Showing posts with label Kenduri Kawin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kawin. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

KENDURI KAWIN LAGI



SABTU, 25 Disember 2010

Ulasan tertunda hari Sabtu lepas, baru berpeluang nak cerita. Ramai betul orang pilih tarikh 25 Disember ni kan. Termasuk lah mak dan abah aku yang sambut anniversary perkahwinan yang ke 47 tahun. Selamat Ulangtahun mok dan abah semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Tiap kali ada orang kawin tarikh ni, tiap kali tu lah abah dan mak aku sambut anniversary nyer, kengkadang tumpang pelamin amik gambor berdua lagi buat kenang-kenangan. Kami sekeluarga dapat dua undangan untuk majlis perkahwinan di hari yang sama. Seawal pukul 10 pagi kami dah bertolak dari rumah sebab takut tak sempat nak attend kedua-duanyer.



Kami ke Seremban memula. First time lalu Highway Lekas ... memang lekas sampainyer. Nak ngelak lalu Nilai sebab Abang Long aku kata Jem teruk. Ini wedding anak Abang Zul, sepupu aku belah abah. Anak perempuan sulong nyer kawin. Dan kali pertama jugak Abang Zul buat kenduri kawin. Majlis berlangsung kat Kompleks Belia dan Sukan, dekat dengan Stadium Paroi. Tema kaler adalah 'Pink' ... sweet sangat kaler dan pengantin nyer.

Dah namanyer pun kenduri, pasti lah jumpa saudara mara jugak. Abah dan mak tengah pose beramai-ramai dengan anak sedara abah. Aku panggil dia Abang Dollah, yang berbaju biru. Pangkat sepupu dengan aku, tapi hampir sebaya dengan Abah. Sebabnyer abah aku ni anak bongsu ... jarak umur abah amat jauh dengan kakak-kakak nyer. Dan masa dia remaja, kakak-kakaknyer semua dah meninggal. Abah aku anak lelaki tunggal dalam keluarga Abdul Muthalib. Jadi anak sedara abah semua sebaya abah. Sepupu aku ada lagi tua dari umur abah aku ...





Masa kami sampai tu, pengantin tak sampai lagi. Sedang elok jer tengah makan bunyik kompang. Lauk kenduri sodapnyer, especially rumpai laut (seaweed) kot masak lomak cili api. Pedas dan sedap sangat. Trademark orang Negeri Sembilan. Rasa nak pi tambah jer. Tapi kenangkan tak leh makan bebanyak sebab ada satu rumah lagi nak pergi, maka terpaksalah dilupakan hasrat murni tu. Eh! lupa nak cerita, ni kali pertama Aran jalan-jalan keluar umah lepas pantang bersunat. Nasib baik luka dia sempat sembuh dan tak berkudis atau bernanah. Aran memang kuat pantang, dia tak mintak makanan yang bukan-bukan. Ikut dan terima jer apa yang orang suruh dia minum dan makan. Tak merengek dan membangkang langsung. Senang betul nak jaga Aran ni.

Kali pertama pakai seluar, risau gak aku. Aku suruh dia pakai baju melayu, kain dia lembut sikit. Tak lah dia rasa sakit kat bahagian tertentu nyer tu. Part paling best sekali aku paksa abang dia pakai baju melayu sekali, sebab tak moh ler adik dia rasa ganjil sorang-sorang. Abang Hilman ni memang jarang membantah kehendak mak nyer. Siap dia pakai samping songket dengan songkok sekali. Bak kata Mak Tok macam nak pergi kawin lah pulak. Terlebih hensem lah konon .... hahahaha. Memang tak ada orang lain yang pakai lengkap baju melayu kat kenduri tu, kecuali pengantin dan pengapit pengantin lelaki.

