Showing posts with label HILMAN DAN ARAN. Show all posts
Showing posts with label HILMAN DAN ARAN. Show all posts

Monday, November 15, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KUANG

SABTU, 13 NOVEMBER 2010




Aku cuti hari ni ... kira satu hari walaupun hari bekerja cuma sampai pukul 1.15 tengahari jer. Admin said,"Rugi ambik hari Sabtu sebab dikira 1 hari" .... aku said,"Tak per lah, cuti aku banyak lagi. Berkorban lah sikit demi anak-anak" Ialah pulak kan, tak kan aku tak nak hadir di hari istimewa ini. Penat dah bertungkus lumus anak-anak aku study ... hehehehe study ler sangat.


Seawal pukul 7.30 pagi aku dan anak-anak dah sampai. Kira awal lah jugak. Aku duduk depan sekali, sebab nak ambik gambar baik punyer. VIP datang pukul 8 pagi. Acara bacaan Al-Quran dan Nasyid kat atas kira pembuka tirai. Sedap bacaan Qari ... nasyidnyer pun sedap jugak. Kecik jer tuan punya vokal utama tu dan paling kecik antara yang lain. Tapi suara dia punyalah besar dan sedap. Meremang bulu roma bila mendengarnya.


Seterusnya ucapan aluan dari Puan Guru Besar, Puan Hajjah Ismawati
Sangat bangga bila mendengarkan ada peningkatan UPSR di sekolah ini.
Murid yang dapat 5A dan 4A1B adalah seramai 30 orang. Syabas ....

Di ikuti oleh ucapan dari YDP PIBG, En. Samsudin A.Rahman. Yang ni bukan orang baru di mata aku ... aku memang admire YDP ni. Bayangkan aku kenal dia sejak Kak Long di Tahun 5 Takis Pekan Kuang lebih kurang tahun 2000 lagi. Dia lah orang kuat Takis Pekan Kuang, kalau ada apa-apa pementasan ke atau hari kecemerlangan Takis, dia lah orang yang pasang semua speaker dan alat. Dia juga akan pastikan semua khemah dan kerusi meja semua cukup. Betul-betul orang yang 'Down to Earth' tak kisah mencemar duli buat kerja-kerja biasa. Dan di SK Kuang pula dia adalah VIP untuk majlis ini. Susah nak cari orang macam ni.


Lepas tu ada upacara nyanyian dan joget-joget.
So comel dia orang ni.
Nyanyi lagu Selamat Pagi Putra Putri



Masa yang dinanti-nanti pun tiba. Anak-anak aku bukanlah Top 3 dalam kelas. Aran sekadar dapat No. 4 sahaja. Tapi dia dapat hadiah untuk Murid yang mendapat markah paling tinggi untuk Matapelajaran Kefahaman di antara Darjah 2. Bangga dia bila dapat 'Fullmark' untuk matapelajaran ni. Mak pun tumpang bangga gak :)


Aran tengah terima hadiahnya.



Samalah jugak dengan abang Hilman dia. But still Top 10 in the class. Susah betul nak ambik gambar mamat sorang ni. Dah besar kut, dah malu muka tak lawa kalau keluar blog mak dia. Jangan risau Man, mak kasik tunjuk gambar hensem Man jer kat dalam ni ... hehehehe


Hilman dapat 2 hadiah sekali. Untuk Matapelajaran Terbaik bagi subjek English dan Pendidikan Jasmani. Kesian dia, Hadiah Plag untuk Matapelajaran Terbaik English telah terjatuh semasa tak sampai ketangan dia lagi. Tapi cikgu dah janji nak kasik yang baru. Makin tinggi pulak mak tengok kau Man, dah sama tinggi dengan Cikgu lak. Cepat betul kau tinggi yer.


Semoga anak-anak mak terus cemerlang di masa hadapan.
Especially Muhammad Hilman .... Tahun depan dah nak ambik UPSR
Tak boleh main-main lagi yer :D

Saturday, July 31, 2010

TERKEJUT NYERRR !!!



