Wednesday, March 3, 2010

CERITA HARI MINGGU



AHAD, 28 FEBRUARI 2010

Agenda biasa di pagi minggu kali ini adalah satu keluarga penuh keta menghantar Kak Long pergi tuition macam nak hantar orang pergi Mekah jer. Kali ni Iqa yang tak nak ikut pun aku paksa ikut, sebab tahu kalau dia tinggal ... memang duk depan Laptop dia jer lah sampai petang (ini lah satu satu nyer benda yang membuatkan Iqa tak tertido). Selepas meng'drop' kan Kak Long kat Perfection... apalagik, jom carik sarapan. Dah lah konpius pulak nak memenuhi kehendak 3 orang budak ni. Ada yang nak makan nasi lemak lah, roti canai lah, maggi goreng lah. Lastly beli nasi lemak bungkus untuk Hilman, then pergi kedai mamak cari Maggi goreng dengan roti canai. Ingat lepas tu nak 'morning walk' kat Tasik Menjalara.. tapi cuaca amat lah panas nyer. Kita orang pergi kejap jer, dapat lah pusing satu tasik ... lepas tu ...'Callo Bette' ... jom pergi opis mak sejuk kan diri bawah air-cond sambil mak siapkan kerja opis jap, dan sementara nak tunggu ambik kak long. Nasib opis mak kat area tu jer

.
Sempat ambik gambo ni jer, lupa nak ambik gambo Cik Prosperity, sebab tak sabar nak makan

Lepas ambik Kak Long .. langkah dipanjangkan ke Selayang Mall. Macam ler jauh sangat ... terus menuju ke Mc Donalds ... Kak Long dah bising kelaparan. Sebagai meraikan Musim Prosperity Burger yang bakal tamat, so hari ni kita orang pakat ramai ramai makan Prosperity Burger untuk kali terakhir bagi tahun ni. Lambat lagi nak jumpa musim Prosperity balik nih.


Kak Long jadi Paparazi ambik gambar budak ni, dia kata budak ni comei sangat, macam MIN JI dalam cerita Korea 'Boys over Flower'


Lepas tu tak tahu nak pergi mana, bebudak lelaki sibuk merengek nak main games kat tingkat atas. Sementara tunggu dia orang main game, aku 'ter'masuk kat tempat orang main bowling. Ingat nak tengok jer, eh eh tetiba rasa seronok lak tengok orang main. Hilman, biasa lah ... pantang tengok apa jer semua nak main. Okay lah, kasi budak gumuk ni main dulu. Fee RM5.50 + Sewa Kasut Rm2.00 + Plus beli stokin RM2.00. Dah tu mamat ni tak puas main satu game, nak sambung lagi. Not bad lah tempat dia...bersih, cantik, tak ramai orang, kasut pun macam baru jer tak hapak.


Macam terror tu, walhal ini masuk kali ke 3 jer main


Gaya mesti lebih, tapi banyak kelongkang bola boling tu sebenor nyer :)


Happy giler sebab berjaya menjatuhkan 9 Pin dari 10 Pin

Lepas tu Kak Long lak rasa geram jer tengok Bola Boling Kaler Pink, dia pun nak main jugak. Lastly Iqa yang memula malu nak main pun ... eh eh nak main jugak. Ending with 6 games jer, dari memula tengok orang main dan malu nak main. Lepas tu ketagih lak, tak nak stop. Walalah ... kena stop lah dulu, balik solat zuhur weih. Sampai umah pun dah pukul 3.30 petang. Dari tak tahu nak pergi mana tu ... entah hapa hapa aktiviti kita orang buat hari ni. Tapi Best!!!!


