Wednesday, June 2, 2010
NAK COKLATTTTTTTTTTTTT ....
Wednesday, December 23, 2009
BERAS TERBAKAR DAN MAKAM MAHSURI
Anak sedara aku, Farisha di board penerangan tentang 'Beras Terbakar'. Anak anak sibuk ler bertanya aku, apa benda 'Beras Terbakar' ni? Aku pun tak reti nak explain. Aku suruh jer dia orang baca kat papan kenyataan tu - so faham ler mereka dan juga aku (aku sebenarnyer tak tahu jugak...hehehehe). Yang kelakar nyer, kawasan yang dipagari konon nyer ada beras terbakar tu, tak ada langsung pun berasnyer. Yang ada hanya lah se pinggan yang diletakkan dalam bekas kaca bawah papan kenyataan.
Kat sini pun dah malas nak explain, korang baca jer lah apa-apa kenyataan yang ada kat situ. Kita orang bernasib baik, masa masuk kat Muzium Mahsuri tu, kebetulan ada macam pawagam kecil yang menayangkan cerita Mahsuri, bebudak apa lagi, semua berkerumun depan Kaca TB yang beso tu. So faham ler mereka cerita pasal Mahsuri ni. Aran dan Hilman bergambar depan Makam Mahsuri. Ala cian Aran .. dah penat yer.
Dah ada banyak bangunan kat dalam ni, bukan hanya ada Replika Rumah Mahsuri tapi ada Rumah Tok Penghulu, Zoo Mini dan entah apa apa muzium pun ada. Aku pun tak tahu apa kena mengena gambar kereta kuda ni dengan Mahsuri, tapi sebab dia cantik dan anak aku begitu teruja sekali nak naik dan mengabadikan gambar dia, maka terjadilah gambar ini.
KUANG - anak anak baru nak berkenalan dengan Burung Kuang, kat sini ler agaknya area kampung kita dapat nama kan anak-anak.
Mak Tok basuh muka dengan air dari telaga mahsuri. Ambik berkat.. hehehehe... mana tahu boleh buat awet muda kan. Aku tukang timba air jer, syiok oooo sebab dah lama tak timba air perigi kan, dah lama jugak pun tak jumpa perigi. Pendek jer 'post' kali ni, sebab sebelum nyer dah melalut panjang sampai aku mabuk Laut Andaman (kan Kak AA ... hahahahahaha)
Saturday, December 19, 2009
'CABLE CAR' DI GUNUNG MAT CINCANG
Waktu ni baru sampai kat Bangunan Kaunter Tiket. Tempat naik nyer kat Tingkat atas tu. Syukur tak ramai orang, jadi masa menunggu tak sampai pun 10 minit untuk naik Cable Car. Terkezut aku memula tengok harga tiket. Dewasa adalah RM30 hengget dan kanak-kanak pulak RM10 hengget. Tapi sebab nak naik jugak, pejam mata ler. Tapi mata kembali bersinar selepas Operator Tiket kata, kalau ada Mykad ada potongan 50%. Alhamdullilah. Jadi nyer dewasa adalah RM15 hengget jer.
Waktu ni tengah berbaris nak naik 'Cable Car' dan sangat sangat TERUJA
Endi budak hyper yang tak reti takut langsung, siap berlegar-legar dalam 'Cable Car' tu. Aran sangat seronok tapi sangat takut juga. Hilman tu tengah control macho jer, sebenau nyer dia pun seriau jugak. Satu 'Cable Car' hanya boleh memuatkan 6 orang sahaja. Jadi kami berpecah 3 kumpulan. Aku sempat suruh Hilman baca doa naik kenderaan sebelum naik 'Cable Car' ni.
Yeah !!! ... anak aku masih mampu tersenyum. Memang gerun kalau tengok bawah. Tinggi giler. Dalam kepala otak asyik jer teringat, macam mana ler kalau terputus 'Cable Car' ni, harus tak ada harapan kalau jatuh ke bawah (Biasa ler aku, kalau tak fikir negatif tak sah). Boleh nampak denai pejalan kaki dan air terjun Telaga Tujuh yang sangat cantik sekali kat belah bawah.
Yang paling meng'gerun'kan, bila 'Cable Car' tu lalu kat menara besi ni, tergoyang-goyang, sampai boleh dengar kak long terjerit2, walau pun dia kat 'Cable Car' belakang aku. Aku sempat snap dia orang kat belakang.
Sangat sangat menyeronokkan menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Belum lagi bunyi angin yang menampar nampar 'Cable Car'. Best giler... walaupun suspen. Bila lalu kat cenuram batu batu ni memang amat amat menyeramkan. Macam nak langgar jer batu batu kat sini.
