Lamanyer rasa tak 'update' apa apa kat sini. Sibuk sangat nyer lah ... sampai tak sempat nak jengah blog sendiri. Asyik jer lah tak cukup tidur ... lambakan kerja kat opis tu pulak, semua dah masuk tahap 'URGENT!' jer lah pulak. Belum kira kerja yang kat rumah lagi. Berlambak dah baju kat Laundry Basket tak berlipat. Lantai rumah pun rasa macam berjalan kat tepi pantai, berpasir jer. Tension, stress semua ada bercampur baur. Alhamdullilah ... hari ni rasa lega sikit. Sempat lah bertarawih untuk 20 rakaat di masjid, selalu nyer aku buat 8 jer, lepas tu sambung witir kat rumah. Itu pun selepas mengambil satu tin Nescaffe sebagai tonik untuk tidak mengantuk. Kalau tidak yang buat 8 tu pun asyik pergi basuh muka tiap kali 2 rakaat ... hehehehe. Sampai saat ini mata dah tak boleh nak tutup ... tak tahu lah macam mana nak bangun dan masak untuk sahur nanti. Mintak mintak la tak terbabas alaggapa.
Apa cerita Aran ... senyuman sangat manis ???
Sajer jer nak cerita pasal Aran ... last week dia buat permintaan, "Mak, nanti tolong belikan Aran mentol dengan perumah mentol yer, Cikgu suruh sediakan nak buat ujikaji" .. Uish, mak oiiii .. baru darjah 2 kau dah nak kena buat ujikaji anak ku. Masa aku darjah 2 dulukala (1977), perkataan ujikaji pun tak ada dalam buku sekolah. Memang tiap tiap minggu ada jer permintaan dari anak anak ni. Ada jer lah yang nak suruh disediakan.
Jadi mak nyer yang penuh ke'innocent'an telah menyinggah ke Tesco untuk memenuhi permintaan anak tersayang dengan membeli mentol dan perumah mentol seperti di atas. Dan dengan rasa bangga nyer sambil tersenyum riang lalu berkata, "Aran ... nah mak dah belikan" ... si Anak pun merasa sangat 'happy' sebab mak nyer telah memenuhi permintaan nyer, dan rasa penuh tidak sabar untuk membawa nyer ke sekolah. Dengan penuh rasa teruja, bila balik kerja si ibu pun seronok ler nak bertanyakan macam mana kejayaan si anak buat eksperimen dengan perkakasan canggih yang disediakan. Lantas si anak telah bersuara "Mak, cikgu kata mentol dengan perumah yang mak beli tu tak leh pakai. Yang tu cikgu kata untuk pakai kat rumah jer boleh, power dia besar sangat". Laaaa ... silap ler mak yer, cian anak mak ;(
Maka semalam, si anak pun siap mintak lagi mentol dan perumah. Aku memula naik buntu gak, mana lah nak cari. 'Gamble' aci redah jer lah pergi Hardware ... siap survey mentol kecik sikit dari yang kat atas nun. Budak kedai yang berketurunan dari Indonesia itu pun bertanya aku, "nak carik apa?", aku kata anak aku darjah 2 nak buat eksperiman, so nak belikan mentol untuk dia. Chewah! budak kedai tu siap kata, bukan yang tu lah kak, (nasib kau panggil aku kakak, kalau panggil mak cik aku dah carik kedai lain dah), besar sangat mentol tu... "Anak akak darjah 2 kan, jadi dia kena beli mentol kecik ni, dengan perumah mentol dan perumah bateri ni. Kalau darjah 4 kena beli lebih sikit barang dia, kena tambah suis mentol". Aduhai! terer budak kedai hardware ni, macam lab assistant kat sekolah jer, aku cakap anak aku nak buat eksperimen untuk darjah 2 jer, dia semua boleh tahu. Gedabak gedebuk harga dia baru RM4.50 je. Compare Rm10 hengget mentol dan perumah yang aku beli kat TESCO minggu lepas.
Ni lah dia bahan secukup rasa untuk eksperiman nyer
Ini pulak budak yang bangga tak hengat sebab berjaya buat eksperimen nyer :P
Jadi nyer hari ni Aran dengan penuh rasa bangga bercerita Eksperimen dia berjaya ... hahahaha bersinar sinar mentol ... terang satu kelas (campur mentol dari kawan sekelas yang lain). Siap kata nanti kalau rumah kita 'Blackout', boleh pakai lampu eksperimen dia tu. Hik hik hik... dan aku rasa, aku dah macam "Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan" ... saya budak baru belajar" ( korang sambung ler sendiri pantun nyer yer). Banyak nyer aku tak tahu pasal persekolahan budak budak zaman sekarang ni, yang aku rasa terlalu 'advance compare' masa zaman aku dulu :)
Abang Hilman tumpang sekaki rasa bangga .. hik hik hik