Bertolak balik KL dalam pukul 1 tengahari +++ dari Seremban. Kali ni ikut Highway Plus ... sebab yakin tak ada jem punyer. Lagi pun dekat sikit nak pergi Pantai Dalam ikut Plus ni. Sampai KL pukul 2.00 lebih macam tu. Transit kat rumah Abang Ngah aku untuk solat Zohor dulu. Kat pukul 3.00 +++ baru ke rumah pengantin yang selang satu rumah jer dengan rumah Abang Ngah aku.


Kali ni kenduri kawin anak sedara kakak ipar aku. Sedang elok lah jugak perut dah lapo balik. Masa kita orang sampai tu tak ramai orang dah. Tu yang best tu, tak yah nak rebut rebut berbaris ambik lauk. Berulang ler 10 kali tambah nasi dan lauk tak ada orang marah. Aran suka ler datang kenduri ni, sebab dapat jumpa Endi. Nak show-off ler dia pun dah sihat macam Endi. Endi setia temankan Aran makan lagi tuh. Dia orang berdua ni memang sangat rapat.



Antara JAJAN yang dapat dikutip kat majlis kawin. Cup cake tu sangat sedap ... telur yang dikumpul tu pulak boleh ler nak buat lauk untuk makan tengahari. Kita orang punya perjalanan tak abis kat rumah orang kawin ni jer. Sempat lagi pergi OU tengok wayang tu. Nanti aku cerita lain ek ;)

Sunday, October 24, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN SEBELAH OPIS


SABTU, 23 OKTOBER 2010

Aku dapat jemputan ke majlis kawin adik kepada Rina (member seopis) hari ni. Yang kebetulan rumah dia sebelah jer dengan opis aku. Dan kebetulan di hari yang sama jugak aku kena attend meeting kat opis. Dari pukul 10.30 pagi sampai la pukul 1.30 petang kat dalam bilik meeting. Mata dah kuyu ngantuk, perut dah berdondang sayang sebab lapar, makin lapar tengok member opis dah berbondong bondong ker majlis kenduri. Sayup sayup dengar band orang kawin kat dalam bilik meeting. Aduh! fikiran aku tak ada kat dalam meeting tu dah, mencabar jiwa dan minda sungguhlah. Nasib baik bos baik ati, kasik keluar awal dan dia sambung meeting lagi 'without me'. Sempat lak bos aku kasi wasiat kat aku, suruh jadik posmen dia kasik angpow kat pengantin sebab meeting dia tak abis lagi.



Masa sampai tu sambil di iringi ayang ku ... hehehe. Terus tuju mak pengantin, kasik 'angpow' bos dulu. Ingat leh makan kat meja special sebab wakil bos ... hahahahaha... perasan ler kau mak cik oiiiii !!!!! Dush dush dush ... sila kembali ke alam nyata :) lepas jumpa mak pengantin terus tuju meja 'buffet'. Senduk nasi, lauk pauk, air then terjah meja makan ... tak tunggu lama, licin pinggan aku. Ambik cendul dengan dadih lak lepas tu. Best! Best! sebab meja banyak jadi tak ler terhuru hara nak makan kasik laluan kat orang baru datang.




p/s: Kualiti gambar adalah tidak best, sebab ambik pakai hanpon. Iyo iyo oooo aku bawak kamera, tapi bila nak klik dia tulis 'NO MEMORY CARD' ... ish ish ish malu weh! nasib baik tak ada orang nampak. Baru aku teringat, memory card ada dalam card reader lupa nak keluarkan... hehehehe. Teruja konon ada card reader ;p

Monday, July 19, 2010

DI BAWAH TENDA UNGU

SABTU, 17 JULAI 2010

Hasil kerja tangan keluarga pengantin ... comel sangat sangat

Ada apa dibawah Tenda Ungu ??? Ada makanan yang lazat lagi sedap sehingga menjilat jari jemari, yang terhidang sempena majlis perkahwinan kakak Iman Comei ... iaitu AMAL dan KHAIRI. Aku sekadar menjadi tetamu jer, untuk menjadi salah seorang penyumbang bagi menghabiskan makanan makanan itu :D


Bila tengok lauk pengantin ni rasa lapar balik lah pulak ...