Gimik jer lebih tajuk tu :)
Tapi kira kategori terkejut jugak lah, bila bangun tidur seawal pukul 4 pagi ...
tiba tiba tengok Ruang Tamu terang menyala. Bila pandang katil pulak tengok

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
best lak main tekan dot dot dot ni :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BUDAK NI

DAN

DAH HILANG
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bila jenguk kat luar bilik, tengok si abang kat depan PC duk main internet, si adik lak depan TV tengah main PS2. Sanggup bangun di sepertiga malam sebab nak main benda benda ni. Aduhai! geram pun ada gak. Bila time nak pergi sekolah, kena kejut nak kasik bangun. Boleh lah si abang akan tanya "Pukul berapa dah mak" ... bila mak dia cakap "Pukul 6 pagi dah Man" ... dia boleh jawab balik "Pukul 6.30 Man bangun", bagus nyer dia 'UP'kan masa kasik diskaun untuk diri sendiri.

Dia orang berdua ni lepas gian. Mana tak nyer, mak dia dah gubal undang undang kat Parlimen sendiri. Di bolahkan bermain internet dan PS2 hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Tu yang tak sabo-sabo nak tunggu hari Sabtu setiap minggu. Kalau hari Jumaat, siap Aran boleh cakap "tak sabar nyer nak tunggu esok" lepas tu buat announcement satu rumah dia nak main internet dulu, jangan kacau turn dia.Hari Ahad lak, dia akan cakap "Cepat nyer dah nak hari Isnin" ... hahahaha ... kalau aku tak buat gini, alamat tak baca buku langsung ler anak anak aku nih ;)

Monday, February 22, 2010

KHATAM QURAN


20022010 @ 20 FEBRUARY 2010 - SABTU



Hari ni Mak Tok telah meng'organise'kan kenduri sempena Maulidul Rasul dan Khatam Quran untuk diri sendiri dan cucu nyer. Aku just tumpang semangkuk jer :) Mak Tok memang dah niat nak korbankan seekor kambing bila dia dan cucu nyer tamat mengaji. Kebetulan Aran baru Khatam Quran minggu lepas jadi sesuai bebeno ler tu kan. Sibuk jugak aku ni hah dari pagi. Dengan nak ngantor Kak Long ke tuition, dengan merebus telur dan gantung kat bunga pahar, dengan buat kek dan masukkan dalam bekas. Punyer lah sibuk, sampai gambo pun tak sempat nak di'paparazi' kan. Dengan cuaca yang panas merelit ... eh ....apa kena mengena lak panas dengan kesibukan aku ni kan (garu dagu jap)




Sempat ambik gambar pun waktu Majlis Khatam dah nak mula. Makan pun dah tak lalu, sebab banyak minum air dan penat sangat. Sehari sebelum majlis, Aran dengan Hilman punyer lah kecut perut bila aku kata dia orang kena mengaji depan orang. Hilman, tahun lepas lagi dah Khatam Quran untuk kali ke 2. Jadi saja jer suruh dia temankan adik dia. Ditemani dengan lagi 2 orang anak jiran yang jugak dah khatam Quran tahun lepas. Tapi tak buat majlis jer lagi. So kira sekali arung ler ni. Lagi pun pagi sebelum majlis ustazah dah buat 'rehearsal' untuk 4 orang budak ni. Jadi tak ler rasa takut sangat :)




Masa ngaji tu, aku duduk kat sebelah Aran, bagi dia sokongan sikit. Bangga lah jugak, anak bongsu aku yang 8 tahun ni dah khatam. Ramai lah jugak sedara mara yang mendengarkan bacaan dia orang nih. Termasuk adik beradik aku, sepupu sepapat, jiran tetangga dan famili Klang.

Apasal masa taip post ni aku baru rasa, rugi nyer tak makan masa tu ... huk huk huk


Hampir semua datang ... terima kasih lah kat Nenek Klang, Mak Long & Daniel, Uncle Zarfullah & Auntie Gombak, Teacher Sarah, Chek Yah, Pak Hussein and Famili dan Chek Ita and Famili. Itu yang menambahkan semangat untuk anak aku dua orang ni. Terima kasih lah sebab sudi hadir, terharu sungguh ...sob sob sob. Kakak Alia ! apasal tak datang? Pergi dating ek (jeling mata). Nenek Klang siap bawak bunga pahar lagi dengan sambal goreng dan agar agar. Laku sungguh sambal goreng nenek yang sedap tu. Aku sendiri pun tak sempat rasa. Huwa ! ... mak nanti buat lagi ek :)

Tak larat nak cerita dah ... tengok gambo yang tak seberapa ni jer lah yer. Tetiba idea aku tumpul, dan kalau diteruskan harus memboringkan dan keluar cerita cerita merapu jer ... huk huk huk ....


