Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

FAMILY GATHERING SEBELUM PUASA



Sibuk banget ... melayan kerenah anak-anak, fullfill tanggungjawab sebagai anak. Tapi yang paling best penuh dengan sessi makan makan. Acik sangat suker :) Hari Sabtu pepagi lagi bangun masak untuk anak-anak yang tak sekolah. Lepas tu 'rush' ke kedai, pergi beli serai dan paru. Nasib baik aku cepat, paru dah nak abis dah. Balik umah, makan dan keluar balik hantar Hilman ke Kelas Tambahan ... terus ke opis. Lepas balik dari opis singgah lak TESCO Kepong Village beli ayam 3 ekor. Balik umah jer, dah pukul 3.30 petang bukak periuk ... lapar beno acik ni, adalah balance nasi pagi tadi tinggal sikit, abis acik kasi korek semua nasi masuk pinggan semua. Jangan membazir kan tapi sebenonyer memang buruk lantak ... hehehe. Macam manalah nak kurus gini.




Sambil makan sambil rebus paru. Abis semua garpu dengan sudu kat dapur aku masuk sekali bagi paru tu empuk cepat. Ini petua ni, baik korang buat nanti, ker korang dah lama tahu ... hikhikhik. Lepas makan kerah anak dara aku yang dua orang tu kupas bawang dengan potong serai. Sambil aku bersihkan ayam dan blend serai, bawang dan lengkuas. Tiga trip sekali jalan, sampai jer trip ke tiga ... blender buat hal. Abis getah kat bawah tu reput. Iyalah pulak kan Blender zaman hadiah kawin dulu kala ... dah menjerit minta ditukar... hukhukhuk.



Tengok jam kat dapur baru pukul 4.30 ptg ... ada masa lagi. Ingat pukul 4.40 ptg baru nak keluar rumah hantar Hilman tuition kat Perfection. Tetiba Hilman dengan hensemnye (konon) masuk dapur, mak lagi 5 minit nak pukul 5 ptg, bila nak hantar Hilman? Alamak ! dah pukul 4.55. Rupa-rupanye jam kat dapur bateri nak kong daaa. Hambik, terus mak kau jadik Micheal 'Shoemaker' jap, sampai Kepong pukul 5.13...



Balik umah sambung mengoreng ayam masak serai. Tengah-tengah leka, sekali Iqa masuk dapur, mak dah pukul 7.oo, mak tak pergi ambik Hilman ker. Aik, aku tertipu lagi dengan jam kat dapur yang tunjuk 6.30. Cuaca pulak sekarang ni pukul 7 tak gelap lagi. Hilman tetiba call, tanya "Mak dah kat mana?" ... "Mak baru nak keluar rumah Man" kau tunggu ler. Gedebak-gedebuk sampai rumah semula dah kat pukul 8 malam. Ayam ada sikit lagi nak goreng. Paru belum pun goreng. Sambil goreng sambil bekejar solat. Nak suruh anak dara aku dua orang tu, macam tak konfiden jer acik ni hah. Dah ler benda tu meletup-letup, jangan harap lah budak dua orang ni nak dekat ... hmmm.





Kami ada majlis makan-makan kat rumah Mak Tok, aku dah janji dengan Mak Tok untuk goreng ayam. Majlis mula lepas Isyak... tak jemput orang lain pun, adik beradik, menantu dan anak cucu jer. Itu pun dah cukup meriuhkan. Kebetulan ada match Bola Sepak pulak antara Singapuran dan Malaysia. Hampir semua orang berkumpul depan TV ... punyerlah bising. Bising mengutuk pasukan sendiri sebab banyak benar bolosnya. Bising sebab Safee Sali score. Bising sebab banyak bebeno pemain import kat pasukan Singapura. Belum bising sebab padang sintetik yang digunakan buat Malaysia kalah 5 berbalas 3 kat Singapura. Serupa dalam stadium lak jadinyer terjerit-jerit. Hehehehe ... seronok betul bila dah berkumpul. Aku pukul 11 dan tak larat nak angkat mata, penat bebeno. Sori yer mak tok, sebab tak tolong kemas ... hehehe. Nasib baik ada bibik Wati. Terimakasih Wati, kau memang rajin tak macam aku ;)