Tengah bermesra dengan bola Pink sebelum di baling bola tu ke lantai


Relax jer Kak Long baling, tapi yang herannye banyak lah Pin Jatuh tu




Iqa macam nak terseret sama dengan bola tu


Terus hilang malu budak 2 orang nih

Yang paling sedih kat Aran tak dapat main ... nanti tunggu besar sikit lagi yer


Tapi anak mak sporting, tak kisah pun ... ni yang buat mak tambah sayang kat Aran


p/s : Minggu ni dia orang ajak gi main boling lagi kat Selayang Mall. Berantu sungguh benda ni :)

Monday, March 1, 2010

SELAMAT HARI JADI NUR HAZIQAH




01 MAC 2010 - ISNIN

Selamat Hari Jadi Sayangggggggg .... Hari ni dalam sejarah, dimana 14 tahun yang lalu, pada pukul 2.15 pagi gitu, mak telah selamat melahirkan Iqa di Pusat Rawatan Islam, Bandar Baru Sg. Buloh. Dengan berat 2.8 kg ... anak mak yang paling ringan dilahirkan, tetapi rasa nyer yang paling susah untuk dikeluarkan ... sebab nyer mak langgar pantang masa bersalin. Betul ... waktu sakit bersalin pun ada pantang yang kena ikut, tapi aku tibai jer pantang larang tu and akibatnyer aku rasa tak larat sangat masa nak push.


Masa baru nak belajar berjalan

Nak tahu apa pantang nyer tu ? Jangan banyak membebel dan mengeluh masa tengah sakit bersalin tu. Banyak kan bacaan doa dan zikir sepatutnyer. Korang sapa sapa yang nak beranak tu, jangan ler ikut perangai aku. Tapi yang satu ni jer lah aku langgar pantang, but yang lain tu aku sedar diri :) Nasib baik duk dalam labour room tu tak sampai 3 jam dan lebih. Kalau idak mahu abis air liur aku duk asyik membebel dan mengeluh tak henti henti.


Suker sangat kalau dapat mandi kat 'swimming pool' masa kecik,
'trademark' muncung warisan abah

Tapi ... aku rasa ini lah satu satu nyer anak aku yang paling kurang bercakap, compare dengan 3 orang lagi tu. Aku selalu cakap kat dia, "PR Iqa kurang lah...", tapi jangan terkejut kalau dengar dia gelak, tak padan dengan rupa yang control ayu tu. Hahahahah .... paling kuat dan paling mengejutkan kalau dia gelak. Terus hilang vogue dia.

Pose ala ala artis kat Majalah Mangga, duk tepi kolam renang ... ecececeh

Teringat masa Iqa kecik, dia memang selalu jadi perhatian orang keliling (betul ni bukan perasan punyer statement yer). Sebab mata dia yang bulat dan rambut dia yang kerinting halus. Sampai ada orang tanya, "Akak, pergi buat ker rambut dia" ... giler ker hapa, budak umur 1 tahun lebih nak pergi 'set' rambut. Tapi bila makin besar, rambut dia hilang kerinting dah jadi lurus jer.


Gambar duet dengan Kak Long

Nampak jer macam brutal, tapi amat amat penakut. Lebih lebih lagi kalau nak suruh dia jalan kat tempat orang awam, lebih lebih lagi kat tempat tu ramai orang lelaki yang bersidai. Jangan harap dia nak lalu. Mesti dia akan kait dan pegang tangan kak long kuat kuat, lepas tu jalan tunduk jer.



Ratu CAMWHORE merangkap PHOTOGRAPHER dalam keluarga

Masa belajar pulak, 'very very unpridictable'. Nak selalu kena ketuk suruh belajar baru nak bukak buku, tapi paling lama pun 1/2 jam ... lepas tu dia hanyut ke alam mimpi. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku selalu cakap kat dia, "Iqa, belajar lah betul betul ... kalau Iqa belajar betul betul, mesti Iqa boleh score" . Aku tahu dia pandai, tapi malas sangat nak bukak buku. Kak long selalu kata "Kalau ada otak yang pandai tapi tak pandai guna pun tak ada guna nyer jugak" ... jadi Iqa gunalah otak Iqa yang cerdik tu yer ... ambik kata kata Kak Long tu sebagai satu cabaran okay :)


Ramai orang kata muka kami ada persamaan, aku pun tak tahu kat mana...