Nenek dan Chek Yah ditemani Kak Long dan Ayah Ngah sedang menjamu selera



Posing ala ala Ultraman tengah 'FIRE' Raksaksa
(tetiba aku rasa macam aku lak raksaksa tu bila duk ambik gambo depan dia orang nih)



Ustazah tengah mendengarkan bacaan anak anak murid nyer



Hilman tengah mengaji, Aran lak tengah berdialog dalam hati : bila turn aku ni?

p/s : malam nyer aku tanya Hilman dan Aran, best tak Majlis Khatam Quran tadi, dia orang jawab best sangat ... Alhamdullilah :)

Friday, August 28, 2009

DAH BALIK

Semalam Acik tak pergi Terawih, kisah nya ... sebab nak ambik budak lelaki dua orang ni dari rumah neneknya di Klang. Dia orang stay kat Klang sejak hari Ahad lagi. Sekarang ni kan cuti sekolah, so budak lelaki dua orang ini telah mengambil kesempatan itu untuk mengeratkan tali silatullrahim dengan rakan sebaya opppsss silap... sepupu sebaya. Dia orang ni kalau dah cukup korum 6 orang, kecoh rumah, habis rumah nenek dijadikan gelanggang peranglah, silatlah, aked video game lah, bilik mandi beramai ramailah. Kalau time tido, lagi lah pulak, kaki orang tu kat muka orang ni, kepala orang ni kat lutut orang tu, montot orang ni kat depan muka orang tu. Kelakar betul. Nasib baik bulan posa, kalau tidak memanjang pergi kedai sebelah rumah nenek. Kejap kejap hilang, kejap kejap hilang. Rindu nyer aku pada budak dua orang ni tok sah ceritalah.


Diskripsi untuk gambar di atas :
Yang ini Mohammad Hilman dan Mak dia. Anak lelaki sulung merangkap anak ketiga aku. Tengok lah tu, dia kalau senyum sure hilang mata punyer. Dalam 4 orang anak aku, yang ni sorang lah banyak ikut fizikal aku, banyak ciri ciri aku kat dia. Especially ... tang tembam dia. Hahahaha. Apa lagi ek, warna kulit dan kegebuannya (chewah, perasan lah pulak kan ... tapi Hilman memang berkulit gebu). Mempunyai mulut yang banyak cakap sehingga tak berhenti henti, suara yang kuat sehingga tidak memerlukan microphone. Dia juga seorang yang peramah giler dan boleh la dikategorikan tak tahu malu - main redah jer. Dari segi kelebaran muka pun sama dengan aku tang tak boleh tahan tu kan, bila tidur kuat berdengkur (ehhh aku mengaku ler...yang ni Zia pun tau kan) dan kuat makan. Muahahahhaha (gelak setan). Part yang paling best, bila peluk dia best sangat rasa macam Teddy Bear yang besar...hahahaha
Diskripsi untuk gambar yang ini pulak :

Yang ni pulak Muhammad Farhan dan Abah dia. Anak lelaki kedua merangkap anak bongsu aku, yang aku panggil Aran. Dia suka buat mulut macam tu, sebijik macam abah dia. Dah muka pun copycat abah dia sebijik. Yang ni nenek klang dan adik beradik abah dia pun mengaku memang sama macam Abah dia masa kecik, dah besar pun sure lah ikut fizikal Abah dia. Perangai yang macam abah dia ... sangat pandai simpan duit, soft spoken tak macam abang Hilman, tak banyak makan, senang je tido walau kat mana-mana (kes tido mati punyer), suker minum air berkarbonat. Yang lain-lain tu abah dia lagi tau kut. Tapi yang paling aku menyampah dia ni, kuat merajuk dan menangis. Mungkin sebab dia anak paling kecik lah konon. Yang paling aku suker lak, tapi membuatkan kakak kakak dan abang dia pulak menyampah, bila dia meleseh leseh, bermanja manja dengan aku. Kalau aku tepon rumah pulak, dia sorang jer lah yang paling pandai layan aku cakap. Macam orang bercinta kalau cakap kat phone dengan dia, siap I Love U I Love U lagi.... hahahaha. Lagi satu dia ni cukup pandai bodek mak dia.
Itu ler cerita budak yang dah ku lepaskan rindu semalam. Siap call petang semalam, kata nak peluk Aran kuat-kuat kalau jemput dia kat Klang.
ALLAH maha adilkan, satu muka mak satu muka abah. Tapi yang pasti, aku sayang semua anak-anak aku dunia dan akhirat. Tak ada lebih tak ada yang kurang. Cerita anak anak pompuan, lenkali ek....

