Tuesday, July 23, 2013

22 JULAI 2013

Assalamualaikum,

Sangat-sangat lama meninggalkan ruang ini. Adakala nyer menjenguk jugak. Rindu ... pasti. Cerita nak tulis sangat banyak, sampai tak tertulis, sampai tak tahu nak cerita yang mana satu dan lastly terus tak tercerita. Hahahahaha beri lah beribu alasan tapi main point nyer adalah PENULIS BLOG SANGAT MALAS. @ sumpah aku tak punya banyak masa

Banyak nyer nak cerita ... tentang aktiviti Kak Long masa tunggu result SPM, tentang Kak Long dapat result SPM, tentang Kak Long pergi PLKN, tentang Kak Long (lagi ... hahahaha macam aku tak ada anak lain) sambung study. Tentang hantar Iqa ke MRSM JB ... tentang dipaksa IQA (sumpah mak rela sebenonyer) melawat dia selalu, tentang IQA yang nak ambik SPM tahun ini. Okay now we go to Hilman pulak, tentang Hilman yang makin hensem (Hahahahahaha, boleh gitu ... kau jangan kembang Man, nanti meletup letup jerawat kat muka), tentang Hilman berjaya dapat jawatan Ketua Pengawas Sessi Petang. Dan cerita tentang Farhan yang sibuk dengan Tournament Tenis di sana sini, seminggu berkampung di UPM untuk mewakil Gombak bagi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor, tentang Aran yang dah makin berisi sebab selalu bersukan, tentang Aran yang bermalam di Sek Men Sains Kuala Selangor untuk acara Catur antara sekolah sekolah di Malaysia (peserta sejauh datang dari Lahad Datu Sabah) .  Hei! tanpa sedar aku dah cerita kat sini semuanyer. Tak yah cerita lagik. Hahahahaha.

Ada lagik ... tentang our new family member iaitu 'Barney the Cat' featuring with 'The Kitten'. Dan tentang reward yang company kasik sebab dah kerja 20 tahun di sini. Alhamdullilah. Nanti kita cerita lagik yer ;)

Jom layan gambor

Hadiah Birthday Kak Long



'Barney the cat' - baru lepas 'Graduation'



Persiapan Barang Kak Long masa nak bertolak ke PLKN Gambang



Sebulan lepas Kak Long di Gambang, buat lawatan rindu-rinduan
Baru sebulan dah gelap muka kau Kak Long, biar pun pakai Sunblock mahal



Anak lelaki aku bergambar dengan tema ' Mari Berkasih Sayang Sesama Kita'  hahahaha






Pondok Pelawat, Astaka dan Padang Kawad di PLKN Gambang





Tiap kali hantar atau jemput Iqa balik, tak sah kalau tak singgah JPO
Buat lawatan antara tingkap ke tingkap
Bukan membeli sangat pun, sesaja membuang masa dan tenaga huhuhu






Ini bukan kat Arena Bowling atau Shopping Centre
Ini adalah Hotel Le Grandeur kat Senai, kami bermalam satu malam di sini
Transit sebelum hantar Iqa, sebab dia kena daftar sebelum pukul 10 cam gitu
Anak anak sangat suka duk sini, sebab ada macam-macam aktiviti



Dan setiap kali menjenguk Iqa di MRSM Johor Bahru, tak sah kalau tak singgah TESCO
beli stationary dan jajan dengan jumlah macam orang nak berniaga.
Yang budak lelaki sorang tu pun ikut beli sekali, kat KL tak ada jual macam ni kan Man



Hari mendaftar Iqa kat dewan sekolah. Mak bapak yang hadir jadi pemerhati
Anak anak sila buat sendiri




Hari mengundi ; menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia




Sijil Pencapaian : Farhan untuk Naib Johan Individu dan Bergu bagi Kejohanan Tenis MSSD




Tengah melepak di KLIA sambil menunggu flight Tok Abah, Mak Tok dan Mak Su ke Paris & London

p/s : Insya ALLAH kalau berkesempatan aku akan cerita detail lagi yer ;)

3 comments:

Mrs Taz said...

yeay acik dah kembali ... bnyk cite best ni ..tahniah :D
hello Barney ....<3

My Life My World said...

Hahahahaha ... mood tengah baik. Datang sehari hilang berbulan. Jangan ler hendaknyer lagik. Ada cerita tentang Barney lepas ni ;)

mizadgreat said...

Hai I m back.....hehe baru ingat pw acc ni....wahhhhh anak2 sedang menujunpuncak...sejukmperut mama dia...alhdlh ada anak kan...penguat smgtbmama