Showing posts with label Mak Tok. Show all posts
Showing posts with label Mak Tok. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ... MAK DAN ABAH

25 Disember 2013

Alhamdullilah syukur ... 
Hari ini genap 50 tahun usia perkahwinan Mak dan Abah aku. 
Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. 
AMIN ....








Dengan dikelilingi hanya anak-anak dan cucu sahaja dah cukup meriuhkan Seri Jamifa semalam. Sangat seronok tengok Mak Tok dan Tok Abah sporting sangat hari ini hehehe ... terima kasih mak dan abah. Tanpa mak dan abah memang tiada lah kami semua kat dunia ni. Kami berbangga ada mak dan abah seperti ini. Yang sentiasa menyokong anak-anak dan cucu-cucu walau apa pun keadaan nya. Aku cukup bertuah kerana dapat menyaksikan semua ini, dan menjadi sebahagian dari keluarga ini. Alhamdullilah...

Thursday, October 4, 2012

GATHERING DI MELAKA

SABTU, 29 September 2012

Assalamualaikum,

Baru berpeluang nak update post pasal Gathering di Melaka Sabtu lepas. Aku ambik cuti Sabtu tu, sebab  patutnye aku bekerja. Nasib baik cuti banyak lagi, dah dekat akhir-akhir tahun ni memang patut pun untuk di abiskan. Huhuhuhu ... Aku tersangat excited nak jumpa kawan-kawan lama. Last sekali jumpa masa berbuka puasa bulan Ogos baru-baru ni. Tapi itu pun tak dapat lama-lama, tak puas rasanya. Ramai juga tak dapat hadir masa majlis berbuka kat Intekma tu. So kali ni sekali lagi ada peluang untuk berjumpa, itu yang teruja sangat. Balik jer kerja hari Jumaat tu, sarung Apron terus ler ke dapur nak mem'baking'. Nasib baik kek cekelat dah buat awal lagi. Tak lah sibuk sangat, tinggal nak buat Red Velvet Cup Cake jer. Dan akhirnyer siap pada pukul 12.00 malam. Entah hapa-hapa rupa cupcake aku. Sebab malas punya pasal aku celup dalam butir-butir berkaler jer. Hehehe...
Buat Cup Cake Red Velvet sambil ber'tenet'


Kali ni perjalanan ke Melaka semua anak-anak aku tak ikut. Kak Long nak study for SPM, Hilman ada Dinner Pengawas pukul 4 petang, yang sah-sah tak sempat nak balik semula. Aran pulak kena demam campak, jadinyer kena berpantang duk umah jer. Nasib baik aku ada 'back-up' baik punyer. Mak aku memang pantang di ajak, pergilah mana pun sudi jer nak temankan. Kengkadang keta aku jer tak cukup space nak bawak, ni yang bercita-cita nak beli bas ni. Huhuhuhu... 


Angah bawak Blurberry Cheese Tart yang sangat sedap ... nyesal tak tapau banyak banyak
Mak Tok tanya nak bertolak pukul berapa, aku cakap "Pukul 9 mok". Hehehehe ... pukul 9 aku tu dah jadik pukul 10 pagi. Mana tak nyer, aku kena lah sediakan bekalan untuk anak-anak yang nak ditinggalkan kat rumah. Nanti kelaparan pulak anak-anak burung semua. Manja-manja anak aku nih. Walhal ada jer makanan sejuk beku kat Freezer tu. Lastly keluar rumah pukul 9.30 pagi. Mak aku kata, "Aku dah agak dah, kalau pukul 9 kau tu mahu pukul 10" hehehehe ... sayanggggg mak tok, faham bebeno perangai anak dia yang sentiasa sibuk ni kan (alasan tak leh pakai, sibuk lah sangattttttt).

 Along bawak sambal telur. Zia dan Tajul  bawak ayam golek. Yang lain Miza masak termasuk nasik impit.

