Tuesday, August 19, 2014

AIDIL FITRI 2014

SALAM AIDIL FITRI ... seronok beraya? Seronok dan sedih bagi aku. Sedih sangat sebab terpaksa meninggalkan Ramadhan yang indah. Jika diberi pilihan ... aku lebih suka Ramadhan dari Syawal. Huhuhuhu. Kenapa? aku pun tak tahu. Mungkin sebab boleh makan banyak dengan berbagai jenis makanan kut. Muahahahaha. Okay, yang tu jahat dan tak sedar diri, badan dah macam guni dah oiiiiiiii. Tapi yang paling syahdu adalah bila bangun sebelum subuh dan masak, serta dapat makan bersama keluarga. Bukan sahaja masa sahur, tapi juga masa berbuka. Ikatan kekeluargaan semakin kukuh gitu. Dan yang paling paling syahdu (berapa banyak syahdu daaa...) bila dapat solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid. Memang sayang sangat nak tinggal solat Tarawih. Dan aku juga berjaya solat di Tarawih yang terakhir di masjid. Sob sob sob ... semoga berjumpa lagi wahai Ramadhan.

Okay ... stop sedih. Meh citer pasal Syawal pulak. Bukan tak suka ... suka jugak, tapi tak cukup sesyahdu Ramadhan. Antara yang seronok adalah ... jeng jeng jeng. Rumah aku masuk TV. Sapa tengok iklan Raya SPNB ... haaa yang jadi lokasi adalah rumah aku serta kawasan sekitar rumah. Kecuali part akhir masa dia orang dah ada rumah sendiri. Jommmmmm skodeng ....


Memula macam lawak lah pulak bila tengok iklan ni, ish macam tak sangka but lepas tu rasa syok lah pulak. Hahahaha ....  Raya aku ... anak-anak ler yang paling best. Aku pun best jugak bila anak-anak seronok. Rutin seperti biasa. Kuang-Klang-Pulau Indah-Meru-Kg Jawa-Pantai Dalam-Gombak-Taman Selasih-Selayang. Senangkan ... tak payah nak harung kesesakan lalulintas untuk balik kampung, Save masa dan tenaga gitu. Sebelum aku merapu panjang ... biarlah gambar sahaja yang bercerita. Chewah !!!

















5 comments:

Mrs Taz said...

cantik aaaa hijau tuuuu :)

Mrs Taz said...

nampak sihat encik hashim ... Kim salam rinduuuu kt dia hehehe ;D

My Life My World said...

Mrs Taz .... tu warna simpan sejak tahun lepas. Pilihan anak anak ni. Dia orang tengah discuss sekarang ni, tahun depan nak warna apa pulak... hehehe

Encik Hashim ... sekiranya baca ini. Aziah Masium kirim salam. hikhikhik. Boleh Zya? En. Hashim masuk sini selalu, nanti dia baca ler komen Zya ni. Insya ALLAH.

Dr. Rodzila Rodi said...

SELAMAT HARI RAYA AKAK SEKELUARGA
wahh...ENCIK HASHIM pun ada...lama x nampak...hik3
kirim salam kat dia eh akak...
tahniah utk akak sekeluarga :)

My Life My World said...

To Dr Rodzila Rodi

SELAMAT HARI RAYA untuk Zila dan seisi keluarga juga.

Encik Hashim, Zila kirim salam... hahahaha boleh gitu :p