Iman tu kawan rapat Kak Long ... pernah kan aku inform dulu, siapa kawan anak anak aku, turut menjadi kawan aku. Termasuklah keluarga keluarga mereka sekali :) Insya ALLAH. Kan bagus kita tahu dengan siapa anak kita berkawan dan siapa keluarga mereka. Pada pendapat aku lah, pada orang lain aku tak tahu. Dan Alhamdullilah, keluarga kawan anak anak aku amat baik dan tidak pulak sombong, walaupun hakikatnya mereka dari golongan yang ada ada dan dihormati.


Nur Farhanah dan Nurul Farhana a.k.a. Susu

Kak Long awal-awal lagi dah bermalam kat rumah BFF dia, Susu. Sebabnyer Susu duduk satu kawasan dengan Iman, jadi senanglah nak sampai cepat. Pertama kali dapat tugasan di rumah orang kawin ... jadi penanggah jer ;) Tolong kasi cenderahati untuk tetamu yang hadir. Tak per Kak Long, belajar belajar sikit, jap lagi banyak kali nak kena buat macam ni. Sepupu Kak Long kan ramai lagi yang tak jumpa tangga-tangga rumah. Nanti kena bertugas lagi, anggap lah ini satu pembelajaran ... hehehe

Tengku Puan Pahang dan dayang-dayang nya

Masa kita orang tengah makan tu, sedang elok jer Pengantin datang berarak. Cak pung cak pung. Tengok dari jauh jer masa tu, kan tengah makan. Tetamu kehormat majlis ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kebetulan kawan emak pengantin perempuan. Seronok dengar Kak Long yang teruja dapat bergambar dengan VVIP. Dan bercerita tentang kecantikan, keanggunan dan baik nya hati Tengku Puan Pahang. Opssss....gambar ini dan gambar di atas credit to Susu. Yang kat belakang berbaju putih tu lah pengantin.



Seperti biasa, kalau tak pergi rumah orang kawin ...dan tak ambik gambar pelamin memang lah tak sah. Aku suka pelamin ni ... simple dan kemas. Tak serabut ... dengarnya cerita hasil Puan Sabariah, mak pengantin. Tak payah nak tempah atau upah Designer bagai, tetap cantik.Mak Iman memang kreatif dan berseni, paling suka pergi rumah dia yang dihias cantik.Dekorasi English Style memang buat aku sentap ... sebab aku paling suka hiasan macam ni :D


Yang ni hantaran iringan pulak.
Sweet jer colour nyer, dan simple jer.



Yang ni pulak ...
Kak Long dan kawan kawan seperjuangan
yang menjadi dayang-dayang iringan.
Pun tetap sweet jugak ... macam hantaran kat atas tu... hehehe
Credit to Susu untuk gambar ini juga ;)

Tuesday, May 25, 2010

MUSIM KENDURI DAH START DAH

AHAD, 23 MEI 2010




Hari ni, lepas ambik Kak Long di Perfection, terus menghala ke Klang sebab ada orang Tawin. Kak Long jadi budak baik hari ni, pergi Tuition pakai baju kurung, dah la sampai kelas lambat kan Kak Long ... hehehehehe, sorry ler sayang. Gara gara mak dia tidur balik lepas subuh, sedap lah pulak kan. Sebab hujung minggu jer dapat tidur lama sikit.


Gambar pengantin wajib di tempek sebagai bukti pergi rumah orang kawin :)

Yang kawin adalah sepupu pada ayah anak anak aku. Untuk pertama kali Tok Din buat kenduri kawin. Meriah giler, siap ada kambing panggang lagi. Dah la daging kambing ni feberet aku dan Hilman. Rasa nak pergi hambik berkali-kali, tapi malu lah pulak dengan pak cik yang panggang kambing tu. Sedap giler ... lembut jer daging dia, (Dia adalah merujuk kepada Kambing dan bukan Pak Cik yang tukang panggang yer)


Alia tengah control ayu ditengah tengah mak dia dan Cik Ita, Nurin tersengih kekenyangan