Kami kena singgah, erk ...kena ker . Hehehehe ... tak lah, singgah dengan rela hati di Mantin. Sebab nak jemput BFF aku, Rozilin @ Ucu yang duk dan kerja kat sana. Rozilin ni officer Maybank dan rumah dia betul-betul sepelaung jer dari pekan Mantin. Ucu bawak anak-anak dia, Alia yang kebetulan bercuti seminggu dari A-Level kat Lembah Beringin dan Amar yang petah berkata-kata macam mak dia. Tersesat jugaklah masa memula tu. Salah masuk jalan sampai Bangi pulak. Patut masuk belah Kajang ke Bukit Kajang dan masuk Highway LEKAS. Sampai kat rumah Ucu dah dekat pukul 11 masa tu. 


Satay Fujie dan Hasnol bawak, Masak lemak pisang dan asam pedas tetel Miza masak jugak

Masuk balik ke PLUS Highway ikut Nilai. Perjalanan agak tersekat-sekat di antara Nilai dan Seremban, Port Dickson dan Senawang. But sumpah tak terasa, dah tu asyik pot pet pot pet jer dengan Ucu dan mak, aku tahu-tahu dah sampai Air Keroh dalam pukul 12 lebih dekat pukul 1 gitu. Aku lupa pulak kat mana rumah Miza ... tempat perjumpaan kami. Nasib baik ada Angah yang sanggup tunggu tepi jalan lepas Tesco Cheng ... Sowi ler Ngah, aku salah masuk lorong, dah tu nak buat U-Turn banyak lak kereta. Bukan Angah jer ada tunggu aku, Along pun ada sebab dia pun tak tahu rumah Miza kat mana. Hehehehehe ... setia korang tunggu Acik kan ;) Sayangggggg korang.


Kek Secret Recipe, Shikin dan Sham bawak, Tepung Pelita Along bawak,
Rojak dan kuah rojak pun Miza punya.

Sebeno-benonyer acara makan-makan ni pun disekalikan dengan Resepsi Miza yang telah di ijabkabulkan beberapa bulan yang lalu. Punya lah lama, baru sempat kita orang nak meraikan beramai-ramai. Tapi biasalah, ramai klik duk KL nak pergi Melaka bukan dekat. Maka adalah muka-muka kat bawah ni jer yang sempat berkumpul di hari yang indah ini. Tapi  kalau nak tunggu semua kita free ... memang tak ada lah akan terjadi kejadian yang di ingini ni. Miza ni lecturer di UiTM Melaka ... cepat-cepat ler pindah KL Miza, senang kita nak bergather-gather lepas ni kan.



Dari kiri Fujie, Miza, Aku, Ucu, Angah, Zia, Along, Shikin dan anak bujangnya. Yang teruna ganteng tu pulak dari kiri Hasnol, Mahyuddin, Tajul dan Sham. Seronok bila dah jumpa kawan-kawan ni. Kami semua sebaya. Biasalah bila dah jumpa rakan sebaya, terasa macam bebudak balik, macam zaman kat ITM semula. Agak-agaknyer anak-anak tengok perangai mak bapak pun tercengang. Buruk nyer lah perangai ... dengan suara bercakap bervolume maksimum masing-masing, dengan hilai ketawa yang kalau pontianak dengar pun pengsan. Hahahahahha ... hilang dah control ayu dan jelita masing-masing tu. 



Inilah antara BFF aku, kawan sehidup semati ... Insya ALLAH. Ni pun tak cukup ni, ada lagi ... sebab Baa dan Yong tak dapat nak datang. Dari kiri Zia (awet muda selalu), Acik, Along, Ucu dan Angah. Perasan tak nama panggilan kita orang sesama sendiri. Sebab kita orang ni dah macam adik beradik, mak kau mak aku, rumah kau rumah aku ... dah tak ada rahsia langsung antara kami, malah kita orang lagi rapat dari adik beradik sendiri kut. Hehehehe ... Along sebab dia anak sulung, gitu gak lah dengan Angah dan Acik ikut ranking keluarga kami dan Ucu sebab dia termuda antara kami begitu jugak dengan Zia yang termuda. Nama Ucu dah direbut dahulu oleh Rozilin. Teringat masa duk kat ITM Dungun, bila siang bilik Acik, Along, Angah dan Yong adalah 4 orang, tapi bila malam bilik yang 4 orang tu dah jadik 8 orang kengkadang, sebab bilik kita lah yang jadik pot semua orang berkumpul. Macam nak pecah kecoh dan riuhnyer. Memori terindah kami. Kalau boleh diulangi lagi ...

