan belanja minum. Tanya anak dara, nak jalan tak, dia orang kata tak ada mood, sebab tak ada duit. Tapi dalam perjalanan nak ke parking, pantang tengok benda cantik, berhenti ajer. Best ler outing dengan anak dara 2 orang ni, mak pun rasa macam muda jer (Chewah, ayat perasan giler). Balik singgah umah mak, dengan hasrat nak tengok baby (my bro dapat baby baru- tinggal kat umah mak) before this every balik kerja aku akan main dengan baby ni dulu. Tapi sejak dah 2 malam berturut turut baby nangis bila malam. So aku pun tak berani nak main dengan dia lagi just pandang dari jauh jer. Kesian aku, suka sangat baby. Nak dapat baby sendiri - tak mungkin. Nak tunggu cucu - lambat ler lagi. Main je lah dengan anak sedara, rasa nak bawak balik jer baby tu.


Hari Ahad, hari tak posa sebab ada kenduri. Pagi bangun awal ler jugak. Mendobi, solat subuh. Lepas pergi beli paper dan sarapan, start ler kerja merumput dikeliling rumah. Tak sedar dah pukul 12.30 tengahari. Mak dah warn, nak pergi kenduri lepas solat zuhur. Best betul merumput, dari pukul 8.45 pagi sampai 12.30 tengahari, tak sedar masa cepatnya berlalu. Masuk rumah lepas merumput, tengok sampah tak buang lagi, pergi lah pulak buang dan bakar sampah dibawah rumpun bambu. Banyak nya ler pulak daun buluh yang gugur. Menyapu pulak sambil bakar sampah. Tahu tahu dah pukul 1.10 tengahari. Mak jerit lagi suruh siap. Abah datang tolong sambung kerja sapu dan bakar sampah. Agaknya aku ni banyak mewarisi perangai abah. Bila dah buat kerja asyik terlupa tentang waktu.





Memperkenalkan Jaf Dara Maisara, yang turut serta bersama rombongan Cik Kiah ke Kajang

Kelam kabut baru ler nak gosok baju, mandi dan solat. Dalam pada tu mulut duk jerit suruh Hilman dengan Kak Long solat. Suruh Iqa siap. Aran awal awal lagi dah siap. Dah ler Kak Long kalau bersiap punya ler lama amat. Pakai tudung jer 1/2 jam. Dia ler orang yang paling lambat keluar rumah kalau nak kemana-mana. Dalam 1.45 ptg bertolak ker Bukit Mewah, Kajang. My sedara, anak dia bertunang. Sampai pukul 2.30 ptg. Lepas majlis, sempat pulak temankan anak-anak dan Maisara (anak sedara - 2 tahun) pergi main taman. Best nyer dia orang, sebab kat taman tu tak ada orang. Main puas-puas sampai tak ingat nak balik. Pukul 5.30ptg bertolak balik KUANG. Sampai umah dalam pukul 6.15ptg. Nasib baik sempat solat asar, then baru ler boleh rehat. Itu pun tak jugak rehat. Hilman duk asyik suruh baca buku magic dan ajar dia. Aran pulak duk ajak main Monopoly. Mak dia pulak duk asyik leka buka internet.

Kak Long & Iqa - waktu kecik dulu tak puas nak main buai yer...

Pagi yang gelap, Kini sudah terang, Aku adikmu dan engkau abang...


Dah tu macam mana. Malam rasa ngantuk dan penat sangat-sangat. Tapi puas, sebab dapat dekat dengan anak-anak, dan main-main dengan dia orang. Rasa macam budak budak balik ler pulak. Dan penuhi hujung minggu dengan kerja-kerja yang bermanafaat tanpa membuang masa. Bukan senang nak buat gini... sebab gue ni kekadang datang angin malas. Tau nak tengok TB dengan baca paper jer.....