Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

GATHERING DI MELAKA

SABTU, 29 September 2012

Assalamualaikum,

Baru berpeluang nak update post pasal Gathering di Melaka Sabtu lepas. Aku ambik cuti Sabtu tu, sebab  patutnye aku bekerja. Nasib baik cuti banyak lagi, dah dekat akhir-akhir tahun ni memang patut pun untuk di abiskan. Huhuhuhu ... Aku tersangat excited nak jumpa kawan-kawan lama. Last sekali jumpa masa berbuka puasa bulan Ogos baru-baru ni. Tapi itu pun tak dapat lama-lama, tak puas rasanya. Ramai juga tak dapat hadir masa majlis berbuka kat Intekma tu. So kali ni sekali lagi ada peluang untuk berjumpa, itu yang teruja sangat. Balik jer kerja hari Jumaat tu, sarung Apron terus ler ke dapur nak mem'baking'. Nasib baik kek cekelat dah buat awal lagi. Tak lah sibuk sangat, tinggal nak buat Red Velvet Cup Cake jer. Dan akhirnyer siap pada pukul 12.00 malam. Entah hapa-hapa rupa cupcake aku. Sebab malas punya pasal aku celup dalam butir-butir berkaler jer. Hehehe...
Buat Cup Cake Red Velvet sambil ber'tenet'


Kali ni perjalanan ke Melaka semua anak-anak aku tak ikut. Kak Long nak study for SPM, Hilman ada Dinner Pengawas pukul 4 petang, yang sah-sah tak sempat nak balik semula. Aran pulak kena demam campak, jadinyer kena berpantang duk umah jer. Nasib baik aku ada 'back-up' baik punyer. Mak aku memang pantang di ajak, pergilah mana pun sudi jer nak temankan. Kengkadang keta aku jer tak cukup space nak bawak, ni yang bercita-cita nak beli bas ni. Huhuhuhu... 


Angah bawak Blurberry Cheese Tart yang sangat sedap ... nyesal tak tapau banyak banyak
Mak Tok tanya nak bertolak pukul berapa, aku cakap "Pukul 9 mok". Hehehehe ... pukul 9 aku tu dah jadik pukul 10 pagi. Mana tak nyer, aku kena lah sediakan bekalan untuk anak-anak yang nak ditinggalkan kat rumah. Nanti kelaparan pulak anak-anak burung semua. Manja-manja anak aku nih. Walhal ada jer makanan sejuk beku kat Freezer tu. Lastly keluar rumah pukul 9.30 pagi. Mak aku kata, "Aku dah agak dah, kalau pukul 9 kau tu mahu pukul 10" hehehehe ... sayanggggg mak tok, faham bebeno perangai anak dia yang sentiasa sibuk ni kan (alasan tak leh pakai, sibuk lah sangattttttt).

 Along bawak sambal telur. Zia dan Tajul  bawak ayam golek. Yang lain Miza masak termasuk nasik impit.

Kami kena singgah, erk ...kena ker . Hehehehe ... tak lah, singgah dengan rela hati di Mantin. Sebab nak jemput BFF aku, Rozilin @ Ucu yang duk dan kerja kat sana. Rozilin ni officer Maybank dan rumah dia betul-betul sepelaung jer dari pekan Mantin. Ucu bawak anak-anak dia, Alia yang kebetulan bercuti seminggu dari A-Level kat Lembah Beringin dan Amar yang petah berkata-kata macam mak dia. Tersesat jugaklah masa memula tu. Salah masuk jalan sampai Bangi pulak. Patut masuk belah Kajang ke Bukit Kajang dan masuk Highway LEKAS. Sampai kat rumah Ucu dah dekat pukul 11 masa tu. 


Satay Fujie dan Hasnol bawak, Masak lemak pisang dan asam pedas tetel Miza masak jugak

Masuk balik ke PLUS Highway ikut Nilai. Perjalanan agak tersekat-sekat di antara Nilai dan Seremban, Port Dickson dan Senawang. But sumpah tak terasa, dah tu asyik pot pet pot pet jer dengan Ucu dan mak, aku tahu-tahu dah sampai Air Keroh dalam pukul 12 lebih dekat pukul 1 gitu. Aku lupa pulak kat mana rumah Miza ... tempat perjumpaan kami. Nasib baik ada Angah yang sanggup tunggu tepi jalan lepas Tesco Cheng ... Sowi ler Ngah, aku salah masuk lorong, dah tu nak buat U-Turn banyak lak kereta. Bukan Angah jer ada tunggu aku, Along pun ada sebab dia pun tak tahu rumah Miza kat mana. Hehehehehe ... setia korang tunggu Acik kan ;) Sayangggggg korang.


