AHAD, 4 JULAI 2010
Last week kan ada cakap pasal nak terjah Tesco baru yang dibuka kat Menjalara Kepong. Baru hari ni hajat tercapai. Lagi pun tak best lah kalau pergi shopping tak bawak budak budak ni kan. Nanti merajuk lah pulak, asyik mak jer lah nak jalan. Dah ler semua dia orang muka suka berjalan. Tapi kesian Kak Long tak ikut, sebab ada tuition. Lepas hantar Kak Long di Perfection, apa lagi pusing balik masuk Menjalara ... nak carik sarapan sambil nak tunggu Kak Long habis tuition.
Pose gedik Iqa dan Hilman ... masa naik eskelator. Besar Tesco ni, tak macam Tesco yang lain. Ada banyak kedai yang menarik. Ada Adidas Outlet, Popular Book Store, Butik Anakku, Watson, Kings Confectionery, Panggung Wayang ... Celebrities Fitness pun ada. Bersih dan cantik ... yer lah pun sebab baru 4 hari bukak kan.
Hilman dan Aran yang kelaparan tahap kritikal... sempat lagi ambik gambo tu. Bila tengok gambar makanan tu, lagi bertambah tambah lapor. Tapi disebabkan baru pukul 9.30 pagi, maka banyak ler kiosk makanan yang belum sedia lagi. Kiosk nasi ayam tengah tanak nasik lagi.
Awal lagi, memang lah tak ramai orang. Senang nak bergerak. Semua sudut bangunan ni kami terjah. Sebab nak hafal ada kedai apa kat situ. Tapi kami tak masuk Pasaraya Tesco jer. Sebab fikirkan tak ada benda nak beli. Lagi pun hari ni kira sessi perkenalan gitu. Kenal kedai apa ada kat situ ... hik hik hik
Ni ler Medan Selera dia ... cantik dan bersih. Baru lagi kan. Kat belakang tu ada playground. Tu yang dicarik oleh Hilman dan Aran dulu. Sebab kena tunggu makanan yang tak disiapkan lagi. Bukan main seronok lagi, sampai kena jemput bila makanan dah sampai. Nasib baik gak ada playgorund tu, boleh melupakan dia orang pasal lapar jap.
Hilman muka happy sebab dapat makan nasik ayam yang ditunggu for almost 30 minutes.
Kesian dia, beberapa kali tangan dia kena kat pinggan besi tu.
Lepas makan, sempat lagi main boling ... kat playground tu jer.
Sori laaa, gambar tak cantik sebab guna kamera handphone jer. Terlupa nak bawak kamera ... tu yang tak berapa nak 'sharp' sangat. Lepas dah main, makan dan sambung jalan, tak sedar dah pukul 11.30 pagi. Okay anak anak ... jom jemput Kak Long. Nanti kita datang lagi yer, lepas ni kita bawak Kak Long sekali ;)
3 comments:
Tak kira ler kamera hanfon ker DSLR ker.. yang pasti Dak IQA tu makin lama makin sweet cute... :)
Yang best Tesco ni, dia buka seawal 7,8 pagi dan kita dah leh pilih ikan2 segar. Wahhh dah tukar port shopping ler skang ek..
bagussss bagussss...!
azieazah - Salam Kak AA :)
Alhamdullilah ... boleh handphone tu ambik gambo. Nampak lah lengkap mata dan hidung semua. Iqa ... kalau baca statement akak ni, mahu terbang dia jap. Hehehehe ...
Betul tu kak, bukan ajer bukak awal, lagi best Tesco tutup pukul 12.00 malam. Pasti dah tukar port shopping, sebab yang ni tak sampai 5 minit location dari opis ;)
azieazah - Salam Kak AA :)
ALhamdullilah, nasib baik gak ada handphone yang berkamera. Nampak lah jugak mata, hidung dan mulut. Dak Iqa tu kak, kalau baca statement akak ni mahu dia terbang sekejap. Hehehehe...
Tesco ni kan kak, bukan ajer dia buka awal, tutup pun pukul 12.00 malam tu. Sure, dengan ini diumumkan maka Port untuk beli barang dapur telah bertukar ker Tesco Kepong Village ;) hik hik hik
Post a Comment