08 OGOS 2017
Hari Khamis, seawal pukul 4 pagi kami bangun. Tidur 2 jam jer kut, sebab baru terhegeh-hegeh nak kemas beg dan timbang beg bagai hingga melewati 12 malam.. Hihihihi .. nampak tak di situ, macam tak excited tapi excited sebenarnyer... Pukul 5 pagi gitu Ayah Cik datang ambik kami sekeluarga dan bertolak ke KLIA2. Sempat ler naik keta Honda BRV baru dia. Sampai KLIA about pukul 6 pagi gitu, pi masuk beg dan terus solat subuh. Lepas tu singgah KFC sarapan pagi. Heavy sarapan pagi kami, sebab perjalanan agak jauh dan kami tak makan atas flight.
Naik Air Asia X jer, tambang murahkan. itu jerlah yang termampu. Itu pun tiket beli seawal bulan November 2016. Ini kali ke 3 aku ke berjalan-jalan keluar negara selepas Bali dan Vietnam. Alhamdullilah syukur, dapat juga keluar negara kan. Dan kali ini dengan anak-anak pulak.
Suasana kat luar tu masih gelap lagi, ni waktu tunggu nak masuk kapal terbang ni.
Flight adalah penuh ... tak ada seat kosong pun.
Perjalanan kami ambik masa lebih kurang 6 jam.
Bertolak pukul 8.oo pagi dan mendarat di Incheon Korea pukul 3.20 petang (waktu Korea)
Kena tambah 1 jam ke depan yer, Kalau ikut waktu Malaysia pukul 2.20 petang.
Alhamdullilah ... selamat mendarat di Incheon International Airport
Cuaca adalah sangat baik
Terang benderang ... suhu panas sama macam kat Malaysia.
Orang selalu tanya, kenapa pergi waktu panas, kenapa tak pergi waktu musim dingin.
Dah pergi jauh-jauh tu kan rugi tak rasa musim dingin
Sebab musim dingin memang tak ada kat Malaysia
Hahahahah ... kannnn, musim panas sama jer dengan Malaysia
Jawapannyer sebab ....
Tarikh dan bulan ni jer lah semua anak-anak dapat berkumpul.
Iqa start cuti Bulan Jun
Kak Long pulak start cuti pertengahan Bulan July
Bulan September dah kena masuk Uni balik.
Hilman yang dah start belajar di Asasi UiTM terpaksa tidak hadir kelas berizin 4 hari
Begitu juga dengan Farhan yang terpaksa tidak hadir berizin 3 hari.
Paan terpaksa balik awal dari aku dan Hilman
Sebab tarikh sepatutnye dia balik tu adalah tarikh Peperiksaan PT3 untuk 'Listening'
Terpaksa lah kami beli tiket baru untuk dia.
Alhamdullilah pandai dia berdikari balik sendiri dari Korea ke KLIA sampai rumah sendiri.
Syabas Betha ... mak proud of you. Hihihihi
Dari Incheon ke Seoul kami ambik keretapi laju
Ala ala ERL (KLIA transit train) di Malaysia
Best ... sebab dalam ketapi tak ramai orang
This is 2nd trip to South Korea for Kak Long dan Iqa
So tak adalah macam 'Rusa masuk Kampung' kami ni
Dah tahu lah mana nak di tuju, mana nak beli tiket mana nak ambik train
Sampai di Terminal Utama di Seoul
Kena ambik lagi keretapi ke tempat rumah penginapan kami
Kami kena turun di Stesen 'Seokmyung Women University'
Keretapi bawah tanah adalah pengangkutan utama di Bandar Seoul ni
Pi mana mana pun kena turun subway naik keretapi
Tapi paling seksa adalah banyaknyer tangga
tapi ada jugak Eskelator dan Lif
Masa nak ke tempat penginapan kami tu,
kena naik tangga yang macam rumah 3 tingkat tingginyer gitu
Aduhai, semput omak ... terpaksa berhenti kejap ambik napas Hahahaha
Omak kau ni dah tuo anak anak,
kalau omak muda omak dah mencanak lari tinggalkan korang masa naik tangga tu. Hahahahahha
Yang paling sadis ... on the day aku nak balik tu baru sedar rupanyer ada lif naik ke atas.