NUR HAZIQAH - yang bermakna ... yang cerdik pandai. Sikit punyer baik ker mak dengan abah dah bagi nama kat Iqa. IQA = IQ 'A' ... bermakna kan. Jadi buktikan yer sayang. Semoga sayang mak berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia dan akhirat. Mak sayangggggggggggg Iqa. Mak selalu marah Iqa bukan ertinya mak tak sayang atau tak suka atau benci. Itu makna nyer mak sayang Iqa. Tapi kalau mak tak marah dan diam dengan segala tindakan Iqa, itu tanda nyer mak dah tak pedulikan Iqa lagi. Make me proud of you dear .... SELAMAT HARI JADI SAYANG :)

Thursday, February 25, 2010

HARI SUKAN SEKOLAH

AHAD, 21 FEBRUARI 2010

Penat kenduri semalam pun belum lagi abis, hari ni ada pulak acara sukan sekolah di S. K. Kuang. Memang 'pack' sangat tugasan aku dihujung minggu ni. Alhamdullilah, Allah kurniakan kesihatan dan tenaga yang baik. Seawal hari Sabtu lagi, Aran dan Man dah berkali kali ingatkan aku untuk kejutkan dia orang awal sikit hari Ahad nanti. Sebabnyer dia orang kena ada di sekolah pukul 7.40 pagi. Lepas hantar dia orang ke sekolah, aku balik rumah semula ambik Kak Long lak hantar ke tuition di Kepong. On the way balik singgah lak Bank dan kedai runcit. Memang tak nak pergi awal pun ke sekolah, sebab tahu for sure acara lambat start punyer.


Deretan khemah di tepi padang

Gedebak gedebuk sampai S. K. Kuang balik pukul 10.30 pagi. Parking lak penuh, main selit jer asalkan tak 'block' keta orang. Cuaca panas tok sah cerita lah. Aku siap bawak payung lagi, dah lah aku pakai baju serba hitam. Sajer jer carik pasal kan kan kan. Al maklumlah, badan aku sekarang ni ala ala membesar bagai johan, jadi aku rasa kalau aku pakai baju warna hitam nampak kecik sikit badan aku ... hehehe... rasanyer teori ni berkesan lah jugak. Weih .... melalut dah aku nih

Aran jadi pelari pertama untuk acara 4 x 25 meter


Sampai jer kat padang sekolah, start lah aku cari anak aku macam ibu ayam yang kehilangan anak pulak :) ... tak jumpa ... aku rasa saiz dia orang ni semua sama jer bila dah pakai t-shirt sukan. Tak per, misi diteruskan dengan mencari Hilman. Dia tak ambik bahagian pun dalam lari lari nih. Kan aku pernah cakap anak anak aku ni bab sukan ni ada kureng sikit, kecuali Aran. Itu pun mungkin sebab dia kecik lagi kut, tak tahu lah kalau besar nanti ikut jejak langkah abang dan kakak nya.


Hilman di gerai PIBG tengah makan nasi leman tuh dengan kengkawan dia

Hilman kena bertugas di gerai minuman PIBG. Ada ker dia boleh cerita kat aku "Mak, hari tu kan masa praktis sukan, Hilman lari dah dapat tempat No. 2 dah, tapi bila nak sampai penamat tu sajer je Man suruh dia orang potong ... sebab nanti malaslah nak pergi lari waktu hari sukan" ... hmmm boleh pakai ker alasan tu. Alasan nak cover sebenarnya tuh ... Ece ce ceh ... macam mak tak tahu kan ;) tapi kena jugak datang masa hari sukan kan. Masa aku sampai kat gerai PIBG tu, aku tengok dia tengah sedap duk makan nasi lemak. Baik punya pulun, aku duk depan dia pun tak sedar, sampai nak kena jerit panggil nama dia. Anak aku yang sorang ni memang kuat makan ...hehehehe


