Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Monday, December 24, 2012

FARHAN - 1st TENNIS TOURNAMENT

JUMAAT, 21 Disember 2012





Kononnyer kiamat di hari ni dari ramalan kaum Maya ... memang lah salah. Macam lah kaum Maya tu Allah. Cukup lah Allah bagiku. Tak payah lah nak percaya sangat agenda lain yang nak memporak perandakan hidup. Eh! Sori ter ' membebel' lah pulak.

Nak cerita pasal Aran sebenonye. Dalam ramai-ramai anak aku (ramai sangat ker) ... Aran jer lah yang sangat suka bersukan. Paling dia suka main bola dengan tenis. Kak Long dan Iqa ... haram nak bersukan, takut kulit gelap kata nyer. Hilman pulak duk bersukan depan Laptop jer lah. Hahahaha ... Aran dah lah kulit ala-ala sawo matang gitu (kata hitam sat lagi mengalir air mata dia) ... duk asyik bersukan, makin rentung jadinyer.Sampaikan mak tok, nenek dan sedara mara selalu tegur,"Apasal Paan gelap sangat sekarang ni?" ... cian anak mak. Tak per beso sikit lagi kita cari krim pencerah muka yer sayang. Hehehehehe.  Tapi aku pujuk balik, aku kata, "Aran, orang pompuan ni dia suka lelaki Tall, Dark & Handsome, Aran dah ada dah ciri itu, cuma kecik lagi jer". Hahahahha ..... matilah aku, kecik kecik lagi aku dah ajar dia jadik Romeo. Macam mana tu ?


     LTAM Tennis 10s National Championship 2012 - 2nd Leg, Draw & Order Of Play, (Sunday, 23 December 2012)
Please find attachment of the Draw & Order of Play  for the above tournament.
AttachmentSize
LTAM TENNIS 10S.xls591.5 KB



Dia terjebak dengan tenis ni pun tak sampai setahun. Terima kasih pada Coach Mokhzani yang sudi mengajar dengan penuh dedikasi. Boleh katakan hari hari sejak cuti sekolah ni. Ini pulak pertama kali Aran join Tournament.  Join pulak Tournament taraf-taraf Kebangsaan macam ni, memang jadi lauk lah kan. Huhuhuhu ... tapi mak tak kisah.Yang penting dan mahal tu pengalaman, bukan kalah atau menang. Aku sampai sanggup ambik cuti (padahal kerja punya berlambak) sebab nak support Aran. Semua kakak dan abang ikut sama. Sanggup kita orang tunggu dia, sebab tak mahu dia rasa takut dan keseorangan. Maklumlah pertama kali. Jom jenguk Aran main.





Korang tahu ... dia sorang jer pakai seluar panjang. Orang lain semua pakai three-quarter. Dengan baju semua branded dan siap aksesori semua. Coach Mokhzani kata, " Appearance tu penting. Farhan pakai seluar panjang, dia dah kasi tanda yang dia pemain baru, jadi orang tak akan takut dengan dia" ... ooo gitu ker. Okay okay, lepas ni mak kasik gromming anak mak ni supaya tak macam rupa pemain Estate lagik ... hehehe.



Tengah pandang keluarga mintak semangat, walau dah kalah ... huhuhuhu


Inilah budak yang lawan Aran. Nama dia Mitsuki Leong. Kacukan Cina dan Jepun. Memang pandai budak ni main. Mesti dah lama main tennis Coach kata, "Main tenis ni kena pandai berbahasa Inggeris, sebab pemain dia tak ramai melayu dan bahasa dalam gelanggang adalah Bahasa Inggeris. Selain itu mainan ini mengajar pemain membina keyakinan diri serta berani, sebab kalau dalam tournament masa baru stage pertama ni tak ada Umpire, jadi kena kira markah sendiri. Kalau ikut jer nanti senang kena tipu" 


Lama jugak main tenis ni ... tukar set jer pergi minum
Budak Mitsuki ni bapak dia kasik bekal roti, boleh selamba jer dia makan dalam gelanggang
Aran kata budak tu dapat power main sebab makan roti bapak dia kasik... hahahaha
Nanti mak belikan roti 1 buku besar kasik Aran makan dalam gelenggang yer :)


Ini pulak kakak dia, sambil-sambil tunggu turn adik dia main.



