Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

RAKYAT MALAYSIA MENJADI HAMBA SELAMA 30 TAHUN DI UK

Hari ni dikejutkan dengan berita di radio berkenaan seorang rakyat Malaysia antara 3 orang yang diselamatkan menjadi Hamba Abdi selama 30 Tahun di United Kingdom. Aku hanya dapat tangkap nama dia Siti Aishah jer. Dalam hati fikir, macam menarik jer cerita ini. Tapi pagi-pagi buta memang la tak sempat nak dapat info lebih-lebih. Nasib baik ada En. Google yang boleh memberi khabar berita yang hampir tepat.

Sangat mengejutkan bila seorang yang cerdik dan pandai boleh terjerumus kedalam keadaan yang sedemikian rupa. Jom baca kisah dia yang aku copy dari http://waazin.blogspot.com/2013/11/cerita-dari-keluarga-siti-aishah-yang.html , terima kasih En. Waazin.


Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist disana. Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahan (gambar) berkata beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Moa sejak 30 tahun lalu

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya. Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor the Daily Telegraph. "Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya. Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa" katanya kepada akhbar British itu.



Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK. Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Jurukur Bahan di London. Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.


Comrade Bala

Dia Terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan (gambar di atas) dan isterinya, Chanda yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaanya melebihi tiga dekad di London. The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang dari 3 wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.



Dipercayai Siti Aishah - gambar diambil pada tahun 1997


Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dalam kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britain pada ketika itu. "Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang, kerana kami berasal dari daerah yang sama iaitu Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada Siti Aishah adalah guru saya di sekolah menengah. Saya juga menetap di Brixton, London, dimana lokasi wanita itu ditemui" kata bekas aktivis mahasiswa itu. Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC) Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Jurukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan"

Chanda 67 tahun di kerusi roda


Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aracindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai 'Comrade Bala" dan isterinya Chanda dari Tanzania. "Comrade Bala" juga turut dikenali sebagai "Chairman Ara" dan berasal dari Singapura. Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970an tetapi tidak menyatakan sebabnya. Polis enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Januari  2014 tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.


Officers stand outside flats in Brixton where police are conducting house-to-house inquires (PA)
Pegawai polis sedang berkawal di rumah ketiga tiga wanita itu ditemui

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaa yang sangat trauma dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi dimana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan. Ketiga-tiga mangsa bebas daripada 'Perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati"

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.


Nota Kaki : Dah macam X Files yang bukan alien pulak aku rasa. Bila baca kisah di atas teringat Novel by Ramli Awang Murshid dengan jodol AKU BERCERITA .... pasal parti yang berhaluan kiri yang bertebaran di bumi Malaysia sejak zaman perang dunia kedua. Apakah mungkin di kalangan kita terdapat orang-orang sebegini. Memang suspen giler lah. Dan tak sabar menunggu kisah selanjutnya tentang kisah Aishah ini.

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 ...

Cantik kan nombor tu ... dengar kat radio pagi tadi, dikatakan ini adalah nombor terakhir dengan turutan sebegini di abad ini. Nombor dengan turutan cantik macam ini hanya akan ada pada tahun 2101 nanti. Yang pasti aku pun dah tak ada masa tu nanti. 89 tahun lagi gamaknyer. Kalau aku hidup lagi umur aku masa tu dah 132 tahun. Fuyooo!!!! Itu umur Unyang aku masa dia meninggal dunia pada tahun 1983. Masa tu umur aku 14 tahun. Orang dulu dulu hidup sangat lama. Mungkin cara hidup atau mungkin amalan hidup, tak dapat aku nak jawap. Tapi masa umur dia macam tu, ramai sangat budak budak universiti yang jumpa dia, bertanyakan pasal sejarah di tanah melayu. Dia masih ingat everything, dia tak nyanyuk lagi. Unyang aku orang Minang, yang datang merantau ke Tanah Melayu dari Kepulauan Sumatera. Masa dia datang dulu, dia duk singgah di Sungei Ujong, Negeri Sembilan. Dari Sungei Ujong berjalan kaki dan bermastautin di Kuang Selangor. Dan antara orang yang terawal menduduki dan membuka Kampung Kuang. Sebab tu kat Kuang ni ramai orang Minangkabau. Hebat kan orang dulu-dulu.Bahasa Minang sedap didengar. Aku faham cuma aku tak boleh nak sebut sama. Macam Bahasa Kelantan (Mak aku dan aku lahir di Kelantan) pun aku tak terikut dan pandai melenggokkan nya. 