Aran menunggu dengan sabar walau dalam kepanasan


Lepas tu sambung cari Aran semula. Lastly jumpa dia kat khemah menunggu untuk aturcara. Alahai, sabarnyer dia menunggu. Dia tak sedar aku datang. Aku perhati jer kawan kawan yang lain duk pakat bising dan kacau kacau dia, dia buat derk jer diam dan sabar dengan kerenah kawan. Aran wakil rumah merah untuk acara 4 x 25 meter. Bila nampak muka aku baru dia senyum sikit. Kan mak dah janji nak tengok Aran lari kan ... mak sure datang punyer.


.
Yeah ... Aja Aja fighting .. go Aran go

Lepas tu cari 'port' baik punya kat garisan penamat. Habis garisan yang tak patut aku langkau pun aku redah jer. Ambik kerusi duk bawah pokok sorang sorang sambil menunggu acara Aran di jalankan. Bila dah nampak dia nak start, apa lagi aku dengan gigih dan selamba nyer meredah padang lagak bagaikan Paparazi tak bertauliah. Pedulik dengan orang pandang ker hapa, asalkan aku dapat tengok Aran berlari dengan clear nyer udah.


Ke garisan ... Sedia ... Mula


Permulaan yang cantik ...


Macam pelari pro lagak nyer :P


Gaya mesti lebih ... ece ce ceh

Tapi Aran tak menang pun. Tak per Aran, yang penting semangat untuk turut serta bersukan yang penting nyer. Aran tak menang pun mak tetap berbangga dengan Aran sebab mencuba. Lepas acara aku terus cari Hilman. Ajak dia balik, waktu tu pun dah pukul 12 lebih. Hilman memang dah nak balik pun, dia 'hand-over' kerja kat abang abang senior yang baik hati nak tolong. Alhamdullilah ...



Hilman bergambar dengan kawan kawan sebelum penyerahan tugas

Wednesday, February 24, 2010

WAYANG YANG HEBAT



Aku 'terlayan' cerita 'WAYANG' di lewat petang gini. Sebenarnya aku tercari cari cerita lakunan Eman Manan (aku suka sangat lakunan dia) .... Aku terjumpa cerita ni kat YOUTUBE. Sebelum tengok cerita ni aku heran, apasal cerita ni dapat banyak sangat nominated di Anugerah Filem. Best sangat ker? tapi kalau best apasal tak Pecah Panggung pun (garu kepala tak gatal). Itu ler benda yang bermain dalam kepala otak aku sebelum tengok cerita ni. Tapi kalau tengok dari barisan pelakun. hmmmm memang hebat hebat belaka ... Eman Manan, Zulhuzaimy dan Ida Nerina ... semua nyer pelakun feberet aku tu.




Tengok dari mula jer aku dah 'jatuh hati' kat cerita ni. Best giler..... dialog dia 'kecek kelate', tapi tak lah berat sangat bunyik nyer. Walaupun half dalam diri aku ni ada darah Kelantan, tapi aku tak faham gak kalau yang berat berat sangat bunyi nyer. Nak bagi aku faham, mak aku kena ada sebelah ler, baru boleh faham. Opppsss melalut ... tetiba bangga jadi orang Kelantan ...hahaha



Cerita pasal Tok Dalang yang bernama Pak Awang ... simple jer cerita dia, tapi amat amat touching dan sebak di hati. Aku selalu nyer tak suka cerita sedih sedih ni, tapi aku suka cerita nih. Tak perlu nak pakai lawa lawa, tak perlu nak cari tempat yang indah indah, tak perlu nak pakai mekap tebal seinci cerita ini memang HEBAT. Dialog tak perlu meleret leret, setiap pengucapan memang padat dan bermakna. 5 Bintang dari 5 bintang aku bagi ... macam layak jer lah pulak aku nak bagi bintang kan. Pengkritik filem pun gelak golek golek kalau baca komentar aku :)





