Showing posts with label aktiviti diri. Show all posts
Showing posts with label aktiviti diri. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

SEPETANG DI NSTP

Tetiba hari ni masa nak balik semua orang tegur ...."Wooo, break record hari ni? Balik tepat 5.15 petang". Selalu nyer aku tak balik 'on the dot', jadi semua orang pelik apasal aku balik cepat hari ni.



Hari ni aku ada appointment kat NSTP pukul 6.30 petang, jadi nyer kenalah keluar awal sikit. Bukan apa takut, terperangkap dalam jem. Nanti lewat pulak. Aku tak keseorangan di petang yang indah ini, dengan ditemani Mak Cik Sepiah dengan Pak Cik Hans yang pergi sama. Aku berkonvoi ke DBKL dengan Mak Cik Sepiah sebab nak ambik Pak Cik Hans. Aku tinggalkan kereta depan DBKL. Then Mak Cik Sepiah suruh aku drive 'Jazzy' dia sebab minah ni tak tahu jalan. Jadi ler aku drebar pada 2 orang manusia bertuah nih. Bertuah tau aku jadi drebar korang. Nasib baik jalan tak jem kami sampai awal 15 minit.




Masa kami sampai tu, kami ler group yang pertama. Teruja tu ... sebab tak pernah lalui kan. Mak Cik Sepiah siap beli Berita Harian Sabtu & Berita Minggu lagi sebab nak study, walhal selama ni tak pernah beli pun ... wakakaka ... tapi berbaloi lah 'ayang' kau beli, at least banyak yang kau tahu. Respek lah akak kat kau, akak rasa kau sorang jer yang siap buat nota masuk bilik discussion tu ... Patut ler kau selalu dapat 'Dean List' masa study dulu kan, kalau gini gaya nyer. Preparation kau memang Tip Top :). Macam nak pergi site meeting tu.



Align Left


Ni sorang lagi kawan kita orang. Punyer lah 'confident' yo yo ooo jer. Tapi syok ler jugak dapat keluar dengan korang berdua hari ni, walaupun hanya pergi Discussion kat NSTP jer. Sebelum sampai tu, kami tiga orang dah siap janji nak duk sebelah sebelah, iyer lah kalau tak dapat jawab atau tak ada idea 'at least' ada geng leh tolong cover cover kan. Tapi kita orang terpecah. Orang lelaki tempat lain, pompuan tempat lain. Cian ler En. Hans tercampak bilik sebelah, at least kami berdua.


Align Left


See ... tak ada orang pun. About 10 minutes lepas tu baru penuh. Group pembaca ada 9 orang dengan range umur lebih kurang sama 35 - 43 tahun. Seorang Moderator dan seorang pencatat nota dari Berita Harian. Best! tak sangka sangat sangat menarik ... tak ada rasa segan dan malu pun kami berdiskus dan mengeluarkan pendapat keatas Berita Harian Sabtu dan Berita Minggu. Sementelah aku memang muka tak tahu malu pun. Siap boleh loyar buruk lagi masa diskusi tu... punyer lah seronok sampai tak sedar masa berlalu.




Kami stop dalam pukul 7.30 malam untuk Solat Maghrib dan makan-makan. Then sambung balik pukul 8.00 malam until 9.15 malam. Puashati lah ... kami di layan dengan baik sekali. Aku aku boleh bagi nombor phone lagi kat dia orang, tanya kalau ada dia orang bukak untuk student. Kak Long siang siang lagi dah peringat suruh aku tolong tanya, dia pun berminat jugak. Kak Long kan jenis suka berdebat dan keluarkan idea... sesuai benar lah tu. Tapi kan yang paling best kan ... sebab kita orang dapat TOKEN... hehehehe ... lumayan jugak lah token tu dikira untuk lebih kurang 3 jam berdiskusi. Tu yang nak datang lagi tuh .... hahahaha

p/s : Ix ... ingat nak cari awak tadi, tapi saya rasa awak mesti dah balik kan :(