Wednesday, January 14, 2009

HILMAN DAN ARAN



SURUH LAH ANAK

ANAKMU BERSEMBAHYANG

SEDARI UMURNYA 7 TAHUN

BIMBING MEREKA LAKUKAN KEBAIKAN

HIDUP DAN MATI KERANA TUHAN

Aku selalu nyanyikan lagu ni pada anak-anak aku (suara mak sedapkan anak-anak..hehehe). Dan selalu aku nyanyikan pada Aran, dia buat countdown harijadi dia yang ke tujuh, aku pulak duk la asyik nyanyi lagu ni untuk dia.

Sejuk perut aku, sekarang ni dah tak payah suruh, bila nampak je abang pergi ambik air sembahyang, bentang sejadah, dia automatik akan duduk berdiri sebelah abang dia. So comel, dengan tubuh dia yang kecik duk sebelah abang yang besar tu.

Malam tadi waktu mereka berdua solat, kebetulan aku kena temankan dia sebab dua-dua pun penakut : kak long selalu kata "mak tau tak, sebenarnya mak bukan ada 2 je anak pompuan tapi 4 orang sebenarnya" dia nak refer kat adik-adik lelaki dia yang sememangnya penakut giler. Then waktu aku solat tu, aku tengok laju betul pergerakkan Aran, Hilman slow sebab dia sakit kaki baru lepas latihan merentas desa. Then abang dia komplain kat aku.

Hilman : Mak tau mak, Aran, waktu semua pergerakkan dia baca al-fatihah .... waktu rukuk, sujud, tahayat.

Aran : Hari tu kan mak kata, baca jer al-fatihah. Hehehe

Aku : Senyum, sambil berkata Nanti Man baca la kuat-kuat suruh adik dengar. Tak per Aran, nanti Aran belajar pelan-pelan ya.

Aku selalu jugak solat bertiga dengan anak lelaki aku ni kalau waktu tak uzur, dan baca kuat-kuat, supaya dia orang tau nak baca apa pada setiap gerak solat. Tapi Aran selalu lupa then komplain dia kata mak baca laju sangat. Ingat lagi dua tiga minggu, mesti sekolah akan buat Kem Solat, dah jadi acara tahunan dah tu. Alhamddullilah, Hilman dah nak khatam Quran kali kedua, Aran pulak dan half of Quran, dan bacaan dia lancar. Terharu mak, Bukan senang nak didik anak-anak sekarang ni. lebih lebih lagi baya baya anak aku ni. Waktu besar ni lah nak kena jaga betul-betul. Tak boleh salah cakap, dia orang dah pandai, kalau kita buat silap habislah dia kena kan kita balik.

Teringat pesanan seorang kawan, dia kata didik anak-anak kena ikut peringkat umur

TAHAP 1
Waktu 1 - 6 Tahun = kita layan dia macam anak-anak, main dengan dia, bergomol dengan dia. Year macam ni best, kita pun jadi anak-anak balik, waktu ni ler abah dia akan belikan mainan yang dia sendiri tak dapat beli masa kanak-kanak dulu dan turut main sama, Waktu gini ler kita berpeluang jadi kanak-kanak sama

TAHAP 2
Waktu 7 - 12 Tahun = Ini masa untuk kita didik dia, tunjuk ajar apa yang betul dan salah. Kena tegas dan disiplin kan anak-anak waktu ni

TAHAP 3
Waktu 13 - ke atas = ini masa kita jadikan dia kawan, waktu ni lah dia orang dalam proses mencari identiti diri, pertukaran hidup dari kanak-kanak ke remaja. Waktu ni ler dia orang banyak memberontak (rebel) dan rasa diri dia orang jer yang betul. So kita kena lah jadi rakan baik untuk anak-anak kita sendiri. Selami perasaan mereka.

Aku ... tahap mana satu ...Pasti ler tahap 2 dan 3 dah. Boleh ker aku, sebab kekadang aku rasa aku sendiri pulak masih di tahap 1. Muahahaha...