Paling aku suka ada satu part kat sedutan atas ni. Sebab ada satu view yang kat tepi pantai tu kan, yang ada batu batu tepi pantai yang besar tu kan, waktu Awi kena pukul dengan Jusoh tu kan. Favourite spot aku tu masa study kat Dungun dulu. Nama tempat ni Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang Dungun. Kalau dari Dungun nak ke Kuala Terengganu, mesti lalu kat sini, dan aku selalu singgah. Tempat ni cantik sangat. Nostalgia gitu ;)




Tak heran lah cerita ni boleh terpilih menjadi Filem Terbaik Anugerah Skrin 2009. Bukan tu jer, WAYANG turut membolot kategori Pengarah Terbaik (Filem) yang dimenangi Professor Dr. Hatta Azad Khan. Dah tu 2 pelakon filem ni, Eman Manan menang untuk Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) dan Zul Huzaimy menang untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem). Memang dia orang layak untuk menang.Korang ... tengok ler cerita nih, best bangettttttttt ..... ;)

Monday, February 22, 2010

KHATAM QURAN


20022010 @ 20 FEBRUARY 2010 - SABTU



Hari ni Mak Tok telah meng'organise'kan kenduri sempena Maulidul Rasul dan Khatam Quran untuk diri sendiri dan cucu nyer. Aku just tumpang semangkuk jer :) Mak Tok memang dah niat nak korbankan seekor kambing bila dia dan cucu nyer tamat mengaji. Kebetulan Aran baru Khatam Quran minggu lepas jadi sesuai bebeno ler tu kan. Sibuk jugak aku ni hah dari pagi. Dengan nak ngantor Kak Long ke tuition, dengan merebus telur dan gantung kat bunga pahar, dengan buat kek dan masukkan dalam bekas. Punyer lah sibuk, sampai gambo pun tak sempat nak di'paparazi' kan. Dengan cuaca yang panas merelit ... eh ....apa kena mengena lak panas dengan kesibukan aku ni kan (garu dagu jap)




Sempat ambik gambar pun waktu Majlis Khatam dah nak mula. Makan pun dah tak lalu, sebab banyak minum air dan penat sangat. Sehari sebelum majlis, Aran dengan Hilman punyer lah kecut perut bila aku kata dia orang kena mengaji depan orang. Hilman, tahun lepas lagi dah Khatam Quran untuk kali ke 2. Jadi saja jer suruh dia temankan adik dia. Ditemani dengan lagi 2 orang anak jiran yang jugak dah khatam Quran tahun lepas. Tapi tak buat majlis jer lagi. So kira sekali arung ler ni. Lagi pun pagi sebelum majlis ustazah dah buat 'rehearsal' untuk 4 orang budak ni. Jadi tak ler rasa takut sangat :)




Masa ngaji tu, aku duduk kat sebelah Aran, bagi dia sokongan sikit. Bangga lah jugak, anak bongsu aku yang 8 tahun ni dah khatam. Ramai lah jugak sedara mara yang mendengarkan bacaan dia orang nih. Termasuk adik beradik aku, sepupu sepapat, jiran tetangga dan famili Klang.

Apasal masa taip post ni aku baru rasa, rugi nyer tak makan masa tu ... huk huk huk


Hampir semua datang ... terima kasih lah kat Nenek Klang, Mak Long & Daniel, Uncle Zarfullah & Auntie Gombak, Teacher Sarah, Chek Yah, Pak Hussein and Famili dan Chek Ita and Famili. Itu yang menambahkan semangat untuk anak aku dua orang ni. Terima kasih lah sebab sudi hadir, terharu sungguh ...sob sob sob. Kakak Alia ! apasal tak datang? Pergi dating ek (jeling mata). Nenek Klang siap bawak bunga pahar lagi dengan sambal goreng dan agar agar. Laku sungguh sambal goreng nenek yang sedap tu. Aku sendiri pun tak sempat rasa. Huwa ! ... mak nanti buat lagi ek :)

Tak larat nak cerita dah ... tengok gambo yang tak seberapa ni jer lah yer. Tetiba idea aku tumpul, dan kalau diteruskan harus memboringkan dan keluar cerita cerita merapu jer ... huk huk huk ....