Kek Secret Recipe, Shikin dan Sham bawak, Tepung Pelita Along bawak,
Rojak dan kuah rojak pun Miza punya.

Sebeno-benonyer acara makan-makan ni pun disekalikan dengan Resepsi Miza yang telah di ijabkabulkan beberapa bulan yang lalu. Punya lah lama, baru sempat kita orang nak meraikan beramai-ramai. Tapi biasalah, ramai klik duk KL nak pergi Melaka bukan dekat. Maka adalah muka-muka kat bawah ni jer yang sempat berkumpul di hari yang indah ini. Tapi  kalau nak tunggu semua kita free ... memang tak ada lah akan terjadi kejadian yang di ingini ni. Miza ni lecturer di UiTM Melaka ... cepat-cepat ler pindah KL Miza, senang kita nak bergather-gather lepas ni kan.



Dari kiri Fujie, Miza, Aku, Ucu, Angah, Zia, Along, Shikin dan anak bujangnya. Yang teruna ganteng tu pulak dari kiri Hasnol, Mahyuddin, Tajul dan Sham. Seronok bila dah jumpa kawan-kawan ni. Kami semua sebaya. Biasalah bila dah jumpa rakan sebaya, terasa macam bebudak balik, macam zaman kat ITM semula. Agak-agaknyer anak-anak tengok perangai mak bapak pun tercengang. Buruk nyer lah perangai ... dengan suara bercakap bervolume maksimum masing-masing, dengan hilai ketawa yang kalau pontianak dengar pun pengsan. Hahahahahha ... hilang dah control ayu dan jelita masing-masing tu. 



Inilah antara BFF aku, kawan sehidup semati ... Insya ALLAH. Ni pun tak cukup ni, ada lagi ... sebab Baa dan Yong tak dapat nak datang. Dari kiri Zia (awet muda selalu), Acik, Along, Ucu dan Angah. Perasan tak nama panggilan kita orang sesama sendiri. Sebab kita orang ni dah macam adik beradik, mak kau mak aku, rumah kau rumah aku ... dah tak ada rahsia langsung antara kami, malah kita orang lagi rapat dari adik beradik sendiri kut. Hehehehe ... Along sebab dia anak sulung, gitu gak lah dengan Angah dan Acik ikut ranking keluarga kami dan Ucu sebab dia termuda antara kami begitu jugak dengan Zia yang termuda. Nama Ucu dah direbut dahulu oleh Rozilin. Teringat masa duk kat ITM Dungun, bila siang bilik Acik, Along, Angah dan Yong adalah 4 orang, tapi bila malam bilik yang 4 orang tu dah jadik 8 orang kengkadang, sebab bilik kita lah yang jadik pot semua orang berkumpul. Macam nak pecah kecoh dan riuhnyer. Memori terindah kami. Kalau boleh diulangi lagi ...

Geng ni jugaklah yang 'matchmaking' kan jodoh untuk adik bongsu kami Zia, dengan Tajul. Tajul classmate Acik dan Angah. Zia pulak housemate kami dan classmate Along. Tak sangka matchmaking kami menjadi dan berkekalan jodoh nyer hingga ke hari ni, hingga kehujung nyawa hendaknya jodoh kalian. Amin. Kita orang sayang korang berdua sebab korang lah simbol persahabatan kita. Sob sob sob .... sebaklah pulak.



Macam dah nak ambik gambar Kelas of  the Year 2012
Semua murid murid tua. Semua dah bulat-bulat.
Zia dan Shekin jer yang kekal slim :)



Freestyle kata nyer ... 



Hasnol tukang baca doa selamat dan di aminkan kami semua



Geng ibu ibu berkumpul dan bergossip



Ucu dan amar dan Zia ...


Mak Tok tengah berselera habiskan satay, bertemankan Along ..
Along kau makan ulam jer ker, nasik tak nampak langsung.