Hahahahahhaha ... aduhai.
Urusan penyewaan dibuat melalui AirBNB oleh Iqa
Thank you Iqa, kalau tak ada Iqa yang suka explore tak tahu ler macammana
Kami ni tahu ikut jer apa yang dah Iqa plan
Secara rasmi nyer Iqa adalah Ketua Kumpulan ... hihihi
Tuan rumah adalah sama dengan masa Kak Long dan Iqa pergi tahun lepas
Cuma lokasi rumah jer di tempat yang berbeza
Tuan rumahnyer muda sangat lagi, nama dia Jinho
Dia dah siap tunggu kami kat hujung tangga atas bumi (boleh guna tak istilah ni)
Dan bawak kami kerumah yang nak disewa tu
Nak tahu apa ....
Kena mendaki lagi
Rumah dia macam area kat atas bukit tu
Baru jer panjat tangga yang macam 3 tingkat rumah tu
dah kena daki bukit yang macam 3 tingkat rumah lagi
Hahahahahha ... dalam hati aku dah kata
Turun ler berat aku berkilo kilo nih
Psstttt .... memang betul berat aku turun 2 Kg lebih lepas balik dari Korea
Tapi berbaloi lah
Rumah dia cantik dan comel sangat serta bersih
Lengkap WIFI, dapur dan segala macam mak nenek hihihi
Pokok pun ada
Cuma tak leh berbuah jer .... hahahahaa
Kira pokok tu macam soft furnishing rumah dia ler
Nak kasik nampak lawo gitu
Tapi memang lawo pun
Kami kira bertuah ler jugak
Sebab rumah ni baru di 'renovate'
Dan kami adalah penyewa pertama untuk Homestay dia
Bilik sangat bersih dan comel sangat
Ada 3 Bilik
Kami pakai 2 Bilik jer
dan yang best tak ada penyewa lain kat situ
Hanya kami
Orang Lelaki 1 Bilik
Orang Pompuan 1 Bilik yang lain
Jom nengok gambo gambo bilik dia
Comel sangat
Dari katil, kerusi, rak barang, penyedai kain, karpet
ke bantal, sarung bantal, alas tilam, selimut
semua nyer IKEA
I kan IKEA lover ... memang suka sangatlah.... hihihi
Gitu lah hari pertama kami di Korea Selatan
Tak kemana sangat ... sebab penat
Cuma malam kami keluar carik makan kat area restoran halal
Kami ke Itaewon , area yang ramai orang islam
Ada masjid dan banyak kedai-kedai yang dibuka oleh pedagang pakistan
Singgah kedai runcit beli barang keperluan sikit
Sebab esok kami nak ke Nami Island.
p/s ; doakan saya update lagi yer ... Aminnnnnnnnn
7 comments:
Wow bestnyerrr jalan jalan korea
Wow bestnyerrr jalan jalan korea
Best sangat ... sampai sekarang terbayang bayang. Rindu nak pi lagi.
Terima kasih Cik Manggis sudi singgah
Ingat tak ada orang baca dah Blog saya ni ... hihihihi
Pengalaman menarik... Berbagi artikel tentang Sawah Padi Longji di Guilin, China di http://stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/sawah-padi-di-longji.html
Lihat juga video di youtube https://youtu.be/-FEADXHsiSM
Macam mana nak buat penyewaan guna airBNB ? Boleh ke kalau direct contact owner Jinho tu ?
Berapa harga tiket ke korea 2021 ni?
Kak boleh tak saya nak bertanya lagi banyak pasal travel ke korea niðŸ˜ðŸ˜
Post a Comment