Geng ni jugaklah yang 'matchmaking' kan jodoh untuk adik bongsu kami Zia, dengan Tajul. Tajul classmate Acik dan Angah. Zia pulak housemate kami dan classmate Along. Tak sangka matchmaking kami menjadi dan berkekalan jodoh nyer hingga ke hari ni, hingga kehujung nyawa hendaknya jodoh kalian. Amin. Kita orang sayang korang berdua sebab korang lah simbol persahabatan kita. Sob sob sob .... sebaklah pulak.



Macam dah nak ambik gambar Kelas of  the Year 2012
Semua murid murid tua. Semua dah bulat-bulat.
Zia dan Shekin jer yang kekal slim :)



Freestyle kata nyer ... 



Hasnol tukang baca doa selamat dan di aminkan kami semua



Geng ibu ibu berkumpul dan bergossip



Ucu dan amar dan Zia ...


Mak Tok tengah berselera habiskan satay, bertemankan Along ..
Along kau makan ulam jer ker, nasik tak nampak langsung.



Ucu and Family, baiknyer Alia suapkan adik dia.
Dah lah pandai, bakal ke UK tahun depan rajin lak tu
Nasib baik ler Acik tak ada anak lelaki baya kau Alia ... hehehehe



Seronok sungguh bila dah berjumpa. Lupa diri, lupa masa dan lupa jugak nak balik. Hehehehe ... macam sayang jer nak tinggalkan korang. Keluar dari rumah Miza dah pukul 5 petang. Then Acik, Acu dan Along  sambung berborak pulak dirumah Angah di Kerubung. Solat asar dan maghrib. Alang alang dah sampai Melaka kan semua tempat nak singgah. Kat rumah Angah makan lagi, dia sempat beli jagung manis masa on the way nak balik rumah dia. Maka kami dijamu dengan jagung rebus dan cokodok jagung pulak oleh Angah. Keluar dari rumah Angah dah pukul 8 malam masa tu. Nasib baik lah Melaka - KL tak berapa jauh. Along pulak bermalam di rumah atuk dia kat Alor Gajah. Sedar tak sedar, kawan rapat aku ramai orang Melaka rupanyer. Orang Melaka, walaupun cakap dan kata-kata dia orang kasar tapi dia orang sangat baik hati, ambil berat dan ramah orangnyer. Sementelah aku pun memang kasar sahaja kalau berborak dengan kawan kawan rapat aku nih. Hahahaha.... Aku sayang korang semua ... semoga ukhwah kita sampai ke hujung nyawa hendaknya. AMIN

nota kaki: Along dan Angah ... korang lah manusia pertama yang mengajar aku menggunakan perkataan 'AKU' dan 'KAU' bila bercakap. Yang sebelum tu aku hanya pandai berbahasa 'Saya' dan 'Awak' sahaja. Sampai korang denda aku  bila terlepas cakap 'saya'. Hukhukhuk ... korang jahat tapi aku sayang korang sangat-sangat. Muah muah muah ...

Thursday, February 10, 2011

CUTI CUTI MALAYSIA 2011 - EDISI LUMUT PERAK

Khamis, 03 Februari 2011



Pembukaan Cuti-cuti Malaysia untuk Tahun 2011 kami sekeluarga mulakan dengan percutian ke LUMUT, Perak. Abang Ngah dan Kak Ngah aku seperti biasa sebagai Ketua Rombongan dari awal bulan Januari lagi dah 'book' kan Hotel di Teluk Batik Resort untuk kami.

