Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

MARI BER'KONSERT' MAHER ZAIN DI SINI

Tajuk jer gempak, aku tak pergi pun ... sob sob sob. Tak mampu nak beli tiket. Aku tak tahu pun sapa Maher Zain ni memulanya, tapi selalu ler dengar nama dia kat corong corong serombong radio. Carik punya carik kat YOUTUBE, SubhannALLAH ... sedap nya suara dan lagu dia, sehingga bisa menyebakkan dan meruntunkan jiwa aku mendengarkan lagu lagu dia. Tak dapat gi konsert ... layan YOUTUBE Maher Zain kat sini pun jadilah.




dan lagu kat bawah ni yang buat macam aku tak nak dengar lagu lain lagi ...



dan lagi lagu yang menginsafkan...



Masa tengah melayan lagu lagu Maher Zain kat YOUtube...
terjumpa pulak aku clip kat bawah ni,
dengarkan ceritanya membuatkan aku...
bersyukur sangat sangat dilahirkan sebagai muslim.
Alhamdullilah ... Syukur


Saturday, September 5, 2009

SILA JAGA ANAK ANDA


Apabila berada di kawasan orang awam, seperti di pasaraya, jalanraya, balairaya, lebuhraya, bandaraya terutamanya di masjid. Ni pasal pergi Terawih malam tadi lah ni. Tak salah kalau nak bawak anak-anak untuk mencintai masjid dan mendidik untuk bersolat. Tapi jagalah anak-anak itu supaya tidak mengganggu jemaah yang lain sehingga menjadi tidak selesa dan terganggu.


Semalam waktu Tazkirah, dikala tirai disingkap antara lelaki dan pompuan. Selamba jer sorang budak pompuan aged 2 tahun ni merayau-rayau dicelah celah jemaah lelaki, lagak bagai makan angin kat taman permainan tanpa ada rasa takut dan malu. Sampai dah buat Mimbar Masjid tu tempat main dan jadikan penceramah jemputan yang sedang bertazkirah itu atuk dia. Lepas tu boleh pulak main tali microphone dan duk kat bawah meja penceramah.

Gambar ini tiada kena mengena dengan kejadian, tapi lebih kurang la...

Sehingga membuatkan semua jemaah menjadi cuak dan dalam hati mesti berkata "ANAK SAPALAH NI". Semua jemaah lelaki duk pandang kat jemaah pompuan. Boleh lak mak budak ni buat tak reti jer sambil pandang anak dia, teruja kut tengok anak dia yang berani tu. Sehingga tok imam terpaksa angkat dan bawak budak ni sambil buat announcement "Tolong ambik anak sapa ni?". Datang ler terkedek kedek abang dia umur 5 tahun tarik tangan dia, budak ni dah meronta-ronta. Mak dia boleh jer tersenyum kambing tengok kejadian. Sabar jer lah... betul tak Amri, awak duk depan sure awak nampak kan?

Nenek ni pulak tak der kat masjid semalam. Tah bawak moreh gi masjid mana lah tu

Tak abis takat tu jer dek non oi ...waktu solat terawih bermula. Start lah anak-anak dia yang 5 orang aged dalam linkungan 9 - 2 tahun buat bising sangat. Bergaduh lah, menjerit lah, menangislah, gedegang bunyi pintu, tuk tuk tuk bunyi dinding. Mak dia still buat tak reti jer, tinggi sungguh tahap kesabaran mak dia ni. Makcik makcik otai kat situ semua dah bising bising sambil memandang sinis mak dia. Memang tak selesa langsung. Hilang konsentrasi. Suara anak anak kecik tu lagi kuat dari suara tok imam tengah baca surah.


Apasal post aku kali ni macam buat police report jer ek. Hehehehe...

Thursday, September 3, 2009

USTAZ ZAMRI TV9 @ MASJID KUANG


Semalam pergi Terawih, sorang-sorang. Sesampai jer orang dah Azan Isyak, terus solat Isyak. Seperti biasa lepas Isyak mesti ada Tazkirah. Dan Ustaz jemputan semalam adalah Ustaz Zamri yang selalu ajar bebudak ngaji kat TV9 tu. Best jugak tazkirah dia yang penuh unsur unsur humor. Dan dia jugak telah meng'imam'kan solat terawih malam tadi. Disebabkan ceramah nyer yang panjang lebar dan memakan masa hampir 3/4 jam. So solat terawih malam tadi, surahnyer adalah pendek-pendek jer. Pukul 10.15 jer dah siap complete dengan witir. Sedap sungguh suara ustaz sewaktu membacakan surah-surah masa solat tu. Hingga terkesima aku mendengarnya (chewah ....ayat skema sungguh). Lemak, merdu, berirama pendek kata lengkap lah, macam tak puas lak aku mendengarkannya. Entah bila dia datang lagi masjid ni.


Ada yang kena ustaz best tu, best ler, tapi kalau time ustaz yang agak mem'bosan'kan tu pulak kan, aku akan menutup mata (konsentrasi ler kunun mendengar) tapi kendian tersengguk sengguk tatkala duduk. Belum lagi fikiran dah ke bulan, ke bintang, ke laut, ke sungai, ke longkang lah ... sambil menerawang cekarawala dan berfikir, nak masak apalah nanti masa sahur untuk anak-anak. Hehehe... orang sebelah pun perasan kut. Kalau ada Kak Long dengan Iqa lagi lah pulak, dia orang boleh selamba jer buat Tazkirah sendiri. Entah apa ler diborakkan, bersungguh sungguh jer bercerita.



Pendek jer acik update hari ni, sebab tidak lah berapa sihat. Tapi tak lah teruk sangat. Badan jer rasa seram sejuk. Air cond pun tak bukak hari ni... jimat ler letrik ;)