Kami anak beranak bergambar masa sampai di Perhentian Pertama- bahagian tengah stesyen 'Cable Car', dan juga pertengahan perjalanan ke Gunung Mat Cincang. Belum cukup tinggi lagi masa ni, tapi dari sini pun dah boleh nampak pulau-pulau di Laut Andaman termasuk ler pulau di kawasan Thailand dan Indonesia. Cuaca memang cantik sekali, so pemandangan adalah very the very clear nyer.
Ni ler Platform Jambatan Gantung tu. Bergoyang goyang jambatan ni. Lagi lah pulak angin kuat lak. Hilman dengan Aran jalan pelan-pelan jer, sebab takut sangat. Nampak jer muka selamba tu, tapi dalam hati....... Kakak dan abang dah gelak golek golek, sajer jer nak kasi budak berdua ni takut, dengan jalan henjut henjut.
Lihat lah dunia, aku berjaya sampai kat Gunung Mat Cincang - naik 'Cable Car' jer, tak perlu daki gunung pun. Kalau kat Gunung Kinabalu macam ni kan best. Harus aku dah lama sampai. Hehehehehe ...

Wednesday, December 16, 2009
LANGKAWI KAMI DATANG
Aku baru boleh bernafas sejak pulang dari Langkawi. Tak ada masa langsung ... bertimbun kerja kat ofis menunggu. Memang lambat aku up-date percutian kami, tak cukup tidur, balik sangat-sangat lambat dari ofis ke rumah, skip makan malam, sakit badan tok sah cerita lah. Asyik duduk mengadap paper work yang tak pernah abis. Terpaksa pulak cover kerja orang yang bercuti. Rasa nak jerit jer. Giler Stressss ....Ni pun tak habis sibuk lagi tapi cuba jugak meng'up-date'. So untuk menjimatkan masa aku dan masa korang untuk membaca, ada ker yang baca nih :)... aku buat Laporan Bergambar je lah yer.
Kak Long dan Inas ... dia orang ni sebaya dan beza umur pun cuma sebulan. Tapi saiz tak sama. Saiz Inas sama macam Hilman. Tapi untung ... aku belikan tiket komuter/train kanak-kanak jer untuk Inas. Save banyak tuh. Dan kerap aku ingatkan dia "Inas, kau baru darjah Enam tau". Tengok ler Kak Long ... tahu tak apa kat dalam tu buntil bantal tu ....
Haaa ... ini ler isinyer. Bantal busuk Kak Long, dia kata tak leh tido tanpa bantal ni. Dari Kak Long baby sampai beso dia mesti ada bantal busuk. Then ada selimut dengan Bantal leher (peminat kaler Pink). Tak ketinggalan 'Novel' ... dia tak leh hidup tanpa 'Novel'. Yang tak kelihatan dalam buntil ini adalah bekas air dia.
Sori ler, aku banyak ambik gambar budak kenit nih sebab aku suka tengok dia senyum, sebab aku tahu dia tengah 'Happy Giler'. Bila dia happy aku lagilah happy. Itu pun agenda hidup aku ... untuk membuatkan anak-anak bahagia sedaya mampu aku. Mak tak mampu ler sayang nak beli tiket kapal terbang, lagi pun plan huru hara. Gini ler jadi nyer. Naik lah keretapi jer.
Iqa kat Koc Katil dia, tak abis abis dengan Handphone, bukan call sapa sapa pun. Sibuk Camwhored dan dengar lagu. Iqa best, dia tidur nyenyak giler, tak bangun bangun sampai pagi. Tak heran ler pun, dia memang kaki tidur. So bila bangun pagi dia rasa segar jer.
Yang ni dah siang pun, muka muka tak mandi ... Iman Iqa, Inas dan Mak Su. Waktu siang ni about pukul 7.00 pagi, baru sampai Sungai Petani. So budak budak yang duk kerusi datang tempat kita orang. Banyak dah katil katil yang kosong sebab ramai turun kat Butterworth. Start ler bising balik bila dah berkumpul.
Pemandangan dipagi ini adalah indah. Sebab keretapi melalui tengah-tengah bendang sawah antara Kedah dan Perlis. Perjalanan kami atas keretapi jer adalah 13 jam. Lama kan ... sebab dia singgah bandar bandar ... macam Ipoh, Taiping, Butterworth, Sg. Petani, Gurun, Alor Setar ... lepas tu baru ler sampai Arau. Stesyen keretapi Arau amatlah kecil (KTM should do someting about this..., lagi besar Stesen Keretapi Kuang. Tapi kat Arau lah paling ramai orang turun. Majoriti nak ke Langkawi, kita orang jumpa ramai saing sama sama naik keretapi kat Langkawi.


