Mungkin aku jer yang ketinggalan zaman kot, walhal orang sekeliling hatta anak aku Kak Long pun dah lama tahu pasal benda ni. Dia ada berbincang dan bercerita kat mak dia ni pasal Freemason, Kaballah, Yahudi, Zionis dan lain lain benda yang menyesatkan ni. Pasal artis-artis Freemason such as Lady Gaga, Raihana, Beyonce, JayZ, Kanya West, Maddona. Cuma sebelum ni aku jer yang tak berapa nak tangkap dan hanya mendengar sebab tak dapat membayangkan. Sehingga beberapa hari lepas aku bukak Blog Hami Asraff dan Blog BeautifulNara yang cerita pasal Illuminati dan Freemason dalam Video Clip Alijendro by Lady Gaga. Kalau dengar beat dia memang lah sedap, tapi kalau tengok Video Clip dia yang memang lucah abis dan lirik dia yang dikupas bak bawang merah tu, ianya memang menakutkan. Nanti korang tengoklah sendiri, tengok lepas berbuka, kalau tengok sebelum dikhuatiri kureng pahala posa korang.
Aku pun terpanggil lah nak tahu ... apa benda lah Freemason serta Illuminati ni. Dan ramai pulak orang yang bercerita pasal satu rencana ni, it's call THE ARRIVAL ... ni ha aku tempek kan 'Youtube' kat bawah ni. Memang tak rugi menonton. Aku tak khatam lagi ... dia ada 50 episod, aku baru sampai 11 episod tapi sangat sangat interesting sekali. Korang carik ler sendiri episod seterusnya. Dia ada dalam berbagai bahasa. Rencana ni buatkan aku rasa aku kena kuatkan Iman yang cetek didada ni, buat bekalan di hari muka. Sungguh! tak tipu ... Ya ALLAH! Hidup dan matikan lah aku dalam ISLAM DAN IMAN, jangan lah dipesongkan hati dan pemikiran ku dan saudara-saudara ku pada MU.
Golongan Freemason ni memang ada jer kat keliling kita dan dimana-mana. Hari tu aku terbuka satu blog ni, dan kat situ ada YOUTUBE tentang orang yang paling kita kenali dan ramai orang yang minat bagai nak gila kat kumpulan ni. Tapi sebenarnya dia memang pengikut Freemason tegar yang cuba nak kuasai Minda, Tubuh dan Jiwa dengan lagu-lagunya yang menjadi kegilaan anak anak remaja sekarang. Bila kenangkan perang jiwa dan minda di luar sana yang selalu mengancam kita semua especially anak anak kita yang mentah jiwanya, buat aku jadi takut. Kuatkah aku untuk terus mempertahankan diri? Kuatkah aku untuk menjaga dan mendidik anak anak dari tidak terpengaruh dengan mainan duniawi yang bisa menyesatkan ini?
Video Clip ni ada 3 siri semuanya
Sebelum ni aku tak tahu pun pasal simbol-simbol 'satanisme','the all seeing one eye', 'star of david' dan macam macam lagi lah. Tapi bila tengok Video Clip artis artis Freemason dan Illuminati ni baru lah faham. Kalau tidak memang bodoh la main tengok jer dan terima serta anggap ianya satu fashion terkini yang kalau tak pakai tak 'Rock' ler. Terpulanglah pada anda-anda semua yang bijaksana untuk menafsirkan rencana-rencana di atas. Macam aku yang tak bijaksana ni baru nak search benda benda gini :) So, korang renung-renungkan lah dan selamat beramal.
p/s : Moral of the story- Jangan terima bulat bulat jer apa yang menjadi kegilaan orang ramai tu. Peringatan pada diri sendiri sebenarnyer ni, sebab selalu terleka dan khayal dengan mainan duniawi.
8 comments:
Salam Kak,
pernah dapat email pasal lagu baru lady gaga ni.
ada saja cara diorang nak sesatkan orang muslim.
minta2 anak2 kita dijauhkanlah.
very good posting acik ... kalo tak zia pun tak tau ..tima kasih bnyk2 .. mintak2 Allah tetapkan iman kita sume ..
Sungguh besar cabaran utk kita sekarang, kan?
eh itu Ahmad Dhani ker? btw, Kak Azie takler minat dia ni, tak pernah pun dengar nama dia sebelum, tapi sebab dia ada nyanyi lagu Madu Tiga (remix) lagu asal P.Ramlee tu, Kak Azie suka lak lagu versi Dhani ni.
Apapun terimakasih berpesan-pesan berkongsi info.
a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina :)
Macam macam cara dia orang nak sesatkan kita nih, apatah lagi dia orang pemegang saham terbesar media elektronik di dunia ni. Dalam diam-diam agenda dan propaganda senang jer masuk dalam TV di setiap rumah orang kat dunia ni.
Itulah yang menakutkan Rina, minta mintak lah anak kita selalu di lindungi dan tak terpengaruh dengan dakyah yang menyesatkan ni kan
Mrs Taz - Salam Zia :)
Acik pun macam Zia jugak sebelum ni, kabur dan tak dapat bayangkan. Walaupun kerap Kak Long bercerita.
Amin atas doa Zia. Mencabar sungguh jadi ibubapa zaman sekarang ni kan.
azieazah - Salam Kak AA :)
Betul kak, besar nyer cabaran kita. Masalah nyer jugak kita kekadang pun turut terleka dan terlena ... saya ni.
Betul lah tu kak, memang Ahmad Dhani. Ibu dia keturunan Yahudi-Jerman. Dalam tubuh nya memang ada darah Zionis yang diagung agungkan tu. Banyak cerita tentang mamat ni dan fahamannya.
Hello Lady, I love your sense of humour re your profile, 'occupation'.....ha ha....looks like ta'senang jaga semua tu. And 4 kids, I guess rumah pun ada traffic jam.
I really love your previos posting of Tanjong Bidara. I learned to swim there, age 5.
I still remember on the way passing Tanga Batu, Sungei Udang....
Those days, 1950s ada curfew also as communists still active.
Thanks for the memories.
You have a pleasant bulan puasa, and keep a song in your heart, Lee.
Uncle Lee - Thank you for visiting. Sila datang lagi yer ;)
Post a Comment