Thursday, October 28, 2010

LEBIH JAWA DARI ORANG JAWA


Aku bukan orang Jawa tapi inilah makanan feberet aku ... TEMPE. Setakat ni aku tak jemu lagi makan tempe, dan ianya akan sentiasa jadi makanan kegemaran aku. Kat rumah lak, aku sorang sorang jer lah yang makan Tempe, walaupun dikelilingi anak anak berketurunan jawa. Lain dah rupa bungkusan tempe ni, kalau dulu-dulu dibalut dengan daun, sekarang ni dia orang bungkus kat plastik jer. Kalau aku terhingin sangat nak makan, sepapan plastik tempe tu aku goreng garing garing lepas tu cicah garam. Ratah macam tu jer ... sodap. Tapi lagi sedap kalau balik rumah Mak Klang ... mak masak sambal goreng yang ada campur-campur dengan ati, paru, daging dan tempe tu ... sedapnyer. Sampai hari ni aku tak tahu masak benda ni, tahu makan jer ;D.



RESEPI SAMBAL GORENG

Bahan - bahan

10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan


¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa


Cara- cara
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.

2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.

4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.

5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.


Credit to this blog untuk resepi di atas ...terima kasih :)

p/s : masa dulu-dulu tengok kat computer ada tertulis Java Script ... aku ingatkan itu tulisan untuk bahasa Jawa ... hik hik hik budusnyer aku. Yer lah aku bukan celik IT pun sampai ler sekarang, duk rabun dan teraba-raba lagi :)

Tuesday, July 13, 2010

MAK ESOK KITA MAKAN APA?

Itu lah pertanyaan yang Aran selalu tanya aku sebelum dia tidur. Dia mesti nak tanya, esok aku nak masak apa untuk sarapan pagi. Sampai buntu kepala otak aku nak fikir, apalah aku nak masak nanti. Dah jadi emak emak ni, itu lah yang selalu terbayang dalam kepala. Fikir nak masak apa, esok sarapan nak buat apa apa pulak. Sebelum balik kerja pun kena fikir jugak, nak beli apa untuk masak. Aku ni bukan jenis beli sekali banyak. Bila nak masak tu, baru lah terhegeh hegeh nak singgah kedai @ supermarket beli barang basah.

Gitu lah agak nyer mak aku dulu-dulukan. Tak pernah tak ada sarapan pagi sebelum aku pergi sekolah. Dah ler aku keluar rumah nak ke sekolah pagi pagi buta, sebelum subuh lak tu. Seawal 5.30 pagi dah naik bas. Maklumlah sekolah aku jauh dari rumah, ditengah tengah Kuala Lumpur tu. Terpaksalah pulak berebut bas dengan orang nak pergi kerja dan juga dengan Makcik Makcik jual lemang. Betul tak tipu ni :) ... kekadang rindu pulak zaman berebut rebut naik bas...hik hik hik. Besarnyer pengorbanan ibu tercinta, sanggup bangun seawal 4.30 pagi tolong kejutkan aku dan siapkan sarapan. Benda macam ni lah yang memotivasikan aku untuk hadiahkan result yang bagus masa tu. MOK, oghe sayang mok sangat sangat :D


Sarapan pagi ni penting, lebih lebih lagi untuk budak budak sekolah ni. Kalau tak ambik sarapan nanti takut anak anak jadi lemah, sebab tak cukup oksigen naik kat kepala. Hehehehe ... itu ler yang aku dengar. Salah ke tidak, aku pun tak sure. Sooooooooo ... semalam aku beli benda kat atas ni :) ... INSTANT MASHED POTATOES. Sebelum ni, ada jugak beli, tapi bukan brand ni lah, dan kena tambah susu sendiri. Yang ni, memang aku suka lah sangat sangat. Hanya larutkan dalam air panas jer, dan tak sampai seminit ... Wallah! ... siap untuk dimakan. Suker nyer aku ...



