Monday, August 10, 2009

HILMAN DI MKJR






This weekend, memang bukan rehat untuk aku. Saturday kerja, then tunggu orang shooting at my office, dia orang start pukul 10.oo malam and finished at 12.30am. Phew, berjanggut nunggu, nasib baik ada kerja nak buat, so tak lah bosan sangat. Then pukul 1.00 pagi sampai rumah, cium Aran, tetiba dia terjaga dan peluk aku kuat kuat, dia kata "Rindu kat mak", terharu nya aku, hilang penat sehari suntuk kat opis. Then melayan kerenah Aran, Hilman dengan Iqa pukul 2 pagi baru tido. Pukul 7 nak kena bangun, sebab hari ni Muhammad Hilman Bin Hashim jadi wakil Daerah Gombak untuk PERTANDINGAN PENDIDIKAN LALULINTAS, MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA, PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009, yang di adakan di Harmony Driving School. Nasib baik dekat jer dari rumah, tak sampai 5 minit, itu pun kalau Traffic Light hijau ler kan. Hehehehe.


Muka budak-budak yang terlibat

Kali ini diiringi Kak Long dengan Aran (budak ni kalau mak dia pergi bulan pun dia nak ngekor jer). Kak Long ikut sebab dia terlibat secara tak langsung, jadi tukang sorak untuk classmate dia yang terpilih ke Pertandingan nih. Jadinya Iqa jer yang tinggal rumah, dengan pesanan "Jangan sms @ call mak, tanya nak balik bila, orang ajak tak nak ikut, tahu ler nak Online ler tu" Hish. Lepas gi daftarkan Hilman, then pergi kafetaria, isi perut dengan Kak Long & Aran, terjumpa Cikgu Hayati yang dah lama ku kenali sebab dia adalah cikgu kelas Kak Long masa Tahun 1 kat SK Bukit Rahman Putra (2002) dan sekarang pun cikgu kelas Kak Long jugak walaupun di SMK Bukit Rahman Putra (2009), jodoh kau kuat Kak Long dengan Cikgu Hayati. Tak leh lari, asyik jumpa dia jer. Hahahaha. OOOO dan kat sini jugak jumpa kawan kawan Kak Long yang join pertandingan.

Dapat 'snap' pun dari jauh, sebab takut dgn Pak Polisi, LOL

Then bermula ujian litar untuk Hilman dalam pukul 10.00 pagi. Dia kena bawak kereta kayuh. Macam best jer, apasal ler aku masa sekolah dulu dulu tak terpilih? Nasib baik kami bertiga dapat 'POT" baek punyer kat litar tu, siap ada kipas lagi, duduk sebelah PBSM yang bertugas, pemandangan pun clear. Lepas ujian litar tamat Hilman tak leh balik sebab dia ada ujian bertulis waktu petang, Cikgu tak kasi balik, So kita orang bertiga balik jap kat rumah. Lepas beli paper, tengok Melodi sambil melipat kain, pergi balik ke Lokasi Kejadian. So sementara Hilman ambik periksa bertulis, aku dan Aran tengok orang Pidato, Kak Long dah hilang dengan kawan kawan dia. Eksyen yer Kak Long, tak nak duk ngan mak ek. Then Hilman join, dia kata tak leh balik lagi sebab cikgu suruh tunggu sampai penyampaian hadiah.
Pemandangan Litar Lumba, kemas dan bersih.


Terjebak ler akak kat situ. Tapi syiok ler dapat join majlis nih. Tengok kemeriahan anak anak sekolah bagi seluruh daerah di Selangor iaitu Gombak A, Gombak B, Petaling Perdana, Petaling Utama, Sabak Bernam, Sepang, Klang, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat --- meriah sungguh, Dah lama tak rasa spirit mcm ni. Psst psst, nak bagi tahu ni, Johan Keseluruhan Bagi Sekolah Rendah telah dimenangi oleh Hulu Langat. Budak-budak sekolah Taman Tun Hussien Onn yang mewakili Hulu Langat tu, especially Boys yang Darjah 6 & 5, aduh hensem hensem belaka. Sekali pandang dah tahu anak orang kaya, dengan kulit bersih yang putih gebu kemerah merahan, sopan santun dan bijak semuanya. Suker ler tengok dia orang, kebetulan aku duk depan dia orang




Muka Hilman dah naik hangit, masam nyer Aran

Gedebak gedebuk pukul 6.15ptg baru abis. Keputusan Hilman - boleh ler, Gombak A dapat tempat ke 4 Juara Keseluruhan Sekolah Rendah. Kak Long suker, sebab sekolah dia (Kategori Sek. Men) Gombak A dapat tempat ke 3, dan majoriti yang join adalah classmate dia jer. Penat aku tak terhenti takat tu jer, boleh lagi dalam pukul 7.30malam bertolak ke Klang. Hilman ler ni, desak aku nak gi rumah nenek dia. Tak ikut kang, nangis lak. Cengeng budak nih. Dia balik pun sebenarnya nak ambik CD PS2 yang tertinggal. Hish. Balik semula Kuang dalam pukul 10.00 malam. Semua tido dalam keta, aku yang jadi drebar ni lah yang tak leh tutup mata.


Walaupun tak menang hadiah besar, tapi mak berbangga dengan 'Man'

Best sangat rasa hari ni, tak tahu lah, mungkin sebab spirit budak budak tu dah meresap dalam badan aku, sampai malam mood aku asyik nak senyum jer. Tapi yang paling best, sebab dapat join anak-anak beraktiviti sambil temankan dia orang. Dia orang pun suka gak, sebab mak dia bagi support 'kuat punyer'. Tapi kan benda yang paling indah buat seorang mak ni adalah, bila dapat meng'fulfill'kan (jangan ler A. Samad Said baca Blog aku, LOL) apa yang anak-anak mahu. Biar sepenat mana pun seorang mak itu.

3 comments:

IXORAROXI said...

tulah bila namanya EMAK...memang sanggup buat apa saja untuk kebaikan anak2..tahniah buat HILMAN..moga terus jadi anak kebangaan emak & abah ya

azieazah said...

Kadang2 kita sendiri pelik, di mana kita dapat tenaga untuk buat semua tu, kan?

My Life My World said...

Kasih sayang yang tak berbelah bagi kut Kak AA. Sanggup buat apa sahaja, asalkan orang di keliling kita bahagia.