Thursday, March 23, 2017

HILMAN DAN SPM 2016

Hari ni genap seminggu lepas keputusan SPM 2016 diumumkan. Seawal pukul 10 pagi lebih kurang, kami dah terpacak depan pintu dewan utama ni. Errr.... minta maaf, ni bukan segmen nak bangga diri atau riak.Ini adalah catatan dalam kehidupanku. Aku tak ada diari. Lagi pun bukan ada pembaca pun ... Hahahahha ... 




 Aku ingat lagi masa lepas Hilman dapat keputusan PT3, aku asyik duk suruh dia masuk SBP. Dan tiap kali aku suruh dia, mesti dia moody ... "Hilman tak suka la mak cakap pasal ni". Walaupun akhirnya dia terima juga cadangan aku. Alhamdullilah. Tak tahulah dia rela atau kena paksa. Hahahahha ... Tak sia-sia mak isikan borang dan meratib di telinga Hilman untuk ke SBP. Itu pun sebab dapat SBP di tengah-tengah Kuala Lumpur. Siap berjanji dengan dia, "Iyer, mak akan datang jumpa Hilman tiap tiap minggu, jangan risau". Dan memang aku tak pernah miss jumpa dia tiap-tiap minggu sepanjang dia di Sekolah Menengah Sains Alam Shah @ ASIS.

Mak selalu cakap,"Korang tak rajin macam Kak Long, sebab tu mak tak pernah paksa Kak Long pergi SBP. Mak tahu anak anak mak ni macammana" Jadi janganlah marah mak yer. Hilman kata, dia tak simpan harapan tinggi untuk keputusan dia. Tiap-tiap hari dia cakap,"Mak jangan harap Hilman dapat Straight A tau. Hilman target 7A atau 6A jer, asalkan dapat sambung study kat Asasi dah okay". Dia pun cakap jugak, "Sebenarnya Hilman tak takut dapat berapa, tapi Hilman takut kecewakan mak kalau tak dapat keputusan elok". Aduh! rasa nak nangis jer, macam aku ni terlalu memaksa. Huhuhu.




Pukul 11.15 pagi macam tu, Pengetua masuk dewan ... Ibubapa dan guru-guru pun dah ramai. Alhamdullilah. ASIS berjaya naikkan 'Grade Point Average' dan dapat kedudukan No. 9 untuk Top School di Malaysia. Alhamdullilah. Lepas tu diumumkan student dapat Straight A. Tak ada rezeki Hilman nak dapat Straight A. Belum habis pengumuman Hilman dah whatsapp, said dia dapat 8A dan 1B+. Alhamdullilah ... Syukur. Mak tak sedih Hilman tak dapat Straight A, untuk budak yang tak mahu pi SBP pada mulanya, dan hanya simpan harapan untuk dapat 5A kalau tak ke SBP ... 8A dah cukup baik untuk mak. Mak dah cukup bersyukur.




 Terima kasih Hilman, kerana membuat mak bangga. Mak doakan Hilman dapat mencapai cita-cita Hilman. Kita sama-sama doakan yer. Power of DOA tu sangat besar tau. Mak akan sokong apa juga yang Hilman buat yang Hilman inginkan. Kita sama-sama berusaha untuk Man berjaya yer.


Sempat bergambar dengan Pengetua



Sempat juga bergambar dengan Ketua Pelajar
yang Sado lagi Hensem dan Brilliant.
Yang dapat 9A+
Tahniah Ahmad Faris




Terima kasih kerana menghargai usaha mak
dan jangan bimbang ... 
mak tak akan penat berusaha untuk anak anak mak.


No comments: