Showing posts with label Bercuti. Show all posts
Showing posts with label Bercuti. Show all posts

Monday, November 1, 2010

TAMAN TASIK TAIPING ... menjejak SEPI




Lepas bersarapan pagi dengan sekenyang-kenyangnyer ... mentang-mentang ler free kan. Dan lepas Check-out dari Seri Malaysia, lebih kurang pukul 10.00 pagi macam tu la lebih kurang. Kita orang membawa diri ke Taman Tasik Taiping ..... nak cari FEEL ala ala cerita SEPI lah konon. Pernah tengok tak cerita Sepi? Ala yang ada macam-macam kisah dalam satu cerita tu lah. Banyak gak adegan cerita tu diambil di Taman Tasik ni. Especially scene Tony Eusoff dengan Eja tengah dating.... hehehehe


Untuk pertama kalinya aku betul-betul jejakkan kaki kat tepi tasik ni. Bukan tak pernah sampai Taiping, tapi sebelum ni tak pernah turun dari kereta pun. Memang lah aku jatuh cinta dengan tempat ni, sungguh damai, tenang dan nyaman gitu. Walaupun matahari memancar-mancar, tapi tak terasa, sebab ada banyak pokok hujan-hujan yang besar dan tinggi kat sini. Itu yang buat lagi nyaman dan tak terasa panas terik tu.


Anak-anak aku kena paksa ambik gambar tepi tasik ... hehehehe
Nasib baik korang dengar kata ek ;)


Best betul duduk kat dahan pokok hujan-hujan ni. Elok lah pulak dahan nyer sampai ke tanah untuk mencari air. Kalau ikut kan hati mahu di enjut-enjut dahan pokok ni, tapi takut pulak patah. Tak pasal-pasal kena saman dengan pihak penguasa tempatan. Maka duduklah dua orang budak ni dengan penuh sopan santun. Kebanyakkan semua dahan pokok besar ni akan menghala ke tasik. Cantik jer keadaannya.

Ini pun dia, bukit dahan yang Hilman dan Aran duduk tadi. Jelas kelihatan di situ :) Ada dalam satu scene dalam Movie SEPI, masa Eja duduk kat satu kerusi tepi tasik tu. Gambar ehsan Encik Google yer tuan puan.


Gigih kita orang ambik gambar bawah matahari terik tu. Tengok muka Aran tengah tahan panas dengan muka boring kena paksa ambik gambo ... hehehehe. Mata Hilman dengan Kak Long pun sampai sepet-sepet. Mak dia jer boleh nampak bijik mata lagi, itu pun sebab cover dengan tudung yang macam ala-ala topi ... hikhikhik


Cantik kan ... cantik kan ... cantik kan ... (dengan nada teruja)
Kalau ler boleh, nak ajer aku letak rumah aku tepi tasik ni.
Bukan aku jer yang suka dengan tempat ni, anak-anak pun suka.


Besar kan pokok-pokok kat sini. Masa ni dah nak balik dah.
Opsss ... bukan nak balik lagi
nak sambung perjalanan
kemana???
Selamat Tinggal Taiping ... kami pasti datang lagi