Pemandangan dari Tingkat 5 Balkoni Hotel ... full house hotel dan parking

Aku tak kisah pergi mana pun, bawak ler kemana sekali pun ... asal nama nyer bercuti, Acik tetap suka :) Yang kelat sikit dua orang anak dara aku. Yer lah ... tempat ni kan tepi laut yang dikatakan akan menghangitkan warna kulit mereka yang tak berapa nak cerah tu ... dah ler tak ada shopping centre beso beso macam One Utama ker KLCC yang sentiasa sejuk tu; noted yer kedua dua budak pompuan ni shopaholic. Yang sangat sangat teruja sudah semestinyer anak bujang aku dua orang tu ... dah siap masukkan baju mandi. Asalkan ada swimming pool dah cukup untuk budak lelaki ni untuk berkubang sehingga perit perit kulit.


Jeti ke Pulau Pangkor ... kami tak pergi Pulau pun. Cantik Jeti ni

Kami bertolak dari KL pukul 9.30 pagi ... budget sampai tempat nak jumpa abang ngah aku di Bidor dalam pukul 11.00 pagi. Tapi Ya Rabbi! ... jem giler Highway Plus, kereta jalan macam naik basikal. Basikal pun lagi laju kut. Ingatkan dia orang ni balik cuti awal-awal, tapi se'spesis' jer dengan kami yang tunggu raya cina baru nak jalan. Harapkan konon jalanraya dah lenggang ler. End up sampai Bidor pukul 12 lebih gitu. Nasib baik ketua rombongan pun sangkut dalam jem, kalau idak lagi lama tunggu kami. Hehehe. Merungut ketua rombongan sebab jem, kalau tahu kata dia ikut Sabak Bernam lagi dekat, aku mana tahu ikut kau jer Bro ... hehehe. Kami singgah makan tengahari kat Sungai Perak. Sedappppppp ... sebab dah lapo giler, walaupun banyak stok makanan dah abiskan masa tengah jem tuh.


Sampai Teluk Batik Resort dalam pukul 4 gitu, nasib baik Asar sekarang ni dah lewat. Boys apa lagi lepas solat jer terus carik swimming pool. Aktiviti hari ni hanya makan sahaja. Tapi masa nak pergi makan kat pekan Lumut tu ... sekali lagi Jem Giler nak keluar dari Teluk Batik. Punya lah banyak kereta. Kami tersangkut selama 1 jam nak keluar dari simpang Teluk Batik tu. Aku ingatkan ada 'Funfair' ker hapa kat Teluk Batik ni, tapi tak ada benda pun ... memang ini tempat tumpuan orang ramai abiskan cuti. Macam Teluk Kemang kat PD tu ler. Beratus-ratus kereta nak keluar serentak.

Hilman yang kemaruk nak ber'tenet', kat coffee house hotel ada wifi ... pakai PSP pun jadik!

Pose kekenyangan lepas breakfast percuma kat hotel




Maisarah tengah tahan perasaan tak dapat berkubang sebab allergic-nanti kegatalan


Hari ke 2 ... apalagi bebudak pepagi lepas makan, carik swimming pool lah lagi. Gitu ler orang orang tak kaya yang tak ada swimming pool kat rumah, jumpa pool kat Hotel adalah sedikit jakun jugak. Hehehehe... naik hangit muka Hilman, Aran tok sah cerita lah, dah tambah rentung. Tak ada ler nak pakai Sun-Block bagai. Anak lelaki hitam tak per, baru macho kan ... hikhikhik

Mak Tok tengah kusyuk makan sambil melayan cucunyer


Ketua Rombongan dan anak lelakinyer






Sarah dengan Pose ... Kenyang perut senang hati

Lunch kami di hari ke 2 hanya lah di KFC sahaja. Memang agenda jalan jalan carik makan serta nak merayau-rayau di pekan Lumut. Nampak lak KFC ... makanan yang tak perlu tunggu lama-lama dan siap untuk dimakan. Maklum ler bawak budak-budak, yang semuanya sentiasa lapar dan tak suka menunggu makananan. Jadinyer upacara makan KFC secara berjemaah. Sangat-sangat happy ... zasss kejap jer abis licin semua.



