Showing posts with label Anak anak ku. Show all posts
Showing posts with label Anak anak ku. Show all posts

Friday, July 22, 2011

DEMAM HARRY POTTER


Demam ... memang sangat-sangat demam. Anak-anak aku yang demam, aku gak jadi mangsa. Nak buat macammana, kena lah carik ubat. Duk merengek dari minggu lepas bercerita pasal Harry Potter, duk tanya hari-hari "Mak bila nak pergi tengok Harry Potter". Nak dibiarkan demam tak sampai ati lak. Biasalah mak-mak, setakat yang boleh nak jugak tunaikan hajat anak. Tengok anak suka dan bahagia, mak lagi lah bahagia.


Hari ini masa lunch hour, aku gigihkan jugak diri ke OU, Bandar Utama. Terjah GSC nak carik tiket untuk hari Ahad. Nak 'booked' lagi awal memang lah tak boleh. Kena awal 3 hari baru boleh beli. Parking pun carik kat Level 'Cinema' jer. Mana ada masa nak melilau berpusing carik tempat lain. Walaupun hari ni Jumaat tapi Lunch Hour aku tetap 1 Jam jer. Penuh gak parking, tapi aku gamble jer letak kat tempat bukan parking yang tak menyusahkan pengguna lain.



Ramai gak orang, ingatkan kaunter waktu gini clear. Adalah dalam 15 minit beratur. Nak beli 'online' tak reti acik ni haaa. Maklumlah takut salah dan tak berani nak ambil risiko. Aku memang macam gini. Tak maju-maju lagi bab-bab online atau e-dotdotdot. Takat pendaftaran syarikat dalam online reti lah aku.


Akhirnya, 7 tiket dalam genggaman. 5 dewasa dan 2 kanak-kanak. Walaupun Hilman dah lagi tinggi dari aku, tetap aku belikan tiket untuk kanak-kanak untuk dia. Ala masih belajar kat sekolah rendah tu kira kanak-kanak lah jugak kan kan kan. So, pay attention yer anakanda 'S' dan 'N' bukan nama sebenar. Sila freekan diri pada hari Ahad ni. Kalau tidak auntie suruh Lord Voldermort carik korang. Hmmmm .... apalah pulak nombor handphone si Voldermort ni.

Wednesday, December 15, 2010

BERENDAM DI ULU YAM

AHAD, 11 Disember 2010

Plan nak berendam kat Ulu Yam ni dah lama buat, sejak cuti sekolah start lagi. Mulanyer nak pergi 2 kerete dengan Abang Ngah aku, sebab Endi tersangatlah teringin nyer nak pergi. Tapi disebabkan Endi belum sembuh luka dari hasil per'sunatan'nyer maka tak jadi ler dia orang pergi.

Tapi kami tetap teruskan rancangan untuk pergi, walaupun tak cukup ahli sidang. Aku tak sampai ati untuk menghampakan askar-askar kecil yang berkobar-kobar ni. Semua siap buat countdown dan termimpi-mimpi lagi. Kami sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi. Masa tu tak ada orang pun. Jadi seronok ler pilih tempat yang paling best punyer.




Banyak gak barang yang kita orang bawak. Tapi tak rasa beban pun, askar-askar kecil sanggup jer bawak semua ni. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Siap bawak khemah lagi, walaupun dah ada Teratak yang disediakan. Aku letak jer Khemah tu bawah teratak yang ada. Tempat nak simpan barang dan nak buat tempat tukar baju tujuan khemah ni. Jadi tak adalah risau ter'censored' orang nampak ker hapa ker kan.



Siap bawak dapur kecik lagi untuk goreng-goreng. Sedap makan panas-panas lepas keluar dari sungai yang sejuk tu kan ;D. Aku bawak tempe, nugget, keropok jer untuk digoreng. Sementara anak-anak mandi boleh gak aku masak.




Seronok main masak masak kat sini, sambil dengar bunyi air, bunyi unggas sambil-sambil jengah anak-anak main air. Tenang jer kepala dan ati bila dapat dengar bunyi air, angin dan unggas. Mata lak sejuk jer tengok kehijauan.





Tempat ni bersih, tak banyak sampah ... sebab ada orang jaga. Kami nak masuk pun kena bayar RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Tapi puasati lah. Kalau nak ke sungai, Ulu Yam ni lah pilihan kami (bunyik macam iklan minyak lah pulak). Selain dekat dari rumah tak yah nak tempoh tol. Air dia masih tak tercemar, sejuk macam air dalam peti ais tu. Mengigil gigil anak aku bila baru keluar sungai.







