Showing posts with label beg sekolah. Show all posts
Showing posts with label beg sekolah. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

MISSION ACCOMPLISHED

Tak der ler 'accomplished' sangat pun, tajuk aku propa jer lebih lebih. Misi ini tak ler membuatkan aku keletihan macam anak zirafah ni. Allah memudahkan pencarian aku seperti menjentik dihujung jari je hari ni. Alhamdulllilah, syukur....



Aku ada kerja kat KPDNHEP (maksud nyer Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yer anak anak ... short form yang panjang giler) di Tingkat 26, The Mall. Memula tu Naik 'Lif Barang' yang paling dekat dengan parking, tapi lif ni tak leh ke Tingkat 26 pulak. So aku tekan tingkat 1 nak cari lif lain. Cari lif, jumpa tapi tak boleh masuk kat situ pulak. Cari 'eccalator' kat Parkson, tetiba nampak "ADIDAS" (korang kena percaya nih, memang tiba-tiba)... dan tiba tiba jer kaki aku sampai kat situ dengan disedari. Haaa!!!! ... ada pun yang dicari. Aku belasah jer beli. Itu pun tinggal satu jer yang terdisplay. Rembat ler cepat cepat, demi nak merealisasikan impian anak yang tercinta.



Suka giler mamat sorang nih. Nasib baik taste kau sama dengan mak kan. Kalau tidak mahu muncung lagi dibuatnyer. Biru kan favourite colour kita, sebab tu ler kau suka Chelsea kan Man. Sebab keterujaan yang melonjak tinggi, Hilman dengan rela hati sanggup ber'posing' dengan beg baru dia. Bila aku tanya, "Kenapa kau tak tanggal 'Tag' beg ni Man?" ... dengan riak nyer dia berkata, "Nanti orang kata tak original, ada 'Tag' ni baru orang percaya" ... aduhai, buruk nyer perangai kau Man.



Nasib baik kau comel (kat mata aku ler). Mak harap sangat ler beg kau ni dapat bertahan bertahun tahun yer Man, kalau boleh membawa ker sekolah menengah... hehehehe . Agak-agak lar kan, kalau mak potong 'Tag' beg ni adakah muncung kau akan panjang semula Man, sehingga boleh di ikat dengan getah ... hmmmmm