Ini kakak sorang lagik bersama aksesori favourite dia
Orang pakai Bracelet lawa-lawa, boleh jer dia pakai getah 'glow in the dark'
Sungguh tak stylista tapi oppppssssss hahahahah

Nota Kaki : Insya ALLAH mak janji, mak akan sokong Aran sampai berjaya. 
Tak per Hero selalu kalah dulu ;)



Tuesday, October 25, 2011

TIKET BOLA MAHAL GILER

Tu lah isu yang rasa macam tak masuk akal. Harga tiket bola nak tengok match kat Malaysia ni sekarang dah RM50 hengget. Diulangi RM50 hengget. Macam tak percaya. Aku memang dah lama tak tengok bola LIVE walaupun memang suker kalau dapat tengok kat Stadium. Banyak beza tengok kat talibesen dengan tengok LIVE. Spirit masa tengok live tu memang membuak-buak. Rasa macam boleh meremang lah segala bulu bulu kat badan. Hehehehe.

Hari tu memang lah aku ada ura-ura nak bawak anak-anak pi tengok kat Stadium lupa lah pulak Selangor lawan apa kan.... (aku peminat tegar pasukan Selangor, maklumlah dibesarkan di Selangor, rumah kat Selangor, Abah orang Selangor, anak anak lahir kat Selangor), tapi bila dapat tahu harga tiket masa tu RM30 hengget, terus kensel hasrat murni tuh. Ini tup-tup dah naik pulak dah sampai RM50 hengget sorang. Lagi lah pulak ... tak mampu aku. Tapi aku percaya Stadium pasti penuh punya. Manusia dengan bola mana boleh dipisahkan. Makan bola, Minum bola, tidur bola. Belum lagi Piala Dunia datang nih, kalau dah datang, totally rutin hidup manusia pasti berubah.

Teringat masa aku tengah giler tengok bola kat Stadium. Masa tu tiket RM10 hengget jer. Dengan sarat-sarat peknen 7 Bulan tu pun aku leh terjah Stadium Shah Alam. Bukan tu jer, masa Iqa umur 5-6 Bulan pun aku bawak masuk stadium. Bila Selangor gol jer, abah dia siap siap julang julang Kak Long ... Hehehehehe. Iqa pulak dalam bising bising tu selamba jer dia boleh tidur. Nasib baik lah anak-anak aku tak ada masalah nak tidur. Letak jer lah kat mana, sure senang jer nak tido. Aku lak yang risau, siap tutup telinga dia dengan bantal.

Tapi kan best jugak kan kalau ada orang nak kasik aku tiket free ... Eh! aku lupa, Selangor tak masuk final. Huwa huwa huwa ....



2 orang budak ni peminat bola sepak tegar ...
tapi selalu jer tidur depan TV walau pun match tak abih lagi
Ikut perangai sapa lah tu ... hehehehe


Sejuk ati mak kalau korang selalu macam ni ... depan mak jer nih
Belakang mak ... hmmm
Yang kanan tak padan kecik kuat menyakat
Yang kiri tak padan beso kuat beno membuli

Friday, November 26, 2010

BOLA ITU BULAT ... KE LEPER ???

Semalam cerita aktiviti budak pompuan, hari ni aktiviti budak lelaki lak semasa cuti sekolah. Antaranya adalah bermain bola. Memang ler semua orang lelaki suka permainan ni kan. Tapi suka dalam erti kata turun padang betul betul main punyer atau tergolek di kaki TV sebab kaki bangku... gagagaga. Macam anak aku lah, ada team kesukaan masing-masing. Yang tak tahan tu, eksen tak moh team kat Malaysia ni, nak pergi kat EPL jer. Hilman dengan Chealsea dia, Aran lak dengan Manchester United lah pulak. Every day, pukul lima mesti turun padang, depan rumah. Padang pun sekangkang kera jer, suku dari padang futsal pun tak sampai ... hikhikhik ... jadilah buat boleh lari-lari, kejar bola, rebut bola, tendang bola, keluarkan peluh dan memenuhkan seluar dengan kemuncup (kes rumput lambat potong) :D Moh ler kita saksikan aksi-aksi tak hengat budak-budak ni ...


Aran tengah mengelecek ...


Aksi merebut-rebut bola ... aduh tersepit Aran ...
Weih! mana aci main tolak-tolak

Cuba korang teka kat mana bola itu .... hehehehe
Konon macam peraduan teka bola kat paper tu lah ;D
Ada hadiah nih tau
Hadiah dia nanti macam gambar kat bawah sekali tu ...


Chewah! macam 'PRO' jer lah pulak mak tengok ... hikhikhik


Kira taksub jugaklah anak-anak aku ni dengan permainan bola sepak. Siap nak beli kasut bola tu. Tak kuasa aku nak ngikut kepala dia orang memula, bukan nak jadi school player pun, state player lagi lah giler nak terpilih, estate player pun orang tak nak pilih. Takat main depan rumah jer, wakil rumah sendiri. Tapi seperti biasa, hari-hari duk berzikir kat telinga sampai aku tak larat nak dengar.

