Showing posts with label Abang Long. Show all posts
Showing posts with label Abang Long. Show all posts

Monday, November 29, 2010

HAPPY BIRTHDAY JAF IRIS

SABTU, 27 November 2010

Happy Birthday Iris ... Eh! bukan Iris yang kat atas nih. Tu adik dia Iskandar .... tengah cilok buah anggur sepinggan besar yang dihidangkan dengan muka yang tak bersalah langsung :) budget comel ler tu konon, nasib baik kau comel ... Mak Lang nih, kalau tak puji anak sedara sendiri sapa lagi kan ... hikhikhik. Okay sambung cerita 2 hari lepas. Sibuk sangat nak edit gambo sampai separuh gambo aku hilang, lemah semangat berkobar nak update blog ... nasib baik ada sisa-sisa gambar yang sempat diselamatkan.

Yang ni baru Iris anak Abang Long aku ...dengan fashion rambut 'underneath pokok kelapak'. Tengah excited nak tiup lilin tu. Baru 3 tahun ... tak reti apa pun lagi. Iris ni susah nak jaga. Mana tak nyer, kulit dia sangat sensitif. Alahan yang amat teruk sangat-sangat. Makanan dia tak boleh ada telur, daging, seafood. Kalau tidak dia akan menggaru sepanjang malam. Dia ni vegetarian ... atau tofu kids. Sampai kek birthday dia ni pun ditempah special tak guna telur, sebab nak kasik dia makan. tapi sumpah sedap giler kek cekelat nih.


Kepenatan ler tu lepas tiup lilin kat kek ... sebab kena tiup dua kali kan. Dia tak puas tiup ... hehehehe. Setahun sekali kena tiup kek kan. Baru tahun ni dia pandai tiup sendiri, kalau tidak orang keliling tolong tiupkan. Lagi satu kena tiup kek sampai dua kali bukan apa, tu pun atas permintaan. Ramai tak sempat nak snap gambo. Dan Iskandar adiknyer pun sibuk enterframe nak tiup sama. Yang bertudung tu ler Kak Long aku. Ibu pada Iris, Iskandar dan Iessa.


Kami sampai kat Caterpillar tepat pukul 11.oo pagi tu. Sungguh punctual kan :) Tetamu adalah kita kita orang aje. Mak Abah aku dengan Mak Abah Kak Long .... Adik beradik aku dengan sorang adik lelaki kak long serta anak-anak sedara. So memang tak segan ler, sebab muka-muka biasa tu jugak ler. Jadi kita orang buat Caterpillar tu macam rumah sendiri ... hikhikhik. Tak ada orang luar pun. Kalau ada pun hanya pihak pengurusan Caterpillar tu jer.


Biasa ler ... budak umur 3 tahun macam Iris yang sah-sah tak reti nak join games yang disediakan. Nak harapkan budak kecik yang ada tak sampai 2-3 kerat. Jadi nak penuhi kuota terpaksalah budak besar pun dipaksa join sama.

Memula masa suruh join main tu ... punyer lah malu tapi mahu. Tapi bila dah ter'join' tu, dia boleh ler lupa diri. Terus jadi budak kecik sekali ... dia pulak yang Yo Yo Ooooo. Memang tak ada segan pun sebab semua cousins jer. Biarlah gambar gambar ni menceritakan segala nya ... ish tiba tiba guna ayat syahdu lak :)








Selain dari games ... ada juga episod conteng-conteng muka ...



Dan decorate biskut ... yang ni best. Macam-macam rupa ada lepas dah kena decorate by budak-budak bawah umur ni. Sangat seronok. Caterpillar dah siap sediakan biskut dengan icing serta bling-bling nak letak atas deco tu. Bebudak ... main hentam jer lah. Lepas icing kering dia orang boleh bawak balik biskut ni. Nak makan terus pun boleh



Sarah dengan Ginger Cookies nyer... lawa gak



Endi punya ... dah sarat sangat dengan icing


Hilman punyer ... konsentrasi giler. Dah rupa orang asli dah jadinyer semekut tu.



Ini ler yang bestnyer ... time makan. Disebabkan Caterpillar hanya sediakan makanan untuk kanak-kanak ribena sahaja. Maka Abang Long aku telah membelikan KFC dan Domino Pizza untuk orang dewasa. Kenyang giler ... hilang diet aku hehehehe. Tak ada lah pulak gambo makan-makan sebabnyer gambar semua dah corrupted ... Huwa!! Nanti ler aku tunggu gambar dari kamera Aiman (Anak Abang Ngah) dengan Abang Long, aku cilok bawak masuk sini ek.

