Monday, June 13, 2011

KAMPUNG PENGANTIN

Hari ini bermula semula sekolah penggal ke 2 ... Back to School. Baru je berlalu 2 minggu cuti yang sangat-sangat sibuk. Dan sebermula dari awal cuti hari tu, tiap-tiap minggu aku 'attend' Majlis Wallimatul Urus. Sekolah start cuti 28hb Mei hari tu. Di hari yang sama sebermula cuti sekolah tu kami sekeluarga dapat jemputan ke Majlis Perkahwinan di Kampung Pengantin Setapak.


Yang ni kenduri kawin kakak kepada kawan Kak Long. Memula tu macam malas lak nak pergi, tapi sebab Kak Long beria-ria mengajak dan kawannyer telah mengingatkan berkali-kali untuk datang, dengo pulak KAMPUNG PENGANTIN ... macam best lah pulak. Tak penah sampai pun tempat ni, tapi selalu dengar kat TV dan paper jer. Tak dapat bayangkan masa memula tu. Berpusing jugaklah sebelum sampai kat sini, walhal senang sesangat pun nak sampai dari jalan besar, Jalan Genting Klang tu. Aku terkonpius, ingatkan sebelah Wardieburn Camp dan JPJ Setapak, tapi tersasar dari 'ingatkan' tu. Hahaha! kena gelak dengan anak-anak sebab macam konfiden giler. Lepas tu baru terhegeh-hegeh aku nak buka peta kat kad kawin tu, tapi susah gak ... sebab malam kan tak nampak jalan. Lastly sampai gak.



Memula nak masuk area tu, tersangatlah banyak lopak lopak air, macam nak masuk kampung setinggan. Cuaca lak baru lepas hujan, molek bebeno ler ... serupa masuk kawasan sawah padi menuju ke Dewan Orang Ramai hukhukhuk. Tapi bila sampai jer parking kat kawasan Kampung ni, parking sangat-sangat banyak. Tidak perlu berpusing-pusing beberapa kali yer tuan puan. Bila dah masuk jer kat dalam Kampung Pengantin nih, rasa sangat-sangat 'Impress dan Speechless'.



Wah! sangat cantik kat dalam nih, macam dalam dewan hotel persisnyer. Nyaman jer udara dan suasana. Meja banyak, tak perlu berebut-rebut atau tunggu orang abis makan. Duk ler kat situ dari awal sampai abis majlis, tak ada orang nak marah. Ruang jalan antara meja ke meja yang luas. Tak yah nak langgar kerusi orang, atau mengempiskan perut masa nak lalu lalang. Pendek kata dari 5 Bintang aku kasik 4.95 Bintanglah. Chewah!!! ada tak orang kat Kampung Pengantin baca nih ;) Yang 0.05 tu aku tolak dari jalan masuk yang tak berapa nak cantik.



Nasib baik meja dah di 'reserved' by kawan-kawan Kak Long. Cukup lah kita orang semeja 11 orang. Ciluk kerusi sebelah satu. Tempak duduk pun baik punya, betul-betul depan stage. Tempat nak ambik makanan pun dekat bebeno.



Kami tiba sewaktu dengan pengantin tengah makan beradab. Comei bebeno lah tu kan. Makanan yang sedap, kuih yang enak dan teh tariknye buat aku berulang-ulang pergi tambah dari cawan ke gelas. Sebab sedap sangat. Hish! sungguh tak reti nak malu aku nih kalau sampai bab makan-makan nih.


Ada orang tu dah berangan nak buat majlis kawin dia kat sini. Aku dah tengok website Kampung Pengantin nih. Kampung Pengantin hanya akan menerima tempahan untuk minimum 800 ke 1000 orang. Dan harga paling murah sekepala adalah 35 hengget. So setelah dicongak congak dengan menggunakan 'sempoa', harga yang paling murah untuk majlis 'Wedding' kat sini adalah RM28,000.00 sahaja. Maka aku pun kata pada yang berangan tu "Nampaknyer mak kena lah kasik hantaran kau nanti paling kurang 30,000.00 hengget yer nak" Mahalnyer harga nak buat majlis kawin zaman sekarang nih kan kan kan. Pada anak-anak lelaki mak, sila belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan pekerjaan yang bisa membuatkan korang kaya raya, nak kawin pun kena pakai duit yang banyak yer bukan macam zaman dulu kala. Nantikan episod seterusnya untuk majlis kawin di 3 minggu berturut-turut ini ;)

6 comments:

Arina said...

Zaman skarang ni semuanya guna ongkos...dari mula beranak, masuk kido, pastu masuk sekolah..( itu blum lagi criter masuk asrama ), pastu pulak masuk U, pastu bila dah ade calon bertunang pulak, pastu pulak dah nak kahwin....dan lepas tu dapat cucu pulak...semuaaanyeee.....guna duit dek...hhmmm..sabor je la... doa aje lah agar anak tu tak lupe kat kite bila kite dah bertongkat nanti.....

azieazah said...

RM28,000 tu masih dikira munasabah la. Dewan cantik makan sedap.

Abang Kak Azie dulu, buat kenduri habis RM20K untuk katering sahaja. Buat kat rumah sendiri.

Yang lain2 lum masuk lagi. Bayangkan berapa puluh ribu habis.

Nak kahwin pun sampai gitu, kan? aduhhhh...

ayang said...

Duit duit duit.. Ada duit semua boleh jadi. Zaman la ni pun dah gitu harganya, zaman cucu cicit nanti cam na la agaknya yek.. Emmm terfikir i..

My Life My World said...

Arina - Betul tu kak. Semuanya pakai duit. Lagi pulak anak dah besar dan pandai nak demanding ni. Masa kecik kita kasik apa pun dia orang terima jer.

Sama-sama kita berdoa agar kita tak terbiar di hari tua nanti yer kak :)

My Life My World said...

azieazah - Wah! banyak sungguh pakai duit nak kawin sekarang ni kan kak. Patut ler ramai yang buat hal. Nau'uzubillah ... dijauhkan perkara yang tak elok pada anak cucu kita.

My Life My World said...

ayang - tu yang nak suruh anak kita jadi orang bijak pandai, leh dapat kerja bagus, gaji banyak. Diharapkan majlis dah perabih duit banyak tu boleh lah kekal ke hujung nyawa kan, di zaman nih tak leh nak kata, banyak sungguh cabaran nya yang.