Monday, October 24, 2011

SESSI 'CAMWHORE' TAK SEDAR DIRI

Aku nak declare ... aku masih hidup. Aku masih bernyawa dengan sihat dan bahagia :) walaupun lama tak update blog. Aku masih sedar diri, walaupun tajuk post adalah tak sedar diri. Terlalu banyak nak diceritakan ... sampai tak sempat nak cerita. Terlalu banyak kerja, tu yang tak sempat nak update blog tuh. Aku baru dapat BlackBerry dari opis. Baik ati kan opis aku, hehehehe.... sebab aku terlebih rajin kut. Hahahahaha, iyo lah tu Peros :) Berbalik kat BlackBerry tadi, aku try lah jugak nak update kat situ. Memang boleh, walaupun aku terpaksa buntangkan mata sebab tulisan dia terlalu kecik atau aku sampai terlelap mata sebab lama sangat nak tunggu upload ... hahaha. Masalah besor kat sini bukan yang tu jer. Bila sampai rumah, anak anak aku berebut nak pakai BB aku sebab 'BIS' @ Blackberry Internet Service adalah unlimited di situ.

Habih tu, nak update kat PC rumah pun sama, memanjang berebut dengan anak-anak. Tak pun masa aku nak update, tercongok sorang sorang kat belakang aku nak tengok aku tulis hapa ... tension mak kau nak oiiiiiiiii. Terus tak ada idea nak hupdate. Iyalah tahu, korang tak sabar nak guna PC kan. Walaupun korang jugak yang selalu suruh mak up-date blog. Bayangkan dari 1 Ogos 2011 sampai sekarang, baru ni lah mak nak hupdate. Bila dah start tak hupdate memang lah dah malas terus. Habih terlepas cerita raya sakan tak cukup sebulan, kisah Hilman ambik UPSR dan Iqa ambik PMR. Korang doakan aku rajin dan tak banyak kerja kat opis yer. Eh! ada ker korang kat sini ... hehehe. Sambutlah salam dengan gambar-gambar konon perasan lawa, jelez sebenonyer asyik tengok Kak Long dan Iqa jer Camwhore, mak dia dan anak anak jantan pun nak merasa sama. Untuk makluman gambar adalah selepas solat Maghrib nak tunggu Isyak ... sessi beramah mesra dengan anak-anak sambil study. Boleh gitu .... hukhukhuk.





p/s : Gambar adalah Blur ... sebab aku memang tengah BLUR sekarang nih ;)

8 comments:

azieazah said...

Akhirnyaaaa!
Lama betul tak update. Tertunggu tunggu!

Tahniah akhirnya berjaya dapat/miliki BB. Pasni boleh la selalu update status kat FB lak.

Semoga anak-anak yang amik exam akan beroleh kejayaan.

Rajin la update lagi eh?

My Life My World said...

Azieazah ... AKHIRNYA !!!! hahahaha, mintak mintak lah lepas ni saya terus rajin yer kak. Terima kasih kerana masih sudi datang kat rumah yang sunyi sepi ni.

Alhamdullilah, berkat kesabaran dapat jugak pakai BB, siap dengan Bil Free lagi ... hehehehe

Lepas ni kecut perut pulak nak tunggu result keluar, mak dia orang pulak yang lebih lebih ... hukhukhuk

Fadzli Amir said...

Salam...ha tua dia, ingatkan dah pindah obesi, kena duduk tempat yg internet line takde macam afrika....hehhehe

Welkam bek...Insyaallah, dah ada bb segala bil ditanggung, mesti buleh update punya....

My Life My World said...

Fadzli Amir - Hahahahaha ... gelak beso akak kau ni dik. Bagus kau kenakan akak yer.

Ada jer kat sini, bukan line internet yang buzy, akak ni yang buzy banget.

Thank, sudi lagi singgah sini ;)

Mrs Taz said...

lamanya acik cutiiiiiii blog hehe ..terubat rindu sket .. lama kita tak jumpa2 .. raya pun tak jumpa ek? isy isy .. apapun rajin2la update .. zia pun rindu nak menulis lagik .. :D

My Life My World said...

Mrs Taz - doakan acik rajin yer. Acikpun rindu jugak dgn Zia dan blognyer. Sambung la balik tulis. Nasib baik ada FB, terubat rindu :)

IXORAROXI said...

saya kalau baca blog awak ni macam saya dok depan awak, bersembang dengan awak..kelakornya entri awak, tersengih2 saya sorang2 depan laptop
belilah satu laptop untuk awak sendiri, tak yahlerr berebut dengan bebudak tu

My Life My World said...

Ixoraroxi - Alhamdullillah ada jugak orang suker baca blog kiter, syukur.

Tu lah masalahnyer Ix, kalau ada laptop pun sure kena rebut dgn anak-anak punyer. Perasaan mak ni pulak sure tak sampai ati. Terima kasih yer sudi datang blog kiter