Friday, April 17, 2009

JAF NEW MEMBER

Semalam 16 April 2009. Aku dapat anak sedara baru. Jaf Iskandar Bin Jaf Faizal. Anak kelima untuk Abang Long aku, dan anak tunggal lelaki selepas dia dah ada empat orang anak pompuan... Iman , Inas, Iessa dan Iris. Dan cucu lelaki pertama untuk keluarga belah Kak Long.

Dilahirkan pukul 1.00 pagi di Hospital Pantai Bangsar dengan BERAT 4.22 KG. Giler berat. Masa lawat dia malam tadi, dan pada pandangan pertama, aku suker giler + geram + happy sangat, sebab dia CHUBBY giler dan beso. Macam budak umur sebulan lebih. Sooooooooo COMEL (mati ler aku puji anak sedara sendiri, menanah telinga korang hahaha)

Aku dukung tak sampai 2 minit tangan dah lenguh. Tak dapat bayangkan mcm mana Kak Long keluarkan dia. Tapi Kak Long cakap doktor tak gunting, jadi dia rasa banyak jugaklah koyak. Aku happy sangat, sampai sekarang terbayang muka baby tu, rasa nak bawak balik rumah. Tak sabar nak jenguk dia lagi. Dia tido jer, tak bukak mata langsung. Bila bukak bedung dia, nampak ler tangan dia yang berketul-ketul macam boxer. Aduh.... best nya. Nampak nya lepas ni aku boleh ler selalu singgah rumah dia kat Menjalara on the way balik, kebetulan opis aku dekat jer dengan Menjalara.



To Abang Long and Kak Long, tahniah. To Iman, Inas, Iessa dan Iris jugak sebab dapat adik baru. Penantian selama ini dah berakhir. Kalau boleh cukup ler anak korang setengah dozen. Alang alang kan. Hahahaha....

3 comments:

Mrs Taz said...

comel nye tiga-tiga orang dalam gambar last sekali tu ;)

My Life My World said...

Zia .... hahaha. Yang paling comei yang pakai tudung .... uwek

IXORAROXI said...

uihhhhhhhhhhhhhhh chubby nya eikk