Masa kami sampai tu, dalam pukul 12.15 tengahari, elok jer sama time dengan Alia, Sarah, Ain , Uncle and Mak Alia. Apa lagi terus beratur cari makan. Hilman kelaparan sampai pening pening kata dia. Hehehehe... tak sabar nak makan lah tu. Cari pot baik punyer. Biasalah kalau kenduri kawin kat Kampung Jawa, meja makan akan penuh dengan berbagai bagai jenis kerepek dan kek, siap ada tapai lagi. Tu yang bila abis makan tu, kita orang ni melekat kat meja, sebab sedap jer mengunyah jajan-jajan yang ada kat atas meja tu. Tapi sebab sedar diri kan, dah tu ramai pulak tetamu lain yang mencarik carik meja kosong, maka tak reti reti .... pandai pandai lah bawak diri ... nyah dari meja yang marbelles dengan makanan itu.


Masa ni baca doa masa pengantin baru masuk umah, Iqa udah udah ler posing tu

Tapi tak leh la balik dulu kan, sebab balik umah nenek pun tak ada guna gak. Abis tu nenek dan segala kaum kerabat kita orang pun ada kat situ. Buruk jer perangai, lepas makan nak balik, dah la sedara rapat lak tu. Walaupun tak jadi penanggah, jadi penyibuk meramaikan dan memeriahkan kenduri tu adalah elemen yang cukup penting :). Apa lagi melepak ler dalam umah pengantin, sambil melakukan perkara wajib. Apalagi .... jengah bilik pengantin dan pelamin ler. Dah tu aktiviti kita orang melepak, berborak dan meninjau ninjau baju orang. Eh! baju dia cantik la.... Eh! apasal baju dia gitu.... Eh, cantik jugak kan pesen gitu .... hahahahahahaha .... orang tengok baju kita, ngumpat kita ... ada kita tahu ;)


Sarah macam tengah jadi ketua baca doa lak, Alia cerita apa tu? Sampai Hilman dan Aran ternganga nak dengar ... Woi! baca doa la ... berborak lak


Pengantin datang pukul 2.00 petang. Lepas siap ambik gambo, pengantin pun dah abis sanding .... balik umah nenek. Lepak sampai malam. Eh! lupa petang pergi Bukit Tinggi, sebab redeem Boucher KFC Hilman/Aran.


Bergambo dengan Mak Long dan Daniel yang tengah boring giler , sebab kena sakat dengan anak aku yang hyper


Balik makan ramai ramai kat umah nenek. Tak ada gambo lah pulak. Alia lah nih, banyak sangat ambik gambar sampai bateri abis..... hahahahahah... sori Alia, sajer nak sebut nama Alia banyak kali dalam Blog Auntie kali ni ;)




Monday, December 7, 2009

KENDURI KAWIN DI AWAL DISEMBER

Sabtu, 05 Disember 2009


Wedding kali ini adalah di Rawang. Bukan kawan aku yang kawin, tapi adik kawan. Kakak pengantin adalah kawan aku...Shema ... aku dah kenal about 10 tahun lalu, sejak dia zaman anak dara sampai le anak dia dah beso. Kami tak seopis, tapi kerja kami selalu bertaut yang menyebabkan kami agak ler rapat.




Budak lelaki yang manis dan yang ada bulu bulu kat songkok tu ler adik Shema. Waktu kami datang pun dah lewat, pengantin dan keluarga duk asyik ambik gambar. Tak jauh pun rumah Shema dari rumah aku, ikut jalan belakang melalui Kundang, jap jer dah sampai. Jalan pun tak sesak, nasib baik tak hujan walaupun cuaca redup jer dan nyaman.






Anak anak sedang menjamu selera ... saje jer datang pukul 3.oo petang. Nak bagi perut betul betul lapar, baru boleh makan banyak banyak . Muahahahaha ... keji sungguh mak dia.





