Wednesday, October 26, 2011

HARI INI CUTI SEMPENA DEEPAVALI

.. dan aku rasa amat seronok sekali, kerana dapat menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak anak, disamping dapat bangun lambat sebab cuti solat. tapi tak lah lambat sangat sebab aku akan pening kalau bangun lepas pukul 9. alamak apasal update pakai bb ni tak leh guna 'cap locks' pulak. hish!!! sori€ ek korang aku dah tak tahu nak adjust mcm mana lagi. tapi gatal gak nak mengupdate. jadi aku kena gak layan mood ni, sebab kalau tidak nanti mood mati terus aku malas nak update. hari ni aku pergi bukit cerakah shah alam, nak meng'adventure'kan diri lah konon. nanti ek aku up date. sebab belum upload gambo lagi.

apa apa pun masih belum terlewat nak ucapkan selamat bercuti pada semua. tak moh ucap selamat deepavali sebab aku pasti tak da orang yang beragama hindu baca blog aku ni pun. esok dah start kerja, dah kena bangun awal......


Gambar di atas tiada kena mengena dengan cuti hari ni, dah tak ada gambo lain.
aku kutip jer lah gambor yang ada kat file dan belum di publishkan
Eksklusif ler kira .... hahahaha eksklusif lah konon

4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

huhu...bestnya cuti.
padanlah jalan clear hari ni.ramai sambung cuti agaknya.

My Life My World said...

azrina - dah start kerja ker Reen. Akak pun sama. Cuti dapat sehari jer, jadilah kan. Syukur :)

Fadzli Amir said...

Hari ni rasa malas nak ke tempat kerja....macam la kita yg sambut deepavali...hehehhe

My Life My World said...

Fadzli Amir - Hamboi hamboi, ni sapa yang raya sebenonyer nih. Sure banyak makan muruku semalam ni kan ;)