Showing posts with label PMR. Show all posts
Showing posts with label PMR. Show all posts

Friday, December 24, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

Khamis, 23 Disember 2010



Aku cuti semalam. Memang khaskan diri untuk temankan Kak Long ambik result periksa dia. Awal pagi dah semangat bangun, lagi awal dari orang yang ambik periksa. Dia boleh lak tidur balik lepas Solat Subuh. Ditemankan oleh Iqa dan Aran yang masih berkain sarung. Dia orang berdua ni tinggal dalam keta jer. Sanggup tu tunggu berjam-jam. Hilman jer tak ikut, duk jaga rumah. Sampai kat sekolah pukul 10 pagi macam gitu. Tak lah ramai sangat masa tu. Ada lah tak sampai 50 orang termasuk mak bapak.


Nur Farhanah dan Nurul Farhanah ... sebelum result


Bagi aku, ini lah kali pertama aku ambik result periksa ramai-ramai macam ni. Kan dah cerita last post, abah aku yang ambik kan result SRP. Masa SPM lak aku tak datang pagi, aku datang ambik result pukul 3 petang. Terus pergi opis sekolah. Tak ada orang langsung dah masa tu. Memang lain lah perasaan kali ni. Masa Kak Long dan Iqa result UPSR tak rasa gerun sangat macam ni. Tak tahulah masa result SPM nanti, mahu aku lak yang panik nanti.


Depan dewan sekolah ... dah ramai menunggu


Group Boys ... Naz boleh senyum lagik


Punyalah lama kita orang tunggu, dari pukul 10.oo pagi. Pukul 11.oo pagi baru keta cikgu masuk kawasan sekolah bawak result dari Kementerian. Tapi dari reaksi cikgu, muka masing-masing macam happy semacam jer. Siap tepuk-tepuk tangan lagi. Aku rasa konfiden lah sikit. Sebab kawan Kak Long yang Trial 6A pun boleh dapat 8A ... inikan pulak Kak Long masa Trial 8A. Kawan dia tu, mak sedaranyer cikgu, so dia tahu dulu. Heheheha... ni aku lak yang lebih. Sori la korang, aku lak emo lebih-lebih. Sapa yang penah alami apa yang aku lalui boleh faham kut.


Kak Long and her bestie, Susu yang genius pun muka nampak cuak

Tengok Kak Long pun macam relax jer, tapi kengkadang cuak jugak aku tengok muka dia. Dia tunggu betul-betul depan pintu dewan. Dan dia lah antara orang yang pertama sekali serbu pintu dan serbu cikgu, bak kata Kak Long macam 'Amazing Race'.




Lawak nyer aku tengok mak bapak pun ada masuk dewan. Aku pun biasalah memang cop muka tak malu kan, selamba jer terjah sama. Siap aku duk sebelah Kak Long lagi tengok cikgu kelas dia baru nak siat-siat slip keputusan peperiksaan tu. Korang jangan lah ikut perangai aku ni, tapi kalau tak malu macam aku ni silakan lah.



Lastly Straight 8A's dalam gengaman Kak Long. Mak dia suker giler ... oppssss I admit yer. Tapi tak lah sampai menangis. Sebab dah boleh agak kut. Dan dalam kelas dia hanya dua orang sahaja yang tak dapat 8A.

Kak Long dan Susu ... Akhirnyer

Mak tahu Kak Long happy sangat. Berbaloi segala kerja keras walaupun selalu Kak Long kena marah dengan mak sebab jarang bukak buku. Tapi alasan Kak Long, takut baca awal-awal nanti tak ingat. Kena baca dah bila dekat masa periksa. Dengan rumah kita tengah berabuk masa renovate hari tu lagi. Syukur, dapat jugak Kak Long tempoh semuanyer.



Dan lastly .... Blackberry berjaya ke genggaman. Errrr ... ini bukan hadiah dari aku. Ini hadiah dari abahnyer yang beli masa balik Aran sunat hari tu. Abahnyer pun macam amat konfiden jer, beli sebelum keluar result. Sedih :( sebab abah tak ada nak tengok sekali Kak Long ambik result kan. Dia balik Bintulu sehari sebelum result keluar. Kalau tidak mesti lagi happening kan Kak Long.

p/s : Ini bukan entri riak yer, tapi rasa bangga tetap ada dan
berharap menjadi ikutan dan pembakar semangat buat anak-anak yang lain...