Sapa-sapa nak ke Pulau Pangkor - berikut adalah harga tiket yer, sila besokan gambar, tak pun besokan mata ... hehehe






Agenda seterusnya adalah berjalan-jalan di Lumut WaterFront dengan cuaca yang sangatler panasnyer. Lip lap lip lap matahari memancar atas kepala. Nasib baik tak pening kepala ... mana nak pening sebab dah nampak barang murah-murah yang setaraf Up-Town. Maklumler, kami ni mana penah pergi mana-mana up-town kat KL. Jadik bila nampak tempat tempat macam ni ... ehmm rasa sedikit teruja. Sedikit ker, anak-anak aku kalau boleh nak hangkut semua barang kat situ :D


Macam ada pesta ... semua pakat kerumun

Sunset ni jer yang cantik bagi aku di Pantai Teluk Batik

Balik Hotel petangnyer kami ke Pantai Teluk Batik, betul betul depan Hotel ... erk kena jalan 200 meter ke depan. Peliknyer aku tengok berjujut kereta parking. Memang excited nak tahu, apalah dia orang buat kat pantai ni, best sangat ker. Hmmmm ... memang ramai giler orang kat sini. Tak ubah macam Teluk Kemang ... tak ada tempat nak privacy langsung. Beratus-ratus orang kat pantai yang tak sampai pun 1 Kilometer panjang. Bayangkan ... punyerlah ramai. Dengan sampah sarap bersepah, kerusi rehat yang nak guna kena sewa ... berderet, dan dipenuhi orang. Terus terang kata ... ini bukan tempat aku. Aku tak leh la datang pantai macam ni. Masa ni aku terbayangkan Cherating ... dan Pulau Tioman. Pantai dan laut yang tercantik aku jumpa setakat ini. Kak Long tak leh stand for 2 minutes pun. Terus dia blah pergi carik air kat warung depan.

Hari ke 3 - mandi puas-puas yer anak anak ku kat Swimming Pool. Aku tak ikut sebab nak berkemas. Pukul 12.00 check-out. Ketua Rombongan nak singgah kedai-kedai jual T-Shirt, Keropok dan Cenderamata kat Pantai Teluk Batik. Sekali lagi kami ke sini, tapi tak pergi pantai. Sempat ambik gambo kat Dataran Teluk Batik dan makan tengahari kat sini. Makan memang sedap dan murah. As I said before, Ceh! nak speaking London konon... aku tak berkenan dengan pantai dia. Bertolak dah dekat pukul 2 ptg. Kami ikut Sabak Bernam kali ni, pun jem jugak banyak kereta. Tapi bergerak. Tapi aku dengar orang ikut PLUS hari yang sama dengan aku dari Jelapang Perak ker Kuala Lumpur pun ambik masa 10 jam nak sampai. Sampai rumah pukul 10 malam ... nak tahu sebab apa. Aku dah tertinggal kredit kad aku kat kaunter Petronas masa beli minyak. Aku tersedar lepas hampir 40 KM tinggalkan stesyen minyak kat pekan Lumut tu, terpaksa berpatah balik. Hehehehe ... nasib baik aku yang drive kalau tidak mahu berbakul-bakul kena marah. Memang terbukti ler .... terbukti aku dah tuo. Hukhukhuk ...

Wednesday, January 5, 2011

MAKAN MAKAN SEMPENA ANIBERSERI


KHAMIS, 30 Disember 2010

Ini peristiwa tahun lepas. Baru sempat nak meng'up-date'. Oleh kerana ianya sangat bermakna ... lambat pun lambat lah asalkan update ... ngeh ngeh ngeh. Sepatutnyer Ulang Tahun Perkahwinan Mak dan Abah pada 25 Disember hari tu, tapi tak sempat nak sambut sebab ramai bebeno majlis orang kawin hari tu. Maka di postponed kan lah ke tarikh lain. Tahun ni genap 47 tahun perkahwinan mak dan abah. Sebut pasal 47 tahun ... Alhamdullilah dan syukur sangat-sangat hingga hari ni abah dan mak masih sihat dan bahagia bersama. Harapkan hingga ke hujung nyawa. AMIN.


