Thursday, December 16, 2010

D.E.B.A.R.A.N.

beliamuda nak minta izin .. beliatua pinjam tempek jadual ni yer ;)


Pagi tadi dengan siaran berita di radio. Keputusan PMR sah akan diumumkan pada 23hb Disember 2010, Khamis depan tu. Hati aku lak yang berdebar-debar lebih-lebih ni ... macam aku lak yang nak dapat result. Moga Kak Long dapat keputusan cemerlang kali ni.


Teringat masa aku dulu-dulu....greng greng greng (sound effect ler konon). Masa tu bukan disebut PMR tapi dipanggil SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Nampak sangat aku dah kertu. Aku ambik periksa kat Sabah to be exact Maktab Sabah, tahun 1984 ... waktu tu ikut abah posting ke Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Tapi masa keluar result tu aku dah balik Semenanjung semula. Jadi tak merasa ler nak ambik result sendiri. Abah aku yang pergi ambik kan. Aku punyer lah suspen giler tunggu abah aku call waktu tu. Dah petang dalam pukul 3 macam tu baru Abah call. Masa dia call explain tu pulak dia bukan straight kasik tahu aggregat. Dia baca semua matapelajaran aku dapat gred apa. Lagi tambah suspen ... but Alhamdullilah result aku best dan melayakkan untuk masuk 'best listed school' di Kuala Lumpur yang memang susah nak masuk kecuali kalau ada kabel besar jer.



Sekarang ni tiba giliran anak aku pulak ... sama jer rasa debaran macam aku yang nak terima result. Phewww ... tambah lagi debaran Aran nak masuk Jawi lagi 2 hari ni, macam aku lak yang nak bersunat .... hukhukhuk

6 comments:

Anis Rusham said...

anis yakin kaklong dapat straight a's.
amiiin.dia kan selalu menggilapkan kepandaian dgn selalu study.

My Life My World said...

ANIS - Amin atas doa Anis itu. Takut gat impian tak tercapai ... hukhukhuk. Dia bukan ajer gilap pandai dengan study, yang best tu dia kalau study mesti depan TV ... tak ada TV dia kata tak leh masuk otak ... macam-macam ler adik awak tu Anis ;)

Anis Rusham said...

hahahaha,nama pun adik.perangai pun macam kakaknyer jugak
TV tu peneman auntie.kalau sunyi sangat tak boleh masuk benda yang di-study nyaa.hahaha

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Long mesti dapat the best !



Masa Aran pulak; Along & Angah dah selamat...lega betul..

My Life My World said...

ANIS - pandai lah korang ni yer ;)

My Life My World said...

azrina.03.07 - AMIN atas doa Reen ... hendaknyer gitu lah. Itu ler ... akak pun tak sedar anak Reen sunat hari tu. Akak lak tengah suspen ni nantikan hari BESAR Aran. Lama tak nak sembuh Reen?