Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

PAMERAN KERANDA DI MUZIUM NEGARA



Sebenarnyer aktiviti ni sama jer dengan hari pergi I-City hari tu, tapi sebab dah lama sangat tak ber'up-date', tapi nak gak menyiarkan gambar gambar tak semenggah ni ... maka sequence tentang waktu adalah tidak lagi di pakai waktu ini :) Lepas pergi I-City hari tu kan, anak anak aku adalah masih dalam keadaan meroyan sebab tak puas nak pergi jalan jalan. Memula tu nak pergi Zoo Negara, dan memula tu aku macam bersetuju. Tapi memandangkan masa tu dah pukul 2 petang, ish mana cukup masa nak jalan jalan jenguk binatang, nanti ada lak binatang yang merajuk sebab kami tak sempat nak ziarah ... ada ker. Teringat kat Muzium ada Pameran Keranda. Cadangan dipersetujui oleh semua ahli majlis, maka sampai la kami ke sini. Ahli ahli majlis ni kalau pasal mistik dan alam misteri ni memang cukup suka :)




Pameran ni pakai tiket nak masuk. Dewasa kena 2 hengget, budak kecik kena sehengget jer. Kamera kena 3 hengget. Lagi mahal tiket kamera dari tiket orang. Masuk jer kami di hidangkan dengan pemandangan rangka rangka yang terdampar kepasrahan ni. Ada muzik latar macam kat dalam cerita hantu dan bunyik bunyik cengkerik. Konon nyer untuk membangkitkan unsur seram la. Tapi memang tak rasa seram pun sebab ramai orang. Kalau tak ada orang mahu kami ahli majlis berlima ni akan berjalan dakap berdakapan, peluk berpelukan dan pegang berpegangan ... takut sebeno nyer.



Aku cakap kat Kak Long, gambar dia yang ni macam kat dalam Neraka sebab macam duk dalam api jer. . Tengok muka Kak Long, masih mampu tersenyum bak model muslimah dikelilingi rangka rangka yang bersepah tu. Kat bawah ni pulak adalah gambar keranda dan cara pengkembumian orang dulu kala dan mengikut adat dan tradisi masing masing.



Yang putih tu keranda rupa bentuk binatang. Cantik keranda ni, siap berukir dan berlukis lagi. Yang balang tu pun kira keranda jugak, orang yang dah mati dia masukkan jer kat dalam tu. Abis lah patah tulang temulang orang yang dah mati tu kan. Hilman tu tengah bajet macho jer tu, walhal kat rumah dia la orang yang paling penakut sekali :D




Yang ni pun keranda gak, orang yang dah mati tu dia bungkus dengan kulit ( tak tahu lah kulit apa yer murid murid .. samada kulit binatang atau kulit kayu balak) dan di letak kat dalam buluh yang macam 'BUBU' tangkap ikan ni. Lepas tu kan keranda ini akan disangkut kat pokok pokok yang tinggi untuk elak dari dimakan binatang buas dan tak buas. Lepas tu akan dibiarkan macam tu jer lah, sampai jadi rangka.




Yang Replika Kerbau ni pun Keranda jugak. Yang belah atas tu penutup dia. Boleh di angkat dan ditutup. Mungkin bagi mereka yang bersaiz besar. Tapi susah jugak kan nak buat keranda serupa ni. Mesti keranda ni pun ikut ranking hidup seseorang tu jugak kan. Kalau yang kaya, mesti siap berukir dan berkaler kaler lagi



Argghhhhhhh.... yang ni paling menyeramkan. Anak anak aku tak mau tengok gambar ni. Aku pun seram sebenarnyer tengok gambar ni, tapi nak letak jugak dalam Blog. Orang yang dah mati tu dia kebumi ... eh eh tak leh panggil kebumi ni, kelaut pun tak leh ni :D Kira mayat tu kan di main jemur jer atau display macam tu jer. Dah la muka tak tutup. Dan mayatnyer dibiarkan kering sebegitu jer. Nasib baik ler kita orang kuat semangat. Masa malam nak tidur tu kan, ada gak terbayang. Dalam hati berdoa, jangan ler aku dan anak anak mimpi yang bukan bukan.