Nenek dan Chek Yah ditemani Kak Long dan Ayah Ngah sedang menjamu selera



Posing ala ala Ultraman tengah 'FIRE' Raksaksa
(tetiba aku rasa macam aku lak raksaksa tu bila duk ambik gambo depan dia orang nih)



Ustazah tengah mendengarkan bacaan anak anak murid nyer



Hilman tengah mengaji, Aran lak tengah berdialog dalam hati : bila turn aku ni?

p/s : malam nyer aku tanya Hilman dan Aran, best tak Majlis Khatam Quran tadi, dia orang jawab best sangat ... Alhamdullilah :)

Friday, February 19, 2010

SELAMAT HARI JADI HILMAN


Selamat Hari Jadi Sayang Mak! Hari ni Hilman genap 11 Tahun. Cepat sungguh masa berlalu ... itu makna nyer, mak memang tak terasa penat dan mak amat seronok dikurniakan anak macam Hilman. Anak lelaki pertama mak :) dan mak berbangga memiliki Hilman.



Macam baru semalam semasa mak terbaring di katil wad PMC Sg. Buloh, lepas beberapa jam selamat melahirkan Man ... Nenek Klang sedang memangku Man yang masih merah, sambil diperhatikan Nenek Kuang serta Iqa, Kak Long, Mak Su dan Kak Sumi ('Nanny' kesayangan Man).



Macam baru semalam mak lihat Man terbaring tak reti hapa, hanya tidur dan nak susu.
Baby mak yang sangat 'Happy' tak banyak kerenah dan ragam.



Tak puas rasa nya nak mendakap Man, tahu tahu jer dah beso panjang.



Baru belajar bergolek dan meniarap. Terkenangkan Arwah Atuk Klang yang panggil Man 'Ah Chong' dan sampai sekarang orang Klang panggil Man dengan gelaran tu. Man memang macam anak cina masa kecik tapi tetap anak Jawa... hehehehe



Baru belajar duduk dan makan sendiri ... dan sampai sekarang masih kuat makan.



Hilman selalu cakap "Mak, kat rumah ni kan, kita dua orang jer yang kuat makan kan" dah tu kita dua orang jer yang terlebih berat. Nak buat macam mana ... hehehe. Semua makanan orang lain yang tak abis, semua kita abiskan. Memang kita ada banyak persamaan ;) Kuat makan dan kuat cakap.




Baru belajar berjalan jatuh.



Dah pandai berjalan, dan kuat minum air. Anak mak yang paling banyak minum air. Kalau pergi sekolah mesti bawak bekas air besar. Yang best nyer air feberet Man, hanyalah Air Kosong. Save budget mak. Man jarang minum manis. Ramai orang pelik dengan Man, sebab jarang budak budak tak suka manis. Tapi itu lah Hilman, macam Kak Long ... terlebih matang. Suka kawan dengan orang dewasa dan suka merapu. Dia lah satu satu nyer cucu Tok Abah yang sebijik macam atok nyer. Mak sedara abah aku selalu kata Hilman macam abah masa kecik. Perangai pun sama bila dah besar ni terbukit lagi sama. Kuat merapu dan bercerita entah hapa hapa. Tak larat nak layan.


Semoga Hilman sentiasa didalam Rahmat dan Kasih Sayang NYA .... menjadi anak yang soleh dan dapat menjadi Khalifah yang baik di bumi Allah ini. Pelayaran hidup Man masih terlalu panjang ... dan Mak sentiasa mendoakan kejayaan Man dunia dan akhirat. Mak Sayanggggggggggggg Man.

P/S : Mak tahu Man akan baca post mak ni kan ;)