Ucu and Family, baiknyer Alia suapkan adik dia.
Dah lah pandai, bakal ke UK tahun depan rajin lak tu
Nasib baik ler Acik tak ada anak lelaki baya kau Alia ... hehehehe



Seronok sungguh bila dah berjumpa. Lupa diri, lupa masa dan lupa jugak nak balik. Hehehehe ... macam sayang jer nak tinggalkan korang. Keluar dari rumah Miza dah pukul 5 petang. Then Acik, Acu dan Along  sambung berborak pulak dirumah Angah di Kerubung. Solat asar dan maghrib. Alang alang dah sampai Melaka kan semua tempat nak singgah. Kat rumah Angah makan lagi, dia sempat beli jagung manis masa on the way nak balik rumah dia. Maka kami dijamu dengan jagung rebus dan cokodok jagung pulak oleh Angah. Keluar dari rumah Angah dah pukul 8 malam masa tu. Nasib baik lah Melaka - KL tak berapa jauh. Along pulak bermalam di rumah atuk dia kat Alor Gajah. Sedar tak sedar, kawan rapat aku ramai orang Melaka rupanyer. Orang Melaka, walaupun cakap dan kata-kata dia orang kasar tapi dia orang sangat baik hati, ambil berat dan ramah orangnyer. Sementelah aku pun memang kasar sahaja kalau berborak dengan kawan kawan rapat aku nih. Hahahaha.... Aku sayang korang semua ... semoga ukhwah kita sampai ke hujung nyawa hendaknya. AMIN

nota kaki: Along dan Angah ... korang lah manusia pertama yang mengajar aku menggunakan perkataan 'AKU' dan 'KAU' bila bercakap. Yang sebelum tu aku hanya pandai berbahasa 'Saya' dan 'Awak' sahaja. Sampai korang denda aku  bila terlepas cakap 'saya'. Hukhukhuk ... korang jahat tapi aku sayang korang sangat-sangat. Muah muah muah ...

Sunday, November 7, 2010

'DEEPAVALI VARTHAKAL' DI MELAKA

JUMAAT, 05 November 2010

Sambut Deepavali? Sudah semestinya ... kitakan 1 Malaysia gitu. Tapi tak adalah aku pergi rumah kaum berugama Hindu, meraikan cuti 1 hari yang diberi kerajaan tu dah cukup satu rahmat untuk aku dan keluarga. Dapat mengeratkan hubungan ... bergaduh, lepas tu suka-suka, bergaduh lepas tu baik balik. Yang tu anak-anak aku, kereta dah ada besar sikit (sikit jer tak ler besar sangat pun) pun nak gaduh lagi. Kau langgar aku lah, kaki kau kangkang besarlah, tangan kau kena badan aku lah .... korang ni bisinglah .... Aduyai! sabo jer lah mak dia, masa kecik dulu ada gak aku bawak rotan masuk kereta. Dah beso-beso ni kena leter jerlah korang. Mana tahu kut-kut insaf dan jadi budak baik. Kejap nyer pun sonyap, lepas tu bising balik. Tapi itu lah pun kemeriahannya.



Kami bertolak keluar Kuala Lumpur pukul 11 pagi, biasalah selepas mengemas rumah dan isi perut ala kadar. Phew! tak sangka JEM Giler .... tapi tak adalah berhenti terus, jalan gak 20Km/Sejam. Belum sampai Nilai lagi dah sesak ... aku yang kengkadang ada rasa kurang sabar ni ... lalu gak kat lorong kecemasan. Nasib baik tak ada Polis. Aku rasa semua orang nak balik kampung kut sempena cuti panjang Deepavali plus Hari Sabtu dan Ahad. Yang kita orang ni merasa lah jugak kesesakan lalulintas di musim perayaan, sebab sebelum ni tak pernah rasa kan.



Lepas jer Tol Senawang baru rasa lega sikit. Tapi kereta still banyak lagi, tak leh la nak memecut. Ingat dah tak jumpa sesak lagi. Satu lagi sesak bila nak masuk Tol Air Keroh ... 1000KM sebelum masuk tol dah beratur panjang. Sabar jer lah. Perjalanan yang singkat, selalunya aku ambik masa dalam 1 ker 1 1/2 jam dah jadi 2 jam. Kami sampai pukul 1.05 tengahari macam tu. Opssss ... lupa nak cerita. Sebelum sampai R & R Seremban boleh Aran kata, "Mak, Aran ada satu masalah besar ni..." Suspen aku,"Kenapa? Aran sakit perut ker? Nak kencing ker?" dah ler masa tu jalan sesak kan. Dia balas balik "Tak ... tak... Aran rasa macam tak bawak kasut @ selipar la ... tadi terus masuk kereta". Ah! sudah ... "Aran tinggal jer lah dalam keta yer" aku menyakat dia ... nasib baik aku ada sandal spare dalam kereta, so dia pakai kasut 'Croc Pink' yang aku pakai waktu tu. Nasib kau ler Aran pakai kasut beso.... hikhikhik

Singgah kat tepi tasik sebelah Zoo Melaka ... carik nasik. Sedap makan kat sini, pemandangan cantik, banyak angin. Selalu kalau datang Melaka mesti singgah sini. Aran jer tak nak makan, sebab dalam keta dia duduk kat stok makanan. Tak berhenti-henti dia pulun makan roti, kuih, keropok, kacang ... sampai makan tengahari tak lalu dah Aran nak makan. Kami ke JJ Bukit Beruang lepas tu, niatnyer nak carik sandal untuk Aran yang tak ada alas kaki tu. Jumpa kat Bata ... kasut Bubble Gum pulak tengah ada Sale waktu tu. Sambil tu carik hadiah untuk 'Merah' anak sedara Ayang. Kami ada jemputan ke Majlis Hari Jadi petang ni. Ingat kalau sempat nak lah singgah.