Tapi tak lah makan 'Mashed Patotoes' tu semata-mata kan. Kenalah ada benda sampingan, such as scrambled eggs dan sosej juga. Baru lah laju jer menyuap. Seronok bila tengok anak-anak berselera makan. Cian Aran minum air kosong jer pagi tadi. Kes mak dia lupa nak buat air ... hik hik hik.

Friday, July 2, 2010

ARAN MASUK KELAS MEMASAK

Chewah, tajuk post bukan main gempak lagi. Eh! tapi betul. Aran kena main masak masak kat kelas dia hari ni. Sebenarnya dari minggu lepas lagi dia dah cakap kat aku, "Mak! ada resepi nak buat sandwich tak?". Dia pun cerita lah yang cikgu dia nak. Apa lagi aku pun keluarkan lah buku lama KBSM (Korikulum Baru Sekolah Menengah) yang ada banyak resepi tu kasik kat dia. Suruh photocopy, tapi dia siap bawak satu buku sekali pergi sekolah. And it's end up dengan English Teacher dia nak pinjam pulak dah buku tu.

So, dari awal minggu ni lagi dia dah ingatkan aku, "Mak, nanti cikgu suruh bawak Telur Rebus, Timun dengan Tomato. Cikgu kata nak ajar buat sandwich". Wah! baru darjah dua, cikgu dah buat kelas SRT. Flashback (dengan musik greng greng greng) >>>> Masa zaman aku dari Tingkatan 1 sampai 3 aku ambik Sains Rumah Tangga (SRT) untuk subjek pilihan menggantikan perakuanan, yang hanya untuk budak lelaki sahaja. Aku tak ada pilihan, terpaksa ambik SRT walaupun tak rela sebab leceh nak kena jahit dan memasak. Dan akhirnya masa masuk ITM dan aku ambik Accounting, aku tak tahu satu habuk pun pasal Accounting <<<< Tutup Flashback. Panjang lah pulak selingan ni dek non ... hehehehe


Timun dan Tomato tu kemudiannye Aran mintak Mak Tok tolong potongkan,
sebab nyer dia lupa nak suruh aku potong :) pagi tu.


Jadi ini lah bahan bahannyer yang aku sediakan untuk Aran. Dan ada roti juga. Aran siap pesan kat aku, "Mak, Cikgu cakap bawak roti 2 keping jer, tak nak lebih lebih. Kalau bawak lebih dari dua nanti Cikgu rampas" ... hehehehe comel jer bila dia cakap gitu. Yang suratkhabar tu dia kena bawak jugak sebab nanti nak buat alas. Dengan garpu, nak buat lenyek telur tu. Terharu nyer, anak mak yang kecik ni nak belajar masak. Hahahahaha... poyo nyer bunyik, walhal buat sandwich jer tu.


Sempat lagi Aran tengok Jadual Perlawanan Piala Dunia,
kat paper yang nyaris aku nak suruh jadikan alas untuk projek kelas dia :P

Malam semalam dia tak sabar sabar nak cerita kat aku, sanggup tunggu sebelah aku sampai abis baca Yassin. Start ler dia cerita, "Mula-mula kena pecahkan kulit telur. Lepas tu kan kena tekan tekan telur tu sampai hancur. Cikgu letak marjerin kat roti. Lepas tu dia kasik mayonis suruh letak kat telur. Lepas tu cikgu ajar susun timun dengan tomato yang dah potong kat atas roti tu. Last sekali Cikgu masuk kat dalam pengepit nak buat sandwich tu" .... aku menyampuk, "Mesti masa nak makan tu Aran buang Timun dengan Tomato tu kan" ... "Ha'ah mak, tomato tu tak sedap, Aran makan timun tu sikit jer lepas tu Aran buang, tapi roti dengan telur tu sedap" itu ler jawapan dia.

