Weih !!! Tak sabar nak cerita ni, sementara masih panas dan hati masih juga membara. Sekejap tadi, masa aku tengah sibuk bekerja walaupun jam dah menunjukkan pukul 5.oo petang. Tetiba handset aku menjerit-jerit minta di angkat, dengan tertera Private Number kat skrin yang tak lah selebar I-Phone dan Blackberry :) Aku ni kan, apa jer nombor memang aku jawab punya tanpa rasa takut, sebab memang aku tak pernah buat salah dan nak larikan diri dari apa apa pun kan. Chewah, perasan ler konon ....
Dengar suara minah berbangsa india kat hujung sana dengan suasana yang amat bising macam kat Pasar Borong Selayang. Dah ler suara dia kejap kuat kejap pelan. Sebagai manusia yang amat bersabar aku layan ler jugak.
'Minah Tu' kaler MERAH :(
'Aku' kaler BIRU :)
Hello, saya dari Maybank. You pemegang kad kredit Visa dan Mastercard kan.
Iyer ... kenapa?
Maybank nak bagi you Life Insurance bernilai RM200,000.00. So I need beberapa pengesahan dari you (dah ....waktu ni aku dah start malas nak layan kalau ada soalan pasal insuran nih)
OOOOooooo okay
Nama you Jaf Fairos Liza kan
Yes
I.C. you 69xxxx - xx - xxxx kan
Yes
Boleh bagi tarikh luput tak untuk kad Visa dan Mastercard you (time ni aku dah cuak dah)
Eh! you kan dari Maybank, tak kan you tak tahu tarikh luput kad I, and for your information ... untuk Maybank I pakai Zingcard jer. I dah lama tak pakai Mastercard.
Tak apa puan, just bacakan tarikh luput kad tu untuk saya
Sorry la, macam mana I nak bagi tarikh luput tu kat you, kad tu pun tak ada dengan I, lagi pun I dah potong kad tu. (dah start geram dah ni, sebab rasa ada paksaan)
Okay untuk pengetahuan puan, kami dah creditkan RM800 dalam Visa kad puan yer ... (dia terus letak telefon)
Arghhhh .... sungguh kurang ajar nak gertak gertak orang dan end conversation macam tu. Sah sah bukan Maybank la tu. Tapi aku panik lah jugak kan. Mana tahu betul betul dia boleh rompak aku dengan cara tak berhemah tu. Aku terus intercom Ayang mintak Maybank Centre No. = 1300886688. Terus je aku call dan cakap dengan service centre dengan perasaan geram yang tak abis lagi.
Budak tu cakap, "Akak jangan risau, selagi dia tak dapat tarikh luput kad, pin no dan security no yang kat belakang kad tu dia tak akan boleh buat apa apa". Aku suruh dia check akaun aku, dia kata memang VISA aku dah lama terminate, tapi Mastercard aktif lagi tapi dah lama tak ada transaction yang terbaru dan yang lama. Phew lega .... budak tu cakap, kalau ada apa apa transaction aku tak perlu bayar, just buat report to them sahaja. Lega seh ... tapi masih cuak lagi kalau dia orang dapat tembus akaun aku.
So, korang kat luar sana, tolong lah berhati hati. Aku heran macam mana lah dia dapat Info tentang aku, siap nama penuh, IC dengan no handset sekali tuh! Macam macam cara dia orang nak menipu kita sekarang nih. Dengan cara lembut memula tu, dah tak dapat info ... nak gertak gertak kita pulak. Sangat sangat kurang ajar hokey ... geram nyerrrrrrrrrrr ...... :(


