Lupa aku nak terang. Rombongan kali ni bebudak lelaki jer. Sebabnyer anak-anak pompuan aku tak 'adventurous' langsung, tak macam mak dia ... okay kes masuk bakul angkat sendiri disini yer. Jadi bawak ler budak-budak lelaki dan kawan sepermainan nyer. Budak-budak ni ler yang paling best sekali. Mandi manda tak hengat benda. Macam-macam jenis terjun tiruk dia orang buat.


Bila lapar jer baru reti naik nak carik makan. Memang berselera tengok dia orang makan. Kejap jer abis licin semua benda ... hehehe. Tapi kami tak boleh berlamaan kat sini. Nak hantar Hilman lak masuk tuition pukul 1.oo tengahari. Itu pun dah terlewat 20 minit ... hikhikhik. Operasi berendam ni kiranyer untuk Aran yang bakal bersunat sabtu ni. Sebelum terdampar kat atas katil, kasik lah dulu dia bersukaria dengan puasnya. Kalau orang dolu-dolu berendam sebelum bersunat, tapi ini kes berendam sebelum seminggu sunat. Tak per lah, janji berendam. Kan Aran kan ;)

Tuesday, November 30, 2010

PAPAN KENYATAAN

Ada ler beberapa bulan yang lalu, aku masuk bilik Kak Long. Kak Long tido sengsorang. Have to admit, dia lah anak aku yang paling berani tak tahu takut. Bilik anak-anak ni nak kena pantau selalu. Takut kalau sesekali masuk nanti, entah hapa-hapa lak yang ada kat dalam tu kan. Salah-salah segala mak nenek semua dia main campak jer. Biasaler budak-budak ni ikut suka dia jer mana nak letak. Tapi yang part menariknyer aku ternampak papan kenyataan dalam bilik dia.


Sekali tengok memang normal jer lah papan kenyataan ni.
Tapi sampai part yang kat bawah tu aku rasa nak tergelak jer lah pulak ...



Meh aku 'Close-up' sikit item paling bawah tu :D. Sah ler untuk Iqa, siap letak nama penuh lagi. Dia tak suka adik dia buat studio dalam bilik dia... hikhikhik. Iqa tu pulak 'Ratu Camwhore' kat rumah. Mana tak nyer, Iqa pun ikut suka dia jer lah nak letak sikat dengan cermin merata dan sepah kan baju merata. Memang pendek kata dia buat bilik kakak dia macam bilik dia lah. Macam-macam kerenah anak-anak ni. Kadang-kadang boleh buat kita ketawa sendiri, tapi ada gak boleh naik darah tinggi.

Friday, October 29, 2010

TO TAIPING WITH LOVE

Kami keluar rumah sekitar pukul 10.00 pagi. Itu pun lepas dah abih lipat kain dan kemas rumah serta sarapan. Aku buat macam ni sebab nanti waktu balik aku tak lah serabut kepala tengok rumah bersepah dan kain berlonggok. Perjalanan lancar, tak ada eksiden, tak ada jem, walaupun sepanjang jalan boleh lah dikatakan hujan turun kekadang lebat, kekadang renyai.


Suspen gak aku, especially bila lalu kat Gua Tempurung. Satu kereta baca Ayat Kursi masa lalu kat area ni, belum lagi kira kat radio pasang bacaan Surah Yassin. Tak singgah makan mana mana pun, cuma singgah Hentian Tapah jer, anak anak beli air dan jajan. Kami dah ambik sarapan berat kat rumah pagi tadi. Jadi tak ler rasa lapar sangat. Kita orang sampai Ipoh dalam pukul 12.oo ++ macam tu.




Cuaca kat Ipoh cantik lak masa lalu tu, terang benderang. Dan ini first time aku lalu Ipoh tak bayar tol kat Jelapang, laluan lebuhraya PLUS dah tanpa henti sekarang. Lama nyer aku tak ke Utara. Tapi lepas Terowong Menora ... hujan punyalah lebat, sampai tak nampak jalan. Dah ler waktu tu time turun bukit. Kereta semua slow jer, sebab banyak air bertakung kat jalan. Alhamdullilah ... tak ada apa-apa berlaku. Singgah buang air kat Hentian Sungai Perak sekejap dan sampai Taiping lebih kurang pukul 1.00++ macam gitu.