Hmmmm (garuk garuk kepala) .... bila lah anak anak aku ni nak suka makan sayur. Kalau aku masak mee ker, nasi goreng ker, habis dia kais semua sayur letak tepi. Susah nyer nak suruh dia orang suka makan sayur. Ada idea tak?

Monday, November 23, 2009

ANTARA WAKTU DAN MASA

SABTU, 21 NOVEMBER 2009



Hujan turun tak berirama, mentari pudar cahayanya. Ecewah ... macam puitis ler sangat. Tapi itu lah gambaran cuaca di Bulan November ni. Bukak pintu dapur rumah aku, inilah pemandangannya. Ku lihat hijau ... hijau yang mendamaikan dan menenangkan.



Rumput yang di potong rapi, daun-daun kering yang di sapu bersih. Terima kasih pada orang sebelah yang rajin amat. Aku suka tengok rimbunan buloh tu, macam cantik jer. Tapi orang keliling kata tempat tu keras Entah ler, aku pun tak tahu sebab tak pernah ler ada apa apa insiden. Walaupun senja-senja aku selalu kat situ, bakar sampah dan sapu daun kering daun-daun buloh yang gugur tu.


Kekadang rasa macam duk kat Cameron Highlands jer. Ececeh...bila ada kabus yang meliputi persekitaran, terutama di musim hujan nih. Kekadang jer lah ... selalu nyer tak pun. Hehehehehe. Biasalah suasana kampung, tak banyak enap cemar lagi kat udara. Saya suker kampung saya, walau selalu diejek oleh Cik Yang Sepiah ... Kuang Kuang Kuang ... dah memang nama kampung aku KUANG pun kan, kampung kau ado ? Hahahahaha ... tak kan nak sebut Tepen Tepen Tepen ... hmmm memang tak sedap langsung bunyik nyer.



Ahhhh.... best nyer ... tenang jer. Korang nampak tak buah manggis bergayut tuh. Memang musim pun sekarang. Sesapa rasa nak jadi tarzan tuh, meh ler datang panjat sendiri ek. Ni kat belakang dapur aku jer.



Okay, masa untuk ber'medetasi' dah habih. Masa untuk masak. Sabtu ini aku kerja lagi. Bangun pagi masak spaghetti untuk sarapan dan ditinggalkan untuk anak-anak tercinta. Makanan feberet anak anak aku nih. Kuahnyer sedang mendidih dan dimasukkan dalam 'Rice Cooker' supaya panas sampai ke petang.




Yang ni pulak sedang rebus spagehetti. Macam korang tak tahu. Tak kira, nak tunjuk jugak.




Dah siap pun dan sedia untuk dimakan.



Yang ni Hilman punya pinggan. Teringat pulak kat Aran kalau makan, dia tak akan sentuh pun 'meatball' tu awal-awal, bila semua makanan tu dah abis baru lah dia makan 'meatball' tu. Sebab bagi dia, makanan yang sedap kena simpan dulu dan makan last last. Sama ler masa aku kecik dulu, kalau makan ayam seketul, sanggup sorok tu bawah nasik. Bila abang-abang dah abis makan lauk ayam dia orang baru keluarkan, konon nak eksyen ler, aku punya lauk best ada lagi. Buruk nyer perangai kan...




Hilman sanggup mandi pagi pagi sebab tak sabar nak makan spaghetti. Kalau tidak memang lambat ler mandi mamat sorang nih. Dulu dulu tak suker makan spaghetii kunun. Tapi sekarang nih dia ler 'hantu' sebab suker makan kuah dia yang banyak daging tu.




Budak ni memang suker sangat-sangat makan benda nih. Hari hari makan pun tak per kata dia. Agak nyer ada darah 'Italy' kut ... hahahaha. Tang mana tu Aran? Then pukul 8.30 off ke pejabat dengan Kak Long. Alih alih nak ikut lak minah ni. Bagus jugak, boleh dia tolong isikan Tender sekali. Ringgan kerja aku. Konon hari ni nak balik Kelang, tapi disebabkan pukul 6.oo petang baru sampai rumah terus tak jadi. Abang Ngah and famili balik Kuang hari ni. So aku masak mee goreng jer. Jemput mak tok dan tok abah sekali.




