Friday, August 6, 2010

BELATED

SABTU, 30 OGOS 2010

Ayahanda tersayang dan cucu nyer, Jaf Iris


SELAMAT HARI JADI TOK ABAH! .... 27 Julai 2010

Belated tu sebab lewat sambut majlis Abah dan lewat nak post pasal majlis kat sini dan lewat nak wish kat sini jugak :) Biasa lah aku, buzyyyyyy memanjang. Alhamdullilah, kita orang selamat sambut Birthday Tok Abah yang ke 71 Tahun on Saturday last week. Tapi kesian, Tok Abah tak sihat 2 hari lepas tu. Kena Diarrhea ... muntah muntah dan demam. Tok Abah kalau demam memang teruk, sebab dia jarang demam. Adalah setahun sekali, pernah gak tak pernah sakit bertahun tahun. Dan selalunyer sakit pun sebab Diarrhea. Jarang sakit lain.

Bila Tok Abah sakit, yang paling sibuk adalah aku ... sebab nak kena balik umah ambik Aran hantar ke Sek. Kuang, lepas tu pergi sekolah menengah lak, ambik Kak Long dan Iqa, lepas tu balik Sek. Kuang ambik Hilman, lepas tu hantar 3 orang ni balik rumah, lepas tu baru balik opis. Berapa banyak lepas tu daaaaa. Sebab selama ni, Tok Abah lah yang akan hantar dan ambik anak anak aku kat sekolah. Banyak jasa Tok Abah sebenarnya. Dari kecik berjasa kat aku, dah veteran pun masih banyak tolong aku. Tak terbalas rasa nyer segala pertolongan Abah pada aku. Arghhh! sebak lah pulak. Aku tahu abah sayangggg kat aku, aku pun sayangggggg kat Abah.

Orang kata muka kita orang sama, kalau jumpa kawan abah dia orang boleh kenal yang aku ni anak Mej. (B) Jalaluddin Abdul Talib. Hehehehe ... best, sejuk kata orang tua tua. Mak aku lagi best, dia kata aku Tok Abah versi lelaki. Yang paling ketara adalah hidung kami yang macam jambu air ... hahahaha ... murah rezeki kata orang.

Abah memang asal orang Kuang, walau ayah nyer orang Pahang. Abah membesar di sini sebelum jadi askar dan merantau serata Malaysia. Dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga Abdul Talib yang sebelumnya semua anak perempuan. Dengar cerita atuk aku bernazar, kalau dia dikurniakan anak lelaki, Allah nak ambik nyawa dia pun tak per. Kuasa ALLAH. Abah aku tak kenal pun bapak nyer. Masa umur abah dalam 1-2 tahun, atuk aku meninggal. Dan dengar cerita, muka abah aku sama macam muka bapak dia.

Okay ... dah letak gambar :) Layanzzzzzzzz ....











4 comments:

Mrs Taz said...

lama tak tengok bapak acik ...dah kurus dia ek? Selamat Belated Happy Birthday to pakcik Jalaludin semoga panjang umur, murah rezeki , sihat and happy selalu .. :)

azieazah said...

Selamat Ulangtahun TOK ABAH. Kita jadi teringat kat Arwah Ayah kita.

Semoga sentiasa sihat sejahtera, ceria di samping anak cucu.

Eh betul lah, sama muka. Terutama dari segi senyum tu.

My Life My World said...

Mrs Taz - Bapak acik memang tak kuat makan ;) dan dia tak pernah gemuk sangat pun ... hehehehe. Mungkin sebab dia tak reti duduk diam, ada jer kerja kebun dan menebas dia buat kat rumah. Biasa lah bekas askar, mana reti duduk diam.

Alhamdullilah, Tok Abah dah sihat.

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Terima Kasih on behalf Tok Abah. Dan Amin atas doa Kak AA.

Akak bukan muka jer sama, perangai kita orang pun lebih kurang. Banyak bercakap, tak reti malu main terjah jer dan kuat berdengkur ... hahahaha... sekarang jatuh kat Hilman lak. Dah la orang kata Hilman macam muka Tok Abah masa kecik ;D