AHAD, 11 Disember 2011
Cepatnyer lah masa berlalu, tahu-tahu tinggal berapa minggu jer lagi sekolah nak bukak semula. Aku pun tak sedar baju bebudak tak beli lagi, sehingga di tanya oleh Kak Long, "Mak, bila nak beli baju sekolah?". Iyalah pulak, tak beli lagi kan. Bukan nak beli sangat pun, baju lama tu elok lagi, sekadar tambah-tambah mana yang patut. Ketinggian Kak Long dan Iqa tak banyak berubah. Kain lama boleh pakai lagi, cuma nak kena betulkan Zip yang rosak. Tapi tang Hilman dan Aran memanglah ketara sangat perubahannya. Cepat betul anak lelaki ku ini membesar.
Kali ni adalah tahun terakhir Kak Long join ikut beli baju sekolah dia. Macam tak percaya jer tahun depan adalah tahun akhir dia kat sekolah. Dah nak ambik SPM hujung tahun depan. Beso dah anak sulung aku. Tak tahu nak pi mana lah pulak lepas tu yer. Aku jadi lalok sebentar masa nak beli seluar Hilman, ingat nak beli kaler biru. Aku terlupa dia dah masuk sekolah menengah, dah kena pakai seluar hijau. Hehehe ... nasib baik diingatkan. Terima kasih anak anak, mak korang semakin nyanyuk, banyak sangat makan semut.
Seperti biasa, kemana lagi tempat dituju kalau tak ke KAMDAR Jalan Tunku Abdul Rahman. Senang kat sini, senanglah kalau datang pepagi, parking berlambak kosong kat belakang bangunan KWSP Jalan Raja Laut tu. Memang dah jadi rutin kalau nak kesini kami akan datang pepagi lagi, sebab malas nak bersesak dan buang masa carik parking.
Setelah hasil rembatan berjaya diperolehi ... tetiba Iqa dengan Hilman merengek lapar dan dahaga. Macam bebudak tak masuk sekolah jer lah perangai korang nih. Walhal mak dah masak Makaroni goreng satu kuali beso kat rumah sarapan pagi tadi. Eksyen, tak moh makan, tak suker konon. Lastly aku, Kak Long dan Aran yang bedal 2-3 pinggan pagi tadi. Hahahaha ... memang feberet kami. Nasib koranglah, sapa suruh memilih sangat kan.
Tapi naluri mak ni tak sampai ati, okaylah mak turutkan jugaklah. Singgah Restoran Zam Zam Jalan Tunku Abdul Rahman. Lawa Restoran ni dan bersih jugak. Yang tak leh lupa, tahun lepas masa lepas carik baju sekolah pun Kak Long dan Iqa lepak restoran ni jugak. Kak Long demam, tak larat nak jalan. Lepak kat situ sementara aku pergi kedai buku sebelah Zam Zam ni. Lepas tu Iqa kena ngorat dengan satu mamat ni, siap tulis no tepon kat atas kertas tisu dan dengan beraninyer letak kat depan Iqa. Anak aku punyalah menggelabah, terus buang kertas tisu tu dengan perasaan geli gelemannyer. Kita orang gelakkan dia sampai sakit perut masa dia cerita balik tuh. Hahahaha ... dah lah Iqa ni memang penakut.
Oh! yer rombongan 'Back To School' kali ni Inas, anak abang long aku ter'enter' frame sama. Kebetulan dia tidur rumah malam tadi ikut abah dia. Sebab mak tok buat 'Kenduri Nasi Dagang' Hari Sabtu malam minggu sebelumnya. Sebab perut masih penuh lagi kononnyer, so mintak ler roti canai. Sekali Restoran ni tak jual roti canai lah pulak kat sini. Speciality dia adalah Murtabak, boleh lah murtabak pun. Memang suker pun makan murtabak. Yang budak lapar dua orang tu makan nasik goreng. Harga boleh tahan, bukan tahap kedai mamak biasa. Tapi Murtabak dia yang 'Small' jer punyalah bapak beso. Kalau 'Medium' dengan 'Big' tak tahulah beso mana. Beli 2 share 6 orang, itupun dah rasa amat kenyang. Alhamdullilah.
2 comments:
Baru nak tanya sapa yang senyum “sepesen“ jer dgn IQA dan KakLong tu. hehehe
Wahh tingin la nak makan gak kat Restoren Zam Zam tuh. Kak Azie dah lama sangat tak pi Jalan TAR ni. Dah 4,5 tahun lebih dah.
Kami minggu ni baru nak mula shopping. Kat kedai faberet di Bndr Tun Razak jer kot.
azieazah - Uish! Lama betul yer Kak AA tak sampai Jalan TAR ... Saya dengan Jalan TAR ni macam irama dan lagu dah tak leh dipisahkan. Hehehehe ...
Kalau dulu selalu makan nasi briyani kat Insaf ... cuba tukar selera ker Zam Zam lak. Kak Long suka datang sini carik tudung.
Post a Comment