Ini ler salah satu punca besar aku singgah Taiping. Pergi rumah Cik Ayang Safiah :) Ini pertama kali aku sampai rumah dia kat SIMPANG (betul ker ni yang?), sebelum ni pernah sampai gak rumah dia, tapi waktu tu kat Pokok Assam. Best betul pergi rumah Ayang. Mak dia masak nasik daging special untuk kita orang. Sedap banget, bertambah-tambah kita orang makan, memang muka tak malu betul. Sampai tak sempat nak snap gambar nasi daging dia, sebab dah lapar... masa tu ingat nak makan jer dalam kepala otak.



Aku jatuh cinta dengan mak kau Ayang ... sporting, happening dan ramah giler. Macam dah lama kenal. Walhal baru jer 2 kali jumpa. Nak ambik jadi mak angkat boleh? ... hehehehe. Yang budak kat atas ni pun aku jatuh cinta jugak. So comel dan adorable dan keletah .. yang ni aku nak buat menantu boleh? ... hahahahaha. Merah merah ... sudi tak jadi menantu auntie? (kelip kelip mata) ... Lepas solat dan borak borak jap, kami bertolak ke pekan Taiping. Susah nak tinggalkan rumah Ayang sebenarnya. Macam duk umah sendiri pulak kita orang rasa.


Ayang pandu arah kita orang dari rumah dia ker Hotel Seri Malaysia. Masa tu ler lalu Muzium Taiping, sila rujuk gambar di atas. Terima kasih yer Ayang... jasa mu dikenang. Dah upah biskut cornflakes kan hari tu 3 ketul... hehehehe. Sri Malaysia Taiping ... hotel dia so so jer lah. Tapi sebab nak kan hotel yang ada pool, dan dekat dengan Taman Tasik Taiping serta Zoo Taiping, maka tempat ni lah jadi pilihan. Memang dekat sesangat pun.




Dia orang ni kalau duk hotel mesti nak mandi kat pool. Yer lah pulak kan, kat rumah sendiri tak ada swimming pool, masa gini ler nak berendam sampai kecut. Hilman dan Aran jer pun yang suka mandi kat Pool ni. Budak pompuan dah rasa malu nak terjun tiruk kat kolam ni. Semua kat situ budak budak kecik jer, tak ada orang dewasa pun yang mandi. Sempat ler Hilman tunjuk skill berenang kuak lentang dia kat aku. Hoye! hoye! ... anak mak dah pandai berenang :)



Malamnyer lepas Maghrib kami ke Zoo Taiping & Night Safari. Teruja betul anak anak, especially budak lelaki dua orang ni. Entrance Fee nak masuk sini RM16.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Bawak masuk kamera Free of Charge yer tuan-tuan ;)



Dan harga ni termasuk tambang naik Night Safari Mini Train sekali. Ramai gak orang yang datang, sampai Train sentiasa penuh. Train ni mengelilingi seluruh kawasan Zoo, dalam pada tu pemandu train akan terangkan pasal binatang-binatang yang ada kat kawasan yang dilalui tu. Seronok sangat. Anak anak teruja betul. Mak dia pun teruja gak ;D



Train berhenti kat kawasan Payung besar ni.
Kat sini ada kedai serbaneka yang jual macam-macam
barang cenderamata, minuman dan makanan.


Aran sempat gak lah pose kat sini, belakang tu ada kolam ikan. Ikan dia beso beso, macam macam kaler ada. Lepas rehat jap kat sini, kita orang jalan kaki kat dalam Zoo ni secara berkumpulan. Nak jalan anak beranak jer takut gak, dah lah golap walaupun ada lampu jalan. Manalah tahu kut-kut ada terlepas ker bintang buas, terjumpa ker Reptilia ... suspen gak :)


Ular berlingkar bawah pangkin


Sekawan rusa yang memang aktif diwaktu malam

Famili gajah ni baru jer terima cahayamata baru masa ni
Mak Gajah masih berpantang waktu ni
Orang Zoo tu yang kata ek ...
aku tulis jer ikut dia kata ;D


Sekawan burung sedang bertenggek kat pokok ditengah tasik


Yang ni anak aku, masa dah nak balik ni.

