Wednesday, July 28, 2010

BERPOYA POYA BERSAMA RAKAN


AHAD, 25 Julai 2010

Baik punyer planning my bestfriend cadang ... nak buat gathering kat Taman Tasik Perdana. Bagai orang ngantuk di sorong bantal kan, dah ler tempat dicadangkan tu favourite Spot lah pulak kan. Anak anak aku suker datang sini :) kalau dah tak tahu nak pergi mana tu, tempat ni jer lah kita orang tuju.



Kami datang agak lewat, sebab nak kena hantar Kak Long ker Perfection Kepong dulu. Lepas tu baru bertolak ke Taman Tasik Perdana. Tengok tengok dia orang dah sampai, siap dah bentang tikar, belum makan jer lagi. Sebab tetamu kehormat tak sampai lagik ... kita orang ler tu. Ece ce ceh perasan jap. Adalah dalam 4 family yang hadir, di campur dengan anak anak adalah dalam 20 orang jer. Makan makan kira 'Pot Luck' ... bawak makanan sendiri dan share makan ramai ramai. Syiokkkk ... sebab ada bermacam kuih dan makanan. Sumpah .. bila cakap pasal makan, aku akan lapar balik :)



Aku bawak coklat kek dengan nasik goreng jer. Zia bawak nasi lemak sambal 'Paul' hehehehe ... di iringi ayam goreng dan kangkung goreng ... emmm sedap. Zia buat lagik, tak puas nak kerjakan Paul ... hehehehe. Imah bawak cucur badak dan sandwich ayam ... emmm pun sedap. First time makan sandwich ayam dan karot sagat. Hisham lak bawak buah-buahan dan karipap. Fujie yang datang lewat sebab keta dia rosak, bawak balik juadah dari Mekah. Dia baru balik dari Umrah


Seronok bila dah jumpa kawan-kawan sambil makan makan sambil gosip gosip, sambil merancang lepas ni nak pergi mana ;) Aku sempat lah temankan anak anak pusing teman, lepas tu terserempak lak dengan student Baitulmal tengah buat survey kat situ. Sempat ler kena interviewlah pulak. Ni part yang best, masa aku kena interview tu, semua lah pulak tiba tiba jadik rajin pergi main badminton .... hahahaha ... lawak la korang tinggalkan aku sorang sorang sebab tak nak join jadi responden.




Anak anak lelaki lah yang paling suker bila dapat berkumpul. Walaupun jarang jarang jumpa, tapi dia orang ni cepat 'ngam'. Boleh jer main badminton dan bola sama-sama. Makan eskrem sama-sama. Seronok tengok dia orang cepat mesra. Entah apa apa mainan dia orang main, bagi menghilangkan kebosanan sebab mak pak tak nak balik lagi. Sibuk nak bersembang. Pandai korang bawak diri kan kan kan...





Aku sempat lagi pergi ambik Kak Long kat Kepong then balik semula ke Taman Tasik Perdana. Kak Long pulak bagus jer punyer lapar, dapat makanan hmmm .... tak toleh mana mana dah. Lepas tu dia hilang dengan Iqa pergi buat sessi bergambar keliling taman. Kami hampir hampir jer nak pergi PD ... ni idea giler Zia lah ni .... hahahaha ... tapi tak jadik. Tak syok ler kalau pergi PD tak mandi, dah nak kena balik umah ambik baju lak. Nanti kita pergi yer Zia. Kita bawak khemah dengan dapur sekali.





Dekat pukul 2 jugak lah aku beransur balik dulu. Itu pun sebab terkenangkan nak singgah rumah sepupu kat Kundang, dia jemput makan kenduri rumah dia. Anak anak aku dah keletihan amat, aku pun letih gak. Tapi kenangkan orang dah jemput tak kan tak pergi lak kut. Sampai sana, makan lagik. Memang hari ni kira hari makan sedunia lah bagi aku anak beranak. Aduh! lauk dia punyer lah sodap. Menyesal makan sikit. Bila balik umah terkenang kenang sambal udang petai dan paru goreng dengan kentang. Memang semua terbongkang tidur tak sedar diri lepas balik dari kenduri tu. Kat luar hujan lah pulak kan, lagi la best beradu.

Terima kasih pada Zia, sebab pinjamkan gambar yer. Korang layannnnnn lah gambar gambar ni ek ;)







12 comments:

ayang said...

best eeh dpt geng cam tu.. sure enjoy je rasanya.. kan kan kan...
I terliur tengok kurma fresh tu.. My fav.. & tetiba rasa cam nak makan kek coklat u lak.. hehehehe.. Lama tul tak makan..

taz said...

Kitorang anak beranak pun terbongkang lepas balik...bila berkumpul tu tak ingat nak makan, bila dah habis, menyesal tak dapat makan..

My Life My World said...

ayang - Salam Yang ;)

Seronok sesekali berjumpa, bermesra sambil makan makan. Bukan selalu dapat jumpa pun kan.

Eh! U suker ker kurma fresh? Meh jumpa I, masih ada lagi dalam simpanan. Cepat, sebelum kehabisan stok ... hik hik hik

My Life My World said...

taz - Salam Zia :)

Tu lah, ingat kita orang jer. Memang lah Zia, bila makanan tu depan mata, buat tak pandang jer. Bila dah balik baru nak terkenang kenang semula.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

ntah bila lah saya dapat geng macam tu..

La ni geng saya adik pomfuan saya jer.


bez ar kak..

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Riena :)

Ini lah geng yang paling rapat dengan akak, tapi ada lagi yang tak datang. Kalau ikut kan ramai nih.

Semua ni geng satu rumah masa kat ITM Terengganu dulu. Kami masih rapat macam adik beradik sampai kini. Mana tak, bangun tidur muka ni, pergi kelas muka ni, pergi makan muka ni lah jugak. Duduk tempat orang, bergantung antara satu sama lain la kita orang kat ITM masa tu.

azieazah said...

Salam ACIK...

amboiii... mujur takda pertandingan paling banyak makan, harus bawak balik award besarrrr punyer. Hehehehhe

lama sungguh tak pi Tasik Perdana. Selalu lintas gitu jer, sbb lencong ke Tangling. Hehehehe!

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA ...

Lama nyer lah tak nampak akak. Pertandingan paling banyak makan, dah tak ada tandingan, bagi jer kat kita orang sekeluarga nih :)

Lama dah jugak tak melencong ke Tangling :) Rindu dengan gelak mengilai akak ... hahahahaha

IXORAROXI said...

bestnyerrrrrrrrrrrrrrrr eikk

My Life My World said...

IXORAROXI - Salam Ix :)

Best gilerrrrrrrrrrrrrrrr :D

Mrs Taz said...

Acik,

yang komen tu yan la hahaha .. dia nyesal tak dapat bwk balik nasi goreng acik kakaka

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Hehehehe ... iyer ke! Acik silap pandang la, tak sangka lak Yan sudi masuk Blog Acik, tak per ... nasi goreng tu nanti bila bila gathering acik buat lagi ;)