Ishhhh !!! aku dah start merapu lagi. Jangan dibiarkan aku berbicara, entah hapa-hapa aku merepek nanti. Sebab aku kalau menulis boleh non stop dan tak tahu macammana nak stop.


Sori Yang ... aku cilok dari FB kau. 

Hari ini hari istimewa sebab hari ni adalah hari orang yang di sayangi. Sahabat paling rapat, dan dah ku anggap adik sendiri. Ayang Safiah ... SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE ... aku tahu dan kau tahu jumlah dia dah cukup kan ;) Dari bulan lepas kau menghitung hari yer Yang .... akhirnyer sampai jugak tarikh ini. Akak doakan semoga hidup Ayang sentiasa Di Rahmati, Di Lindungi dan Di Kasihi ALLAH dan keluarga Ayang yang tersayang. Ketahui lah dik, walau apa pun kau ... akak sayang sangat kat kau. Akak dah boleh terima buruk kau, akak dah boleh tahan temper dan angin kau sebagaimana kau boleh terima temper dan angin akak. Eh! akak ada tak sabar ker dengan kau. Hehehehehe. Yang terbaik akak harapkan untuk kehidupan Ayang di masa kini dan masa hadapan. Apa-apa pun yang berlaku akak sentiasa ada untuk Ayang. Akak tak akan lari dari hidup ayang ... sebagaimana Ayang sentiasa ada untuk akak di hari hari murung dan hari hari gelap akak. You always have my shoulder to cry on dear. Selamat Ulang Tahun Sayang.

Nota Kaki : Akak jelez dengan tarikh lahir kau yang cantik hari ni Ayang. 

Thursday, September 13, 2012

MY FIRST REPORT CARD

Hari ni hari ARKIB NEGARA aku ... tetiba teringat kat 'Personal File' yang abah buat untuk kami anak-anak nyer. Abah aku ni sangat-sangat 'organised'. Seawal kami anak-anak nyer lahir, dia akan siapkan satu file, yang kat dalam tu segala mak nenek semua ada. Dari resit spital (kalau beranak kat spital-aku tak ada sbb beranak kat rumah), surat beranak, salinan kad pengenalan, surat daftar masuk tadika, masuk darjah satu, report card tadika, report card sekolah rendah, surat tawaran masuk IPTA ... aku tabik kat abah. Siap semua rekod, lahir kat mana, sekolah darjah 1-6 kat mana, tingkatan 1-5 kat mana. Saya sayang Abah saya.

Bila dan tuo-tuo ni abah akan suruh anak-anak dia simpan sendiri dan sambung segala catatan dia dalam fail tu. Hehehehe ... aku tak se'organised' abah, tak ada nyer aku nak menyambung cerita pun. Tapi aku jaga fail tu dengan baik. So aku terjumpa balik fail ni masa geledah laci kat rumah, elok jer menelaah fail tu terjumpalah 'Kad Laporan' aku semasa umur 6 Tahun sewaktu Tahun 1975. Masa ni aku dan keluarga duk kat Jalan Khalsa, Batu 3 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Perumahan kami ni dekat dengan SMP Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Dan peristiwa tak leh lupa, kawasan ni jugak dekat dengan Kilang Kayu tempat 'Botak Chin' (Penjenayah fofular Tahun 70an) ditangkap. Aku dapat pendidikan awal kat Nirmala Kindergarden. Batu 3 1/4 Jalan Ipoh. Ni lah yang paling dekat dengan rumah kami. Jalan kaki jer susup susup rumah setinggan orang cina kat situ. Kalau abah rajin, pagi-pagi merasalah naik kereta ikut jalan jauh, sebelum Abah masuk kerja kat Kem Batu Kentomen Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Yer saya anak askar, dan bangga menjadi anak askar ... hehehehe tetiba iklan.