Iqa sajer jer cover muka dia, sebab ada jerawat batu yang besar sudah hinggap betul betul atas hidung dia. Yang kelakar nye, jerawat dia dah dekat seminggu tak pecah pecah lagi. Kak Long biasa ler, pasti senyum sengget kalau pandang kamera...






Yang ni nasi minyak mak dia, punyer lah giler aku ni, sempat snap dulu sebelum makan. Anak anak aku dah geleng kepala, tengok kegilaan mak dia. Pantang buat apa jer nak ambik gambar. Boleh pulak aku cakap kat anak-anak masa dalam perjalanan kat kenduri tu. "Apasal mak rasa kenyang jer, macam mana nak makan kenduri nanti ni" ... tetiba Aran boleh menyampuk "Agak nyer ada ruang lagi tak kat perut mak?". Kak Long, Iqa dan Hilman dah start gelak. "Mak, kata dah kenyang, nanti mesti mak boleh makan banyak punyer" ....kata Kak Long. Memang betul pun, licin pinggan mak ... hahahahaha. Sapa lagi lah yang kenal mak nyer, kalau bukan anak anak dia jugak kan kan kan. Habis tu macam mana nak kurus. Mak pulak pantang ... pantang nampak makanan. Makin nak diet , makin banyak makan. Tolong ............. Iman pinjam trainer boleh? Susu sanggup ker? :)



Tuesday, May 29, 2007

KE MELAKA




Sabtu, 26 Mei 2007, pagi-pagi lagi dah bangun. Sebab hari ni nak ke Melaka. Ada anak sepupu kawin di Merlimau. But before enter Plus Highway dari Sg Besi ke Tol Jasin singgah makan kat Restoran Yusof Sg. Buloh dulu, buat bekal. Perjalanan lancar. Tapi Air-Cond dalam kereta yang tak lancar. Anak-anak dah seperti biasa, asyik le memekak jer. Sorang panas ler, sorang tanya lambat lagi ke mak, sorang nak air. Sampai Tol Jasin, Abah, Mak, Abang Long, Kak Long, Mak Su & Aisa dah tunggu. So, after that berkonvoi ler ke rumah orang kawin.

Sampai, parking betul-betul depan Balai Polis Merlimau. Cuaca, aduh panas banget. Nasib baik air yang dihidangkan sejuk, menyegarkan dan sedap sangat. Lauk dia pun best, siap ada ayam golek macam kat Kenny Rogers Roster tu. Lepas makan, lepak kat umah pengantin jap, borak-borak dengan Mak Long. Then jumpa Mak Ngah and family kat situ. Lepas pengantin datang, kita orang pun bertolak ke Bandar Melaka.

Singgah kat umah Angah. Dia punya baby, cute sangat, kulit bersih. Tapi cian Angah, anak dia asyik nak melalak jer. Jumpa dengan Baa kat umah Angah. Mengandung 4 Bulan dah Baa. Lepas cit cat cit cat....dan lepas tengah muka boring Kak Long dengan Iqa, petanda kena balik le tu. So bertolak dari rumah Angah lebih kurang pukul 4 petang. Seperti biasa kalau tak menyinggah kat kedai buat bekal tak sah, maka hubby ku yang baik hati dengan anak-anak dia pun singgah ler Seben Leben (ikut pelat Aran "Seven Eleven'). Then me sudah nampak satu McD Drive In kat sebelah Taman Buaya, tetiba teringat Vanilla Shake, tapi tak kan beli Vanilla Shake jer kan, anak-anak pun siap ler dengan order masing-masing.


Sampai umah pukul 6.30 petang, sempat lagi ler solat Asar. My kepala punya le pening, rasa nak kerat kepala sekejap. Hehehe....ada ker, sebab panas sangat kut. Itu ler dia, biasa duk dalam opis jer, ber'air- con'. Lepas mandi baru lega. Malam pulak My Abang Ngah datang. But mak dan abah pulak tak balik lagi dari Melaka. Sori ler, wa tak masak apa-apa, tak larat pun, nasib baik Kak Yan kata'dah makan tadi'. Phew....