Kami sempat singgah di satu lagi pameran bersebelahan, berkenaan ASEAN. Yang ni masuk free jer, so boleh ler anak anak belajar apa itu Asean dan negara negara yang termasuk dalam Asean. Aku tak tahu lah apasal Kak Long hari tu dia ter'Hyper' aktif. Ada jer posing yang dia buat. Dah lah tu, bila orang lain nak ambik gambar pun, ada jer tertempek muka dia nak enterframe sama. Kat sapa dia nak tabik pun aku tak tahu, buat masa ni itu ler pose feberet dia. Hahahahaha... tabik atuk nenek, anak cucu tumpang lalu :)



Kan aku kata minah ni 'hyper'. Dia siap suruh IQA lagi ... "Iqa, kau ambik gambar aku nak korek idung budak ni". Hish ... buat malu ahli majlis jer dia ni. Kebetulan masa dia ambik gambo ni ada mat salleh hensem betul betul kat belakang dia. Tergelak mat salleh tu tengok dia, tahu lak malu lepas tu. Hehehehehe ...




Muka ahli ahli majlis dah kepenatan. Senyum pun macam rela dalam paksa jer. Maka berakhirlah rombongan sambil belajar untuk kami pada hari tu. Teringat kat Hamsini, selalu nyer tempat tumpuan pelancung kalau kat tempat kita sendiri, hatta sebelah umah pun memang kita susah bebeno nak menyinggah. Walhal orang luar atau orang yang datang rombongan dari negeri lain, itu lah tempat dituju. Bagi kita lak yang lalu kat sebelah tempat tu hari hari, buat tak selera jer nak masuk. Dan kalau pergi luar negara/negeri orang, leh pulak cari muzium kat tempat orang tu ... Aku pun sama spesis jer serupa ni perangai ... hehehe ... Renung renungkan lah dan selamat melawat ;)

Sunday, January 31, 2010

SEHARI d'MELAKA

SABTU, 30 JANUARI 2010



Sheq, Miza, Myself, Zia dan Angah Firdaus


Entah bila ter'plan' dengan Zia nak ke Melaka melawat Mizadgreat dan Angah Firdaus aku pun tak ingat. Alhamdullilah, Allah permudahkan rancangan yang main-main ni. Ada 2-3 orang lagi kawan yang tinggal kat Melaka Bandaraya Bersejarah ni, tapi tak sempat lah kalau nak melawat semua. Lagi pun dah lama berjanji dengan kawan yang 2 orang ni. Nak melawat rumah baru yang tak berapa baru Miza dan Banglo baru Angah. Mulakan perjalanan pukul 9.30 pagi. Lebuhraya Plus tak berapa sesak sangat walaupun banyak kereta tapi perjalanan amat lancar. Dan selamat tiba di Tol Air Keroh pukul 11.15 pagi. Masa tu Zia dan Sham baru sampai. Amboi, sebenarnyer keta Zia overtake keta aku kat A'Famosa Resort, means aku awal dari dia sikit lah. Tapi disebabkan aku drive biar lambat asalkan selamat, maka aku lambat sikit sampai kat tempat pertemuan.



Aran sedang merempit


Dah janji dengan Angah berjumpa kat tempat orang main 'Go-Kart' kat Air Keroh sebelah Mc Donald. Angah la yang akan bawak kami ker rumah Miza di Taman Cheng Setia. Angah orang Melaka, jadi segala ceruk Melaka semua dia tahu. Opppsss lupa nak perkenalkan Angah, Zia, Yan (suami Zia) dan Miza adalah sahabat baik aku yang dah aku kenal sejak 23 tahun yang lalu. Sama sama tercampak ker ITM Dungun, Terengganu... hehehe. Angah dan Yan classmate aku. Zia dan Miza pulak 'housemate' aku. Nak dikata aku ibarat kembar siam tak melekat jer dengan Angah. Mana tak nyer, dia lah classmate, housemate dan roomates aku. Buka mata jer nampak Angah, nak tidur jer nampak Angah, pergi kelas dengan Angah, pergi makan dengan Angah, masuk library dengan Angah. Eh eh sori dah lari dari tajuk lak ;)



Adnan Sempit eh silap :) .... HILMAN SEMPIT


Hilman sebelum ke Melaka dah set dalam kepala dia nak main ka Go-Kart. Tiap kali datang memang akan singgah kat sini bagi memenuhi nafsu serakah budak ni .... Segala mainan kat sini semua dia nak naik. Aran tak cukup tinggi jer nak main keta 'Go-Kart' ni, kaki tak sampai. Kesian dia, monyok jer muka. Mak suruh naik yang lain pun tak mau. Pujuk pujuk lastly naik juga lah motor roda tiga yang kecik, macam ATV kecik lah lebih kurang. Dengan ditemani Fariz dan Syarah anak anak Zia, bukan main seronok lagi dia orang main. Angah sampai ngam ngam jer lepas bebudak ni abis main kat sini. Puas lah hati Hilman dapat apa yang dihajati, senyum sampai telinga :)



Aran di himpit Gadis Litar ... ceh ceh ceh

Kami berkonvoi 4 kereta ke rumah Miza di taman Cheng Setia. Miza orang Perak tercampak ke Melaka dan sekarang ni jadi Lecturer kat UiTM Melaka. Waktu sampai tu Miza tengah bertungkus lumus kat dapur. Kami pun turut tolong memeriahkan suasana dapur dia.