Yang aku ingat Tadika aku ni share bangunan dengan Gereja. Amat besarlah jugak Gereja tu. Kalau ada orang mati selalu dibawa ke Gereja, kami bebudak kenot masa tu selalu intai-intai tengok dari kelas kami. Dulu-dulu nak carik Tadika Islam ker, Takis ker sangat-sangat lah susah. Apalah lagik duk kat Bandar Kuala Lumpur ni. Banyak nyer Tadika Cina, Tadika Kristian. 





Ni nak nasihat ni, korang kalau ada anak-anak kecik nak masuk Tadika, tolonglah masukkan ke Tadika Islam sebolehnyer. Yang ajar doa, ajar ngaji, ajar solat, ajar bahasa arab. Bebudak kecik ni otak dia orang macam sponge box squarepants waktu ni lah dia orang akan serap seberapa banyak ilmu yang ada. Dan masa kecik ni lah elok diterapkan nilai-nilai islam. Aku tak malu mengatakan, anak-anak aku semua masuk Takis Pekan Kuang. Biarpun Takis ni tak cantik langsung, sebab menumpang Surau lama. Biarpun bayaran dia murah sesangat (tambang bas sekolah lagi mahal dari yuran). Aku ingat masa tu RM25 sebulan jer. Biarpun uniform dia tak glamer langsung. Biarpun kawasan dia macam kawasan rumah setinggan dan terletak kat belakang kedai mamak roti canai serta tidak bertar. Tapi aku sangat respek ustazah-ustazah yang mengajar bertahun-tahun lamanyer tu (dari zaman Kak Long sampai saman Aran). Sangat-sangat komited dan berdedikasi. Dia orang akan ajar betul-betul, sampai anak kita dapat tangkap, dan tak akan dibiarkan tak reti kenal huruf. Alhamdullilah anak-anak aku hujung-hujung 5 tahun dah boleh membaca dan mengaji. Dan sekali lagi aku tak malu nak mengatakan, aku banyak hafal doa pun dari anak-anak kecik aku ni. Dan sampai sekarang, tiap kali lalu berdekatan kawasan perkuburan, anak-anak aku akan kata."Mak kubur mak, mute radio" sebab kami satu kereta akan sedekahkan Al-Fatihah untuk ahli kubur. Alhamdullilah ... dan dari rekod, kebanyakan anak yang sekolah di Takis Pekan Kuang ni selalu dapat jadi Best Student kat sekolah rendah. 



Wallaweh!! punyalah panjang aku merapu, nak cerita pasal report card dah cerita pasal lain. Jom skodeng report card aku. Hehehehe ... dulu-dulu tak penting sangat markah-markah ni, banyaknyer komen dari teacher jer. Yang aku tahu, aku memang tak pandai berkawan masa dulu. Aku selalu jadi follower yang bodoh-bodoh gitu. Sampai sekarang pun kut aku tak pandai berkawan. Huhuhuhu ...  Dan aku tak banyak cakap. Terlalu pendiam, sangat-sangat pendiam. Tak macam sekarang. Hambik kau ... aku lah penglipurlara sekarang ni. Kalau sorang-sorang pun aku boleh bercakap sendiri. Kira aku tak lah teruk sangat masa kecik dulu. Positive jer ulasan teacher-teacher aku. Tapi tang Bahasa Inggeris aku cukuplah lemah. Memang aku tak pandai langsung. Sila lah skodeng ulasan kat atas tu. Dolu dolu kan, kat rumah cakap melayu (aku tak bercakap banyak pun, aku dengar jer). Kat radio mak pak aku selalu jer dengar lagu melayu (tak penah aku dengar stesen omputeh). Kat TV yang tak banyak channel tu pun jarang-jarang ada cerita omputeh. Jadi nyer ginilah aku.  Erkkk.... boleh pakaikan alasan kat atas ni. Hehehehehehe ... Alhamdullilah sekarang dah okay sikit. Okay sikit jer yer, aku memang tak pandai omputeh. 


Tapi nak kasik tahu lagik ni, aku bukan sahaja PENDIAM, tapi aku sangat-sangat PEMALU. Ha! sila lihat bukti kat atas nun. Tapi tipu punyer. Berbeza sungguh dengan sekarang ni ... aku lah orang yang tak tahu malu. Hahahahaha... sekarang ni aku main redah jer, lantak korang lah nak kata apa, asalkan aku bahagia dan selesa dengan hidup aku.