Aku bukan wartawan. Cuma rakyat marhaen yang sekadar ingin menandakan disini, satu perkara besar yang telah terjadi 7 hari yang lepas iaitu 8 Mac 2014. Buat renungan dan arkib peribadi, disatu masa nanti yang pastinya kan menjadi sejarah.
Memang sangat terkejut bila buka FB bersepah cerita tentang kehilangan kapal terbang ini, yang dikhabarkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kemudian terjadilah pelbagai spekulasi yang boleh dikategori sebagsi logik dan kategori tak boleh diterima akal langsung. Bayangkan lah kalau kita ditempat keluarga yang terbabit. Semoga mereka tabah dan kuat menerima qada dan qadha Allah ini.
Kemalangan udara yang melibatkan Kapal Terbang MAS sebelum ini dan yang paling aku ingati adalah di Tanjung Kupang, Johor. 1977 masa tu aku darjah 2. Kapal terbang yang bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur tapi tidak turun ditempat sepatutnya telah meletup diangkasa Johor dan jatuh di Tanjung Kupang. Menyebabkan tiada mangsa yang ditemui sempurna jasadnya. Yang ada hanya cebisan dan serpihan daging. Angkara pengganas dengarnya.
Harapan semoga MH370 masih selamat. Walau kita tak tahu dimana ianya berada. Berdoa dan terus berdoa semoga mereka masih selamat dan sihat sejahtera.
Harapan semoga MH370 masih selamat. Walau kita tak tahu dimana ianya berada. Berdoa dan terus berdoa semoga mereka masih selamat dan sihat sejahtera.
No comments:
Post a Comment