Selamat Hari Jadi Sayang .....
Phew...dalam masa tak sampai sebulan tiga orang anak aku sambut hari jadi. Tapi seronok. Baru semalam perasan ke empat empat anak aku dilahirkan pada tarikh tarikh ganjil dan Nombor nombor TUNGGAL. Kak Long 11, Iqa 1, Hilman 19, Paan 7 ... unik kan kan kan....
Nur Haziqah Hashim... lahir lepas setahun dari Kak Long. Dia anak aku yang paling ringan, hanya 2.8 Kg. jer masa lahir. Tapi dia lah yang paling sakit masa bersalin. Salah aku jugak, terlalu banyak membebel masa sakit. Dah start sakit masa 29 Februari 2006, kebetulan tahun lompat. Tak nak sangat dia lahir pada 29 Februari tu, kesian kat dia 3 tahun sekali baru jumpa Birthday. So aku pun tahan la sakit, walaupun pada 29 Feb tu dah kena tahan kat wad. Bila jam melewati pukul 12.oo malam 1 Mac 1996, cepat-cepat kejut abah dia yang teman kan aku, kata nak masuk bilik bersalin. Boleh lak tahan tahan aku ni. Duk 2 jam kat dalam bilik bersalin, maka keluar lah Iqa pada pukul 2.00 pagi. Aku terus 'flat' waktu tu, tak ada tenaga langsung. Doktor terus injet suruh aku rehat, terus aku tido sampat pagi. Bila tengok Iqa sekarang, dah sama tinggi dengan aku, macam tak percaya. Pandai gak aku bela anak aku yer. Iqa cantik (cantik ker? perasan lagi mak dia, sapa lagi nak puji anak sendiri kan...hahaha) tapi selalu meroyan. Suka marah tak tentu pasal. Dah lah suka sangat tidur. Malas belajar tapi suka melawa. Anak Tahun Tikus, suka menyakat orang dan suka buat sampah, suka menyepah (ciri ciri tikus kut) ... Jangan marah Iqa.
Mak Sayangggggggggggggg Iqa sangat sangat. Walaupun mak selalu marah Iqa. Mak tahu Iqa budak pandai walau malas nak belajar. Mak terkejut Iqa dapat 5A, sungguh ... mak rasa semua orang pun terkejut, sebabnya Iqa memang tak study pun. Bukak buku 5 minit terus tido. Hehehe. Jadi gunakan lah kelebihan yang Iqa ada, kalau Iqa study, mak rasa Iqa boleh dapat result yang lebih baik lagi selepas ni. Teringat masa Tadika, mak pun tak sangka Iqa dapat jadi Tokoh Pelajar, sebab semua markah 100% untuk semua mata pelajaran. Bangga mak tau.
Harapan mak semoga Iqa berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. dan dapat apa sahaja yang Iqa idamkan.
SAYANG IQA
P/S : Iqa memang suka pose dan 'amik' gambar, tu yang banyak gambar Iqa dari orang lain tu dalam simpanan mak.
1 comment:
dah terlepas pulok..happy belated birthday IQA
Post a Comment