Thursday, March 1, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 16 NUR HAZIQAH HASHIM


Selalunya mak memanglah malas nak bertenet kat rumah ni. Tapi disebabkan Birthday anak mak ni, mak dengan gigihnya on PC dan modem segala. Walaupun mak baru jer sampai ke rumah dari opis beberapa minit sebelum menjelangnya pukul 12 malam. Nak kejar waktu untuk menjadi orang yang pertama wish Iqa dan peluk Iqa ketat ketat :) ngeeeeeeeeeeee. Hoyeeeeeeee !!! berjaya ... sebelum ada orang lain wish Iqa through phone and sms. Dan mak tahu mak tak kan sempat nak buat post pasal Birthday Iqa esok dengan kesibukan yang tiada hentinyer. Jadi apa salahnya korban masa tido mak sikit demi anak mak yang tersayang.


Iqa ... Iqa.. Iqa ... Ratu Camwhore kat rumah. Hehehe ... nampak berani tapi penakut. Kalau keluar shopping asyik jer lah nak berkepit kat tangan mak. Sampai kena berebut dengan Aran. Masih tak hilang perangai masa baby dulu kan. Tapi mak suker, sebab rasa macam selamat jer. Iqa kan lagi tinggi dari Mak, jadinyer macam orang orang tua yang dipimpin untuk berjalan. Hahaha ... nampak macam tua sangat bunyiknyer. Oh! tidakkkkkkkkkkkkkkk 

Selain dari mendapat titleRatu Camwhore ... juga dikenali sebagai Miss Unpredictable. Selalu tak jangka yang Iqa boleh beri 150% bila harapan mak hanya 50% peratus sahaja. Sori sayang. Mak selalu salah jangka dan selalu tak beri harapan tinggi pada Iqa. Bukan salah Iqa tapi salah mak ... sori sori sori . Bila  mak takut untuk berharap pada sesuatu yang tak terjangka kan. Dan mak selalu ingatkan, Iqa seorang yang bijak, cuma kurang usaha. Bak kata Kak Long, sekadar bijak pun tak guna kalau tak belajar. Lama-lama berkarat jugak. Paling kelakar statement Kak Sarah "Nenak kata Iqa relax jer pun boleh dapat 8A". Moga Iqa terus cemerlang di SPM 2013 nanti. Insya ALLAH. 
   


Sayang Mak ...
Bukan mak tak sayang jika mak selalu tak ada di sisi mu
Bukan mak tak kasih bila selalu marah dan meninggi suara pada mu
Itulah tanda kasih dan sayang ...
Yang sering tak terungkap dengan kelembutan kata
Yang sering tak terserlah dengan perbuatan dan lenggok diri

Sayang Mak ..
Maaf kalau mak terlalu mahukan ikutan kata dari percaturan hidup
Percaturan hidup yang mak sendiri tak pasti 
Ketahuilah ... mak ingin yang terbaik demi kebaikan anak mak
Kebaikan yang mak sendiri tak ketahui bagaimana rupanya nanti

Sayang Mak ...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 16
Semoga menjadi anak yang solehan dan muslimah sejati
Semoga berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat
Walau apa pun yang berlaku .. Mak akan selalu ada untuk Iqa.

Mak sayang Iqa ... 
tiada penghujung dan akhiran sayang mak ini

6 comments:

Acik Erna said...

Happy Birthday Nor Haziqah..semoga doa ibu dimakbulkan yang esa.
semoga iqa berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

My Life My World said...

Acik Erna - Amin. Amin Amin. Terima kasih on behalf Iqa :)

Mrs Taz said...

Happy Birthday Iqa ... smoga tercapai segala cita2 :)

My Life My World said...

Mrs Taz - Amin atas doa Zia :)

Norfatin Suraya said...

Fuyooo aunty, menangis kejap saya baca.....

My Life My World said...

Norfatin Suraya - Oh! iyer ker, baca dengan perasaan tu. Hehehe .. terima kasih :)