Kami sampai rumah Angah dalam pukul 3 ++ , nasib baik sempat solat Zuhur lagi. Angah ni my BFF (Best Friend Forever). Nama betulnyer Firdaus Abdullah. Ni ler punca datang Melaka pun. Nak melawat Angah dan rumah barunya yang dah direnovate. Ini kali kedua aku datang, kali pertama melawat banglo dia pada 30 Januari 2010 yang lalu. Sila baca di sini. Kali ni aku datang satu kereta, aku dan keluarga jer Plus Mak Tok ... Wah! cantik rumah Angah selepas direnovate. Bilik Sembahyang kat atas tu pun selesa jer, tema kaler hijau lagi.


Angah sempat buat Krim Karamel sempena kedatangan kita orang. 4 Bekas beso lagi, sampai boleh ler kita orang tapau bawak balik 1 bekas. Sedapppppppp ..... Sambil-sambil Mak Tok borak-borak dengan Angah, aku jadi Paparazi round rumah dia ambik gambo. Tak per yer Ngah aku letak kat sini, aku tak letak gambar bilik tido jer ;D


Ini ruang Toilet Awam dia.
Belah depan toilet ni ialah ruang mendobi khusus untuk basuh baju dan gosok baju.
Kaler Purple ... I Like :D


Ruang Tamu kedua .....
Wing Chair dari Fella Design tu pun dalam kategori .... I Like :D


Ruang Tamu Utama ...
Sofa Lorenzo .... empuk dan lembut sungguh.


Dapur Basah ....
Gambar dapur kering tak dapat ditayangkan
Pertama ... sebab kabinet tak siap lagi
Kedua ... tuan rumah duk bersilat tengah memasak tak pakai tudung ... hehehe


Lupa lak ... siap ada CCTV
Kalau nak masuk kena lambai-lambai tayang gigi kat luar tu dulu
baru leh masuk ... hehehehe
Itu pun kalau kenal, kalau idak ... Selamat Jalan Romeo ler


Angah sempat lagi masak makan petang untuk kita orang. Simple but nice ... Ikan Jenak goreng kunyit, sambal tumis ikan bilis. Ikan Jenak dengan air assam tu sedap sangat. Bila dapat makan kat kat Dining Table dari Lorenzo ni makin ler tambah sedap kan ... hikhikhik. Tapi sungguh, mak aku dah sampai KL pun duk sebut lagi sedapnyer Ikan Jenak tu. Angah kata Ikan tu fresh dari laut. Patut ler manis jer rasa nya.



Lepas makan dah pukul 6 lebih dah waktu tu. Masa kita orang nak balik, baru ler dia orang ni nak main tau. Memula datang tadi enjin memasing tak panas lagi kut. Ditambah pulak dengan Aran dan Man yang monyok sebab tak dapat main 'Go-Kart' kat Air Keroh. Tak sempat ler sayang, nanti next time kita datang yer. Mak Angah dah siap offer duk rumah Banglo dia ni hah. Angah pun jarang datang sini sebenarnya, waktu weekend jer dia datang. Dia ada satu lagi rumah kat Bukit Beruang.


Okay, jom ambik gambo beramai-ramai sebelum balik .... muka dah sememeh dah waktu ni. Nasib baik nak balik KL jalan tak sesak. Sempat lah singgah Solat Maghrib kat R&R Seremban dulu. Aku suka surau kat sini, sebab selesa dan besar selain dari R&R Tapah yang cantik tu. Selamat sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. Kena dapatkan rehat sepenuhnya, sebab esok dah kena kerja semula...hukhukhuk.

