SABTU, 04 Disember 2010
Masih di hari Sabtu ... lepas balik dari kenduri Endi di Pantai Dalam, terus hantar Hilman ke Perfection. Dia start tuition pukul 4.00 petang. Nasib baik sempat, aku hantar dia sampai kelas lagi. Maklum ler hari pertama, tinggal lagi tak ada adegan airmata kasih jer lagi. Sajer jer aku menyibuk nak hantar sampai kelas, nak tengok kelas dia macammana, classmate macam mana. Tapi Hilman ni jenis mesra alam, warisan Tok Abah yang peramah memang melekat kat budak sorang ni. Jadi aku tak risau nak tinggalkan dia :). Lepas hantar dia ... kami balik Kuang semula. Sepatutnyer aku kena attend kenduri kawin di Nusa Rhu. Faie kawan se'ITM' dan se'CBN' kawin kan anak dia. Tak dapat nak pergi, sodih gak. Cepat nyer Faei dapat menantu. Itu untungnyer kawin awal, anak sulung lak pompuan ;D cantik lak tu, cepat jer kena sambar.

Kami keluar semula pukul 5.45 petang nak jemput Hilman. Tapi sempat lagi sebelum tu singgah Batu 17 ambik Nazri dan BRP ambik Fatin. Dah plan nak ke Parkcity ... kat sana ada garden dan playground yang best. Lepas ambik Hilman kami terus ke Parkcity. Memang best kawasan ni. Walaupun shopping centre di ciput dan kecik jer. Tapi ada banyak kedai best-best standard kedai kat OU gitu. Kita orang tak gi Soping pun, memang nak hala ke Park yang ada kat situ jer.




Mainan kat sini memang lain dari mainan di Park yang lain ... kat sini ada khidmat sewa basikal lagi kat kedai Pak Cik Joo Ngan Soon. Untuk makluman En. Joo Ngan Soon ni adalah bekas pelumba basikal negara yer anak-anak. Pernah mewakili Malaysia satu ketika dulu. Hilman sangat teruja memula tu untuk sewa basikal. Tapi sangat dukacita, sebab masa nak gi sewa tu dah pukul 6.40 ptg. Kami nak balik paling awal pun pukul 7.30ptg sebab nak kejar balik solat Maghrib. Lenkali le Man. Mak pun teringin gak nak naik basikal tu ... hehehehe

Yang paling best kat sini adalah buai Giant ni. Tapi tak ada can lah pulak nak menyelit. Kesian kat Aran dan Hilman aku. Kita orang tunggu kat situ hampir satu jam ... last kali masa dah gelap dan nak balik baru ler lega sikit boleh naik ... hehehe. Tak jadi ler kempunan Aran, boleh tido lena lepas ni :)





Sementara tunggu nak naik buai, anak-anak jalan keliling tasik dulu. Pemandangan sangatlah indah. Parkcity letaknyer atas bukit, jadi angin sangatlah banyak. Sejuk dan damai jer mata memandang. Kalaulah aku banyak duit, memang aku sambar barang sebijik rumah kat sini. Tapi bila dengar harga rumah kat sini paling murah pun harga RM1 Juta ... memang dalam mimpi jer lah ... hehehehe


Kami bertolak balik lebih kurang pukul 7.40 petang. Pemandangan memang cantik. Bawah sikit standard I-City ... banyak gak lampu kat sini, tapi tak ler setanding I-City. Seronok ... sesekali jadi anak-anak memang seronok. Lupa yang aku ni dah tua ... hehehehe


