SURUH LAH ANAK
ANAKMU BERSEMBAHYANG
SEDARI UMURNYA 7 TAHUN
BIMBING MEREKA LAKUKAN KEBAIKAN
HIDUP DAN MATI KERANA TUHAN
Aku selalu nyanyikan lagu ni pada anak-anak aku (suara mak sedapkan anak-anak..hehehe). Dan selalu aku nyanyikan pada Aran, dia buat countdown harijadi dia yang ke tujuh, aku pulak duk la asyik nyanyi lagu ni untuk dia.
Sejuk perut aku, sekarang ni dah tak payah suruh, bila nampak je abang pergi ambik air sembahyang, bentang sejadah, dia automatik akan duduk berdiri sebelah abang dia. So comel, dengan tubuh dia yang kecik duk sebelah abang yang besar tu.
Malam tadi waktu mereka berdua solat, kebetulan aku kena temankan dia sebab dua-dua pun penakut : kak long selalu kata "mak tau tak, sebenarnya mak bukan ada 2 je anak pompuan tapi 4 orang sebenarnya" dia nak refer kat adik-adik lelaki dia yang sememangnya penakut giler. Then waktu aku solat tu, aku tengok laju betul pergerakkan Aran, Hilman slow sebab dia sakit kaki baru lepas latihan merentas desa. Then abang dia komplain kat aku.
Hilman : Mak tau mak, Aran, waktu semua pergerakkan dia baca al-fatihah .... waktu rukuk, sujud, tahayat.
Aran : Hari tu kan mak kata, baca jer al-fatihah. Hehehe
Aku : Senyum, sambil berkata Nanti Man baca la kuat-kuat suruh adik dengar. Tak per Aran, nanti Aran belajar pelan-pelan ya.
Aku selalu jugak solat bertiga dengan anak lelaki aku ni kalau waktu tak uzur, dan baca kuat-kuat, supaya dia orang tau nak baca apa pada setiap gerak solat. Tapi Aran selalu lupa then komplain dia kata mak baca laju sangat. Ingat lagi dua tiga minggu, mesti sekolah akan buat Kem Solat, dah jadi acara tahunan dah tu. Alhamddullilah, Hilman dah nak khatam Quran kali kedua, Aran pulak dan half of Quran, dan bacaan dia lancar. Terharu mak, Bukan senang nak didik anak-anak sekarang ni. lebih lebih lagi baya baya anak aku ni. Waktu besar ni lah nak kena jaga betul-betul. Tak boleh salah cakap, dia orang dah pandai, kalau kita buat silap habislah dia kena kan kita balik.
Teringat pesanan seorang kawan, dia kata didik anak-anak kena ikut peringkat umur
TAHAP 1
Waktu 1 - 6 Tahun = kita layan dia macam anak-anak, main dengan dia, bergomol dengan dia. Year macam ni best, kita pun jadi anak-anak balik, waktu ni ler abah dia akan belikan mainan yang dia sendiri tak dapat beli masa kanak-kanak dulu dan turut main sama, Waktu gini ler kita berpeluang jadi kanak-kanak sama
TAHAP 2
Waktu 7 - 12 Tahun = Ini masa untuk kita didik dia, tunjuk ajar apa yang betul dan salah. Kena tegas dan disiplin kan anak-anak waktu ni
TAHAP 3
Waktu 13 - ke atas = ini masa kita jadikan dia kawan, waktu ni lah dia orang dalam proses mencari identiti diri, pertukaran hidup dari kanak-kanak ke remaja. Waktu ni ler dia orang banyak memberontak (rebel) dan rasa diri dia orang jer yang betul. So kita kena lah jadi rakan baik untuk anak-anak kita sendiri. Selami perasaan mereka.
Aku ... tahap mana satu ...Pasti ler tahap 2 dan 3 dah. Boleh ker aku, sebab kekadang aku rasa aku sendiri pulak masih di tahap 1. Muahahaha...
1 comment:
salam..kalau nak attend klas mintak tolong hantar email. nanti maklang terangkan, email address ada kat blog jahit.
Post a Comment