Kami keluar dari Zoo lebih kurang pukul 10.00 ++ malam gitu. Perut dah start bunyi lagu balada dah. Kak Long boleh kata, "Mak, kita pergi rumah Kak Yang nak, ada lagi tak Nasi Daging dia?" .... hohohohoho ... sungguh statement tak malu :P. Kami pusing-pusing bandar Taiping carik tempat makan. Sebab masa tu dah pukul 10.00 dekat pukul 11.00 dah, mana ada kedai makan bukak. Try gak carik KFC ker McD ker, kalau ikut kat peta yang kita orang ambik dari Hotel ... semua tempat ni kat Taiping Sentral. Nasib baik kita orang ada Hilman yang sungguh adventurous dan pandai baca peta ;) Tabik Spring lah kat Man .. Toing! Senang jer jumpa Taiping Sentral ni. Ha! hambik kau, punyerlah ramai orang kat sini. Nak carik tempat duduk kat Mc D pun kena Q Haidar. Iqa dan Aran tak larat nak keluar, dia orang dah tido dalam keta. So tapau jer lah untuk budak berdua ni.



Ini lak waktu bangun pagi, dah lapar balik. Anak anak aku ni memang kuat makan, nasib baik lah ikut Genetik Abah korang .... meninggi jer. Makan banyak mana pun tak gemuk gemuk. Dapat makan sebab ada boucher percuma, bayar untuk Aran jer. Ada nasik lemak kosong, tanpa lauk yang happening (masa ni ingat kat nasi daging lagi ... hehehehe) ,mee goreng dan roti bakar serta bijiran jer. Jadik lah, buat alas perut, tak leh banyak komplen. Bersyukur lah dengan apa yang ada.

To be continued .. tungguuuuuuuuuuuu
masalah nyer ada ker orang nak tunggu.... hu hu hu
perasan ler kau Acik :0

Thursday, April 29, 2010

TENGAHARI BUTA DI I-CITY

AHAD, 25 April 2010



Kami ke Shah Alam hari ni, sebab Kak Long nak ke Perpustakaan Tun Uda untuk cari bahan bagi Assignment dia. First time dalam hidup aku sampai kat Perpustakaan yang besar dan cantik ni. Tak susah pun nak cari bahan, macam beli suratkhabar kat kedai mamak jer. Library tu dah siap booklet untuk dijual. Mintak jer nak yang mana satu. Mudah nyer hidup, tak yah nak membongkar semua buku. Memang kejap sangat kat dalam ni, tak sampai 20 minit. Bila keluar jer..... sudah anak anak aku tak nak balik umah. Dia ajak aku atau dengan kata lain, PAKSA aku bawak dia orang jalan jalan.




Dengan 4 kepala yang berbeza, dan 4 idea tempat yang berbeza, tapi mana dia orang boleh lawan kuasa VETO yang ada kat mak dia kan. Ok! Jom pergi I-City .... dan anak anakku yang baik ni :P setuju jer. Kami tak pernah sampai I-City ni, nak sampai ke sini pun berpandukan signboard kat tepi jalan jer. Orang datang sini malam malam, kami pergi TENGAHARI buta. Hehehehe .... tapi best sebab tak ada orang. Yer lah pulak, sapa nak datang waktu tengahari buta ni kan, kita orang ni jer yang memang suka buat benda benda pelik yang tak terjangka dek akal. Nasib baik hari tu tak panas sangat, suam suam kuku jer panas nyer.






Tempat ni memang cantik, kalau malam lagi cantik. Selalu nyer masa balik Kuang semula dari Klang waktu malam, memang kita orang akan terpegun lah dari kejauhan melihat lampu lampu berwarna warni ni. Simpan hasrat nak ke sini dah lama, baru sekarang jadi kenyataan. Dulu dulu masa anak anak masih kecil, selalu gak aku naik atas bukit ni, tapi masa tu tempat ni 'Fella Design' punyer show room yang sangat besar. Kan aku ni suka sangat dengan household, adalah 2-3 kali naik atas ni masa dulu.





Bebudak ni pulak, aku tak tahu lah mana datang super energy dia orang yang ter'hyper' bila kat sini. Sanggup jadi model aku dengan aksi aksi sengal dia orang :D. Cerita banyak pun tak guna, korang tengok jer lah 'pose' terlampau dia orang ni, yang bagi aku CUTE jugak lah bebudak ni ... hahahahaha, dah tu anak aku kan. Kalau mak dia tak kata cute, sapa ler lagi....

































p/s : dah jadi serupa album gambar dah blog aku ni ....... jangan bosan yer ;) hik hik hik