Bagi mereka yang nak celebrate birthday anak-anak disini
Sila ler tengok broucher kat sini. Klik untuk dibesarkan.
Terima kasih Iqa sebab sudi jadi 'stand' pegang benda ni :)

Memang seronok sambut birthday disini. Selain banyak acara dan makanan disediakan. Tak payah ler susah susah nak basuh pinggan lepas tu, tak yah nak kemas rumah lepas tu. Sampai time boleh balik berlenggang-lenggang kangkung sambil menapau makanan yang berlebihan tu. Sampai rumah dah boleh relax sepenuhnyer. Hingga hari ni masih terngiang kat telinga aku bila Aran cakap,"Mak, nanti ada lagi tak orang nak buat harijadi kat tempat tu. Aran suker lah. Best giler" ... cukup membahagiakan bila dapat bahagiakan orang yang tersayang. Walaupun aku ni tetamu jer ... terima kasih pada Abang Long dan Kak Long ... coming Birthday Iessa dan Iskandar buat ler best-best lagi yer ;)

Saturday, November 27, 2010

JEMPUTAN UNTUK MENG'ULAT'

Semalam kami terima jemputan untuk meng'ulat' ... hehehe... tak adalah. Sebenarnya dapat jemputan ker Majlis Hari Jadi anak sedara aku Jaf Iris di Caterpillar Sri Hartamas. Jemputan secara pakai kad hanya untuk Hilman dan Aran sahaja, sebab dia punya syarat untuk dapat kad ini adalah masih bersekolah rendah. Kalau dah tuo maka jemputan hanya pakai mulut sahaja...tak main kad-kad nih.



Teruja betul penerima kad 2 orang ni, tak sabo sabo nak pergi. Aku pun sama teruja gak ... sebab ini kira pertama kali anak sedara aku sambut birthday pakai Birthday Planner ... macam mana ler gamaknyer ek. Selalu kita orang sambut birthday kat rumah jer, ini kena pergi tempat lain ... tu yang rasa lain tu.



Nama tempat tu 'Caterpillar' ... kan betul ulat tu kan. Dekat Sri Hartamas. Tak susah pun carik sebab aku sangat familiar tempat ni. Dekat dengan opis lama Tok Abah. Selalu gak aku sampai sini dulu. Tak ada masalah ler nak carik, tak payah nak google map lagi. Masuk Tol Sg. Buloh, keluar Tol Jalan Duta, terus ker Sri Hartamas ... tak sampai 20 minit dah sampai. Nasib tak banyak keta hari ni.



Hari Jumaat lepas kerja sempat ler aku terjah Metrojaya jap carik hadiah untuk Iris ... senang nak carik hadiah musim-musim nak sambut Krismas ni. Berlambak dia orang letak siap ada sale lagik. Wrapping paper pun cantik-cantik, tapi aku tetap pilih pembalut free dari MJ ni. Jimat kos ... hehehehe

Jeng...jeng...jeng ... muka Hilman dan Farisha yang excited nak jumpa ulat.
Ni baru intro pasal Birthday jer sebenonyer
Ada banyak lagik nak cerita, tapi gambo tak habih edit lagi.
Nanti aku sambung lagik yer ;D

Friday, April 17, 2009

JAF NEW MEMBER

Semalam 16 April 2009. Aku dapat anak sedara baru. Jaf Iskandar Bin Jaf Faizal. Anak kelima untuk Abang Long aku, dan anak tunggal lelaki selepas dia dah ada empat orang anak pompuan... Iman , Inas, Iessa dan Iris. Dan cucu lelaki pertama untuk keluarga belah Kak Long.

Dilahirkan pukul 1.00 pagi di Hospital Pantai Bangsar dengan BERAT 4.22 KG. Giler berat. Masa lawat dia malam tadi, dan pada pandangan pertama, aku suker giler + geram + happy sangat, sebab dia CHUBBY giler dan beso. Macam budak umur sebulan lebih. Sooooooooo COMEL (mati ler aku puji anak sedara sendiri, menanah telinga korang hahaha)

Aku dukung tak sampai 2 minit tangan dah lenguh. Tak dapat bayangkan mcm mana Kak Long keluarkan dia. Tapi Kak Long cakap doktor tak gunting, jadi dia rasa banyak jugaklah koyak. Aku happy sangat, sampai sekarang terbayang muka baby tu, rasa nak bawak balik rumah. Tak sabar nak jenguk dia lagi. Dia tido jer, tak bukak mata langsung. Bila bukak bedung dia, nampak ler tangan dia yang berketul-ketul macam boxer. Aduh.... best nya. Nampak nya lepas ni aku boleh ler selalu singgah rumah dia kat Menjalara on the way balik, kebetulan opis aku dekat jer dengan Menjalara.



To Abang Long and Kak Long, tahniah. To Iman, Inas, Iessa dan Iris jugak sebab dapat adik baru. Penantian selama ini dah berakhir. Kalau boleh cukup ler anak korang setengah dozen. Alang alang kan. Hahahaha....