Thursday, December 16, 2010

D.E.B.A.R.A.N.

beliamuda nak minta izin .. beliatua pinjam tempek jadual ni yer ;)


Pagi tadi dengan siaran berita di radio. Keputusan PMR sah akan diumumkan pada 23hb Disember 2010, Khamis depan tu. Hati aku lak yang berdebar-debar lebih-lebih ni ... macam aku lak yang nak dapat result. Moga Kak Long dapat keputusan cemerlang kali ni.


Teringat masa aku dulu-dulu....greng greng greng (sound effect ler konon). Masa tu bukan disebut PMR tapi dipanggil SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Nampak sangat aku dah kertu. Aku ambik periksa kat Sabah to be exact Maktab Sabah, tahun 1984 ... waktu tu ikut abah posting ke Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Tapi masa keluar result tu aku dah balik Semenanjung semula. Jadi tak merasa ler nak ambik result sendiri. Abah aku yang pergi ambik kan. Aku punyer lah suspen giler tunggu abah aku call waktu tu. Dah petang dalam pukul 3 macam tu baru Abah call. Masa dia call explain tu pulak dia bukan straight kasik tahu aggregat. Dia baca semua matapelajaran aku dapat gred apa. Lagi tambah suspen ... but Alhamdullilah result aku best dan melayakkan untuk masuk 'best listed school' di Kuala Lumpur yang memang susah nak masuk kecuali kalau ada kabel besar jer.



Sekarang ni tiba giliran anak aku pulak ... sama jer rasa debaran macam aku yang nak terima result. Phewww ... tambah lagi debaran Aran nak masuk Jawi lagi 2 hari ni, macam aku lak yang nak bersunat .... hukhukhuk

Tuesday, October 5, 2010

PMR 2010




Hari ini dalam SEJARAH ... ker bakal jadi sejarah :) Pada tanggal 05 September 2010 tepat pada pukul 8.00 pagi tadi, maka bermulalah Peperiksaan Menengah Rendah @ PMR yang telah diduduki oleh anak sulung aku, Nur Farhanah Binti Hashim. Mak rasa amat suspen dan bangga ... suspen nyer sebab macam mak lak nak ambik peksa walaupun mak tak baca buku hik hik hik. Bangga sebab ... Wah! anak mak dan besar, dah boleh ambik PMR. Teringat masa mak ambik SRP dulukala. Bagai nak rak belajar tak ingat alam sekeliling dah.

Pagi tadi tanya Kak Long, "Kad Pengenalan dah bawak?" soalan yang memberi makna untuk aku jugak. Sebab masa SRP dulu lah kad pengenalan aku telah di curi orang dan aku terpaksa bawak paspot antarabangsa untuk peperiksaan hari esok nyer. Masa tu SRP aku kat Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Tu yang ingat bebeno tu. Dan jawapan Kak Long, "Alamak, lupa nak ambik Kad Pengenalan" ... nasib baik ler rumah beratus ratus kangkang kera jer. Balik semula lepas tu hantar kad pengenalan ke sekolah. Thanks Intan ... sebab sudi tunggu auntie kat post guard untuk ambik kad pengenalan Ana :D luv U lah.

Harapan ...

Mana lah ada mak yang tak harap anak berjayakan. Aku pun gitu lah gak. Semoga Kak Long berjaya ulangi kejayaan masa Trial PMR hari tu. 'Straight A' hokey. Jangan risau mak tak tipu nak kasi reward Beg Roxy kalau dapat 'Straight A'. (tulis kat blog ni kira akujanji dah nih). Itu jer yang mak mampu ... yang mahal mahal tu mintak dengan Abah ek ;D


GOOD LUCK Sayang! .... semoga dapat banggakan keluarga dan menjadi pemangkin serta contoh untuk adik adik yang lain.