Belikan lah jugak. Memula tu nak beli yang mahal jer, takat cikai-cikai ni tak nak, mahu yang ala-ala player World Cup tu pakai. Demand giler anak aku, sampai aku cakap ambik yang ni jer... "Take it or Leave it", baru ler nak beli yang murah. Susahnyer anak zaman sekarang ni. Kalau dulu aku rasa, abah dengan mak beli apa pun aku sarungkan ajer walaupun tak suka ... tapi pilihan bukan kat tangan kita kan. Memula beli tu, untuk pertama kali Aran baru nak belajar ikat tali kasut sebab selama ni pergi sekolah pakai kasut strip jer. Tu ha gambo kat atas ni ... berjela tali kasut dia, kes tak pandai nak ikat lagi.

Pssstttt .... nak cerita nih. Tengok ler kasut dia orang berdua ni. Memula waktu beli tu bersemangat giler nak pakai. Sekarang ni kasut-kasut ni terdampar sepi kepasrahan kat atas longgokan 'sulatkhabar lama' ni. Bila aku tanya kenapa tak pakai kasut bola bila nak main? Hilman reason baik punyer dia kasi, "Ketat sangat" ... Aran punyer reason pun setaraf dengan abang, "Tak pandai nak ikat tali kasut". Memang ler hangat-hangat taik ayam korang nih, nasib baik tak beli kasut yang mahal.

Sapa betul jawab jawapan teka bola tadi ??? Ni ler hadiah nyer, nah ambik sorang satu ... hahahahaha ... Entah berapa banyak bola dah dibeli untuk budak berdua ni. Lawa dan bulat nyer tak sampai seminggu lepas tu gini ler jadi nyer bola-bola tu, LUNYAI DAN LEPER. Tapi korang jangan tak tahu, yang leper dan lunyai ni ler yang depa duk bantai main hari-hari... asalkan ada benda yang boleh disepak. Jadilah kan dari tak ada. Akhir kata dari aku, "Majulah Sukan untuk Negara", nak jugak sebut slogan nih ;D

Wednesday, July 7, 2010

JERMAN SILA MENANG PAGI ESOK



Wah! tiba tiba nak cakap pasal Piala Dunia pulak lagi. Walaupun sebelum ni aku kata yang tak tahu nak pilih Team mana kan. Ni sebab hari tu ler, masa tengok match antara Jerman lawan dengan Argentina, dan Jerman berjaya membelasah Argentina sehingga 4 - 0. Aku suka aaa tengok game Jerman yang laju dan penuh semangat sehingga ke wisel penamat. Sungguh berstamina dia orang ni, iyer pun semua muda muda lagi kan. Team ni memang bagus walaupun tiada Kapten dia orang Micheal Ballack yang direhatkan sebab cedera.


Germany v Spain: the Mannschaft's oracle octopus has predicted the end of the road in their World Cup 2010 campaign
'Paul the Octopus' meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Jerman pagi nanti ...

Tak percaya dengan Sotong Kurita yang bernama 'PAUL' ni, bila dia ramalkan Jerman akan kalah pada Sepanyol pagi esok. Alahai! sotong tu pun nak jadi Pak Belalang ... famous seantero dunia tu kisah 'Paul The Octopus' ni. Aku rasa orang Jerman elok buat lauk jer Sotong ni, masak sambal pun sodap. Macam tak sangka jer bila orang puteh pun percaya lah sangat dengan benda benda ni.

Lukas Podolski, Miroslav Klose dan Stefan Kiessling ...
penyerang Jerman yang ganteng ganteng :)

Malam ni, kena tidur awal ... ditempat yang tidak lena. Supaya pagi esok boleh bangun tengok match. Ngeh ngeh ngeh ... kalau tiap malam macam ni untuk Solat Tahajud kan bagus. Dush dush dush ... tumbuk diri sendiri. Kebetulan esok aku cuti sebab nak hambik buku laporan Aran dan Hilman, boleh ler ganti tidur nanti. Sooooooo ... Jerman tolonglah menang pagi esok. Supaya nanti boleh lawan Belanda masa final. Seronok nih, sebab Kak Long sokong Belanda. Baru ada fight nak tengok match nanti dan sure bingit la rumah aku. Hehehehe ...

p/s : pagi tadi bangun temankan kak long tengok match between Belanda dan Uruguay.Mak Cik tu jerit macam hapa di pagi buta bila Belanda menang.