Wednesday, August 11, 2010

SEPANJANG JALAN KE TANJUNG BIDARA


AHAD, 07 OGOS 2010
- Siaran Tertunda

Semalam dah janji dengan Mak Tok, nak bawak dia berjumpa dengan anak bongsu dia yang jauh tercampak buat praktikal kat Hospital Alor Gajah. Kali ni jauh sikit Mak Su kena buat praktikal, kalau idak asyik ler muka dia tertempek kat HKL jer. Anak anak aku yang memang suker berjalan ni apa lagi, memang sangat dialu-alukan lah cadangan Mak Tok tu. Dan sebagai anak dan kakak yang baik ati ... ceh porah! ... aku okay jer, lagi pun aku ni memang suker berjalan jalan ni. Dah masuk dalam kategori Hobi di waktu lapang :)



Biasanyer kalau week-end nak pergi mana-mana mesti tunggu lepas Kak Long abis tuition. Minah sorang ni pantang dia kalau kena ponteng sekolah atau tuition. Kita orang bertolak dari KL dalam pukul 12 macam tu, dan sampai ke Alor Gajah pukul 1.15 tengahari lebih kurang. Dekat lak rasa nyer, sebab dah selalu ikut laluan ni kut. Mak Su dah tunggu depan rumah sewa dia, betul betul tepi jalan nak ke pekan Alor Gajah, dan rumah dia tak sampai pun 1 Kilometer dari pekan Alor Gajah tu.




Sempat ler buat lawatan menjelajah rumah sewa Mak Su ... beso gak umah dia. Siap ada pokok rambutan rendang yang tengah lebat berbuah depan umah. Menurut cerita Mak Su, Mak Cik Mariam tuan rumah ni duduk dengan anak dia kat Putrajaya so daripada dibiarkan kosong, disewakan pada student. Lepas dah buat sessi kembang setaman dengan kawan serumah mak su dan lepas solat zohor semua, kami bertolak ke tempat nak berkelah. Memula tu, konfius gak sebab tak tahu nak gi mana. Samada Pengakalan Balak ke atau Tanjung Bidara. Mak Su kata Pengkalan Balak pantai tak cantik. So buat keputusan gi Tanjung Bidara.



Aku tak pernah drive ke Tanjung Bidara sebelum ni, jadi tawakal lah ikut jer signboard tepi jalan tu. Akhirnya sampai lah jugak. Kira jauh ler jugak, lebih kurang 25 Kilometer dari umah Mak Su. Hehehehe ... ingat kan dokek jer. Kena tempuh UiTM Melaka, Kolej Matrikulasi, MRSM bagai. Bagus gak, kalau tidak tak tahu tempat kan. Dan aku bernasib baik jugak sebab Muhammad Hilman ada, dia ni seorang pengingat dan penghafal yang baik. Jadi sekali lalu jer dia dah leh ingat, dia ler jadi Navigator aku masa nak balik hantar Mak Su semula. Sebab masa balik tu tak ada signboard... hikhikhik.



Sampai jer kat Tanjung Bidara, benda pertama yang kita orang buat cari tempat landing nak makan. Perut masing masing dah nyanyi lagu rock heavy metal. Aku dah pesan kat Mak Tok, "Kita bawak bekal lah ek" .... save budget ;) Tak susah nak cari tempat sebab ada banyak wakaf kat sini. Kena cari wakaf kosong jer.







Seronok nyer dapat makan tepi pantai. Sambil sambil berborak sakan dengan Mak Su yang tak abis abis bergossip. Bertambah-tambah memasing makan. Aku bawak nasik lemak bungkus jer, order kat jiran sebelah umah suruh buatkan. Marbelles rasa dia. Mak Tok bawak nasik putih dengan lauk ayam dan sambal ikan bilis dan sayur air. Sebab di kata tak mo makan nasik lemak, lastly dia tibai gak nasi lemak tu.... hehehehe. Dah abis makan ... Jom kita saksikan apa aktiviti dia orang lepas tu


Anak dara 2 orang ni tak abis abis ler nak camwhore


Main air jer lah, dalam pada tu duk merungut sebab tak bawak baju mandi.


Membina Istana Pasir yang asyik jer runtuh dipukul ombak


Budak ni kalau ikutkan ati dia dah masuk dalam air dah, tunggu permission aku jer ni.
Sori ler Man ... permohonan anda gagal :)


Budak ni jer yang kesabaran dia kuat sikit dari abang dia.
Tak kisah kalau tak dapat mandi pun


Anak anak kesayangan yang hanya mampu bermain di gigi air pantai

Kalau tak kenangkan nak balik KL mahu tunggu sampai matahari turun kot. Dalam pukul 5 lebih kurang balik semula hantar Mak Su ke rumah sewa dia, dan off balik KL. Jalan adalah sesak di Lebuhraya berdekatan Seremban dan Nilai. Sampai umah jer dah pukul 6 lebih. Masih sempat solat Asar dirumah. Alhamdullilah ... perjalanan ini dilindungi, Syukur :D