Thursday, September 10, 2009

BER 'TADARUS'




Hari ni aku rasa ngantuk sangat. Mungkin sebab tak cukup tidur kut. Malam tadi tidur pukul 12 tengah malam, bangun lak pukul 4.oo pagi untuk masak sahur. Aku takut terbabas waktu sebenarnya, sebab malam sebelumnya aku kesiangan. Sedar sedar dah pukul 5.05 minit pagi. Terkezut beruk aku. Terus mata tak mengantuk lalok macam selalu. Selalunya kalau bangun sahur aku akan kunci jam pukul 4, tapi bangunnya pukul 4.30, boleh pulak aku akan bersila dulu dalam 5 minit sambil tutup mata, nak cari feel ler kunun untuk bangun. Nasib baik la masa lewat bangun tu ayam dah dikeluarkan. Dan mee hoon yang tak jadi masak dah ada. Acik apa lagi. Goreng mee jer lah. Nasib baik sompek. Kalau idak, kelaparan ler anak anak ku.



Nak cerita pasal Tadarus sebenonya. Bukan aku, tapi Hilman dan Aran and The Geng. Dah dimulakan sejak awal Ramadan lagi, atas nasihat ustazah yang mengajar dia orang. So, dia orang dengan inisiatif sendiri telah mengadakan Tadarus sesama mereka, bertempat kat rumah aku setiap malam. Diketuai oleh Hilman, sebab dia dah 2 kali Khatam compare to others, dan bacaan dia okay lah jugak. Semua sekali ada 7 orang, anak-anak jiran jer. Yang paling aku tak sangka, Hilman punya lah garang time membetulkan bacaan, dah lah suara dia semulajadi kuat giler. Aku pun takut dengar. Sebijik macam Tok Abah waktu masa ngajar aku ngaji...terkonang acik masa kecik dulu :)



Kalau ada rezeki anak anak ni, lepas Tadarus adalah kuih-kuih sikit buat dimakan bersama-sama. Part ni pulak salute kat Aran. Dia cukup pandai layan tetamu makan. Hilman pulak boleh buat 'derk' jer. Anak-anak ni pun baik, kalau dah makan tu siap kemaskan dapur, basuh pinggan sekali. Pandai bawak diri. Hmmm... gitu ler aktiviti bulan posa Hilman dan Aran untuk setiap malam, kalau tak balik Klang ler. Harap-harap di Ramadan yang lain pun usaha murni ni dapat diteruskan. Amin.

4 comments:

Mrs Taz said...

waduuuuh , sejuk perut ibu yang mengandung , sape tak mo anak-anak yg soleh dan solehah , jaminan hidup kita di akhirat nnt...

My Life My World said...

Alhamdullilah, setakat ni tak der yang boleh buat kepala sakit dengan gelagat anak-anak. Harap harap berterusan lah hendaknya. Takut gak bila anak dah masuk remaja, bila mereka dah pandai nak memberontak. Aduhai...harap DIA dipermudahkan perjalanan hidup ini.

azieazah said...

Alhamdulillah... semoga terus menjadi anak yang cemerlang dn menyenangkan ibu bapa..

Hmmm... tak cup sorang buat menantu bleh? Ahaks!

azieazah said...

Ops..! sori typo error:

tak cup = sepatutnya “nak cup...”