Miza dan Zia

Banyak sungguh dia masak, periuk beso beso. Sedap sedap lauk nyer ... sotong goreng kicap, kerabu taugeh dan kerang, ikan masak asam pedas, masak lemak pisang muda. Makan ramai-ramai seronok sangat. Dah lepas kemas dapur dan melepak kekenyangan, ingat nak bertolak ke rumah Angah. Tapi sebelum tu nak singgah rumah Mak Cik Sham di Bukit Rambai. Sebab nyer Sham nak hantar gambar jer. Tapi mak cik dia suruh masuk lah pulak, dia dah siap masak Mee Bandung lagi. Murah sungguh rezeki kami hari ni, rasa macam ziarah hari raya jer, asik lah makan jer ;)



Mak Tok ditemani Angah sedang bersantapan di rumah Miza


Tak lama pun lepas tu kami berangkat ke Rumah Angah di Krubong Perdana. Wah, comel nyer rumah Banglo dia, kawasan tanah luas sangat sampai boleh bina satu lagi banglo. Kawasan perumahan baru, tak ramai pun yang tinggal kat sini. Angah pun tak tinggal lagi kat sini, sekali sekala jer dia singgah. Macam rumah persinggahan lah, sebab dekat dengan Stesyen Minyak dia. Dapur pun tak ada lagi. Dia siap suruh pekerja dia belikan mee rebus dan bawak fresh oren lagi. Kat rumah dia boleh rebus air jer.... hehehehe. Eh, betul ker fakta aku ni Angah? :)




Rumah baru Angah

Lepas melepak, makan (lagi) dan solat Asar, aku kena bertolak balik. Dah pukul 6.oo petang waktu tu, kalau lambat nanti takut bergelap pulak kat Highway. Family Zia dan Sham bermalam di Melaka. Puaslah Zia. Miza dan Angah pujuk aku suruh tidur kat Melaka, tapi tak berjaya. Sebab esok pagi Kak Long ada tuition, lagi pun mak aku ikut sama dengan aku. Jadi tak prepare pun nak tinggal kat Melaka. Angah dan Miza siap suruh tidur rumah dia orang lagi. Sori lah geng, kita orang tak bawak extra baju. Lain kali yek.




Berhenti sekejap kat Hentian Air Keroh sebab mak aku nak beli belacan ... macam tak ada belacan kat tempat lain kan. Selamat sampai KL pukul 7.30 malam. Masa kat Hentian Air Keroh, kami sempat lagi call untuk order Satay, so bila sampai Kuang sedang elok jer satay siap. Lapar lagi? Aku tak lapar pun, anak anak aku yang lapar, lagi pun Abang Ngah datang rumah mak, so boleh makan ramai-ramai. Satu perjalanan yang menyeronokkan apatah lagi bila dapat berkumpul dengan sahabat lama. Semoga ukhwah ini berpanjangan.Amin.

p/s : nak tengok gambar yang berlambak lagi sila sila ler bawak diri ker Facebook ek ;)

Saturday, January 16, 2010

MENDAKI TANGGA TANGGA GUA BATU



Semalam aku tak update blog, penat sangat. Sebabnyer pepagi ada 'mission' kena drive sorang sorang ke Seremban. Dengan hanya berbekalkan 'Google Map' sampai jugak aku kat tempat yang dicari. Kerja kat luar memang best, yang tak best nyer bila balik, dah penat. Lagi penat bila tengok kerja yang menimbun mintak diselesaikan. Petang lepas opis baru sempat buka paper, entah bila aku terlelap kat 'Sofa Pink' pun aku tak sedar, bila bangun abis berkecai semua paper :) Dan hari ni pulak lepas hantar Kak Long, kami cari kedai ... biasalah Aran kalau seminggu tak makan roti canai tak sah. Tapi Hilman mana nak minat Indian Cuisine nih, tekak jawa ... tetap nak makan nasik. Dan emak sudah semesti nyer teh tarik ;)