Ni jer lah yang sempat di masak. Mee goreng tak ada sayur. Sebab anak anak aku dan anak sedara aku tak suka makan sayur. Ada dua hidangan, sebab mak tok tak makan daging lembu, jadi kena masak asing. Yang satu lagi tu ayam. Puashati ler, sebab mee aku licin. Senang nak mengemas. Lepas makan ramai-ramai terconggok depan TV tengok "Sehati Berdansa'. Kak Long kata nanti dia besar nak masuk 'Sehati Berdansa'. Aku pulak kata "Kau kena kawin dengan artis atau selebriti ler besar nanti, baru layak, ada ker yang nak kat kau, cuba bayangkan" Hahahaha ... kita orang sama sama gelak besar.

Saturday, November 14, 2009

CUP CAKES & SATAY NUGET

Beberapa hari yang lalu, budak ni sanggup ponteng sekolah datang rumah aku, sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Hai, nasib ler periksa dah abis...
Ini ler anak sedara aku ... Inas. Kecik jer tapi cili api, terer masak jugak teror bercakap tak henti henti macam aku. Umur sebaya jer dengan Kak Long, 14 Tahun - beza sebulan jer tarikh lahir. Tapi saiz macam Hilman. Hehehehe.... Sanggup dia datang rumah Mak Lang sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Kebetulan pulak, Kak Long tak tahu nak bawak apa untuk Surprise Birthday Party Mak Susu. Apalagi ... Inas ler jadi mangsa. Tapi Mak Lang tak sempat nak jumpa Inas hari tu sebab balik rumah lambat, dia dah balik ke rumah kat Tasik Puteri Rawang.



Ini ler hasilnyer. Abis ler bahan-bahan buat kek aku kat dapur dikerjakan Inas dan Kak Long sebab nak siapkan kek nih ha. Dah lah 'Piping Beg' pun dah abis, pewarna pun tak cukup. Kau main punggah jer apa yang boleh digunakan kat dapur Mak Lang yer Inas. Tapi ... hmmm... not bad, cantik jugak kek ni.



Macam macam rupa ada, walaupun tak cukup utensil nak mencantikkannya. Nanti cuti sekolah ni, datang lagi rumah Mak Lang yer, ajar Mak Lang pulak. Kali ni kita buat lawa-lawa. Mana tahu ada orang teringin boleh buat jual. Hahahaha... Aku dah bermimpi di siang hari.

Dan di pagi yang sama Kak Long nak hangkut cup cakes ke sekolah, aku lak prepare nugget dan small sausage ni, sebab Hilman ada majlis makan-makan untuk Pengawas kat sekolah dia. Sibuk betul pagi tu. Kesian lak kat Hilman kalau tak sediakan apa-apa untuk dia, sedangkan dia dah siap-siap ingatkan aku dari minggu lepas lagi dia nak bawak 'something'untuk majlis tu.

Nak bagi menarik lagi, aku pun cucuk ler kat lidi buat macam satay. Macam ler menarik sangat, rupa dah nak jual kat pasar malam jer. Aku rasa bebudak mesti suker makan macam ni, dan senang sikit nak makan. TAPI ... balik tu aku tanya Hilman laku tak satay nugget yang dibawak ke sekolah tu. Dia kata "Cikgu ambik, bawak makan untuk cikgu2 jer". Hish, aku banyak kali kena macam ni. Ada beberapa kali aku bekalkan Kak Long dan Iqa kek coklat ke sekolah masa ada makan-makan, PUN cikgu dia orang bawak bilik guru, tak agih agih pun kasi anak murid makan ....huk huk huk :( Ingat nak kasi anak aku makan sesama kawan, tapi cikgu pulak ambik makan sesama kawan. Hmmmm... agak nyer menarik sangat ker makanan aku tuh ... hahahaha...harus korang baling batu kat aku lepas ni. Ampun ;)