Thursday, February 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY HILMAN !







Hari ini Muhammad Hilman Hashim genap berumur 10 Tahun. To be precise, sepatutnya pukul 5.30 petang nanti. Dalam 4 orang anakku, Hilman sorang jer yang dilahirkan petang, yang lain semua pagi. Dalam 4 orang ni jugak, Hilman lebih cerah dan gebu dari yang lain. Ingat lagi masa lahirkan dia, waktu tu hari Jumaat. Takut jer abah dia tak sempat nak temankan dalam labour room, sebab nak pergi solat Jumaat. Tapi nasib baik sempat.




Memang teruja sesangat masa melahirkan Hilman, sebab... dia anak lelaki pertama kami, selepas melahirkan dua anak perempuan berturut-turut. Tak lah susah sangat nak lahirkan Hilman, walaupun dia beratlah jugak 3.5Kg. Tapi tak leh kalahkan Aran 3.8Kg. Masa keluar tu tak ler nampak sangat dia macam mana, sebab aku dah tak fokus. Almaklumler, penat giler, menahan sakit dari semalam. Semua anak-anak ku sebelum nak bersalin keluar darah dulu. Bila dah keluar darah tu, alamat sehari semalam ler kena tahan sakit.






Bila dah dimandikan di azankan, baru perasaan dia ada tanda lahir. Kat kepala belah kiri ada sebesar duit 20 posen tak berambut. Memula cuak jugak, aik masa lahirkan tadi tak forcep pun. Tapi doktor kata itu 'Birthmark' dia, dan tak yah risau, tak akan ada effect pada otak atau kepala dia, cuma tahap kehenseman dia kurang sikit ler, sebab tak berambut. Really sampai sekarang, part tu tak berambut. Penat nak jawab, bila pergi mana-mana mesti orang tanya ' Eh, kenapa kepala dia, jatuh ker?', 'sakit ker?'. Sampai tak larat nak jawab. betul. Hilman pulak waktu memula dulu pandai tak nak potong rambut pendek, takut orang tanya, dulu kalau gi memana mesti pakai cap, sebab malas nak jawab kalau orang tanya. Tapi sekarang dia dah tak kisah, dah redha ... hehehe. Tapi Hilman tetap hensem kat mata mak.






Selamat Hari Jadi Sayang ...

semoga berjaya dalam pelajaran, sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Amin

4 comments:

Mrs Taz said...

Happy Birthday Hilman,

Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Memang la cik, kalo ada satu2 keistimewaan tu mmg ler penat nak berjawab .. macam zia ni hah sampai dah tua nak jawab soklan orang naik tak kuasa lagik dah .. :D

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran to HILMAN yang hensem... macam PAPA..


btw.. Selamat Ulangtahun Kelahiran juga PAPA.. HASHIM 515..

Semoga sejahtera selamanya.. sekeluarga..

IXORAROXI said...

happy belated birthday HILMAN

Lee said...

Hi Lady, just dropped by tengok gambars. Nice pics you have.
Keep well and best regards, Lee.