Lepas makan biasalah, upacara pecah lemak. Kali ni destinasi kami adalah Batu Caves. Tempat yang selalu aku lalu tapi tak pernah singgah. Last sekali rasanye masa sekolah rendah. Masa kecik dulu aku duduk kat Taman Kok Lian, Batu 5 Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Ada jugak menyusur ikut jalan keretapi dengan abang abang ke Batu Caves, saja suka suka. Masa tu kiri kanan jalan ke Batu Caves tu adalah lombong. Sekarang kawasan lombong tu dah jadi kawasan perumahan seperti Taman Wahyu dan sekitarnya. Back to Tahun 70'an lah tu, aku kecik lagi. Wah! aku benar benar anak KL. Dibesarkan di Kuala Lumpur, masa tu tak adalah sesak macam sekarang. Tapi ganas tuh pergi Batu Caves jalan kaki jer, 'brutal' ikut abang abang aku. Nasib baik tak jadi 'Tomboy' :)



Ikutkan sejarah yang aku dapat kat internet, Batu Caves ni dah wujud sejak 400 juta tahun dahulu lagi (wow, lama kan). Dulunyer sebahagian dari gua gua ini dihuni oleh orang asli dari Suku Kaum Temuan. Memang lah, dulu kawasan ni hutan,kira jauh dari Bandar ler. 272 kaki tangga adalah jumlah yang perlu didaki untuk sampai ke atas Gua Batu ni. Gitu ler serba sedikit. Aku memang saja jer menempah kesusahan datang Batu Caves waktu waktu gini. Dua hari lepas baru jer berlangsung 'Pesta Ponggal', atau bermaksud 'masa menuai'. Ala yang nasi di masak dengan susu dalam belangga tanah tu. Dah ler pulak Thaipusam lagi 2 minggu jer, memang ler kawasan ni ada sesak padat sikit. Dengan ramai kaum india yang datang sembahyang, dengan orang putih yang datang melawat dan dengan orang biasa macam aku pun turut sibuk sama.




Memula tu tak adalah nak datang sangat, tapi mulut gatal sudah tersebut kat Hilman dan Aran. Hah ... apa lagi, dia orang tuntut ler. Tapi okaylah, semput lah jugak panjat tangga yang curam tu. Jumpa banyak monyet jugak. Seronok nyer monyet kat sini semua jinak jinak dan tak ganas. Memula tu ingat nak masuk Gua Kelam. Masa aku datang waktu sekolah rendah dulu kan, free jer nak masuk sini. Tapi sekarang dah kena bayar.... huk huk huk.. RM35 dewasa dan RM25 kanak kanak, mahal gilo's kau. Maka terbantut ler hasrat yang murni tu. Cian anak aku dua orang tu :(. Tapi nanti ada rezeki kita masuk yer. Sekadar memujuk hati yang luka ... hehehehe.




Dah memang sah sah pun orang nak sambut Thaipusam kan, maka banyak ler tempat dia orang tengah cantik cantik kan. Ada yang tengah cat, ada yang buat kerja kerja welding ... memang sibuk ler. Kami naik sampai ke atas. Tapi tak heran pun dengan segala patung yang ada, dan segala kuil yang banyak kat dalam tu. Sekadar nak tengok Gua ni dari dekat, dan nak tengok budaya kaum lain. Menarik sangat. Kalau dapat tengok waktu Thaipusam, masa dia orang angkat 'Kavadi' dengan mencederakan diri tu lagi best kut, tapi tak kuasa ler aku nak bersesak dekat situ.





Monyet kat sini memang mewah makan. Ada jer orang kaum India yang bagi pisang lah, buah oren lah ada jugak tu bagi keropok macam Twisties tu. Pisang dan oren tu dia orang bagi lepas dia orang bawak turun tangga, lepas dia sembahyang kat kuil tu. Dah sah sah ler pisang buat sembahyang tu. So monyet monyet semua, sekiranya ada yang tak cukup makan sila ler datang ker Batu Caves yer. Kejap jer kat sana. Pukul 11.20 dah kena tolak balik ambik Kak Long. Aku suka, tapi Hilman dan Aran tak berapa suka, sebab dia orang kata tak ada apa apa yang 'adventure' pun. Tahu lah tak dapat masuk Gua Kelam kan. Tak per, lain kali cukup budget kita masuk aaaaaaa... :)


Sebagai menutup bicara ... chewah! skema nyer ayat tak abis abis. Aku tempek gambar ni. Aku rasa sayu sangat. Tengok lah monyet tu dan cara dia peluk baby dia dengan penuh kasih sayang. Ibu... walaupun binatang ... tetap sayangkan anaknyer, tetap beri penuh perlindungan dan menjaga dengan sepenuh jiwa. Tapi kekadang heran dengan manusia yang sanggup buat anak dan buang merata-rata macam sampah dah tahapnyer. Dah boleh dikategorikan lebih rendah dari binatang dah darjat nyer.