SALAM JUMAAT
12.30 Tengahari, baru sampai opis. Jauh perjalanan hari ni. Ke Shah Alam, pergi ofis Main Con., then ke PKNS (bukan gi soping ek) nak pergi beli tender. Tender yang nak dibeli habislah pulak. Terlanjur kat PKNS, teringat 'I-Kad' Sumi (my maid) yang buat awal bulan ni, nasib baik dah siap, so boleh ler collect sekali.
Then turun bawah singgah kedai beli paper. Cari cari dompet dalam beg, ALAMAK.... dah tak ada. Rasa nak nangis, tak ingat apa-apa dah, ingatkan kad pengenalan dengan lesen keta jer, dengan kad kredit. Duit bukan pun banyak kat dalam tu. Menggelabah giler masa tu, mak cik tuan punya kedai pun tumpang menggelabah sama. Dia kata, cuba tepon rumah dulu. Alahai, baiknya mak cik tu. Tak kan hilang kat Imigresen tadi kut.
Memang ler aku tak peluk beg aku yang besar tadi tu, just letak sebelah jer. Huwaaaa........ nangis dalam hati. Then teringat, eh...ada kat dalam keta kut, kat tepi pintu. Sebab pagi tadi waktu hantar Iqa sekolah, bawa dompet dengan kunci keta jer, then dompet tu tak letak balik dalam beg. Hendaknya betul ler. Punya la, akak pecut nak pergi kat keta. Alhamddullilah, ternyata Allah masih sayangkan hamba Nya. Ada pun.
Tak jadi beli paper, terus bertolak ke Jalan Raja Abddulah, Kg. Baru. Singgah beli Tender kat DBKL. Then baru ler sampai opis.
Actually semalam bukak KGMMS, then terbaca ler Sketsa pasal Merdeka by UJANG. Menarik sangat. Baca ler.....
Atuk Merdeka ------------
Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku, Aku ingin menjadi kayu.Jika kau menjadi kayu, Jadilah kayu golf, Disebut kayu tetapi besi, Diulit Dato'', tauke dan menteri, Jangan kau menjadi kayu tunggul.
Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku, Aku ingin menjadi pagar.Jika kau menjadi pagar, Jadilah pagar karan, Dipicit suis power berjalan, Dirempuh diusik, boleh pengsan, Jangan kau jadi pagar makan padi.
Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?
Atukku, Aku ingin menjadi mangkuk.Jika kau menjadi mangkuk, Jadilah mangkuk purba zaman batu, Buruan ahli arkeologi setiap waktu, Membawa bukti tamadun dan ilmu, Jangan kau menjadi mangkuk hayun.
Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?
Atukku, Aku ingin menjadi bintang.Jika kau menjadi bintang, Jadilah bintang di langit, Tiada boleh ditukar wang ringgit, Tidak boleh dijolok dikait, Jangan kau menjadi bintang tiga.
Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku, Aku ingin menjadi seluar dalam.Jika kau menjadi seluar dalam, Jadilah seluar dalam Superman, Sarung di luar nampak gentleman, Tiada manusia memberi komen, Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.
Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku, Aku ingin MERDEKA.Jika kau ingin MERDEKA , Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat, untuk membeli kayu, untuk membeli pagar, untuk membeli mangkuk, untuk membeli bintang, untuk membeli seluar dalam, untuk membeli MERDEKA.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!! -
Ujang 1978
No comments:
Post a Comment