Pandangan kasih Tok Abah kat Mak Tok ... so gula

Nak buat lipatan Hari Ini Dalam Sejarah sikit. Abah jumpa mak masa tu abah pergi bercuti ke Kota Bharu Kelantan dengan kawan sekampung yang kebetulan kerja kat sana. Yang best nyer, abah aku jumpa 3 hari dengan mak terus proposed. Mak mula-mula tak percaya sebab cepat giler. Tapi abah membuktikan nya. Sapa sangka jumpa 3 hari jer dan seterusnya bertahan sehingga 47 tahun. Tak yah nak tunang dan dating lama-lama. Cinta orang dolu dolu tak macam cinta orang sekarang. Kak AA tolong huraikan ... hehehe. Kak AA mesti jawab, "kau ingat ni kelas Sastera ker hapa" :)


Adegan yang paling disukai cucu cucu - siap tepuk tangan lagi :)

Dahsyat panahan cinta mak aku kat abah ... orang Kelantan memang comei comei kut ... sebab tu mak mak kalau anak bujang pergi Kelantan jadi takut ... ialah takut kalau anak teruna dia tak balik ... hahahaha. Tapi rasanyer Mak Cik Meriam mesti setuju tang comei tu kan ;). Mak memang tak penah keluar dari Kelantan sebelumnya, masa baru kawin tu lah mak tinggalkan Kelantan demi ikut abah.... dan terus bermastautin kat sini. Adalah setahun 2-3 kali balik Kelantan sebab nak bayar cukai tanah sambil jengok sedara mara atau hadiri kenduri kawin sedara.





Mak awal-awal lagi dah pesan suruh datang rumah dia lepas Maghrib. Siap suruh aku call abang-abang aku datang sekali. Bawak anak-anak kapal semua. Kebetulan esoknyer 31hb Disember cuti kan, sempena Malaysia menang Piala AFF. Weh! dengar sini semua pemain bola Malaysia ... tolonglah menang selalu kat perlawanan antarabangsa, agar dapat aku cuti selalu. Oppssss ... selingan lah pulak :) Sambung balik. Mak aku punyerlah semangat giler hari ni. Macam-macam dia masak. Masak Nasi Dagang (feberet aku nih) dikawinkan lauk rendang ayam, masak lemak ikan tongkol dan acar timun/nenas. Belum masuk Laksa Kelantan Kuah Lemak (ni pun feberat aku gak) Goreng Tauhu yang ada isi, siap dengan Bubur Caca sekali. Uish! lapo ler pulak waktu tulis benda ni. Gulp! telan air liur jer lah aku.


Hobi baru Iskandar - pose bila nampak kamera

Aku lak siap order Abang Long aku," Weih! kau datang nanti bawak kek aaaa... ". Nasib kau ler Abang Long ... sebab kau yang sulongkan, maka penghormatan diberikan kat kau untuk beli kek ... hehehehe. Aku bawak perut jer lah, kalau idak nanti siapa nak kasih perabih semua makanan tu kan. Biasalah aku ... memang kuat makan :D

Kemana jer mamat ni mesti berdua

Memang kecoh bagai kapal pecah lah rumah mak abah aku malam tu. Dengan cucu yang berlari-lari, terjerit-jerit, nangis-nangis. Itu baru cucu ... belum part anak beranak yang bergosip dan cerita pasal politik lagi, sambil sambil mengunyah. Buat majlis macam ni dengan anak beranak jer dah gegak gempita satu rumah.



Mak dan Abah kata lagi 3 tahun nak buat sambutan besar sikit sempena Jubli Emas Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 50 tahun. Aku sempat cakap,"Nanti kita buat pelamin sekali, boleh mok dengan abah sanding sekali lagi" ... Insya ALLAH :)